CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SaVilara

JOZAN MANSION v.16!! - SUPPORT JOZAN FOREVER!!

[Copy link]
Post time 5-11-2012 02:12 PM | Show all posts
yey..server JozanFm dh on..
jom layanzzz..best gilerrr..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2012 03:06 PM | Show all posts


Stesen radio pesaing umpan tawaran lumayan, nafi layanan istimewa daripada Era FM

Siapa boleh menafikan kehadiran Johan dalam keluarga stesen radio Era FM memberi impak besar.      

Biarpun berkali-kali si empunya diri menafikan hakikat itu, jelas taruhan dibuat stesen radio popular itu ‘menjadi’ hingga muncul stesen No 1 di Malaysia dalam kajian Pengukuran Pendengar Radio Nielsen 2012 yang diumumkan, baru-baru ini.            

Tidak hairanlah, pelakon dan pelawak yang dicungkil bakatnya melalui program realiti Raja Lawak ini sentiasa mendapat perhatian stesen lain yang cuba menyuntingnya. HIP difahamkan, Johan atau nama sebenarnya, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz ‘dipancing’ stesen lain untuk bertugas di konti mereka. Khabarnya, ada stesen radio cuba mengumpan Johan dengan tawaran yang cukup lumayan.

Saat diajukan pertanyaan ini kepada lelaki berusia 28 tahun ini, Johan mengakui menerima tawaran untuk berhijrah ke stesen lain. Johan juga tidak menafikan menerima bayaran yang cukup lumayan. Namun, jujur katanya, hatinya masih setia dengan radio Era dan belum terlintas meninggalkan stesen itu.

Nafi anak emas

"Memang ada stesen radio yang menawarkan saya menjadi penyampai di stesen radio mereka.      

“Namun, saya lebih selesa bertugas di radio Era buat masa ini. Wang bukanlah perkara utama yang saya fikirkan kerana apa yang penting, keserasian serta keselesaan saya ketika bertugas.

“Pengurusan radio Era sangat bertolak ansur dan faham situasi saya serta tidak terlalu menekan," luah Johan ketika ditemui pada majlis kesyukuran Radio Era FM di Rumah Amal Belaian Kasih (RAKEBA) di Hulu Klang, malam Jumaat lalu.

Turut hadir di majlis itu, Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran serta barisan penyampai lain seperti Hanif, Ray, Ira, Zahid serta deejay baru, Aril. Johan bertugas untuk slot pagi iaitu JoHaRa bersama Ray dan Hanif.

Diusik apakah benar dia ‘anak emas’ radio Era hingga diberi layanan kelas A, Johan menafikannya.

"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kejayaan Era menduduki tempat pertama bukanlah disebabkan satu pihak semata-mata.

“Kami bekerja secara berkumpulan. Semua pihak daripada pengurus saluran, penerbit, penyusun lagu, semuanya memberi sumbangan sehingga Era berjaya mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio paling popular dua kali berturut-turut.

“Kami boleh diibarat pasukan pemain bola. Ada penyerang, bahagian pertahanan dan penjaga gol. Semuanya memainkan peranan masing-masing," ujar Johan berkias.

Jarang muncul di televisyen, filem boleh jejas populariti?

Sejak menggalas tanggungjawab sebagai penyampai radio, kelibat Johan diakui jarang dilihat dalam filem ataupun drama. Jika adapun, hanya naskhah yang dihasilkan lebih awal iaitu sebelum dia bertugas di konti.

Mengulas lanjut perkara itu, suami kepada pelakon, Ozlynn Waty ini berkata, bukan tidak ada tawaran berlakon yang diterima, tetapi tugas di konti menghalang dirinya aktif dalam bidang lakonan.

"Saya ada masalah untuk tidur, tetapi bangun pagi tiada masalah. Jika saya mengambil tawaran berlakon, saya bimbang jadual penggambaran yang tidak menentu membuatkan waktu tidur saya tidak menentu.

“Tidak mahu memberi masalah, saya terpaksa menolak beberapa tawaran filem dan drama. Banyak juga tawaran penerbit yang terpaksa saya hampakan. Nak buat macam mana?” katanya.

Ditanya tidakkah risau popularitinya merudum jika lebih menumpukan perhatian terhadap karier penyampai radio, Johan yakin ia tidak akan berlaku.

"Pada saya, radio lebih memberi publisiti yang meluas. Orang akan lebih banyak mendengar radio berbanding menonton TV. Lagipun saya ada membuat penggambaran dalaman dan aktif mengacara. Jadi peminat masih boleh melihat saya di kaca televisyen," ujarnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2012 12:13 PM | Show all posts

Pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Razak, tidak terkejut dengan penyebaran gambar intim Juliana Evans bersama lelaki yang didakwa sebagai kekasih baru aktres itu, di internet, sejak Jumaat lalu.

Ketika dihubungi Zizan berkata, dia tidak pernah menjalinkan hubungan istimewa bersama pelakon kacukan itu. Justeru, dia tidak perlu berasa terkejut dengan kewujudan gambar terbabit.
Sebaliknya pelakon Hantu Kapcai ini tumpang gembira sekiranya Juliana sudah pun menemui pasangan serasi.

