CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gammbir33

Susah ke nak buang saka?

    [Copy link]
 Author| Post time 8-1-2013 11:08 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 8-1-2013 01:31 AM
Cuma bertanya, yg ditepek tu drpd perawat mane?

Kn yg kotor bernajis tu hati, tu le puncanya.

Sememangnyer saka di takrifkan dengan tinggalan jin2 dariketurunan yg terdahulu..di sebabkan org dulu ade belajar sama ada sengaja atautidak dalam berkompromi dengan jin2 dalam kehidupan mereka..

Jika di takrifkan saka sebagai dosa..aku rasa kurang tepatkerana dosa dak boleh di pindah dan diwarisi kepada keturunan…dan ianya urusanantara hamba dan tuhannyer. Dan jika dikatakan berdoasa kerana berkompromidengan golongan jin tu betul..tapi yg akan diwarisi ialah jin nyer..bukandosanyer.

Oang2 yg mewarisi saka2 juga akan tertarik dengan melakukandosa2,  ini pon ade peratusan daribisikan jin2 yg mendiami dalam diri manusia tu di samping tarikan nafsu.…

Jin/saka tak nampak dgn mata kasar, sama juga dengandosa..tapi sangat berlainan konsepnyer..

Bagi mereka yg mempelajari tentang jin akan dapat melihatjin2 tuh dengan izin Allah..tapi mereka2 yg mempelajari tentang hukum2 agamatentang dosa, pahala tak akan dapat melihat dosa/pahala yg Allah janji kan itu.

Dosa boleh di bersihkan dengan meminta ampunan dari Allah,tapi adekah jin saka juga terhapus???
Cth: kite ade buat jahat dengan seseorang seperti menghasutdan menyebabkan org tersebut melakukan dosa dengan sebab hasutan kite tu…dansetelah itu org tersebut bertaubat dengan perbuatannyer itu dan kesannyer kitejuga terhapus sama,,,ade tak jadi cenggitu???

Sedangkan jin/saka boleh dihapuskan dengan kepandain danizin dari Allah yg diberikan pada sesiapa yg di kehendakiNYA

Dalam khutbah wada’ tu pesanan dari rasullullah yg terakhirkepada umatnyer tentang pentingnyer dalam menjaga perhubungan Allah danmakhluk,antara makhluk sesame makhluk, juga amaran bahaya yg akan mendatangsetelah ketiadaannyer..sebagai bekal persiapan kepada umatnyer..tak ade disebut secara khusus berkenaan SAKA.

Kalo di kaitkan saka dengan definasi dosa..nanti akanmelarat kepada neraka,surge,malaikat,titian sirat, tiupan sangkakala, soalkubur dan macam2 lagi tu yg boleh buat kita berpusiang 380 darjah tak ketemupuncanyer…tu pahaman aku lah..

Tapi kalo sedare Dzul ade penerangan yang bagus boleh dikongsi bersama..tapi ayat tuh biorlah ramai yg paham..jgn bagi ayat tergantungterkangkang perlu ikhlas dengan penerangan tuh takut nanti org tak paham nantijadi lain, tersaka lah pulok kan kan kan..hehehehe..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2013 12:26 PM | Show all posts
"Kn yg kotor bernajis tu hati, tu le puncanya.
Sdgkn perawat2 yg biasa di luar sana
dok meratib SAKA tu perjanjian nenek moyang ke hulu
perjanjian nenek moyang ke hilir...apa perjanjiannya tu?
Dikisahkan sakit2nya tanpa menjelaskan punca2nya
dikisahkan jin2, yg ghaib2 tanpa merungkai kebenaranya yg nyata?
Nk merawat ke nk cari pesakit? - terSAKA lg."

