CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Kereta AJK Seniman kene pecah(pg9)

  [Copy link]
Post time 26-5-2012 07:25 PM | Show all posts
tercapai hajat dihati..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-5-2012 07:32 PM | Show all posts
tercapai sudah cita2 beliau....

siap sedia lah ngn usul2 yg ntah hapa2 mgkin keluar lg..bleh la k ...
aechae Post at 26-5-2012 19:21


timbalan pon die jugak
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2012 07:35 PM | Show all posts
apa lah nasib hero pojaan malaya, AA pas ni...kena hantar balik singapore kah?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2012 07:36 PM | Show all posts
oo patotlah zz ni lantang.. sbb nk kan jadi presiden.. ermm apa kelayakan yg zz ada utk jadi presiden ek??? album di dah berpa bijik?? filem dia berapa kali masuk FFM?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2012 07:57 PM | Show all posts
buat kenduri kesyukuran la pas ni ko ZZ
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2012 08:38 PM | Show all posts
timbalan pon die jugak
maxim Post at 26-5-2012 19:32



   kot2 jawatan timbalan pn di mansuhkn sbb xmoh timbalan overshadow presiden.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2012 08:43 PM | Show all posts
lepas ni semua hero mesti dari malaysia je...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2012 09:08 PM | Show all posts
eloklah tu bior le dah dia rajin wat kije hah bagi jelah dia..
teringat masa aku sekolah dulu 3-4 tahun ketua kelas org yg sama je sbb dah memang dia je yg selalu beriya2 n sanggup kena suruh dek cekgu wat itu ini jd memang bagi jelah kat ko..org lain yg pongpang2 sana sini blm tentu rajin nak wat kije..

sama gak s/u persatuan penduduk kt tmpt tinggal aku ni disebabkan dia je yg selalu beriya2 n terlampau amik tahu pasal tempat tinggal kiteorg ni hah amik kat  dia jelah jawatan tu sampai bila2 walopun bertuko2 YDP tapi S/U tetap org yg sama sampaikan baru2 ni dia ala2 nak merajuk nak letak jawatan konon cam sentap sebab dia selalu sms n hantar notis kat umah penghuni yg liat bayo maintenance ade yg cop dia ahlong la bagai..pastu nak merungut dia je yg byk wat kije itu ini..last2 tak jd letak jawatan sbb org lain semua xnak wat kije seberia2 dia.

sebenarnya dulu org lain nak gak bantu dia dah asik tak puas hati serba xkena ha nah ko buat la sorang...sama la ngn jed jedi ni sbb dia jenis over shadow kan so sesuai jelah dia jd presiden terus sekali timbalan juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2012 09:16 PM | Show all posts
timbalan lantik hairie othman......
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2012 09:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by betty_soy at 26-5-2012 22:07
buat kenduri kesyukuran la pas ni ko ZZ
daiman Post at 26-5-2012 19:57



   

Mlm jumaat tu Dia Berkempen siap buat kenduri... Kat umah Mak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2012 09:32 PM | Show all posts
ramainya yg jaki dgn zed zaidi....
tahniah zed selamat menjalankan tugas....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2012 10:08 PM | Show all posts
apa fungsi presiden seniman neh?bole ubah2 apa tak?kalo tak bole,...pesal dok rebut2 jadi presiden seniman? dapat duit?projek?serius  nak tau...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2012 10:22 PM | Show all posts
dapat elaun ke jadi presiden seniman ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2012 10:59 PM | Show all posts
habihlah haron aziz
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 12:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by mixed at 27-5-2012 00:52

Reply 9# mixed

            Ahad Mei 27, 2012


                      Zed Zaidi Dipilih Sebagai Presiden Baru Seniman         
                     
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI        

Zed Zaidi berjanji akan mengubah Seniman dengan pelbagai program  bagi merancakkan lagi aktiviti persatuan itu.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi telah dipilih sebagai presiden baru Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi penggal 2012/2013.

Zed dipilih sebagai Presiden Seniman yang baru pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-14 di Kompleks Finas, Hulu Klang, pada Sabtu dengan 152 undian.

Selain Zed, dua lagi calon yang turut bertanding merebut jawatan itu adalah Datuk Ahmad Tarmimi Saregar (9 undi) dan Zulkifli Ismail (8 undi).

Manakala Elyas Iskandar telah dipilih sebagai Timbalan Presiden yang baru dengan majoriti undian sebanyak 97 undi.
Seramai 220 ahli yang layak telah membuang undi untuk pemilihan jawatankuasa terbaru itu.

Sebelum itu, Zed yang sepatutnya bertanding jawatan tersebut dengan bekas presidennya iaitu Datuk Mustapha Maarof bagaiamanpun beliau telah mengambil keputusan untuk menarik diri sebelum pengundian dimulakan.

Dalam pada itu, Zed ketika ditemui berkata, dia amat berterima kasih dengan semua ahli yang telah mengundinya dan memberitahu ia adalah bukti ahli Seniman telah bersedia untuk menerima pucuk muda sepertinya untuk memimpin persatuan itu.

Zed memberitahu, dia berbangga dapat memimpin Seniman yang telah berusia 38 tahun itu dan berjanji akan memastikan semua ahli akan terbela nasibnya.        

