CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4255|Reply: 59

Edisi Kapal Selam: Menteri enggan hadir ke mahkamah Perancis

[Copy link]
Post time 21-4-2012 12:48 PM | Show all posts |Read mode
Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi tidak akan hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung kes bayaran komisen tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan kapal selam pada 2002.

Katanya, tiada sebab untuk beliau hadir kerana bukan menjadi saksi dan beliau tidak akan menggunakan wang kerajaan atau duit poket sendiri bagi membiayai kehadiran ke sana, lapor Sin Chew.

"Mereka boleh buat perbicaraan, tetapi Kementerian Pertahanan tidak akan hantar wakil ke Perancis, tetapi saya percaya duta Malaysia di sana akan mengikuti kes ini," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Cina itu.

Ditanya tentang Najib yang disenaraikan sebagai saksi, Zahid berkata, terpulang kepada Suaram jika mereka ingin menjadikan perundangan di Perancis untuk tujuan peribadi mereka.

NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima.

Anggota sekretariat Suaram Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan mereka, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Zahid.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, Zahid juga mendakwa Suaram tidak bertindak untuk tujuan undang-undang tetapi mempunyai agenda politik untuk memburukkan kerajaan Malaysia.

"Kementerian sentiasa telus dan mengikuti undang-undang, kita sudah beri jawapan, tetapi mereka masih mencipta isu. Jika kita hendak memuaskan hari semua orang, takkan ada penghujungnya," katanya.

Suaram pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia sepuluh tahun lalu.



p/s: baguslah zahid nie xnk guna duit rakyat sebab tu x nk gie perancis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2012 01:14 PM | Show all posts
nak tutup mulut puak2 suaram ni mudah je....

pegi sana, ikuti perbicaraan tersebut... rakyat bersedia derma sorang rm10 utk kos tambang dato' dato semua...


hasil dari perbicaraan itu akan membuatkan semua org puas hati.


org umno nak takut apa kalau tak salah? ini lah caranya utk kasi malu suaram yg banyak cakap tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 01:51 PM | Show all posts
Jahat laa perancis ni.... Org2 bn mana ada corrupt. Depa suci murni bak embun pagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 03:38 PM | Show all posts
Jahat laa perancis ni.... Org2 bn mana ada corrupt. Depa suci murni bak embun pagi
solstice Post at 21-4-2012 13:51



    Suci sungguh... GE13th pasti menang lagilah...
untunglah lembu-lembu under BN dan berbangga dapat jadi
sekutu BN..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 03:43 PM | Show all posts
Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi tidak akan hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan di  ...
B.K Post at 21-4-2012 12:48



    bagos pak zahid hamidi.. tak perlu layan lah species2 memanjang tidak puas  hati ini...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 03:45 PM | Show all posts
keh keh keh..xnk  pg france sbb bazir duit rakyat??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2012 04:09 PM | Show all posts
/^ Post Last Edit by .*? at .*?

/s/^ Post Last Edit by .*? at .*?

/s


Takooooott :p


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 04:30 PM | Show all posts
takpe , makamah akhirat sedang menunggu najib dan konco2 nya termasuk pengundi2 yg mengkekalkan kuasa kat tangan umno tu.

malang lah pakcik2 umno kg kg tu. mka akan dipertanggungjawabkan kenapa biarkan pemimpin mka ubah hukum zina.(tak perlu penning2, 1 cth ni dah cukup)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2012 04:33 PM | Show all posts
takutlah tu, kalau tak de komisyen tak sah terlibat  seperti yang didakwa buat apa takut
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 04:57 PM | Show all posts
bodo nya....
masa sain kontrak bagai itu.... zahid hamidi bukan kat mindef lagi lah masa tuh... dia nak pergi peranchis atas kapasiti apa? apa ada kaitan dia dengan perkara ini?... macam bodo lah jugak sebenarnya frenchie2 nih....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 05:31 PM | Show all posts
Najib nak pegi ke tak?

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 05:39 PM | Show all posts
bapak takut, anak pengecut.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 05:43 PM | Show all posts
Ada juga otak udang kat sini... Tak kisahlah era bila pun.., dah kau jaga kem tu.. Kenalah bertanggungjawab...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 05:47 PM | Show all posts
Katanya, tiada sebab untuk beliau hadir kerana bukan menjadi saksi dan beliau tidak akan menggunakan wang kerajaan atau duit poket sendiri bagi membiayai kehadiran ke sana, lapor Sin Chew.



Yang najib pi oberc Ostolia Emrika dan negara bakal menantu tu pakai duit sapa...?

Harap-harap mentri ni tak kena lesing dengan rosmah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 05:49 PM | Show all posts
Ada juga otak udang kat sini... Tak kisahlah era bila pun.., dah kau jaga kem tu.. Kenalah bertanggu ...
maizana Post at 21-4-2012 05:43 PM


Tak lupa Noh Omar juga. NFC...ingat?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 09:55 PM | Show all posts
xpe najib dah anta orang2 dia kasi settle hal kt sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2012 10:38 PM | Show all posts
susah juga bila orang yang tak bertanggungjawab....ada hati nak suruh orang lain bertanggungjawab...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 10:45 PM | Show all posts
percaya je la sembang depa ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 10:49 PM | Show all posts
chaittttt...zahid nih....gi paris air show jumpa netanyahu bulih plakkk?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2012 10:52 PM | Show all posts
dipanggil utk jadi saksi, bukan dipanggil sebagai tertuduh...yg tertuduh ialah DCNS
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.086187 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list