Masih kurang faham nampaknya...
Bila hati dah hitam maka hitam lah jadinya dan mulalah buat perjanjian syaitan..
Bila atok nenek dah buat perjanjian tu maka yang anak cucu lah jadi mangsanya juga...
Biarlah anak cucu tu dah jadi imam sekalipun perjanjian tu tak kan terungkai.....
Kan ke tu melibatkan hati juga????
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 12:37 PM | Show all posts
Saya rasa sdr dzul ni ada SAKA..
Bagi mereka yg ada SAKA ni secara keturunan maka SAKA dalam badan dia tu akan mempengaruhi diri mereka atau hati mereka membuat perkara yg mungkar dan ia akan memusuhi perawat perawat yg ikhlas nak menolong mereka. senang cerita dia tak percaya kpd  perawat perawat ni Maka perbagai tuduhan yg akan mereka buat.
Memang seperti yg saya nyatakan dahulu, ada juga perawat yg ada SAKA dan menggunakan SAKA tersebut utk merawat kononnya..semuanya semata mata duit.

Gambir33 nampaknya memahaminya. Last edited by uniq61 on 8-1-2013 12:39 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 01:14 PM | Show all posts
uniq61 posted on 8-1-2013 12:26 PM
"Kn yg kotor bernajis tu hati, tu le puncanya.
Sdgkn perawat2 yg biasa di luar sana
dok meratib SA ...

Ye le sedara, perjanjian apa?
- yg musykil sgt ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 01:38 PM | Show all posts
gammbir33 posted on 8-1-2013 11:08 AM
Sememangnyer saka di takrifkan dengan tinggalan jin2 dariketurunan yg terdahulu..di sebabkan org d ...

Dosa sesama makhluk x sama dgn dosa kpd Tuhan
i.e. jika Allah ampunkan segala dosa si Firaun sekali pn,
dosanya terhadap bani Israel tergantung - terSAKA le

Knp nabi x bg solatkan jenazah yg berhutang?

Khutbah Wada' tu sbg pengisytiharan hak sesama makhluk
- teliti le setiap barisnya

Cth: kite ade buat jahat dengan seseorang seperti menghasutdan menyebabkan org tersebut melakukan dosa dengan sebab hasutan kite tu…dansetelah itu org tersebut bertaubat dengan perbuatannyer itu dan kesannyer kitejuga terhapus sama,,,ade tak jadi cenggitu???
Kalau bisikan menghasut tu sifatnya berlepas diri - syaitan, sihir, guru sesat, etc.
kedua-dua pn berdosa dgn Tuhannya dan yg melibatkan perlakuan tu lebih jahat.
i.e. Television sbg penyebar kefasikan (syaitan), pelaku yg ikut tu lg jahat drpd syaitan.

SAKA ni lbh besar drpd ni i.e. riba, amanah harta, hak wanita,
putusnya persaudaraan Islam, perkauman, x rujuk Quran dan sunnah, etc.

Xde plk perawat yg bg dalil/nas berkenaan SAKA - pelik ek?

p/s: Memandangkn dh terbiasa dgn SAKA yg biasa2 tu...susah sket nk mengadap ke lain.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 01:44 PM | Show all posts
uniq61 posted on 8-1-2013 12:37 PM
Saya rasa sdr dzul ni ada SAKA..
Bagi mereka yg ada SAKA ni secara keturunan maka SAKA dalam badan  ...

Mustahil bg mana2 individu yg terlepas drpd SAKA
sbb debu-debunya berterbangan sekeliling
plg ringan pn selsema akibat tersedut sedebu

Maka, perawat yg ambil sepotong ayatNya dan
menyembunyikn sebahagian lain hanya utk dunia
Laknat Allah tersedia menunggu masa...dok gtu?

p/s: Maaf bertanya. Saudara ni perawat ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-1-2013 01:51 PM | Show all posts
Dosa sesama makhluk x sama dgn dosa kpd Tuhan
i.e. jika Allah ampunkan segala dosa si Firaun sekali pn,
dosanya terhadap bani Israel tergantung - terSAKA le


TERSAKA??? dosa firaun di tanggung oleh firaun sendiri kan kan kan..bukan di tanggung oleh bani israel selepasnyer.