Menurut Zizan, sejak gambar itu tersebar, dia dihujani pelbagai pertanyaan daripada peminat menerusi laman Twitternya. Rata-rata ingin mendapatkan pengesahannya mengenai hubungan Juliana dengan jejaka kaukasia itu.

“Bagaimanapun, saya tidak tahu hendak jawab apa. Jadi saya memilih untuk mendiamkan diri saja.

“Saya juga tidak terkejut sebab kami memang tidak mempunyai ikatan, malah tidak pernah janji apa-apa. Kalau benar dia sudah ada teman lelaki, itu bukanlah masalah bagi saya.

“Memang saya tidak pernah meletakkan sebarang harapan sebaik saja dia ke luar negara. Saya kurang percaya pada hubungan jarak jauh. Jadi biarlah dia jalani hidupnya sendiri,” kata Zizan.
Sekadar teman baik

Sejak Juliana berangkat ke Universiti Michigan, Amerika Syarikat, Zizan langsung tidak terfikir untuk serius dengan pelakon Hantu Bonceng itu. Bahkan, hubungan mereka tidak lebih sekadar teman baik.

Akui Zizan, dia pernah bertanya pada Juliana, bagaimana jika dia mahu menjalinkan hubungan yang serius dengan wanita itu. Namun ia tidak dipersetujui pelakon cantik itu, yang sudah mempunyai perancangan untuk menyambung pengajian ke luar negara.

“Dia memiliki ciri-ciri wanita yang saya mahukan - cantik dan gila-gila. Karakter dia sesuai dengan saya, tetapi secara jujur kami tidak pernah serius.

“Saya akui, kami pernah melafazkan kata-kata sayang, tetapi ia tidak lebih daripada ungkapan untuk seorang sahabat baik. Walaupun saya pernah menangis sewaktu menghantarnya ke lapangan terbang pada Januari lalu, tetapi itu bukanlah petanda yang kami bercinta.

“Saya menangis ketika itu sebab bakal kehilangan seorang sahabat baik,” kata artis yang semakin sibuk ini.

Percaya rakan disabotaj

Pada awal pemergian Juliana dulu, mereka sering berhubung, terutama melalui Skype. Namun lama-kelamaan Zizan mula terfikir masing-masing perlu ada kehidupan sendiri serta tidak lagi boleh menunggu.

“Lagipun saya sibuk bekerja dan dia pula dengan pengajiannya. Manalah kami ada masa sangat hendak berhubung? Lama kelamaan, masing-masing mula faham,” katanya yang kali terakhir bertemu dengan Juliana ketika promosi filem Mael Lambung, penghujung Jun lalu.

Zizan bagaimanapun mempersoalkan, bagaimana gambar terbabit boleh tersebar? Dia percaya, foto itu bukan dimuat naik oleh Juliana, sebaliknya mungkin ada pihak yang sengaja mensabotaj pelakon itu.

Sementara itu, Juliana menerusi Twitternya menjelaskan, lelaki kulit putih yang dirakam bersamanya dalam beberapa foto itu bukanlah kekasihnya.

“Hakikatnya, lelaki itu bukanlah kekasih saya,” katanya ketika menjawab pertanyaan seorang peminat berhubung foto keintimannya bersama pemuda berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 09:51 AM | Show all posts
Congrats Johan..drama Elly & Epit menang Drama Komedi Terbaik Anugerah Skrin..
superb Zizan..walaupun kuar x sampai 5minit..terkesan lawaknyer dow..



Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 02:30 PM | Show all posts
Selepas menyedari berat badan kian bertambah, pengacara dan pelawak Johan mula mengambil serius tentang penjagaan pemakanannya.
Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim Mohd Aziz, 28, berkata, penambahan itu bermula apabila dia sering menemani isterinya, Ozlyn Wati, yang sarat mengandung lapan bulan itu makan malam sehinggakan berat badan pasangan itu bertambah.
"Sejak isteri mengandung, dia cukup suka memasak dan sayalah yang akan makan kebanyakan daripada masakannya, dia pun kuat makan.
"Jadi, apabila kandungan turut terjejas dengan penambahan berat badan isteri, kami membuat keputusan untuk saling menjaga pemakanan antara satu sama lain.
"Dan sejak mula kawal pemakanan lapan bulan lalu, saya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak tujuk kilogram (kg) daripada berat asal iaitu 85 kg," katanya.
Lakonan Johan dan Nabil dalam Pontianak vs Orang Minyak.

