CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: etonjelita

tak abis2 lg dia ni?? lg isu terkini 77#...

  [Copy link]
Post time 3-5-2012 02:59 PM | Show all posts
mana yang baik ikut ler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2012 02:59 PM | Show all posts
mek neh suka sangat kat mat harun... mek rembes kat dia tahap petala ke tujuh...
tengok avvy mek.. ...
cikgojesss Post at 3-5-2012 14:47



    aku mmg setujuk ngan ko...mat harun nie sebab dia hencem + muka jantan ajer....takyah la nak masuk ape2 pertandingan
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 03:00 PM | Show all posts
Lambakan dalam drama ke pilem kerecording artist ke takde la 'lambakan'...tapi tang nyanyi kat kelab ...
alphawolf Post at 3-5-2012 14:23



    tengok iklan je sudah lah, kut ada iklan muka tempatan cuma iklan sabun serbuk, iklan ding ding, yang iklan canggih sony, canon, loreal, kereta semua dah kena sambar orang luar! Benci aku tengok orang bangsa hape tah dubbing cakap lain, mulut lain! Cam syial!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 03:20 PM | Show all posts
Reply 84# budakshinchan

ko la yang mengong..orang cakap lain ko gi bedal lain..bawa ke kes rogol tah ke apa2..tak yah cari gaduh la ngan aku..aku benci gaduh-gaduh dalam forum ni..jaga mulut sikit nak cakap orang mengong..aku bercakap berdasarkan pemikiran aku..aku berhak bercakap sebab aku buang duit gi tengok wayang..aku berhak komplen..aku tak kondem orang lain pun yang sokong aron ke zed zaidi ke..lantak la..pendapat masing-masing..

<ni aku bercakap dengan nada biasa..harap ko cuba baca dengan tenang...ni pendapat aku sahaja..klau tak suka ko boleh komen aku tapi guna bahasa elok-elok sikit..>


aku cakap hero patah sebab cuba ko tgk cerita sekarang..asyik-asyik cerita cinta..hero plak alahai jambunya..cerita macam ni market untuk remaja je..cerita plak berkisar macamna nak pikat heroin sampai dapat dan akhirnya kawin happy forever..tu je..cerita macam ni berlambak..setiap bangsa mempunyai jalan cerita yang sama..dulu cerita cerita pendekar sangat femes kat tv..cerita macam tu la yang orang nak tengok..sekarang nak cari pelakon yang handal bersilat sangat hampeh..that why point aku pelakon lelaki kat malaysia banyak yang patah.




cuba ko analisis kenapa cerita zaman shahrukh khan sgt femes meletup-letup tahun 90 an..sebab dia membawa cerita bangsa..walaupun kita rasa lucu menari-nari dengan sari dekat pokok tapi itulah identiti mereka..sekarang ni kenapa orang dah kurang pandang cerita hindustan?sebab mereka sudah membawa unsur-unsur orang putih dalam filem mereka..jadi lebih baik tengok cerita orang putih terus..dan kenapa cerita jackie chan sgt glemer?haa..yang aku bagi ko analisis..hehehe


untuk kes aron plak..dia cuma bertuah je..sebab dia dapat peranan jadi haris..ko tahu BUKU ombak rindu sangat fenomena..kurang penulis zaman fauziah ashari yang memaparkan kisah perempuan yang terpaksa bernikah dengan orang lain semata-mata kerana maruah dan akhirnya mereka jatuh cinta. banyak cerita time tu yang memaparkan cerita cinta remaja yang buat apa sahaja untuk berjaya dalam cinta..sebab tu BUKU fauziah sangat istimewa..semua gadis time tu impikan nak jadi izzah dan akhirnya kawin dengan lelaki macam haris..sebenarnya untuk watak seperti haris bukan aron agis sahaja yang layak..fizz boleh, sofi jikan boleh, ramai lagi sebenarnya cuma mungkin dorang tak diberi peluang dan mungkin juga tak sedar kemahuan peminat malaysia..that why aron sebenarnya bertuah sebab dia pandai pilih watak dan dia tahu apa selera peminat walaupun secara logiknya orang dah kawin ni sahamnya akan jatuh..tapi aron buktikan dia boleh..