Kalau bisikan menghasut tu sifatnya berlepas diri - syaitan, sihir, guru sesat, etc.
kedua-dua pn berdosa dgn Tuhannya dan yg melibatkan perlakuan tu lebih jahat.
i.e. Television sbg penyebar kefasikan (syaitan), pelaku yg ikut tu lg jahat drpd syaitan.


bior aku ulang balik soalannyer..
Dosa boleh di bersihkan dengan meminta ampunan dari Allah,tapi adekah jin saka juga terhapus???

SAKA ni lbh besar drpd ni i.e. riba, amanah harta, hak wanita,
putusnya persaudaraan Islam, perkauman, x rujuk Quran dan sunnah, etc.


apa pula definasi..amanah dan tanggungjawab..pada pahaman sedare???

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 05:09 PM | Show all posts
gammbir33 posted on 8-1-2013 01:51 PM
TERSAKA??? dosa firaun di tanggung oleh firaun sendiri kan kan kan..bukan di tanggung oleh bani  ...

Memperhambakan bani Israel, bunuh bayi mereka, etc.
Rasa2 hang le, beratur x mereka nk tuntut?
- sdgkn mengumpat pn hang kna minta maaf kpd tuannya, baru Allah ampunkn kn?

Dosa boleh di bersihkan dengan meminta ampunan dari Allah,tapi adekah jin saka juga terhapus???

Yg ni kn dosa dgn Tuhan bkn sesama makhluk.
Kalau makhluk yg teraniaya tu x maafkn dan menuntut hak dia
dosa masih dok ada le dlm hati - terSAKA le selagi x ditebus
Lawan kpd hati yg tenang tu hati yg dihantui SAKAnya

apa pula definasi..amanah dan tanggungjawab..pada pahaman sedare???

Hang ingat x sejak bila kita guna penggantian kertas drpd emas dan perak?
- hang try baca 'Bretton Woods' mcm mana mekanisma mengambil emas dan perak drpd umum kpd milikan khusus.
- kalo bab tanggungjawab tu susah sket nk jelaskn, pendek kata pencacai kolonial Portugis-Belanda-Inggeris
- la ni setiap dagangan antara-negara wajib menggunakan US Dollar yg tercetak "In God We Trust"...
- setiap transaksi disuntik RIBA dan SYIRIK - dosa dan SAKA, halus dan pukal.

p/s: Kejahilan dan ketidakadilan telah kembali sejak syariat (hukum/hukuman) Allah ditinggalkan
i.e. hudud, qisas, takzir, etc.
Last edited by Dzulqarnain on 8-1-2013 05:14 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2013 10:46 AM | Show all posts
Saya rasa Tuan Guru Dzul ni menafsir sendiri Khutbah Wada' ni...Ini panadangan sdr sendiri...Siapa guru sdr?
Dari buku?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 10:53 AM | Show all posts
Khutbah Wada’


“Bacalah: Dengan nama Tuhanmu yang Menciptakan, Yang menciptakan insan (manusia) dari sebuku (segumpal) darah (beku); Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar insan melalui (perantaraan) qalam, Yang mengajarkan insan apa yang tidak diketahuinya.”

(Surah al-Alaq 1-5) – Wahyu berupa Ayat Pertama yang diturunkan oleh Allah SWT menerusi Malaikat Jibril A.S. di Gua Hirak



ANTARA ISI PENTING YANG DIPETIK DARI KHUTBAH TERAKHIR (KHUTBAH WIDA’) NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW – disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.

Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu. “Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida’
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 11:15 AM | Show all posts
Meminta pandangan sdr dzul berkenaan berita ini...

Kuis kucing putih sebelum histeria

Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD



Mohd. Daud Che Ngah
PENANTIAN Habsah (bukan nama sebenar) untuk menjejakkan kaki ke tanah suci akhirnya termakbul apabila namanya antara yang tersenarai untuk menunaikan fardu haji. Namun, tidak disangka, di sebalik kegembiraannya ibadahnya yang ditemani suami, Hamid (bukan nama sebenar) ke Baitullah al-Haram itu menjadi detik hitam yang juga pengajaran dalam hidupnya sebagai permulaan memperbaiki kesalahan silamnya.

