CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SaVilara

JOZAN MANSION v.16!! - SUPPORT JOZAN FOREVER!!

[Copy link]
Post time 15-11-2012 11:21 AM | Show all posts
wunny posted on 15-11-2012 11:20 AM
interview kat FB sajok

no phone die xde ke yunk..??

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2012 12:37 AM | Show all posts
Dear TT, sila tukar tajuk thread esok 16th November, " JOZAN di MaharajaLawak Mega Musim ke 2"

Thank you.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 12:49 AM | Show all posts
All the Best JoZan laling, Semoga Berjaya dgn Sketch2 yg menarik sepanjang beraksi sampai ke Final & Juara MLM musim ke 2
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 09:19 AM | Show all posts
diana007 posted on 16-11-2012 12:49 AM
All the Best JoZan laling, Semoga Berjaya dgn Sketch2 yg menarik sepanjang beraksi sampai ke Final & ...

yey..mlm nie MLM2012..
gud luck Jozan..ML20 JOZAN..send to 32888..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 07:29 PM | Show all posts




Jozannurse..apelg moh speku beramai-ramai noks..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 09:42 PM | Show all posts
All the best to JOZAN !!!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2012 11:39 PM | Show all posts
Yea..jozan best..


Err..mane org lain nih.huhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2012 12:27 AM | Show all posts
Alhamdulillah......
persembahan yg sgt gempak dri JOZAN.............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2012 04:31 PM | Show all posts
Minggu Pertama #JOZAN di #MaharajaLawakMega 2012

Last edited by diana007 on 18-11-2012 04:33 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 11:01 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

Wah lama tk masuk sini, bersara trus semenjak ML dulu...

InsyaAllah nak memeriahkan balek thread nie... and salam rindu buat nurse2 semua...;)

Doakan JOZAN menang kali nie.....


Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 08:57 AM | Show all posts
fredbok87 posted on 19-11-2012 11:01 PM
Assalamualaikum,

Wah lama tk masuk sini, bersara trus semenjak ML dulu...

salam..muning jozannurse sume..

wah..makin ramai dh masuk mansion semula..
suker..suker..suker..





Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 03:16 PM | Show all posts
Zizan, Nora Danish sedang bercinta?

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba kecoh seketika dunia seni tempatan apabila pelakon comel, Nora Danish dan pelawak terkenal, Zizan Razak bermanja-manja dengan panggilan papa dan mama di laman sosial Twitter milik mereka baru-baru ini.

Menerusi laman sosial itu, Nora dikatakan memberi ucapan All the best papa kepada Zizan yang berentap di Maharaja Lawak Mega (MLM) 2012, minggu lalu.

Menariknya, Zizan turut membalas ucapan tersebut dengan mengatakan Tq mama, papa try the best k kepada Nora.

Ekoran tweet romantik mereka ini, ramai menganggap kedua-duanya bukan sekadar teman biasa.

Sehubungan itu, Zass cuba mendapatkan penjelasan daripada bintang filem Hantu Kapchai ini.

Ketika dihubungi, Zizan berkata, apa yang berlaku di laman sosial itu hanyalah gurauan semata-mata.

"Sebenarnya tiada apa-apa antara kami. Kami hanya bergurau," katanya.

Suka Nora kelakar

Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Zizan berkata, dia senang berkawan dengan Nora kerana sikap kelakar yang ada pada bintang filem Aku Terima Nikahnya itu.

"Dia ok dan dia juga kelakar macam saya. Jadi, saya selesa bersama dia apabila kami berjumpa dalam apa majlis bersama.

"Lagi pun, setakat ini saya tidak punya sebarang perasaan pada dia. Bagi saya, dia seorang kawan yang baik. Itu sahaja," katanya sempat bertemu Nora di Anugerah Skrin 2012, baru-baru ini.

Meski pun spekulasi yang timbul tidak mendatangkan kesan kepada empunya diri, namun jelas Zizan, dia tidak mahu selepas ini masih ada orang menganggap yang bukan-bukan mengenai hubungan mereka.

"Kami merupakan rakan sekerja. Malah kami sudah sering bekerja bersama, saya harap perkara ini tidak menjejaskan hubungan kami," kata jejaka kelahiran Dungun, Terengganu ini.