ko setuju klau aku cakap sepatutnya produser-produser di malaysia ni cuba buat filem yang memaparkan unsur-unsur seni malaysia..jangan hanya shooting area selangor sahaja semata-mata nak cut bajet lepas tu nak harapkan pulangan berjuta-juta..kat malaysia banyak tempat-tempat yang menarik..


dan cadangan aku produser-produser yang kaya raya ni cubalah buat satu studio penggambaran seperti yang ada kat vietnam, china, korea dan lain bagi menambahkan lagi seni-seni filem kita..jangan hanya pikir nak dirikan banglo je lepas buat filem...




sekian dari aku..seperti aku cakap tadi ni hanya pandangan aku..ko berhak tak setuju..tapi profesional la..jangan hentam suka hati..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 03:28 PM | Show all posts
Reply 100# cikgojesss


   hahahaha..kelakar giler ko..nape ko tak cium dia terus..malu-malu plak..hehe..rasa nak LIKE je komen ko...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 04:18 PM | Show all posts
mek neh suka sangat kat mat harun... mek rembes kat dia tahap petala ke tujuh...
tengok avvy mek.. ...
cikgojesss Post at 3-5-2012 14:47



    ai laik... betul tu.. aku akan lebih hormat AA klau dia tak menghanjeng2kan Zed, siap offer nk share trophy.. macamla si Zed sound dia sebab jeles tak dapat trofi tu.. come on la.. Zed seharusnye sedar yg dia mmg tak layak merangkul trofi tu sebab dia pon mmg kurang berlakon n tak glamer mane. so isu dia jeles tak timbul. lainla klau dia pon sama2 layak bertanding. tapi zed kata.. dia lagi bangga klau org m'sia sendiri yg menang... n klau fizz yg menang sure dia puas ati. dan lagi... zed ada kata dia meminati lakonan aaron aziz... dan dia akan lebih puas ati klau AA dapat status PR m'sia. Zed bersuara bagi memperjuangkan nasib artis2 tempatan..

cuba kira baper ramai artis2 luar kt m'sia ni yg dah jadi top? Aron aziz, adyputra.. tu yg A class yg aku kenal.. yg A-, B+.. ramai lagi kot.. klau nk berlakon bagai.. bole.. tapi perlu la sediakan kategori artis luar terbaik ke.. that's it. itu max dia bole achieve. nk more than that? sorry.. that is m'sians' privilege.

klau tak dibanteras dari skrg.. esok2 jadi macam lambakan lagu2 indon di radio.. dah tak terkawal.. baru nk melalak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-5-2012 04:30 PM | Show all posts
i cilokzz dr thread sebelah credit : freekey



Seniman: Harun Salim Bachik Bakal Undur Diri

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik membuat keputusan untuk tidak bertanding bagi pemilihan ahli jawatankuasa pada Mesyuarat Agung Seniman bagi penggal baru 26 Mei ini.

Harun berkata, dia nekad membuat keputusan itu selepas merasakan tidak boleh memberi komitmen sepenuhnya terhadap persatuan tersebut kerana kesibukan kerja dan pada masa sama mempunyai beberapa masalah kesihatan.

"Nampaknya tempoh masa saya untuk memegang jawatan Presiden tinggal 23 hari lagi dan saya tidak akan bertanding untuk mendapat tempat untuk mana-mana jawatankuasa dalam Seniman.



"Bukan mudah apabila diberi tanggungjawab sebagai presiden terutamanya, dengan kesibukan kerja-kerja lakonan dan pada masa sama mempunyai sedikit masalah kesihatan, sukar untuk saya membahagikan masa.

"Apa-apapun saya masih lagi ahli Seniman yang sentiasa menyokong perjuangan persatuan," katanya.

Bagaimanapun, Harun menegaskan pengundurannya itu tiada kaitan dengan isu merajuk dengan timbalan persatuan itu, Zed Zaidi yang sering menjalankan aktiviti Seniman tanpa pengetahuannya malah kedua-dua mereka masih lagi berhubungan baik antara satu sama lain.