Sudah menjadi takdir bagi dirinya, Habsah dikatakan mengalami histeria dan hampir hilang akal kerana tanpa sedar mendedah dan menceritakan segala keaiban dirinya dan suami di hadapan ratusan jemaah yang lain.

Terbuktilah seperti yang pernah dikatakan, tiada yang mustahil berlaku di dua tanah suci Allah SWT iaitu Mekah dan Madinah. Sesungguhnya Allah SWT akan menzahirkan sikap seseorang secara terus bagi mereka yang dikehendaki-Nya. Menceritakan lanjut, Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Datuk Mohd. Daud Che Ngah berkata, selepas diselidiki begitulah balasan yang Allah SWT tunjukkan kepada hambanya yang mengamalkan ilmu syirik dan khurafat.

Habsah yang berasal dari salah sebuah negeri di Malaysia Timur itu dipercayai mewarisi kepercayaan keturunannya dengan membela saka. Mohd. Daud berkata, selepas beberapa tahun mengamalkan kepercayaan itu, akhirnya tanah suci menjadi titik noktah amalan tersebut buat Habsah apabila berlaku perkara di luar jangkaan dirinya dan suami.

"Ia bermula apabila Habsah sedang berehat selepas melakukan solat sunat terawih di Masjid Madinah. Dia kemudian ternampak seekor kucing berwarna putih melintas di hadapannya. Kucing itu bagaimanapun kelihatan menghampirinya sebelum menggeselkan badannya ke tubuh Habsah.

"Berang dengan keadaan itu, dia mengais kucing tersebut tetapi malangnya kucing itu telah menggigit tangannya sehingga luka.Habsah bergegas pulang ke hotelnya dalam keadaan kesakitan tanpa menyempurnakan solat terawih sehingga selesai," kata Mohd. Daud ketika ditemui.

Kira-kira pukul 11 malam itu katanya, suaminya membantu Habsah untuk mengubati luka tersebut dengan membalut dan menyapu minyak.

Bagaimanapun, sehari selepas itu berlaku perubahan pada diri Habsah apabila dia dilihat mula berkelakuan pelik dengan menjerit-jerit sambil bercakap perkara bukan-bukan mengenai aib dirinya bersama suami."Mengetahui keadaan itu, saya dan beberapa lagi mutawif (pembantu jemaah haji) mengubati Habsah dengan membaca ayat-ayat al-Quran antaranya surah al-Isra' ayat 80 hingga 84 untuk mengawal keadaan Habsah.Alhamdulillah, dengan bantuan kalam Allah SWT itu berjaya mengubati kerasukan atau histeria yang dihadapi oleh Habsah," katanya.

Tidak berakhir di situ, beberapa hari kemudian, setibanya Habsah dan kumpulan jemaah haji yang lain ke Mekah, jemaah dikejutkan dengan kejadian sama berulang kepada Habsah.

"Dikatakan Habsah sekali lagi ternampak kucing putih tersebut melintasinya selepas dia selesai menunaikan umrah.

"Sekali lagi kejadian sama berlaku apabila dia sekali lagi mengalami histeria dan meracau-racau seperti orang hilang akal. Segala percakapannya diselangi dengan kata-kata lucah sebelum berjaya ditenangkan oleh Hamid," ujarnya.

Tidak tahan dengan keadaan itu, Hamid berjumpa dengan Mohd. Daud meminta nasihat untuk mengubati penyakit isterinya itu.

Hamid akhirnya menceritakan segalaperbuatan Habsah yang mengamalkan ilmu khurafat dan saka yang diperturunkan daripada ibunya. Tambah Mohd. Daud, Allah SWT memelihara tanah suci itu daripada sebarang perkara buruk, dan tidak mustahil Allah SWT akan membongkar segala kesalahan hambanya bagi memperbaiki kejahilan hidup yang dilalui seseorang hamba.




