CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4171|Reply: 45

Amaran muncul lagi

[Copy link]
Post time 5-5-2012 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Gaji minimum: Jangan naik harga, peniaga diberi amaran


4 Mei 2012

SEBERANG PERAK - Kerajaan memberi amaran kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga barang berikutan pengumuman kadar gaji minimum sektor swasta baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.

"Kita ada akta yang kawal kenaikan harga barang tanpa sebab yang munasabah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pasaraya Coop Mart dan Coop Business Centre (CBC) Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak di sini, hari ini.

Beliau berkata tiada sebab untuk peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang berikutan pengumuman kerajaan itu.

"Harga barang dari Januari tahun ini hingga sekarang masih stabil. Ini mungkin disebabkan kita masih kawal kenaikan harga minyak," katanya.

Ismail Sabri berkata sebanyak 1,200 pegawai pemantau harga dan 2,000 penguatkuasa kementerian akan memantau kenaikan harga barang dari semasa ke semasa.

"Kita juga ada skuad pengguna dan gerakan pengguna siswa di universiti yang akan membantu memantau harga barang," katanya.

Bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula pada paras RM800 atau RM3.85 sejam. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2012 11:55 AM | Show all posts
Peniaga cakap; wealls pun nak merasa kenaikan "gaji" gak
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2012 11:57 AM | Show all posts
barang kawalan leh la kerajaan kawal.,barang bukan kawalan cm ne???
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2012 11:59 AM | Show all posts
seorang peniaga kalo jual milo ais segelas rm8 pun kerajaan tak leh nak wat pape..kerajaan takde hak nak larang peniaga tu jual milo ais rm8....report perdagangan pun,perdagangan pun x leh wat ape,..abis kuat die saman tak letak tanda harga
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2012 12:05 PM | Show all posts
Semlm aku makan naik 5 kupang

Bangsat punya kedai makan
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2012 01:06 PM | Show all posts
Semlm aku makan naik 5 kupang

Bangsat punya kedai makan
honam Post at 5-5-2012 12:05


kata nugara berpundapatan tinggi, takkan naik 5 kupang dah bising...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2012 01:25 PM | Show all posts
lai baik naikkan gaji minima tu pada kadar 2K rm sebulan kendian gaji lain pun naik tinggi2

lepas tu gomen naikkan tax pendapatan haaa..dan kasik gst sama

kalo gaji tinggi

local ppl sure sonok nak amik peluang keje..so kureng ler beban mat bangla

jurang kaya dan miskin makin beso pasei polisi kerajaan banyak tak adil..

tak adil makna obat tu TAK TEPAT PADA SASARAN lah

gomen kuat di lobi pihak2 tertentu..gomen takdok tulang belakang gitu , yang sedih nak di ganti dengan gomen MAIN BELAKANG..aduhhhhhhhhhh apalannnn nasib kamu orang

subsidi kene buang so kalo mak jenab minum teh , adil pada datok K or tan sri memana minum teh

kalo masih ada subsidi teh tarik yakni gulaaaa..makna tak adil pasal tak tepat polisi nak bantu yang susah or low income aaaaa gitu

untuk mak jenab dan meke2 sewaktu dengan dia, kasik kupon kaaa, low tax cut kaaa , apa aja laa yang tak di beri pada datok K and mek ti aaa gitu

of kos inflasi akan memancut2 naikkkkkkk tapi lama2 stabil dan sustainable ler

memang pelabur luar akan pi tempat lai muroh tapi pelabur tempatan dah kaya raya banyak tu depa leh ganti tadak hal haaa

buang subsidi seme2 yang tak adil
kendian naikkan gaji tinggi2..prokduktiviti comes later..kene pasti ada ok
pas tu naik cukai pendapatan, buh  GST as well

beri kemudahan PINJAMAN apa pun untuk rakyat esp bab PERSONAL LOAN

UNTUK KAWINNNN
untuk belajo
kendian pastikan depa bayo..tak bayo hukum keras bio depa di ajo skit aa gitu

kalo saya masuk bertanding jadi calon dengan polisi2 macam atas tu
hangpa nak undi sayaaaaa daaaaaaaaaaaaaaaaaakK???
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2012 01:39 PM | Show all posts
kata nugara berpundapatan tinggi, takkan naik 5 kupang dah bising...
pyropura Post at 5-5-2012 13:06



    Itu 2020, skang ni masih middle income, itunla asyik bersembang dengan lobai lobai malang, sampai apa pun tak tahu, harap je mengaji kat mesir, balik apa pun tak tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2012 01:40 PM | Show all posts
makan nasik putih lauk telur sambal belacan 5 ringgit..but.oh la mesia ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2012 02:16 PM | Show all posts
balik kg ternak ayam ikan..dan tanam sayur...pastu jual..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2012 02:24 PM | Show all posts
payah gak noor nak bela suma nih..letih.........
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2012 02:32 PM | Show all posts
Itu 2020, skang ni masih middle income, itunla asyik bersembang dengan lobai lobai malang, ...
honam Post at 5-5-2012 13:39



ohhhh tahun 2020 otometik RAKYAT mesia jadi kaya-raya ya? makna kata kalu naik rega 31/12/2019 makanya rakyat melenting2 sbb NEGARA pendapatan sederhana....kalu naik rega 1/1/2020 rakyat menerima dgn penuh redho sbb NEGARA dah berpendapatan tinggi.....HAHAHHAHHAHAHAHHAHAHHAHHAHAHHAHA
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2012 02:36 PM | Show all posts
payah gak noor nak bela suma nih..letih.........
kucingTomey Post at 5-5-2012 14:24



  itulah susahnya semangat tak de macam ni......kan amaran dah dicanangkan...apa kata kita pulak jadi penjual..ha...setuju bangat naik harga semua...


senang2 nak bagi amaran...ingat depa mau ikut la sangat,..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2012 02:37 PM | Show all posts
..kena tunggu 1/1/2020 la jawabnye
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2012 02:38 PM | Show all posts
ismail sabri....kalau nak kawal pergilaaa ronda pekan2 dan kampung2.jgn laaa duduk dlm giant duduk kat carefour duduk kat tesco kemudian buat sidang media harga barang seluruh malaysia terkawal.
itu bangang namanya!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2012 02:47 PM | Show all posts
ohhhh tahun 2020 otometik RAKYAT mesia jadi kaya-raya ya? makna  ...
hzln Post at 5-5-2012 14:32



    Sekor lagi lobai malang yang dok menyalak, banyak lobai lobai yang ada akai, pegi la kawan dengan lobai lobai yg ceredik skit, jangan la asyik dok layan lobai malang

Memalukan kaum pas sajo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2012 03:12 PM | Show all posts
Dah plan nak naikkan harga ubat & consultancy..


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2012 03:21 PM | Show all posts



penuh buih kat mulot mamat ni pun, peniaga takkan dgr
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2012 03:27 PM | Show all posts
Sekor lagi lobai malang yang dok menyalak, banyak lobai lobai yang ada akai, pegi la kawan ...
honam Post at 5-5-2012 14:47



    ITU jer hujah bernasnya? ppprrrffffttthhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2012 03:28 PM | Show all posts
Dah plan nak naikkan harga ubat & consultancy..
RedDevils Post at 5-5-2012 15:12


tetiba patient tu laung azan dalam klinik

   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.090677 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list