Fokus MLM

Dalam pada itu, berkongsi mengenai perkembangan terbarunya, pengacara Melodi ini memberitahu, dia tidak menerima sebarang tawaran lakonan buat masa sekarang kerana ingin memberi perhatian kepada MLM.

"Memang saya fokus kepada MLM sahaja sekarang, saya tidak mahu kerja lain mengganggu komitmen saya terhadap program ini.

"Cuma saya masih bersama Melodi pada hujung minggu. Itu sahaja, selebihnya saya terpaksa tunggu selepas MLM tamat nanti," katanya.

Ditanya apakah harapannya bagi MLM musim ini, jelas Zizan, setiap yang menyertai pertandingan pasti mahukan kemenangan.

"Apa pun, kemenangan itu di tempat kedua, yang penting saya enjoy dengan program ini," katanya lagi.

***jawapan papa zizan tentang gossip ngan mama Nora..lau betul pun ok jer..shueeeeeeettttttttt***

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 04:09 PM | Show all posts
jozannurse..vote for JOZAN toninght MLM2012..
also vote for JOZAN at ABPBH..

*c uols tonight at MBSA*..

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2012 06:51 PM | Show all posts
jgn luper ajak reramai g tgk citer 'Ponti vs Orang Minyak'..
ai g mlm esok sbb mlm nie juz for Jozan MLM..

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2012 10:34 AM | Show all posts
Zizan mula tujuk belang

ZIZAN RAZAK


ADA-ADA sahaja cerita pasal Zizan Razak. Terbaharu, jejaka dari Terengganu tu bukan main lagi mengasah ayat cinta dengan Nora Danish di laman Twitter. Bagi Diva, setakat main ayat cinta di laman sosial itu perkara biasa. Ada juga yang putus cinta pun di Twitter juga.

Tapi cerita minggu lalu lagi panas. Diva teringat episod fotografi di pagi hari yang diaturkan di sebuah studio untuk promosi satu acara.

Fahamlah Zizan sekarang sibuk, sebagai pelawak paling berjaya, waktunya emas. Jadi segala benda kena cepat dan padat.

Bila diminta untuk satu sesi fotografi, Zizan bagi tarikh dan waktu ikut kehendak dia, media kena setuju. Semua pihak yang mahu digandingkan dengannya juga kena patuh.

Jadi, bila Zizan tetapkan waktu fotografi bersamanya pada pukul 9.30 pagi semua pun kena setuju, kalau tak setuju, dia tak ada waktu lain. Kalau dengan Zizan seorang okey, tapi bila melibatkan artis lain, kenalah ada persetujuan bersama.

Tiba waktu yang dijanjikan, artis yang terpaksa ikut jadual Zizan tiba tepat pada masa yang dijanjikan. Tunggu punya tunggu, orang yang berkeras bagai besi sakti mahu buat fotografi awal pagi tak nampak batang hidung.

Artis yang digandingkan dengan Zizan pun, bukan calang-calang orang, tapi sanggup berpinar mata tempuh kesesakan jalan raya dan beralah demi Zizan.

Pelakon ada trofi tadi pun termangu daripada setengah jam jadi sejam, lepas sejam masuk dua jam. Malangnya, Zizan yang beria-ria tetapkan jadual ibarat masuk kerja kena punch card pula yang sampai dua jam kemudian.

Jangan terlalu pentingkan diri. Kalau orang lain boleh tepati masa, jangan mainkan masa orang lain.

Fikir-fikirkan, Diva cuma fikirkan apa perasaan artis yang kena tunggu Zizan selama dua jam itu semata-mata untuk sekeping gambar bersama. Lu pikirlah sendiri!

***hope jgn dgr sebelah pihak jer..reputzz pls dptkan komen bothside***
whatever it is we still love JOZAN..

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 07:31 PM | Show all posts
assalamualaikum semua.. lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sya tak masuk jozannurse ni.. dah ada anak dh pown haaa.. hihihi.. punye la lamenye kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2012 07:35 PM | Show all posts
nk tanye, minggu ke-2 mane nk tgok ye?? sya tak subscribe astro mustika tu.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 06:21 PM | Show all posts
vote MLM JOZAN ke 32888..
go jozan..go jozan..go jozan..
c uols tonite at MBSA..i will be there..chayok..chayok..

tema : PARODY..