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... teria#ixzz2HRc5gC6M
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 01:13 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 8-1-2013 05:09 PM
Memperhambakan bani Israel, bunuh bayi mereka, etc.
Rasa2 hang le, beratur x mereka nk tuntut?
- ...
Yg ni kn dosa dgn Tuhan bkn sesama makhluk.
Kalau makhluk yg teraniaya tu x maafkn dan menuntut hak dia
dosa masih dok ada le dlm hati - terSAKA le selagi x ditebus
Lawan kpd hati yg tenang tu hati yg dihantui SAKAnya
Dosa kepada tuhan dan dosa kepada sesama makhluk.... adakah dosa itu berbeza? yg pada Allah Allah boleh maafkan, tetapi ikut kefahaman ko, dosa sesama makhluk Allah tak boleh maafkan???????????????
kenapa??????



Katalah aku berdosa kepa da ko, sebab menyinggung perasaan ko, tapi aku tak mohon ampun pada ko, dan ko pun memang tak ampunkan, adakah juga dosa itu tak kan boleh diampunkan  langsung??????


Ko fikir Allah tu tk mampu ke nak ampunkan segala dosa??? walau beratmanapun dosa itu???

Adakah Allah itu bukan MAHA PENGAMPUN????????? sehingga tak mampu mengampun dosa makhluk sesama makhluk???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2013 01:25 PM | Show all posts
Memperhambakan bani Israel, bunuh bayi mereka, etc.
Rasa2 hang le, beratur x mereka nk tuntut?
- sdgkn mengumpat pn hang kna minta maaf kpd tuannya, baru Allah ampunkn kn?


Adekah dosa firaun jadi saka kepada bani israel selepasnye??? firaun bangsa Qibti..bukan israel yer..

kan Allah tu maha berkuasa..kuasanyer lebih dari segala2nyer , tiada batasan dan bantahan, jika Allah ampunkan maka terhapuslah dosa tu walau cemana dosa skali pon...

hehehe..Bro..aku tak pandai ekonomi..aku blajor sampai derjah 6 jek,,,banyak bodoh dari cerdik.
jadi jangan laaaa engko bagi ayat2 ekonomi pelik2..tak paham aku..hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 02:14 PM | Show all posts
uniq61 posted on 9-1-2013 10:46 AM
Saya rasa Tuan Guru Dzul ni menafsir sendiri Khutbah Wada' ni...Ini panadangan sdr sendiri...Siapa g ...

X tafsir pn, baca je
Yg bid'ah tu yg dikatakn SAKA.
Jika saudara bijak bestari, tolong saya carikn nas2/dalil2nya akan SAKA...

Meminta pandangan sdr dzul berkenaan berita ini...

Kuis kucing putih sebelum histeria
Pendapat saya, tanah haram sekitar baitullah tu
diharamkan kpd musyrik...bole?
- Tanah suci yg dipelihara

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 02:29 PM | Show all posts
Baru saya faham kefahaman SAKA menurut tuan Guru Dzul...
SAKA kpd tuan dzul ialah DOSA keturunan? yang ditanggung oleh keturunan berikutnya...
Hmmmm   

Dalil berkenaan SAKA yang macamana yg tuan maksudkan? Tak semua dalil boleh diguna pakai kerana ianya mengikut zaman dan hal hal tertentu...

