CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Kereta AJK Seniman kene pecah(pg9)

  [Copy link]
Post time 1-6-2012 03:31 PM | Show all posts
ramai sokong zed ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2012 06:59 PM | Show all posts
wey rilex lah asal semua nak marah ZZ ni.... ada betulnya jugak apa dia buat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 07:20 PM | Show all posts
Zed Zaidi: Penggiat seni perlu gaji minimum

1 Jun 2012  
                  

Zed Zaidi

        KUALA LUMPUR - Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) akan mengemukakan usul kepada kerajaan agar pelaksanaan gaji minimum dapat diperkenalkan kepada penggiat seni di negara ini.
           
        Presiden Seniman Rozaidi Jamil, yang lebih dikenali sebagai Zed Zaidi, berkata persatuan itu bercadang mewujudkan satu sistem mengikut gred supaya penetapan gaji berkenaan dapat dilakukan mengikut standard tertentu dan tidak berat sebelah.
           
        Katanya perbincangan lanjut akan diadakan bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan persatuan yang lain untuk melihat mekanisme atau formula yang sesuai dalam menentukan gred berkenaan.
           
        "Mereka akan dinilai dari pelbagai sudut termasuk pendidikan akademik, pengalaman serta kelayakan tertentu, dan ini sekali gus dapat menyelesaikan masalah pembayaran gaji kepada artis muda yang dikatakan lebih tinggi berbanding artis veteran," katanya ketika ditemubual dalam program 'Dalam Radar' terbitan Bernama Radio24.
           
        Zed Zaidi, yang baru dilantik sebagai Presiden Seniman bagi penggal 2012-2015, berkata persatuan itu juga akan mengemukakan usul untuk mendapatkan peruntukan bagi membolehkan Seniman menjadi badan royalti kepada pelakon.
           
        Beliau berkata peruntukan berbentuk insurans berkelompok itu akan membolehkan pelakon memperoleh royalti sepanjang filem mereka ditayangkan dan berfungsi sebagai pencen mereka. - Bernama



Credits: sinarharian.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2012 07:43 PM | Show all posts
Reply 123# achik2009


   pasni brlumba2 lgi la org nk jd retis. stiap bulan ade duet msuk
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 05:20 PM | Show all posts
Zed Zaidi Buat Laporan Polis Jika Artis Veteran Pertikaikan AGM 14 Seniman

Oleh WAHIDUZZAMAN (wahi@thestar.com.my)



PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi akan membuat laporan polis jika artis-artis veteran mengadakan pertemuan tergempar di Finas pada petang Jumaat (petang ini) bagi mempertikaikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-14 persatuan itu samada sah atau sebaliknya.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32, berkata tindakan artis-artis veteran itu menganjurkan perjumpaan bagi mempersoalkan kesahihan mesyuarat pada 26 Mei lalu adalah menyalahi undang-undang.

“Saya akan buat laporan polis jika pertemuan itu diadakan pada petang ini. Untuk apa mereka mahu mempersoalkan kesahihan AGM14 Seniman yang sudah pun berlangsung itu?

“Tindakan itu adalah menyalahi undang-undang kerana jelas sekali mereka mempunyai agenda dan kepentingan peribadi,” katanya ketika dihubungi mStar Online, pada Jumaat.

Zed berkata demikian sebagai respons kepada isu terbaru yang dibangkitkan kelompok artis veteran menuntut penjelasan sama ada AGM14 Seniman pada 26 Mei sah atau sebaliknya.

Akhbar Berita Harian pada Jumaat melaporkan, aktor dan bekas Bendahari Seniman, Abu Bakar Omar mendakwa mereka berasa tertipu dan dipinggirkan ahli angkatan muda kerana beberapa perkara dibangkitkan pada mesyuarat agung itu tidak diendahkan.

Ditanya mengenai konflik yang tercetus dalam tempoh kurang sebulan dia menerajui Seniman, Zed berkata dia enggan untuk mengulas mengenai isu tersebut sehingga pertemuan tergempar itu berlangsung pada petang Jumaat.

“Buat masa ini saya tidak mahu komen lebih-lebih selagi tiada pengesahan mengenai butiran pertemuan itu.

“Namun, saya percaya ia didalangi oleh individu-individu yang sama seperti kes-kes yang pernah berlaku ketika Seniman diterajui oleh presiden-presiden sebelum ini,” katanya.

Difahamkan, pertemuan tergempar melibatkan artis-artis veteran itu akan diadakan di Pawagam Mini P. Ramlee, Kompleks Studio Merdeka, Finas, Ampang dekat sini pada pukul 3 petang Jumaat.

