CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11877|Reply: 79

Anggap Sudah Tua, Normala Enggan Jadi Pengacara

[Copy link]
Post time 26-4-2012 10:02 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Bekas personaliti TV3, Datin Seri Normala Samsuddin nekad meninggalkan terus dunia glamor dan enggan bergelar seorang pengacara jika ditawarkan oleh mana-mana pihak.

Normala berkata, beliau merasakan zamannya sudah berakhir dan ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada rumah tangga dan keluarga.

"Saya sudah tua dan rasanya tak payah la lagi muncul sebagai pengacara. Beri pula kepada muka-muka baru.

"Tambahan pula saya kini gembira dengan kehidupan sebagai seorang isteri, ibu dan nenek. Ia adalah perkara terbaik dan terpenting dalam hidup saya kini," ujarnya kepada mStar Online  pada majlis memperkenalkan 20 Finalis Program On Air di sini pada Rabu.

Ujarnya, komitmen yang diperlukan sebagai seorang pengacara adalah antara faktor beliau enggan kembali menjadi pengacara walaupun banyak tawaran diberikan kepadanya.

"Saya bukannya seorang wanita muda yang boleh bergerak ke sana ke mari dengan pantas kerana bidang ini memerlukan komitmen yang tinggi.

"Daripada menimbulkan masalah kemudian hari lebih baik kita elakkan," ujarnya.

Dalam pada itu, Normala menolak dakwaan beliau tidak mahu untuk muncul dalam dunia penyiaran kerana dihalang oleh suaminya, bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitariaitu, Datuk Seri Azmi Khalid.

"Suami tidak pernah menghalang cuma tidak begitu menggalakkan saya untuk terus tampil di televisyen. Bagaimanapun keputusan ini saya buat atas pilihan sendiri dengan panduan daripada suami," katanya.



Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya sebagai juri tetap program On Air, Normala memberitahu, Aznil Nawawi telah memintanya menjadi sebahagian daripada individu untuk terlibat dalam rancangan realiti itu selepas menjadi juri jemputan pada uji bakat sebelum ini.

Normala berkata, dia bersetuju untuk menyertai selepas mendapat keizinan daripada suaminya.

"Suami setuju saya terlibat kerana saya menjadi juri dan bukannya menghoskan program itu.

"Saya bagaimanapun teruja untuk berkongsi pengalaman bersama-sama peserta terpilih nanti, katanya.

Normala akan muncul dalam program Studio On Air pada setiap hari Ahad pukul 10 malam bermula 27 Mei ini di saluran Astro Ria.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2012 10:05 PM | Show all posts
elok arr tu. bagi peluang kat muka2 baru lak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 10:08 PM | Show all posts
Baguss..... ! kALAU SEDAR TAK PA...!
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 10:13 PM | Show all posts
elok tu kak mala...sedar diri, tak macam sorang pengacara itiew...makin kertu makin over tahap gaban (bukan kak ogy ok) hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 10:52 PM | Show all posts
sehat bdn beliyau bila dlm busana itu....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 11:00 PM | Show all posts
oklah tu.. aku suka kak mala..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2012 11:07 PM | Show all posts
dia ni baru layak digelar ikon dunia pengacaraan....

bkn mcm ponen kertu yg selalu berdrama menangis tak sedar diri umo dah separuh abad
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 11:10 PM | Show all posts
Bila aznil nk sedar diri mcm normala ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2012 11:14 PM | Show all posts
anak kak Mala Ruhila Roslan mmg cun...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 11:17 PM | Show all posts
oh kak mala..pandai sungguh datin seri ni jaga penampilan walau dh jd nenek.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 11:17 PM | Show all posts
Antara pengacara yg paling aku suka - cantik, pandai mengacara dan tak nampak bodoh depan TV.
Pengacara sekarang kebanyakkannya harap muka je lawa, tapi mengacara hampeh. Research x buat, tak pandai kontrol itonasi suara, otak kosong.

Walaupun dulu selalu gak dilanda kontroversi, tapi lepas kawin terus diam je dia. Takde kecoh2 nak masuk TV balik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 11:21 PM | Show all posts
Reply 9# jerukkedondong


    cntik betol


  

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 11:26 PM | Show all posts
Reply 12# maxim

Lab u maxim..gigih gugel....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 11:27 PM | Show all posts
Reply  maxim

Lab u maxim..gigih gugel....
jerukkedondong Post at 26-4-2012 23:26


nasib baik berbaloi
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 11:28 PM | Show all posts
I minat sgt dgn Kak mala. Dia ni da tua tapi masih lagi cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 11:28 PM | Show all posts
wajah normala berbelas tahun dulu shngga kini tak jauh beza kan apelah petua makcik nih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2012 11:32 PM | Show all posts
Reply 15# manjamama
tak de la tua sngt dia ni...
kita pun kalau nak masak cari kelapa tua....santan banyak...
kelapa muda nan hadooo...perah punya perah...secoit jer...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 11:42 PM | Show all posts
bekas wanita melayu tercantik kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 11:46 PM | Show all posts
tringat plak Saiful Apek dlm sitkom senario couple years ago jadi watak NORMALAS FANSURI...siap dengan heels coklat lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2012 11:52 PM | Show all posts
Sekali tengok busana hitam tu macam pakaian paderi lak!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.122083 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list