CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11866|Reply: 102

Siapakah 5 ARTIS TOP Yang Dikaitkan dalam Gossip ini?

[Copy link]
Post time 23-4-2012 10:07 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by AppropriateNick at 24-4-2012 00:05

Wartawan Gesa Artis Keluar Zon Selesa

sumber Utusan Muloya

SAYA masih ingat lagi, sewaktu Yuna naik ke pentas terima Anugerah Kembara pada malam Anugerah Industri Muzik Ke-18 (AIM 18) tahun lalu, ada artis yang protes. Katanya, Yuna tak layak terima anugerah itu sebab terlalu muda.

Umur Yuna masa itu baru 26 tahun. Sepatutnya penganjur bagi pada penyanyi lebih senior yang banyak kali harumkan nama negara, bukan Yuna. Alasannya, Yuna masih ada banyak masa untuk terima anugerah itu.

Saya tak nampak sebarang isu di sini sebab Yuna memang layak terima Anugerah Kembara AIM 18. Yuna ‘jual’ bakat di depan penerbit lagu luar negara dan hasilnya dah nampak bila orang sana menerima dia. Kenapa perlu ada hasad dengki, kaitkan kejayaan dia dengan faktor umur? Bagi saya, masa mudalah artis sepatutnya kibarkan sayap luas-luas, rancang ke peringkat global dan bukan setakat jaguh kampung di dalam negara.

Kebanyakkan artis kita tak nampak perkara tersirat ini sebab malas berfikir. Apa yang mereka lihat adalah perkara yang nyata di depan mata. Contohnya kalau ada anugerah yang tawarkan wang tunai, barangan mewah atau piala popular. Dalam bab ini, artis kita memang bersungguh-sungguh walaupun penganjuran anugerah itu tidak dinilai oleh juri profesional pun.

Jadi, tak hairanlah kalau ada artis yang ‘berkokok’ bila penganjur menobatkan artis luar sebagai pemenang utama. Artis kita protes, marah berapi-api dan dakwa penganjur tak angkat artis tempatan. Walhal, tak ada apa yang nak dikecohkan kalau pada artis luar menang anugerah.

Artis kita jangan menggelepar kalau ada artis luar berjaya bina nama di negara ini. Artis kita pun kena buat perkara yang sama untuk ke luar negara. Kena kerja sungguh-sungguh dan keluar dari zon selesa.

Dalam soal mempromosi bakat, artis kenalah buat kerja sendiri dan jangan mengharapkan pegawai promosi sahaja yang buat kerja. Kalau pegawai promosi hebat buat kerja sekalipun tetapi produk yang hendak dijual tidak berkualiti, tidak guna juga. Pelan pembangunan kerjaya artis mesti dilakukan sendiri, bukannya dilepaskan kepada pihak lain. Barulah kita tahu dari A sampai Z dalam bidang ini. Yuna buat sendiri. Dia tak harapkan orang lain tolong dia buatkan semua kerja-kerja promosi. Dia manfaatkan sepenuhnya laman sosial seperti youtube, facebook atau twitter.


Sebab itu, saya rasa pelik bila ada artis cakap dia tak pandai guna gajet-gajet canggih ini yang boleh mengakses laman sosial. Kalau tak tahu belajarlah, bukannya payah sangat pun.

Baru-baru ini ada artis mengeluh kerana pegawai promosi didakwanya tidak buat kerja. Katanya, macam mana dia nak jadi artis antarabangsa kalau pegawai promosi tak bijak buat kerja? Peliknya. Siapa yang hendak ke peringkat antarabangsa? Pegawai promosi atau artis? Ada juga kes artis sanggup pecat pegawai promosi sebab tak buat kerja. Tuduh macam-macam, siap letak status di laman sosial lagi.

Jangan sesekali kita menyalahkan orang lain kerana kegagalan kita mendapatkan sesuatu. Perangai buruk macam itulah yang buat orang meluat dengan artis kita.

Artis perlulah terima hakikat, kena bekerja kuat untuk promosi diri hingga mencapai sasaran yang diingini, bukan bergantung pada orang lain. Barulah boleh jadi Yuna.

Jangan cakap saya pro Yuna sebab kerap sebut nama dia. Ada banyak lagi contoh artis berjaya ke peringkat antarabangsa selain Yuna tapi saya rasa Yuna wajar diberi pujian atas kejayaannya.

Lagi satu, artis kena bijak jaga air muka, jangan sampai orang lain meluat dengan kehadiran kita macam perasan bagus. Kalau orang kita tak suka, agaknya macam mana orang luar nak terima kita. Fikirkanlah...





iols speku pertama:
Gossip pertama:ada artis yang protes. Katanya, Yuna tak layak terima anugerah itu sebab terlalu muda - Sharifah Aini
Gossip kedua: artis yang ‘berkokok’ bila penganjur menobatkan artis luar sebagai pemenang utama. Artis kita protes, marah berapi-api dan dakwa penganjur tak angkat artis tempatan -Zed Zaidi
Gossip ketiga: Contohnya kalau ada anugerah yang tawarkan wang tunai, barangan mewah atau piala popular. Dalam bab ini, artis kita memang bersungguh-sungguh walaupun penganjuran anugerah itu tidak dinilai oleh juri profesional pun.-Anuar Zain
Gossip keempat:ada artis cakap dia tak pandai guna gajet-gajet canggih ini yang boleh mengakses laman sosial. Kalau tak tahu belajarlah, bukannya payah sangat pun.-Anuar Zain
Gossip kelima: ada artis mengeluh kerana pegawai promosi didakwanya tidak buat kerja. Katanya, macam mana dia nak jadi artis antarabangsa kalau pegawai promosi tak bijak buat kerja?-Ning Baizura
Gossip keenam:artis sanggup pecat pegawai promosi sebab tak buat kerja. Tuduh macam-macam, siap letak status di laman sosial lagi.-Jaclyn Victor (xtau sapa main teka jek)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2012 10:11 PM | Show all posts
Jadi, tak hairanlah kalau ada artis yang ‘berkokok’ bila penganjur menobatkan artis luar sebagai pemenang utama. Artis kita protes, marah berapi-api dan dakwa penganjur tak angkat artis tempatan. Walhal, tak ada apa yang nak dikecohkan kalau pada artis luar menang anugerah.