Pada AGM14 lalu, Zed dipilih sebagai presiden baru persatuan berkenaan selepas memperoleh 152 undian, dengan menewaskan Datuk Ahmad Tamimi Siregar (9 undi) dan Zulkifli Ismail (8 undi).

Bekas presiden Datuk Mustapha Maarof yang sepatutnya bertanding menarik diri pada saat akhir.



Credits: mstar.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 05:32 PM | Show all posts
tahniah zz..

jgn lupa.. make sure semua orang luar dpt kelulusan expat hokkay...muahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-6-2012 05:37 PM | Show all posts
wahai rozaidi tidak baik menyekat rezeki org lain,bumi ini kn milik Allah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2012 12:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by maxim at 9-6-2012 01:02

Penyelewengan : Artis Veteran Tuntut AGM 14 Seniman Dibatalkan



Abu Bakar Omar (kiri) yang mewakili Persatuan Kebajikan Artis Veteran (PKAV) bersama dua wakil peguam mengemukakan petisyen pembatalan AGM 14 di Finas, petang Jumaat. Foto CHAN TAK KONG

AMPANG: Persatuan Kebajikan Artis Veteran (PKAV) menuntut pembatalan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-14 Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pada 25 Jun lalu kerana gagal memenuhi empat perkara dalam perlembagaan persatuan terbabit.

Wakil PKAV, pelakon veteran Abu Bakar Omar, 63, berkata AGM 14 gagal mengeluarkan notis mesyuarat kepada ahli secara sah serta gagal membentang dan meluluskan minit mesyuarat AGM 13.

Mesyuarat berkenaan juga gagal membentangkan laporan kewangan persatuan bagi 2011 dan butiran transaksi pembelian sebuah bangunan di Setapak dekat sini berjumlah RM330,000 serta kos ubahsuai bangunan itu sebanyak RM33,000.

"Kami tidak mempunyai sebarang isu peribadi terhadap pelantikan Zed Zaidi sebagai presiden Seniman.

"Sebagai artis veteran yang juga ahli Seniman kami hanya mahu hentikan penyelewangan dalam persatuan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

"Sebab itu kami kemukakan tuntutan membatalkan AGM 14 menerusi saluran undang-undang kerana mesyuarat itu diadakan dengan mengetepikan empat perkara dalam perlembagaan persatuan," katanya kepada mStar Online, petang Jumaat.


Antara artis veteran yang hadir hadir pada sidang media dan taklimat berhubung pembatalan AGM 14.

Abu Bakar dan kira-kira 80 artis veteran hadir pada sidang media dan taklimat bersama wakil peguam berhubung petisyen pembatalan AGM 14 di Pawagam P. Ramlee, Kompleks Studio Merdeka Finas, Hulu Kelang di sini.

Abu Bakar berkata, petisyen itu sekali gus membawa kepada pembatalan pemilihan dan pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan bagi sesi 2012 hingga 2015.

PKAV turut memohon satu Injuksi Interim yang menghalang AJK yang dilantik pada AGM 14 daripada melaksanakan tugas-tugas jawatan sehingga tindakan Mahkamah/Tribunal diputuskan kelak.

Katanya, mereka turut memohon apa-apa relif lain yang bermanfaat kepada persatuan.

"Petisyen sudah dikemukan, jadi kami serahkan selebihnya kepada peguam. Kami hanya mahu AGM 14 itu dibatalkan dan AJK tersebut digantung sehingga keputusan mahkamah diputuskan," katanya.

Antara yang hadir pada taklimat tersebut adalah bekas presiden Seniman Datuk Mustapha Maarof dan barisan artis veteran antaranya Datuk Aziz Sattar, Datuk Yahya Sulong, Mariani Ismail dan penerbit filem Datuk Yusof Haslam.

Pada pertemuan itu, sebanyak RM1,100 berjaya dikutip hasil sumbangan barisan artis veteran yang hadir bagi mengumpulkan dana untuk kos peguam kelak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2012 01:19 AM | Show all posts
haa..jawablah tuan presiden....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2012 01:37 AM | Show all posts
agm ape yg takde bentang dan luluskan minit meeting?ari tu takkan seniman main wat meeting ala2 meeting kat balai raya kampung je?pttnya kena ad agenda la..bab belanjawan pun kena detail.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2012 02:03 AM | Show all posts
datuk usop selam bg berapa je yg total dpt rm1100 je? kate jutawang
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2012 02:49 AM | Show all posts
gitulah persatuan2 dalam industri hiburan ni.   buat AGM .. pastu minta batal.. pastu ada seleweng duit segala. itu ajelah kesahnya.  tak ada apa-apa perkembangan yang sihat dalam menaik taraf industri hiburan pun.  buang karan je.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2012 07:45 AM | Show all posts

Penyelewengan : Artis Veteran Tuntut AGM 14 Seniman Dibatalkan(pg6)

Sokong zz....even bangla yg nk dtg keje kt sini pun kene ada permit.

