CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: andria

Ada tak sesiapa yg merasakan perasaan ini? {Part 2}

    [Copy link]
Post time 4-9-2013 03:38 PM | Show all posts
contactlens posted on 4-9-2013 12:07 PM
ade sesape kat sini yg mengalami perkara pelik @ misteri sepanjang tahun ni??atau dapat mimpi yg seo ...
ade sesape kat sini yg mengalami perkara pelik @ misteri sepanjang tahun ni??atau dapat mimpi yg seolah2 macam petunjuk??(ini bukan ttg ganguan mistik/sihir..tp sesuatu yg mcm petunjuk)kalo ade sesape yg mangalami mohon syer..

mcm sy..tahun ni sy mengalami peristiwa misteri...sy x tau mcm mana nk huraikan..apa yg pasti..hidup sy n family n adik badik seolah2 sdg di susun @ di atur..utk mbuat 1 persiapan n persediaan..seolah2nya kami mcm berpakat walhal kami adik badik n parent x pnh bncng pun...
explain sikit kalau tak keberatan.. apa yg berlaku?

saya takde pape peristiwa pelik..
cuma kalau sebelum ni saya sorang2 je menggoogle sana sini pasal peristiwa akhir zaman, tapi sekarang ni husband pun dah buka mata pasal hal ni.. tambahan lagi dia kenal seorang ustaz di tempat kami dan kebetulan ustaz tu pun banyak ambik tahu hal2 macam ni.. kadang2 skeri jugak dengar info dari ustaz tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2013 03:46 PM | Show all posts

Tuesday, 3 September 2013Komet Jolokan Komet Abad Ini Melintasi Marikh
Penduduk bumi akan dapat melihat objek angkasa yang mengkagumkan pada hujung tahun ini apabila Komet ISON melakukan junaman memakan diri ke arah matahari. Sebelum ia berlaku kapal angkasa yang meneroka Marikh akan berpeluang mendapat pandangan secara dekat terlebih dahulu.

Mangikut pakar astronomy Carey Lisse dari Universiti Johns Hopkin mengatakan , " Komet ISON akan melintasi Planet Merah (Marikh)," tambahnya lagi, " Pada 1 oktober nanti komet tersebut akan melintasi dalam jarak 0.07 AU dari Marikh, iaitu 6X lebih dekat dari jarak palin hampir ia melintasi bumi."

Jarak 1 AU = jarak antara bumi dan matahari, iaitu 150 mil km.


sumber;
http://www.space.com/22537-comet-ison-mars-flyby-soon.html

http://petunjukzaman.blogspot.com/

Last edited by contactlens on 4-9-2013 03:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 03:48 PM | Show all posts
contactlens posted on 4-9-2013 09:32 AM
ni saje borak2 kosong je la ye..kalo brdsrkn hadis nabi..mahdi lari masa nk di bai'ah..mgkin ke sb ...

tak mustahil kalau2 al-mahdi tu dari nusantara.. setuju dgn apa yg u tulis, mungkin dia seseorang yg jauh dari yg kita bayangkan.. entahlah, wallahua'lam....

tapi yg lucunya kadang2 aku tengok, umat2 malaysia & indonesia masing sibuk claim kononnya panji2 hitam dari negara masing2.. mcm berebut pulak.. padahal serahkan je la pada Allah dia nak asal dari mana..



Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 03:51 PM | Show all posts
FINDER CHARTS FOR SEPTEMBER 2013

By the start of September the comet will be close to Mars in the sky before dawn. If you get up really early on the 5th you’ll be able to see through binoculars that a red “star” is shining in the heart of Cancer, close to the famous Beehive Star cluster. ISON will be on the *other* side of the cluster but, as I said, still only visible through telescopes.