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 01:33 AM | Show all posts
Party EH! latest on Zizan Razak

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 12:10 PM | Show all posts
Jozan pilihan utama

Artis komedi nampaknya terus menguasai industri seni apabila nama mereka sering menjadi pilihan dalam kalangan peminat untuk menyerikan sebarang acara.

Menerusi laman Facebook Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), kami meminta pengikut laman ini mencadangkan personaliti yang mereka ingin lihat mengendalikan malam kemuncak acara berprestij ini di Stadium Putra Bukit Jalil, April depan.      

Daripada idea yang disumbangkan, hampir separuh daripadanya meminta agar pentas ABPBH 2012 memilih gandingan pelawak terkenal sebagai pengacara pada malam itu nanti.            

Alasan mereka, golongan pelawak akan menjadikan majlis lebih meriah. Justeru, enggan mengambil risiko malam kemuncak ABPBH nanti menjadi acara membosankan, mereka memilih untuk mencadangkan nama pelakon komedi atau pelawak sebagai pengacaranya.

Menerusi forum berkenaan, ramai yang memilih dua sahabat, Johan dan Zizan (Jozan) untuk mengemudikan malam kemuncak acara ini. Selain soal populariti yang turut diambil kira, ratarata percaya Jozan mampu membuatkan penonton terhibur dan tidak kering gusi.

Malah ada yang meminta agar mereka digandingkan bersama Didie Alias, yang pastinya akan menambahkan lagi kegamatan anugerah, yang memasuki usia 26 tahun penganjurannya.

Tidak kurang juga yang mencadangkan supaya pasangan Jozan digandingkan bersama Yus (Jambu), Jepp, Raja Azura dan ramai lagi. Pendek kata, segala-galanya adalah mengenai Jozan!      

Turut dicadangkan peminat ialah aktor popular, Aaron Aziz.

Mereka meminta agar Aaron digandingkan bersama Zizan.

Idea itu juga bukanlah sesuatu yang mustahil memandangkan keduaduanya memiliki nama besar dalam industri seni tanah air. Aaron sendiri pernah mengacarakan beberapa program sebelum ini.

Tidak kurang yang meminta supaya ABPBH 2012 mengekalkan kembali barisan pengacara terdahulu iaitu Raja Azura, Sharifah Shahira, Zizan dan Didie Alias.

Walaupun nama Raja Azura dan Sharifah Shahira tidak asing di pentas ABPBH 2012, apabila masingmasing pernah bergelar pengacara anugerah itu sebanyak lima dan empat kali, peminat nampaknya masih tidak jemu dengan celoteh mereka yang bersahaja.

Ketika yang sama, ada pula yang meminta supaya pentas malam kemuncak tidak terlalu disesakkan dengan ramai pengacara kerana bimbang masing-masing berlumba-lumba merebut peluang untuk bercakap.

Pengacara lama tak dilupa Dalam pada rancak mencalonkan nama Johan dan Zizan, ada yang nampaknya masih tidak dapat mengikis ingatan mereka kepada dua pengacara berpengalaman, Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Salih Yaakub.

Memang tidak dinafikan, dua pengacara ini mempunyai aura tersendiri hingga mereka pernah digandingkan dua kali berturut-turut.

Tidak kurang juga yang mencalonkan Aznil Nawawi, Adibah Noor, Fara Fauzana, Nabil dan ramai lagi. Malah ada peminat yang meminta supaya tiga pengacara Anugerah Juara Lagu, Faizal Ismail, Ally Iskandar dan Cheryl Samad digabungkan pada ABPBH kali ini.

Apa pun semua ini bakal kami pertimbangkan. Siapakah calon yang benarbenar layak untuk dipilih sebagai pengacara ABPBH 2012, pembaca perlulah nantikan pengumumannya yang bakal dibuat sedikit masa lagi.

***hopefully tb3 take note kan jozannurse..??***


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.149966 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list