CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1449|Reply: 10

woi aku xde berhutang la..

[Copy link]
Post time 21-4-2012 11:50 AM | Show all posts |Read mode
'Apa... kami berhutang?'
WARTAWAN SINAR HARIAN
20 April 2012


SELANDAR, JASIN - Seramai 76 bekas peneroka Felda Bukit Senggeh, di sini, terkejut dan kesal apabila Felda mendakwa mereka berhutang di antara RM35,000 hingga RM45,000 setiap seorang sedangkan mereka tidak menerima sebarang bantuan atau pinjaman daripada pihak terbabit.

Bekas peneroka, Mohamad Tahir Hashim, 65, berkata, mereka menjadi peneroka Felda pada 1975 dan menerima geran tanah sebanyak empat hektar seorang pada 1996, namun pada 10 Februari lalu dia didapati berhutang dengan Felda sebanyak RM43,400.84.

Menurutnya, pada asalnya, dia bersama 448 peneroka lain mengusahakan tanah dengan tanaman getah dan kelapa sawit, bagaimanapun lama-kelamaan berjaya membayar hutang sebelum menerima geran pada 1996.

“Kemudian ada lebih kurang 322 daripada 448 orang itu serah balik pada Felda dan terima duit sara hidup sebanyak RM500 hingga RM1,200 sebulan.

“Kami tak masuk balik dan tak pernah ambil duit sara hidup itu tapi dikatakan berhutang dengan Felda,” katanya.

Sementara itu, Jaafar Aman, 63, berkata, dakwaan Felda itu menyebabkan mereka semua berada di dalam kebingungan dan kesal kerana selama ini isu itu tidak timbul.

Menurutnya, dia terkejut apabila melihat penyata mendapati dia ada mengambil wang sara hidup termasuk berhutang untuk membuat pagar, gali parit, tanaman semula dan sebagainya sedangkan semuanya dibuat sendiri tanpa menggunakan duit Felda.

“Kita semua sudah berumur dalam lingkungan warga emas kalau ada hutang seribu pun sudah risau, inikan pula didakwa berhutang RM43,000 macam mana kita nak terangkan pada anak-anak yang kita wariskan hutang kepada mereka.

“Peliknya ia ditandatangani orang lain dan kita minta ia disiasat agar kami tidak teraniaya. Kalau ada penyelewengan ianya perlu didedahkan bagi mendakwa orang yang terlibat,” katanya.

Anak bekas peneroka, Chew Ah Kiu, 36, berkata, dia terkejut apabila mendapati mendiang bapanya berhutang dengan Felda sebanyak RM35,000 ketika menguruskan pertukaran pemilikan geran tanah.

“Saya hairan macam mana bapa saya ada hutang sedangkan dia mengusahakan sendiri tanahnya dan resit hutang itu menyatakan bapa saya ada menerima baja, anak pokok serta elaun sara hidup yang ditandatangani oleh orang lain,” katanya.




p/s: agak agak ade kesilapan sistem kot....walaupun secara manual...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2012 11:56 AM | Show all posts
xper2 nk dkt PRU neh...ader ler BADAN yg akan bantu byr separuh...
usah2 ler pkcik2 smua risau...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 12:02 PM | Show all posts
Pemuda akan cuba menyelesaikan semua masalah..jangan risau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 12:24 PM | Show all posts
Reply 2# srikandi_negara


   hahahahahahahha...silap2 dpt tanggungan penuh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 12:29 PM | Show all posts
Reply  srikandi_negara


   hahahahahahahha...silap2 dpt tanggungan penuh...
angura Post at 21-4-2012 12:24



khen....umah chandelier pn buleh byr lum sam...
neh kn Org kampOng sajOk.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 12:34 PM | Show all posts
lawan felda= lawan umno

lawan umno= lawan tokey

lawan tokey= tidak bersyukur

tidak bersyukur = PKR

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-4-2012 12:35 PM | Show all posts
Reply 5# srikandi_negara


neh nk bg hint kt thread si tong ka??



aku nk tgk ade badan mane2 yg asyik dok nangguk kt air keroh ni tolong x....nnti mula la kuar terima kasih ameno...terima kasih kerajaan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 12:36 PM | Show all posts
Reply 6# geng_tx


   tamak haloba = ameno
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2012 12:43 PM | Show all posts
Reply  srikandi_negara


neh nk bg hint kt thread si tong ka??



aku nk tgk ade badan ...
angura Post at 21-4-2012 12:35



cikgu skOlah iOlls ajar..kta kerna berterima kaseh pd yg memberi....
say thank q tO them....gud children
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2012 12:56 PM | Show all posts
Reply 9# srikandi_negara


   berterima kasih pd yg memberi bagus tp klu dh sume name disebut hahahahahahahaha kelakar xterkate boh
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 05:43 PM | Show all posts
'Apa... kami berhutang?'
WARTAWAN SINAR HARIAN
20 April 2012

SELANDAR, JASIN - Seramai 76 bekas ...

angura Post at 21-4-2012 11:50


dah dekat fgvh nak di senaraikan ni, ada je peneroka felda dapat hutang tak pasal-pasal....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.069172 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list