By September 9th we’ll be able to enjoy this view through binoculars, with Mars a red star embedded in the blue stars of the Beehive. We won’t be able to see the comet through those binoculars tho – still too faint for that…





Ok… Mars INSIDE M44, with the comet to the left… hope it’s clear THAT morning!!
Below: September 10th





By September 29th the Moon will be poking its nose into the picture again, and on the next morning, the 30th, we’ll all be out taking photographs of a beautiful celestial show in the pre-dawn sky…







So, September will be good, and even though most of us will still not have seen ISON yet by then, with more and more amateur astronomers seeing and photographing it, and the world’s major observatories looking at it too, that’s when we’ll start to get a true feel for how fantastic – or disappointing – Comet ISON will be. But oh boy, October is when it starts to get REALLY exciting…!

http://waitingforison.wordpress.com/september-2013/
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 03:54 PM | Show all posts
capiloton posted on 4-9-2013 02:54 PM
ada riwayat (sumber) lain..
pemuda yang bakal di belah dua (kemudian hidup setelah di sambung) tu a ...

kalo dpt di sertakan sumber lg bagus...x kisah la kitab2 ramalan ke ape..nanti2 kita leh tapis mane2 yg patut..  
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 03:56 PM | Show all posts
manganini posted on 4-9-2013 03:38 PM
explain sikit kalau tak keberatan.. apa yg berlaku?

saya takde pape peristiwa pelik..

x reti nk cite.. x pe la..abaikan..x pnting pun..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2013 04:04 PM | Show all posts
manganini posted on 4-9-2013 03:48 PM
tak mustahil kalau2 al-mahdi tu dari nusantara.. setuju dgn apa yg u tulis, mungkin dia seseorang  ...

taksub sangat agaknye rase terhina kot kalo imam mahdi @ pemuda bani tamim bukan dari bangsa sendiri... dh mcm yahudi lak..dengki sebab nabi akhir zaman bangsa arab..

x kisah la...sapepun imam mahdi @ pemuda bani tamim tu kita ikut je.. dh mcm tu perancangan Allah..adalah sbb musabab yg kita x tau..



Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 04:14 PM | Show all posts
manganini posted on 4-9-2013 03:48 PM
tak mustahil kalau2 al-mahdi tu dari nusantara.. setuju dgn apa yg u tulis, mungkin dia seseorang  ...

ada sumber yang sebut Imam Mahdi bakal lahir dari bangsa Ajam..

Ajam = bukan arab..

ada sumber yang sebut ciri2 fizikal Imam Mahdi..
w'pun bukan directly dari bangsa arab..
tapi beliau dari keturunan Nabi.. ada darah Nabi..

asal keturunan memang dari arab.. tapi bila dah kahwin campur..
hilang characteristic arab yang pekat..
di tambah lagi bila dah tinggal dan bercampur dengan org tempatan..

org Bani Hasyim (keturunan Nabi, pemerintah asal Mekah), lari dari Mekah..
bila mereka di buru dan di bunuh dalam Revolusi Arab..
dan kemudian naik pemimpin boneka barat dari keluarga Saud..
kemana keluarga Bani Hasyim ini lari? sila lah kaji..

ada juga di sebut badannya tegap macam bangsa Bani Israel..
sebab apa? beliau juga ada campuran darah Nabi Yusuf (dna semitik)..

Nabi ada tinggalkan wasiat pada Sahabat2 nya..
ada sumbernya.. tapi jangan cari dalam kitab hadis sahih, memang tak jumpa..
agar cari suatu wilayah yang bernama Samudera.. Islam kan mereka..
kelak di akhir zaman.. ramai wali2 Allah akan lahir di kawasan ini..

kemunculan Imam Mahdi akan mengemparkan Timur dan Barat..
adakah kita akan rasa gempar bila Imam Mahdi muncul dari negara2 Timur Tengah yg sentiasa bergolak?

hehehe.. ini semua clue..

satu lagi peringatan..
Dajjal akan keluar secara nyata dengan meniru cara kemunculan Imam Mahdi..
harap kita semua terselamat dari termasuk pengikut Dajjal..
(mereka ramai dan mereka berasa di pihak yg benar.. kalau guna sistem demokrasi, mereka menang mudah dgn undi yg besar)..  

tak boleh ambil tak kisah Imam Mahdi keluar dari mana..
sebelum nak jadi pengikut (nak berbaiat).. kena kaji dan pastikan betul2..
kena tahu jalan cerita dan faham sepenuhnya.. sebabnya nanti adalah seperti di atas..
kita rasa dah selamat sebab macam ikut Imam Mahdi.. padahal kita kena tipu jadi pengikut Dajjal..