Harun tidak mempertahankan jawatannya yang dipegang selama satu penggal.



"Saya akan memastikan semua nasib ahli Seniman akan terbela dan sudah sampai masanya imej para artis di negara ini perlu ditingkatkan," katanya.

Mengulas mengenai pengunduran Mustapha sebagai calon Presiden, Zed memberitahu dia menghormati keputusan beliau dan berharap akan dapat bekerjasama dengannya dalam memperbaiki Seniman.

"Beliau adalah orang lama dan banyak pengalaman. Kami dipihak Seniman akan terus bekerjasama dengannya dalam mengambil kira pandangan dan ideanya sebagai orang berpengalaman dalam Seniman," katanya.

Sementara itu, bekas presiden Seniman penggal 2010/2011 iaitu Harun Salim Bachik yang tidak mempertahankan jawatannya memberitahu dia yakin Zed dapat membawa Seniman ke arah yang lebih baik dan berharap semua ahli akan bersatu hati dalam memastikan persatuan itu dihormati.


"Harap-harap Zed akan dapat membawa Seniman ke tahap yang lebih tinggi lagi," ujarnya.
Tambah Harun, dia juga akan terus setia bersama Seniman sebagai ahli dan sedia memberi pandangan sekiranya diperlukan pada masa akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 12:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by mixed at 27-5-2012 00:34

Reply 35# mixed

            Ahad Mei 27, 2012


                      Mustapha Maarof Mahu Zed Zaidi Buktikan Mampu Terajui Seniman         
                     
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI        

Datuk Mustapha Maarof mahu pimpinan baru Seniman dibawah presidennya iaitu Zed Zaidi membuktikan kepada masyarakat dan ahli mereka mampu membela nasib semua ahli Seniman.



KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof mahu melihat sejauh mana pucuk pimpinan baru persatuan itu dapat mengubah landskap sedia ada persatuan itu dengan pelan tindakan yang telah dirancang.

Mustapha berkata, keputusannya untuk menarik diri pada saat akhir daripada merebut kembali jawatan itu adalah kerana ini memberi peluang kepada pimpinan golongan belia yang dapat mengubah dan membela golongan artis di negara ini.

"Saya rasa sedih apabila semasa mesyuarat berlangsung keadaan menjadi kecoh dengan kejadian saling tuduh menuduh antara ahli dan budaya ini belum pernah terjadi di dalam Seniman.



"Jadi saya fikir adalah lebih baik berundur sahaja daripada membiarkan kekecohan itu berlaku yang akhirnya akan merugikan semua pihak.

"Kita berikan peluang kepada Zed dan ahli jawatankuasanya yang masih muda untuk membuktikan kepada semua kredibiliti mereka dalam membangunkan dan membela nasib ahli Seniman," ujarnya kepada mStar Online.

Mustapha ditemui semasa menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-14 di Kompleks Finas, Hulu Klang, pada Sabtu.        Bekas presiden Seniman, Harun Salim Bachik memeluk Mustapha selepas beliau mengumumkan mengundur diri daripada bertanding bagi merebut jawatan presiden pada Sabtu.



Sebelum itu, Mustapha mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan menarik diri dari bertanding merebut jawatan tersebut untuk penggal 2012/2013.

Jawatan itu kini disandang oleh Zed Zaidi dengan majoriti undian sebanyak 152 undi mengalahkan dua lagi calon iaitu Datuk Ahmad Tarmimi Saregar dan Zulkifli Ismail yang masuk bertanding selepas pengunduran Mustafa.



Dalam pada itu, Mustapha berkata, dia berharap ahli jawatankuasa baru itu nanti dapat bersatu dan tidak mempolitikkan persatuan itu yang jelas dengan objektifnya untuk membantu ahli Seniman dan mempertingkatkan lagi industri seni tanah air.

Mustapha berkata, sepanjang tiga penggal memegang jawatan itu dia telah melakukan tugasnya sebagai seorang presiden dan berharap muka-muka baru ini akan menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

"Harap mereka akan terus bergerak dengan pelbagai pelan tindakan yang telah diatur dan bukannya hanya tahu bercakap sahaja.

"Ini adalah masa kepada mereka untuk membuktikan kepada masyarakat dan ahli bahawa pemilihan mereka adalah tepat," ujarnya.

Sementara itu, Mustapha berkata, sebagai orang lama dia bersedia untuk memberikan nasihat dan pandangan kepada Zed sekiranya diminta berbuat demikian pada masa hadapan.

Mustapha berkata, walaupun dia bukan lagi seorang presiden tetapi dirinya sudah sebati dengan persatuan itu dan gembira jika dapat menyumbang sesuatu selagi hayatnya masih ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2012 12:35 AM | Show all posts
timbalan lantik hairie othman......
WeAiNe Post at 26-5-2012 21:16


x bole hairi politik lain....zed umnok
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 12:40 AM | Show all posts
kes pertama, bela nasib zaiton sameon...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2012 12:41 AM | Show all posts
Reply  mixed

            Ahad Mei 27, 2012


                      Zed Zaidi Dipilih Sebagai  ...
mixed Post at 27-5-2012 00:31


elyas iskandar? die ni ke?

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 12:44 AM | Show all posts
Reply 39# maxim


    sape ni nok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.075674 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list