Dalam pada itu, Harun memberitahu, sepanjang dua tahun bergelar presiden, dia berbangga kerana dapat membuat sedikit pembaharuan daripada segi mempertahankan pelbagai hak artis.

"Saya bersyukur kerana dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang presiden. Cuma, antara perkara yang masih lagi sukar diubah dalam persatuan itu sendiri ialah masih lagi tidak ada penyatuan yang kukuh antara ahli-ahlinya.

"Masih lagi ada konsep berpuak, namun ia boleh dikawal. Biasalah, apabila terdapat salah faham berlaku," ujarnya.

Ditanya, siapakah yang layak menggantikannya sebagai presiden untuk penggal baru nanti, kata Harun, Zed mempunyai potensi besar dalam merebut jawatan itu lebih-lebih lagi apabila Zed cukup bersemangat dalam hal mendapatkan hak artis-artis tempatan ketika dia sedang sibuk.

"Setakat ini apa yang saya nampak, dia (Zed) memiliki potensi menjawat jawatan presiden Seniman kerana dia begitu berkobar-kobar dalam membantu hak-hak artis tempatan," katanya.

Harun dipilih sebagai presiden Seniman pada 18 Dosember setelah menang tipis sebanyak 78 undian berbanding Datuk Mustapha Maarof yang mendapat 74 undian pada pemilihan yang berlangsung di Pawagam Mini P.Ramlee, Kompleks Finas, Hulu Klang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 04:32 PM | Show all posts
patut la bising pong pang sana sini.... sibuk bkempen rupanya....  ini bmakna ZZ x ikhlas la... cuma nk melobi diri utk dpt undian..... huh!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2012 04:58 PM | Show all posts
"Setakat ini apa yang saya nampak, dia (Zed) memiliki potensi menjawat jawatan presiden Seniman kerana dia begitu berkobar-kobar dalam membantu hak-hak artis tempatan," katanya.


patut ler ada hati nk jd presiden
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 10:08 PM | Show all posts
ade benernye kekata ZZ ittew...baidewei AA nih dpt job jota2 ade bayor income tax kt gomen mesia x? tade kannn
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 11:56 PM | Show all posts
saya sokong apa yang diperjuangkan oleh Zed Zaidi... dari apa yang saya dengar dalam Radio 24 Bernama.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 12:12 AM | Show all posts
sebenarnya kita ada banyak pelakon handalan lelaki yang boleh dijadikan hero..orang kata jantan tule ...
cekmek Post at 3-5-2012 10:19



fizz fairuz adalah hensem di mataku....rasa kat luar lagi hensem dari dalam tv dia nih..hehe!
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 12:52 AM | Show all posts
setuju juga dengan zed zaidi. artis kita nak masuk pasaran luar susah tapi artis luar senang je masuk sini
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 02:44 AM | Show all posts
setuju juga dengan zed zaidi. artis kita nak masuk pasaran luar susah tapi artis luar senang je masu ...
syikin_akik Post at 4-5-2012 00:52



    tau pun...mgkn artis kta tadak kualitas kot...

tp artis kt ygbetul2 kualiti, dpt pe, menembusi pasaran luar...amy search...siti nurhalizah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 08:06 AM | Show all posts
Sokong zz 100%
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 08:37 AM | Show all posts
mamat zed zaidi ni meroyan seolah2 mcm jeles plak dia xde job...before ni ramai jer pelakon luar,xde plak bising...tang AA ni menyalak x hengat...woi zz,ko ni xde job eh smpi jeles ngn org lain yg byk job...pirahhhh luuuu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2012 08:43 AM | Show all posts
non-msian boleh carik makan kat sini.... sebab apa? local talent pun nan hado!

zed zaidi needs to get a life.... argument yg diberikan sangat lemah....

btw aku tak minat pun si haron ni.... dia tak macho mcm si remi
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2012 09:13 AM | Show all posts
lepas ni ambik ler pelakon asing ramai...blh dia bawa blk adiah n duit tu, org msia kan suka sokong org asing...ambik la shahrukhan, tom cruise, angelina jolie, inul etc kasi bolot semua trophy tu. patutnye buat ler anugerah pelakon luar kan senang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.077237 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list