yang kenal Dajjal adalah manusia yg melihat dengan mata hati..
mata fizikal ni mudah di tipu.. optical illusion adalah kerja mudah bagi Dajjal..
kenapa pemuda yang di belah kemudian bercantum balik (Nabi Khidir) tu cakap.. "inilah dia Dajjal !"..
kenapa dia sampai perlu cakap.. apa org lain tak kenal ker?
katanya di dahi Dajjal tertulis huruf kaf fa ra = kafir.. katanya, "semua org Islam" boleh baca..
lagi satu clue di situ..
Last edited by capiloton on 4-9-2013 05:09 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2013 04:36 PM | Show all posts
capiloton posted on 4-9-2013 02:54 PM
ada riwayat (sumber) lain..
pemuda yang bakal di belah dua (kemudian hidup setelah di sambung) tu a ...
yang kisah Mekah & Kaabah di musnahkan..
my personal opinion, itu semua berlaku selepas kematian Nabi Isa dan Imam Mahdi..
yang mana manusia jadi rosak kembali..
yg mukmin (w'pun iman cuma setipis kulit bawang) semuanya akan mati..
bila datang suatu "angin" dari arah Yaman, mencabut nyawa org mukmin..
so ketika Kaabah di runtuhkan (dan kemudian kiamat besar), dunia cuma tinggal org2 yg jahat..
haah.. saya pun ada terbaca satu komen dari carigold forum.. tepek sini la sebagai info tambahan..

Dari ilmu yang saya kutip dahulu...
Lelaki ini akan mengurai batu batu yang membentuk Kaabah satu persatu dan akan menemukan harta yang tertanam dibawah nya...
Ketika itu tiada siapa akan menghalangnya kerana pada waktu itu yang tinggal adalah manusia yang paling hina...
Semua Muslim dan mereka yang beriman akan keEsaan Tuhan/Allah telahpun di ambil nyawa mereka dengan satu angin yang sejuk...
Manusia yang tinggal akan berhubungan seksual seperti binatang dan nama Allah/Tuhan tidak disebut lagi...
Malah yang paling baik dikalangan mereka adalah mereka yang menyuruh aksi seks itu dilakukan di tempat lain kerana mengganggu jalan...
Ini fasa terakhir sebelum Hari Akhir tiba...

WALLAHU ALAM!
kalau pikir2 cakap2 secara logik, kalau betullah obama adalah lelaki habsyah tu.. umur obama sekarang dah 52 tahun.. kalau umur dia panjang dia mungkin masih bertenaga sekitar umur 70-80 tahun..meaning another 20-30 years ialah kiamat? dan tempoh 10-20 tahun ni adalah zaman dajjal, imam mahdi & nabi isa a.s. etc. Dan sebelum kedatangan mereka tu, mungkin ada sesuatu yg provoke umat islam seluruh dunia bersatu dan terjadi perang besar-besaran antara Islam & kufar? WW3 maybe?  kalau tengok pergolakan di timur tengah, mungkin boleh jadi perang besar kalau semua negara2 sekutu masuk campur.. mungkinkah WW3 akan berlaku dalam masa terdekat, or paling lambat in next few years? ada yg analyze before 2020, ni dah 2013..  uhh mana la perginya wawasan 2020 Dr.M..  bukan la niat nak menjangka2 bila kiamat, just pikir2 timelinenya macam mana.. dan pada waktu tu, dimanakah kita? masih hidup kah dah matikah?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 04:41 PM | Show all posts
manganini posted on 4-9-2013 04:36 PM
haah.. saya pun ada terbaca satu komen dari carigold forum.. tepek sini la sebagai info tambahan.. ...

sumber nya sy tak dapat nak tepek..
buku hardcopy..

tajuknya.. Berita Alam Ghaib, Sebelum dan Sesudah Hari Kemudian..
penulis ustaz Musannif Affendi..

sy baca buku ni sejak sekolah rendah..
terbitan tahun 70an..

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 04:52 PM | Show all posts
capiloton posted on 4-9-2013 04:14 PM
ada sumber yang sebut Imam Mahdi bakal lahir dari bangsa Ajam..