Ko sabo je la zz dgn org2 yg xpaham   betapa pentingnya kita kena jaga kepentingan rakyat sendiri...konon2 atas tket globalisasi senang2 la org nk masuk sini ekk....

mmg la bumi ni n rezeki semuanya milik Allah...tp kalo la konsep ni dgunapakai dlm sys pemerintahan kita...maka org kita jgn la marah kalo semua org luar ada hak yg sama dgn org tempatan.

Sama mcm konsep ketuanan melayu....len la kalo anda sorg yg rasa hak keistimewaan org melayu tu dah patut dihapuskan....


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2012 10:20 AM | Show all posts
persatuan retis kat malaysia nih iols tengok dari dulu dari lagi memang dah bmasalah. lantik lah presiden baru tiap tahun ke sama jugak kalau ahlinya still org yg sama dan bfikiran serupa. bukan nak salahkan diorang tp rasanya x de persefahaman antara ahli dan pihak atasan kot, tu yg sokmo panas. pas tu, blh lak buat mesyuarat tanpa minit, pembentangan belanjawan dsbgnya. abih tu apa agenda diorang dalm AGM tuh? alangkah mesyuarat peringkat kpg pun kena dibentangkan belanjawan biarpun hanya utk beli khemah, tiang dll. inikan plak yg melibatkan projek ribu riban, sapa x marah. :@
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2012 10:22 AM | Show all posts
Reply 132# charlizetheron


    ha'ah kan? psatuan tu dah jd medan pergaduhan diorang, tmpat lepaskan geram dan ketidakpuasan hati. akhirnya apa pun x dapat. duit abis bayar kos peguam jek.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2012 11:11 AM | Show all posts
datuk usop selam bg berapa je yg total dpt rm1100 je? kate jutawang
whyas Post at 9-6-2012 02:03



    rasanya kalau Dato' Usop nak sponsor peguam pun dia lebih dari mampu khenn?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2012 05:25 PM | Show all posts
haih... mcm2 la.... jed jedi mesti bengang....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2012 06:06 PM | Show all posts
zed zaidi nih..
kiri kanan ada musuh.. adehla
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 09:19 PM | Show all posts
zz nak tampil kan diri dia sbg hero yg menyelamatkan nasib retis2 m'sia..
mmg niat dia tu bagus tapi jalan nak melaksanakan niat dia tu bahaya sikit..
kalau dilihat (segelintir) artis kat m'sia ni mcm malas nak upgrade diri sendiri utk jadi artis yg mmg berkebolehan & berbakat..
cukup sekadar 'menjual' tarikan fizikal & panggil diri mereka artis..
bila pengaruh artis luar datang masuk m'sia,mula la gabra..
kata msyrkat x support industri artis sendiri,lebih mengaggung2kan bakat luar..
masyarakat ada hak utk memilih siapapun artis utk dorang minat @ suka..
they have the right to choose..
kalau sudah pilihan terhadap artis tempatan kurang sepatutnya artis tempatan berusaha utk tarik perhatian msyrkat supaya drg boleh (dgn yakin) kata 'kami ada kualiti yg sgt bagus setanding bakat luar jadi sokong lah kami'..
it's all a matter of survival..siapa yg dpt menyesuaikan diri utk persekitaran semasa maka dia akan dapat survive ke level seterusnya tapi dgn kualiti yg lebih bagus..
as a leader in seniman,sy rasa zz patut memikirkan juga kesan jangka pjg terhadap smua keputusan yg dia nak buat & akan buat dlm perkara berkaitan..
then dia blh expect org utk hargai dia sbg leader yg sememangnya layak utk bergelar leader & not just a leader wannabe..
jgn saja nanti industri hiburan luar tiba2 buat keputusan yg mcm zz cadangkan..
habis bakat tempatan x dpt pergi berjalan ke luar..

p/s : just my 50 cents..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 09:28 PM | Show all posts
tiap kali aku nampak muka pacik abu bakar omar ni mesti aku sedih sebab teringat watak dia kat cite hingga hujung nyawa  teruskan belakon pacik memang ade bakat...penerbit n pengarah selalulah amik dia ni belakon , memang menusuk ke jiwa lakonan beliau....satu lagi tadi pasal amran tompel dalam kesusahan, kepada pengarah amiklah dia belakon...lima enam ratus ringgitje anggap jer lah sedekah walaupun watak kecil...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.062231 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list