CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Kereta AJK Seniman kene pecah(pg9)

  [Copy link]
Post time 10-6-2012 10:16 PM | Show all posts
Ha... Tu lah keje zz sebenarnya.. Tolong uncle amran tompel tu dptkan job.. Ni x melalak kt twiter mcm kucing mengandung pasal permit wat pe.. Baik dia tolong amran tompel tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2012 11:54 PM | Show all posts
Reply 133# chickenwing


    tak tau ke bangsa melayi ni pemurah...


keje kat mamak...ramai???
banyak beniaga...kaum??
kat jalan tar warga mane yg semakin ramai niaga??
kat times square pon yg aku jhmpe baru2 ni warga nyanmar...cepat tgkp 2 bln je belajar bahasa melayu...kite dr sek ren lg belaja english tp masih oh my english...

industri veterinar sebahagiaannya kaum mane?

bangsa melayu bnyk menyumbang kat industri seni je..yg kaye ok la..yg kayap?? masuk melodi...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 11:12 AM | Show all posts
Reply  chickenwing


    tak tau ke bangsa melayi ni pemurah...


keje kat mamak...ramai???
...
chenta_dewi Post at 10-6-2012 23:54



   tu sbb aku rasa tindakan ZZ ni adalah salah satu caranya.....sbb mmg org melayu ni mmg susah nk berubah dan mudah lupa, so shield pertama nk protect industri seni negara yang masih nan hado ni adalah dengan mengawal kemasukan org luar...tapi....pelakon2 kt Malaysia ni kena improve la and yg penting produser2 film kat malaysia ni kena bg peluang kt anak tempatan....jgn harap ensem je....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 11:42 AM | Show all posts
lps satu satu masaalah seniman nie, cam x bersatu hati diaorg nie kan, tp betul ke xde wat benda yg sepatutnya, pembentangan kira2 pun perlu dalam satu2 AGM, klu dah mcm nie makin huru hara jadinya, cer masing2 dok berbincang baik2, yg tua merendah diri dan yg muda juga sama, dgr dulu luahan rasa dan pendapat then bincangkan elok2
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 12:02 PM | Show all posts
gitulah persatuan2 dalam industri hiburan ni.   buat AGM .. pastu minta batal.. pastu ada seleweng d ...
charlizetheron Post at 9-6-2012 02:49



   biasa nya yg gigih berpersatuan ini semua artis2 sendu yg jikalau terus sejuk beku sampai akhirat pun tiada siapa yg peduli
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 12:38 PM | Show all posts
Penyelewengan : Artis Veteran Tuntut AGM 14 Seniman Dibatalkan


Abu Bakar Omar (kiri) yang mewak ...
maxim Post at 9-6-2012 00:59



    pasan tak?? bile time nak bertelagah pasal hal2 persatuan .. hok tua2 kerepot je yang hadir..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2012 01:39 PM | Show all posts
Reply 146# samshik

nama pun veteran mek sam..hat kerepot je la yg dtg..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 01:48 PM | Show all posts
biasa nya yg gigih berpersatuan ini semua artis2 sendu yg jikalau terus sejuk beku sampai a ...
Changa Post at 11-6-2012 12:02

yg sendu mcm jed jaidi ja gigih... CT ado??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2012 02:08 PM | Show all posts
hhehehehehehe mebe the veteren want to be the top top ppl tu psl x puas hati kat jed jaidi nie haaa.... dato usop mesti la bangkang sebab anak dia yg kasi top si aron aziz dan adi putra tue kan.. hehehehehehehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 03:02 PM | Show all posts
aku kesian dgn zz ni. Apabila dia bercakap, aku percaya dia bukan seorang. Apa yg dia cakap tu mesti sebenarnya dah dicakap dalam kelompok yg kecil sesama dorang, tapi perlukan org yg berani untuk voice out publicly dan dalam kes ini zed zaidi lah yg diharapkan. Pasal tu dia boleh dapat 153 undi compare yg dua lagi tu dapat 9 dgn 5 undi aje.

Tapi masalah yg zz perlu tanggung adalah apabila dia too vocal, dia kena tanggung apa saja blame yg timbul kemudiannya. Org lain yg sokong dia semua akan sembunyi telor masing2 dan lari. Dan aku percaya atas dasar responsibility juga zz berani tanggung semuanya seorang selama ni dan dia tak pernah pun cakap "bukan saya sorang aje pikir macam ni, fahrin ahmad pun cakap benda sama" - contohhhnnyeeee laaahhhhh

Pada aku dia ada ciri2 pemimpin tapi dia perlukan satu army of skank yg jujur dan ikut berjuang dgn dia. Kalau tak end up dia yg akan dipergunakan oleh org. "Zed ko cakap aaaa... ko kan berani", then bila dia kena blame semua skank ni lari berterabur. Zed zaidiiiii jugak yg buruk di mata para forumer cari..