Ajam = bukan arab..

memang mengelirukan.. aku takut kalau aku bukan berada di pihak yg benar.. entah2 apa yg aku pikir betul tu tak betul.. tapi macam mana nak tahu yg betul tu betul...

aku rasa kena banyak solat taubat & istikharah.. dan jaga yg lain2nya.. kalau kurang dosa, mungkin sedikit sebanyak terbukak la hijab..
dan satu lagi amalkan surah al-kahfi setiap jumaat.. fadhilatnya dilindungi dari segala fitnah termasuk fitnah Dajjal.. or at least hafal 10 ayat pertama or 10 ayat terakhir surah al-kahfi.. fadhilatnya sama, dilindungi dari fitnah dajjal..

jom kawan2 let's move forward.. sempat lagi ni, selagi matahari belum muncul dari barat..


Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 05:02 PM | Show all posts
manganini posted on 4-9-2013 04:52 PM
memang mengelirukan.. aku takut kalau aku bukan berada di pihak yg benar.. entah2 apa yg aku pikir ...

memang mengelirukan..
sebab fitnah Dajjal adalah fitnah terhebat dalam sejarah kewujudan manusia..
bukan calang2 manusia boleh keluar dari belenggu fitnah Dajjal..
sebab kita lahir pun.. dah memang tersedia ada dalam belenggu (sistem hidup) Dajjal..

ramai juga yg takkan sanggup keluar dunia matrix ni..
sebab "syurga Dajjal" ini sangat lah indah pada mata mereka..

bagus di amalkan surah Al-Kahfi ni..
bak kata syeikh Imran, surah ini adalah untuk manusia akhir zaman (kita semua)..
baca dan fahamkan tafsirnya.. dapat hafal lagi baik..

ada lagi satu doa berlindung dari fitnah Dajjal yang di amalkan oleh Nabi dan Sahabatnya..
di baca sesudah tahyat akhir..
doa ini ada dalam Sahih Muslim..


maksud : “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian dan berlindung denganMu daripada Al-Masih Dajjal”.


Last edited by capiloton on 4-9-2013 05:17 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
manganini posted on 4-9-2013 04:52 PM
memang mengelirukan.. aku takut kalau aku bukan berada di pihak yg benar.. entah2 apa yg aku pikir ...

jgn kn fitnah dajjal..kdg2 baca pasal artis gaduh pun kita x tau sape betul salah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton posted on 4-9-2013 04:41 PM
sumber nya sy tak dapat nak tepek..
buku hardcopy..


kalo sudi hrp bole tepek kt sini..blh sama2 dpt ambil manfaat..dlm blog yg sy tepek tu ade di ceritakn ramalan masa depan..cite pasal bocah angon..bahasa jawa..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 11:13 AM | Show all posts
merujuk posting saya sblm ni..ini ada amaran


Sulaiman bin Syihab berkata : “Suatu ketika, Abdullah bin Maghnam datang kerumah. Kemudian , dia menceritakan Nabi Muhammad saw pernah bersabda :

“ Tidak lagi ada kesamaran tentang Dajjal. Sesungguhnya dia akan muncul dari arah timur. Kemudian, dia menyeru atas namaku sehingga dia diikuti oleh ramai orang. Kemudian dia memerangi mereka dan berjaya menguasai mereka. Dan dia masih berbuat seperti itu hingga dia datang ke Kufah. Dia menampakkan agama Allah lalu mengamalkannya sehingga dia diikuti dan disenangi kerana itu. Kemudian Dajjal berkata : “Sesungguhnya aku adalah nabi”.Dengan ucapan itu, maka takutlah orang yang memiliki hati dan akal yang lurus lalu (mereka) meninggalkan Dajjal. Dajjal masih terus hidup hingga dia mengatakan “Aku adalah Allah”. Dengan itu, akhirnya matanya tertutup, telinganya terpotong dan antara kedua matanya tertulis KAFIR ..”

Hadis direkodkan oleh Tabrani



Beberapa perkara dapat difahami berdasarkan hadis diatas, iaitu :

1). Dajjal akan muncul dari Timur. “Sesungguhnya dia akan muncul dari arah timur".