Sedangkan dalil solat pun tak berapa jelas...hanya ada dalam hadis sahaja.... Last edited by uniq61 on 9-1-2013 02:30 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 02:32 PM | Show all posts
Sedangkan bila ingin secara lebih spesifik mengetahui dalil tentang waktu-waktu shalat, kita boleh merujuk kepada hadits-hadits Rasululah SAW yang shahih dan qath`i. Tidak kalah qath`inya dengan dalil-dalil dari Al-Quran Al-Karim. Di antaranya adalah hadits-hadits berikut ini:

Dari Jabir bin Abdullah ra. bahawa Nabi SAW didatangi oleh Jibril as dan berkata kepadanya, “Bangunlah dan lakukan shalat.” Maka beliau melakukan shalat Zhuhur ketika matahari tergelincir. Kemudian waktu Ashar menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan shalat.” Maka beliau SAW melakukan shalat Ashar ketika panjang bayangan segala benda sama dengan panjang benda itu. Kemudian waktu Maghrib menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan shalat.” Maka beliau SAW melakukan shalat Maghrib ketika mayahari terbenam. Kemudian waktu Isya` menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan shalat.” Maka beliau SAW melakukan shalat Isya` ketika syafaq (mega merah) menghilang. Kemudian waktu Shubuh menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan shalat.” Maka beliau SAW melakukan shalat Shubuh ketika waktu fajar merekah/ menjelang. (HR Ahmad, Nasai dan Tirmizy. )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2013 02:34 PM | Show all posts
hantukiller posted on 9-1-2013 01:13 PM
Dosa kepada tuhan dan dosa kepada sesama makhluk.... adakah dosa itu berbeza? yg pada Allah Allah  ...

Kita ambil contoh mudah:
- Kalau saya hutang saudara RM15k dan meninggal dunia, saudara boleh halalkan?
- Kalau saya rogol anak perempuan saudara boleh saudara maafkan?
- Kalau saya sbg majikan saudara membayar upah RM500 selama 20 tahun kerja
tanpa imbuhan, bonus, insentif, walhal kerja semakin berat dan keperluan semakin mahal
adakah saudara akan tuntut di akhirat kelak?

Jika semua perkara di atas saudara halalkan/maafkan/ampunkan
maka saya katakan saudara termasuk dlm julat lbh kecil drpd 1 dalam 1000 makhluk yg ada
krn doa mereka yg teraniaya adalah doa yg mustajab dan
Maha Pencipta tu Maha Adil lg Maha Bijaksana

Ko fikir Allah tu tk mampu ke nak ampunkan segala dosa??? walau beratmanapun dosa itu???
Allah Maha Pengampun, Maha Adil

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 02:36 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 9-1-2013 02:14 PM
X tafsir pn, baca je
Yg bid'ah tu yg dikatakn SAKA.
Jika saudara bijak bestari, tolong saya cari ...
Pendapat saya, tanah haram sekitar baitullah tu
diharamkan kpd musyrik...bole?
- Tanah suci yg dipelihara
Benar, diharamkan pada Musyrik, tapi kalau ada juga yg terlepas, macamana????


Ingat syaitan syaitan tak lepas masuk ke area Tanah Haram Madinah dan Mekah tu??? banyak yg lepas tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 02:39 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 9-1-2013 02:34 PM
Kita ambil contoh mudah:
- Kalau saya hutang saudara RM15k dan meninggal dunia, saudara boleh hal ...

Bermakna pada pendapat ko, Allah tak mampu mengampunkan dosa makhluk kepada makhluk, gitu????


Silap tu bro, sesungguhnya Allah tu MAHA PENGAMPUN, tak de satu dosapun kalau Allah nak ampunkan, tak de yg tak terampun, semuanya akan terampun, sebab Allah Maha Pengampun....




Kene belajar tauhid lagi ni
Last edited by hantukiller on 9-1-2013 02:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 02:48 PM | Show all posts
hantukiller posted on 9-1-2013 02:39 PM
Bermakna pada pendapat ko, Allah tak mampu mengampunkan dosa makhluk kepada makhluk, gitu????


...

Hang ni la...
Allah Al-Rahman, Al-Ghaffar, Al-'Adil
Yg hang ambil satu, hang sembunyi lg satu tu kenapa?
Allah Maha Pengampun, dgn seadil-adilnya le
Allah Maha Mengetahui lg Maha Bijaksana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.069938 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list