Tambah penyampai radio Era FM itu, dia juga mengambil inisiatif dengan kembali aktif semula bermain sukan bola sepak bersama pemain-pemain veteran Selangor yang pernah ditinggalkannya dua tahun yang lalu.
Bagaimanapun, Johan berkata, keinginannya untuk mengurangkan berat badan bukan kerana cemburu dengan penampilannya yang jauh lebih kurus seperti di awal kemunculannya dahulu, sebaliknya ia dilakukan demi penjagaan kesihatan.
Dalam pada itu, beritahunya, walaupun ingin mendapatkan berat badan yang ideal, dia tidak akan mengambil jalan pantas dengan mempercayai pengambilan pil kurus.
"Saya tidak percayakan pil kurus. Bagi saya, biarlah lambat, asalkan ia tidak menjejaskan kesihatan diri.
"Antara rutin pemakanan saya setiap hari ialah oat. Ia sangat mengenyangkan dan mampu menjaga kolestrol dalam badan," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Johan bakal muncul menerusi filem Pontianak vs Orang Minyak sebagai watak utama bersama-sama dengan Nabil yang akan ditayangkan pada 22 November ini.
Filem yang diterbitkan oleh Ismail Holdings dan Vision Works Sdn. Bhd itu memaparkan perjalanan dua orang pemuda (Johan dan Nabil) yang terjebak dalam dunia halus setelah masing-masing kecewa dengan haluan hidup mereka.
Ponti (Nabil) dilantik menjadi Pontianak lelaki manakala Omi (Johan) pula menyerahkan diri untuk dilatih sebagai orang minyak.
Antara barisan pelakon lain ialah Lana Nordin, Afdlin Shauki, Sharifah Shahirah, Khir Rahman, Adibah Nor, Harun Salim Bachik, Fizz Fairuz dan Sharifah Amani
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2012 09:46 AM | Show all posts
salam..muning..
sendunyer mansion..mane jozannurse sume..
meh lar meriahkan JozanMansion for MLM2012..
vote ML20 JOZAN send 32888..

mlm nie kul 10 jgn luper tgk result HotSeat utk kump..Balas..Kecik..Mamu..sape yg terpilih..??
hopefully tiga2 terpilih..fair & square..
astro kan penuh kezzzzzzzzzutttannnnnnnn..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2012 09:26 AM | Show all posts
saya ahli ke 105 masuk melaporkan diri..............




yeayyy...x sabar nk tgk JOZAN mlm esok..............
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 09:56 AM | Show all posts
jozanfan posted on 5-11-2012 02:12 PM
yey..server JozanFm dh on..
jom layanzzz..best gilerrr..

uols pendengar setia jozan fm ek?
ade tawaran spesel tau utk pendengar setia jozan fm..nanti iols konfemkan balek..tkot salah info plak nnt..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2012 09:58 AM | Show all posts
jozanfan posted on 14-11-2012 09:46 AM
salam..muning..
sendunyer mansion..mane jozannurse sume..
meh lar meriahkan JozanMansio ...

hehe rindunye la mase ML thun lps..bkn main meriah mansion ni
go go Jozan!!
MLM 2012
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 10:40 AM | Show all posts
wunny posted on 15-11-2012 09:58 AM
hehe rindunye la mase ML thun lps..bkn main meriah mansion ni
go go Jozan!!
MLM ...

muning wunny..
at lasttttttttttt akhirnyer..ade ahli jozannurse...suker..suker..suker..

esok MLM JOZAN..yey..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 10:40 AM | Show all posts
wunny posted on 15-11-2012 09:56 AM
uols pendengar setia jozan fm ek?
ade tawaran spesel tau utk pendengar setia jozan fm. ...

yup wunny..
ai pendengar setia..everyday..
siap pomot kat kengkawan suh dgr..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 11:00 AM | Show all posts
jozanfan posted on 15-11-2012 10:40 AM
muning wunny..
at lasttttttttttt akhirnyer..ade ahli jozannurse...suker..suker..suker..

morning..dah pecah laju?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 11:01 AM | Show all posts
jozanfan posted on 15-11-2012 10:40 AM
yup wunny..
ai pendengar setia..everyday..
siap pomot kat kengkawan suh dgr..hehehe

ye ke
nak tak jd deejay jozan fm?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 11:11 AM | Show all posts
wunny posted on 15-11-2012 11:00 AM
morning..dah pecah laju?

tgh pecah lelaju..
wunny dh gak ke..??

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 11:11 AM | Show all posts
wunny posted on 15-11-2012 11:01 AM
ye ke
nak tak jd deejay jozan fm?

nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...leh ker..??

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 11:15 AM | Show all posts
jozanfan posted on 15-11-2012 11:11 AM
tgh pecah lelaju..
wunny dh gak ke..??

lame dh...tggu lunch plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2012 11:16 AM | Show all posts
jozanfan posted on 15-11-2012 11:11 AM
nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...leh ker..??

leh tp ade syarat2 die..kene interview ek..hehe klu kak L****A btul2 nk, pm wani kt fb ek..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 11:17 AM | Show all posts
wunny posted on 15-11-2012 11:15 AM
lame dh...tggu lunch plak

nie dh kire brunch..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 11:18 AM | Show all posts
wunny posted on 15-11-2012 11:16 AM
leh tp ade syarat2 die..kene interview ek..hehe klu kak L****A btul2 nk, pm wani kt fb ek..

allamak..nk interview nie yg mls nie..
ai nie pemalu orgnyer..hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2012 11:20 AM | Show all posts
jozanfan posted on 15-11-2012 11:18 AM
allamak..nk interview nie yg mls nie..
ai nie pemalu orgnyer..hahahahahaha


interview kat FB sajok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.076920 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list