yg ni iols rase zed selumbar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 10:12 PM | Show all posts
yg ni iols rase zed selumbar
wookiehoney Post at 23-4-2012 22:11



   yang lain iols mmg xdpt nak detect la uols..sgt kabur la
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 10:23 PM | Show all posts
tak habih2 dgn yuna uols.....

kepada mod, jangan cakap saya pro yuna sebab saya fanatik yuna dan mohon pencerahan jika gossip ini tidak menepati kriteria forum cari yang begitu ketat


mohon pencerahan beza pro dgn fanatik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 10:24 PM | Show all posts
tak habih2 dgn yuna uols.....



mohon pencerahan beza pro dgn fanatik?
parasitology Post at 23-4-2012 22:23



   jgn la off topic uolss
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 10:28 PM | Show all posts
Reply 5# AppropriateNick


   perlu la off topic sbb topic pon TAK PERLU WUJUD kekdahnyer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2012 10:35 PM | Show all posts
Wartawan Gesa Artis Keluar Zon Selesasumber Utusan Muloya
SAYA masih ingat lagi, sewaktu Yuna naik  ...
AppropriateNick Post at 23-4-2012 22:07



    Artikulasi penulisannya. Siapa Penulis ini?
Yuna, well done!
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 10:46 PM | Show all posts
yes yuna..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2012 10:46 PM | Show all posts
tak habih2 dgn yuna uols.....



mohon pencerahan beza pro dgn fanatik?
parasitology Post at 23-4-2012 22:23


Hehehe...I cuba mencerahkan apa yg patut dicerahkan ye! Ini Dari sudut fahaman I.

1) Pro - In favour gitu...Menyukai & Menyokong dgn bijak.
2) Fanatic - excessive enthusiasm ...Berlebih- lebihan Menyokong, tidak boleh langsung menerima & mendengar kritikan terhadap satu2 subject, sampai boleh membawa keburukan Dari kebaikan jika tiada terkawal. Will condemn others & biased.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 10:52 PM | Show all posts
aku xtau
satu pown aku xmampu speku melainkan jed jedi tuh
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 10:52 PM | Show all posts
perlu ke????huhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 10:58 PM | Show all posts
Hehehe...I cuba mencerahkan apa yg patut dicerahkan ye!  Ini Dari sudut fahaman I.

1) Pro  ...
diana007 Post at 23-4-2012 22:46



   kesimpulannya boleh dikatakan yg fanatik ni lebih extreme gitu...dan pro ni mcm ala-ala sokong yg tak extreme la kan...
kepada mod, jangan cakap saya pro yuna sebab saya fanatik yuna dan mohon pencerahan jika gossip ini tidak menepati kriteria forum cari yang begitu ketat



Jd konteks ayat di atas adalah salah?
sbb fanatik lebih extreme dari pro....
kalau appro ckp dia fanatik maksudnya secara tak langsung mmg heols pro yuna kan...?


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 11:35 PM | Show all posts
aku pro tapi fanatik yuna!!!muahahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2012 11:37 PM | Show all posts
kesimpulannya boleh dikatakan yg fanatik ni lebih extreme gitu...dan pro ni mcm ala-ala sok ...
parasitology Post at 23-4-2012 22:58


sudeh la..tibe2 jek kan iols bukan artis tempatan..ok..iols dah edit...lalalala
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 11:37 PM | Show all posts
kesimpulannya boleh dikatakan yg fanatik ni lebih extreme gitu...dan pro ni mcm ala-ala sok ...
parasitology Post at 23-4-2012 22:58



    Hehehe...TT self-explanatory!

Apapun, Yuna bijak. Beauty is in the eyes of beholder. Dek kerana itu, I kata : She is beauty with brain. She knows how to sell/brand her name ..menJenamakan Yuna & lagu-lagunya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 11:39 PM | Show all posts
tak kesah , tak menat yoona
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2012 11:41 PM | Show all posts
kesimpulannya boleh dikatakan yg fanatik ni lebih extreme gitu...dan pro ni mcm ala-ala sok ...
parasitology Post at 23-4-2012 22:58

bila ko dah jelaskan macam ni.. barulah aku sedar mmg tak paham ayat dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 11:42 PM | Show all posts
i kesah. i minat yuna. minat sampai tua.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 11:46 PM | Show all posts
soalan tesis kaji selidik ke noks
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2012 11:46 PM | Show all posts
sudeh la..tibe2 jek kan iols bukan artis tempatan..ok..iols dah edit...lalalala
AppropriateNick Post at 23-4-2012 23:37



   motip nk edit...? iols dh selamat quote pon...lalalala
iols lebih berminat psl quote tu dari cerita yuna....tak kira uols kene explen gak psl pro dgn fanatik tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.061482 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list