2). Dajjal akan berdakwah dengan memperalatkan nama Nabi Muhammad. Ini adalah sebagaimana dalam hadis diatas: “kemudian dia akan menyeru atas namaku”. Ini mungkin berkaitan dengan gelaran Imam Mahdi (imam yang mendapat petunjuk) yang mana Rasulullah mengatakan nama al-Mahdi adalah seperti namanya, iaitu Muhammad Bin Abdullah. Ini bermakna Dajjal akan memanfaatkan maklumat dari hadis ini bagi menipu manusia dengan mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi (al-Mahdi palsu) dengan nama Muhammad. Ini sekaligus adalah tindakan Dajjal bagi menyaingi dan memburukkan Imam Mahdi yang sebenarnya muncul di Makkah lebih awal dari itu.

3).Ramai orang yang terpesona dengan akhlak Dajjal yang baik, santun dan murah hati. Dalam hal ini, kita dapat mengambil peringatan daripada hadis Rasulullah tentang Syubhat iaitu perkara yang samar-samar, mencampur adukkan yang haq dan yang bathil atau melakukan kebaikan dengan tujuan menipu yang dibawa oleh Dajjal. Antara Syubhat yang dibawa oleh Dajjal adalah akhlak yang baik. Pada masa itu, Dajjal menerapkan ajaran islam dalam kehidupan seharian, sehingga beramai-ramai orang menjadi pengikutnya dan menyukainya. “Lalu dia(Dajjal) menunjukkan agama Allah dan mengamalkannya sehingga dia diikuti dan disenangi kerana amalannya itu”. Ini menjadi bukti pada fasa itu, Dajjal masih dalam keadaan normal malah berkarisma.Pada masa itu belum ada tulis “KAFIR” di dahinya dan salah satu matanya belum buta. Ini kerana jika Dajjal sudah sejak awal lagi mempamerkan keadaannya yang sebenar, maka sudah tentu tiada seorang pun yang menjadi pengikutnya.

4). Apabila pengikutnya mulai ramai, Dajjal mengisytiharkan dirinya sebagai nabi, “selepas itu, Dajjal berkata : sesungguhnya aku adalah nabi”. Mungkin Dajjal mengisytiharkan dirinya sebagai Nabi Isa yang dikatakan akan muncul pada akhir zaman. Dajjal akan cuba menonjolkan dirinya sebagai Nabi Isa dengan cara menyembuhkan orang yang sakit, menghidupkan orang mati dan sebagainya sehingga mereka yang lemah imannya segera mengiktiraf Dajjal sebagai Nabi Isa. Apabila ini berlaku, golongan yang selama ini menyembah Jesus akan menemui Nabi Palsu itu lalu menyembahnya. Itu adalah taktik Dajjal, iaitu mempergunakan keterangan teks al-Quran dan hadis tentang Imam Mahdi dan Nabi bagi menipu manusia.

5). Selepas pengikutnya bertambah ramai, Dajjal mengisytiharkan pula dia adalah Tuhan, “Dajjal masih terus hidup hingga dia mengatakan : Aku adalah Allah”.Bagi menghapuskan agama kebendaan yang dipimpin oleh Dajjal, Allah menurunkan Nabi Isa, iaitu manusia yang disebut-sebut sebagai orang yang paling zuhud. Akhirnya , Nabi Isa membunuh Dajjal di Gerbang Lod- Gerbang Lod mungkin merujuk kepada Lapangan Terbang Ben Gurion yang terletak di Kota Lud/Lydda, Israel.Hanya Allah yang mengetahuinya.

6). Berdasarkan hadis ini, kita dapat ketahui sebahagian daripada pengikut Dajjal terdiri daripada umat islam yang lemah imannya.Ini kerana mereka tidak tahu orang’warak’ itu adalah Dajjal. Ini bermakna pada masa itu, belum ada tulisan KAFIR di dahi Dajjal dan salah satu matanya belum buta. Ini kerana jika Dajjal awal-awal lagi sudah mempamerkan keadaannya yang sebenar, sudah tentu tiada seorang pun yang menjadi pengikutnya; dan

7). Kemuncak pendustaan Dajjal adalah apabila dia mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan, Allah menghukum Dajjal dengan bencana yang menyebabkan sebelah matanya buta dan pembentukan tulisan KAFIR di dahinya….










** kita x tau sape muhammad ni yg sbnrnya (rujuk pos sblm ni).. atau muhammad2 lain yg mungkin akn muncul dn mempunyai sifat2 imam mahdi yg bakal muncul...tp yg dh nyata.. istana dajjal dh siap...perang syiria bakal berlaku...komet ison (kalo x musnah) mgkin itulah bintang berekor yg di sebut dlm hadis...pemuda yg bakal di bunuh dajjal dh lahir (kalo betul cita tu)..tanda2 lain akan mnyusul..

tingkatkan amalan..solat taubat, tahajud, istikharah dn hajat minta di lindungi dn d jauhkn dr trjerumus dlm fitnah akhir zaman ..sentiasa membaca doa pendinding dari fitnah dajjal..kalo boleh hafal 10 surah awal al kahfi...bykn amalan sunat..puasa isnin khamis @ kalo kuat puasa nabi Daud...kita tak tahu siapa yg bakal kita hadapi..fitnah bukan saje berada di luar rumah atau alam siber..fitnah boleh juga berlaku dlm keluarga sendiri..


Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 03:58 PM | Show all posts
contactlens posted on 5-9-2013 11:13 AM
merujuk posting saya sblm ni..ini ada amaran

kalau mcm tu, bezanya dajjal mengisytiharkan dirinya al-mahdi, padahal al-mahdi sendiri tak pernah mengisytiharkan dirinya al-mahdi.. dan dia sendiri pun tak tau dirinya al-mahdi.. kan..

chup.. belum ada kelapangan nak baca blog yg u share tu.. nak tanya, apa kaitan  bintang berekor (komet ison?) dgn kemunculan imam mahdi?
ada hadis yg mengaitkan kemunculannya kah? kurang paham sket..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2013 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
manganini posted on 6-9-2013 03:58 PM
kalau mcm tu, bezanya dajjal mengisytiharkan dirinya al-mahdi, padahal al-mahdi sendiri tak pernah ...

ada beza antara dajjal yg mnymar imam mahdi dgn yg imam mahdi asli..dajjal x leh istihar diri dia as imam mahdi kt ka'bah..makah dn madinah di hramkn utk dajjal..hanya imam mahdi asli je yg boleh masuk makah madinah..
sbb tu ada sesetgh golongan yg heran dgn puak2 yg anti shiah..puak syiah sndiri prcaya dgn kdtgn imam mahdi pd akhir zamn sbgai pnyelamat..n dorg prcaya hanya yg asli akn muncul di makah..cuma dorg lbh ekstrim kata imam mahdi tu dr puak dorg n kapirkan sahabat..tu urusan dorg dgn Allah la nanti..tp yg pasti dorg mgucap kann..dn percaya jgk dgn hadis nabis ttg imam mahdi..jd rasanya kalo prg jd kt timur tgh tu lbh kpd prg saudara..puak israel n sekutu dgn rusia skali aku anggp nak test snjata dorg je..

firman Allah dlm alquran: sesungguhnya yahudi dn nasoro itu tdk sekali2 redha dgn kamu(muhammad) sehingga kamu mengikut cara mereka...(mcm tu kot lbh kurg bunyi ayat dia, guna hp x leh nak paste trjmhn quran)

nabi pun x prnh bg amrn ttg bahaya syiah..tp amrn ttg yahudi, nasrani,majusi ada kan..

ttg bintang berekor ada hadis dia...ramai yg brpndpt..kalo komet ison ni melepasi tahap perihelion..komet ni akn jd comet of the century(mgikut kata pkr angkasa) jd kalo betul tpt la dgn hadis yg nabi sbut ttg kdtgn imam mahdi di dahului oleh bintang berekor...sila gugel utuk hadis lbh detail..n tampal kt sini..trima kasih :-)
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
manganini posted on 6-9-2013 03:58 PM
kalau mcm tu, bezanya dajjal mengisytiharkan dirinya al-mahdi, padahal al-mahdi sendiri tak pernah ...

sy da post hadis nabi ttg bintang berekor dkt page blkg2...sila semak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kupasan yg menarik...
Bergetar jiwa..bersediakah diri...???
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2013 05:49 PM | Show all posts
contactlens posted on 6-9-2013 09:11 PM
sy da post hadis nabi ttg bintang berekor dkt page blkg2...sila semak...

oo ok.. dah paham.. dah baca sikit2 blog tu..

saya ada nak share lagi.. tapi belum ada masa nak kupas2 nampaknya..  tak tau le significant ke tak, post je le ye..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.529493 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list