Pasal tuntutan pakcik-pakcik veteran tu, ikutkan ajelah zed. Kalau mahkamah kata batal, batalkanlah dan adakan balik AGM tu. Kalau memang ko layak, 10 kali AGM pun ko tetap jadi presiden jugak. Lagipun soal pembatalan tu bukan ada kena mengena dgn imej ZZ. Itu imej barisan yg lama. Kalau tak silap aku segala pembentangan ni perlu dibuat sebelum ajk lama dibubar dan ajk baru dilantik. ye ke? entah, aku bukan kaki persatuan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 03:53 PM | Show all posts
tiba2 retis kite lak x leh g luar sbb tempat lain x nk artis luar masuk negara dorang gak...hahahha..sapa nk jwb tu???
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 04:22 PM | Show all posts
tiba2 retis kite lak x leh g luar sbb tempat lain x nk artis luar masuk negara dorang gak...hahahha. ...
green_coffee Post at 11-6-2012 15:53


rezeki ade di mana2 noks
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2012 12:59 PM | Show all posts
“Saya Anggap Mereka Ini Firaun Kecil” – Zed Zaidi

Rentetan dari tuduhan beberapa individu kononnya Mesyuarat Agung Tahunan ke-14 (AGM 14), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang diadakan pada 26 Mei lalu, tidak sah, Presiden Seniman, Zed Zaidi tampil memberikan penjelasan kepada GUA.

Entri berkaitan –> Artis Veteran Tuntut Mesyuarat Agung Tahunan Seniman Dibatalkan

“Kita ada surat yang mengesahkan AGM lalu memang sah mengikut perlembagaan. Sebenarnya, benda ini berlaku bukan pada zaman saya saja, sejak dari zaman Presiden sebelum ini lagi, Datuk Aziz Singah, Dato’ Ismail Hudson dan Harun Salim Bachik. Bagi saya, isu ini merupakan agenda individu untuk kepentingan peribadi,” ujar Zed kepada GUA.

Baru-baru ini, Persatuan Kebajikan Artis Veteran (PKAV) telah mengadakan satu perjumpaan di Finas, Jumaat lalu bagi menuntut agar AGM 14 yang diadakan pada 26 Mei lalu, dibatalkan kerana gagal memenuhi empat perkara dalam perlembagaan persatuan terbabit.

Difahamkan, AGM 14 tidak sah kerana pihak mereka gagal mengeluarkan notis mesyuarat kepada ahli secara sah, gagal membentang dan meluluskan minit mesyuarat AGM 13, gagal membentangkan laporan kewangan persatuan bagi 2011 dan gagal menunjukkan butiran transaksi pembelian sebuah bangunan di Setapak berjumlah RM330,000 serta kos ubahsuai bangunan itu sebanyak RM33,000.

“Perkara ini sengaja dicetuskan oleh individu yang tidak berpuas hati. Mereka menggunakan Persatuan lain bukan untuk agenda Persatuan itu, tapi untuk serang Seniman. Sebenarnya minit mesyuarat itu ada cuma ia telah disabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perkara lain juga kita dah jelaskan masa AGM lalu dan majoriti telah bersetuju untuk meneruskan AGM,” ujar Zed lagi.

“Kita ada perlembagaan, apa yang mereka nak pun saya tak tahu. Jika, tak puas hati, perlembagaan itu orang lama juga yang buat. Bagi saya, kalah dan memang adalah adat, jadi jangan disebabkan emosi, kita buat tindakan yang melulu. Saya percaya, mereka yang cetus isu ini adalah segelintir individu yang tidak puas hati dari dulu lagi. Orang macam mereka ini virus dan saya anggap mereka Firaun kecil yang cuba merosakkan Persatuan.

“Sepatutnya kita bekerjasama dan bersatu. Buat apa nak hentam antara satu sama lain. Saya anggap ini cabaran dan tanggungjawab saya sebagai Presiden penggal ini. Saya dah buat laporan polis minggu lepas dan buat masa ini saya tidak menerima apa-apa lagi surat dari mahkamah. Mereka dah memalukan Seniman dan saya akan cuba selesaikan perkara ini mengikut kebijaksanaan serta mengambil tindakan selanjutnya,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 01:05 PM | Show all posts
errr...... takder ke sapa2 nak saman mulut longkang mamat ni
kot ye pong nak perjuangkan hak artis, aku rasa tak perlu la spi nak piraunkan org len
ckp elok-elok kan lebih berhemah
setiap perkataan yg keluar dari mulut kita ni melambangkan tahap pemikiran kita gak
seorang presiden kuar statement camni
macam kurang tinggi pula pemikirannya....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 01:11 PM | Show all posts
Orang macam mereka ini virus dan saya anggap mereka Firaun kecil yang cuba merosakkan Persatuan.


abis ko org yg mulia n maksum bagai???
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 01:16 PM | Show all posts
tak habis habis ZZ punya meroyan.
daripada sibuk kan isu lain, baik la dia sibukkan isu adegan terlampau di dada dada drama melayu. choi !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2012 01:16 PM | Show all posts
bg aku zz ni aku puji tang niat dan semangat nk perjuang nasib artis....tp kata2 tu biarlah berhemah....patut ke nk samakan dgn firaun...xkira le besar kecik apatah lg isu tu melibatkan sesama bangsa dan agama...lain le zz ni berjuang menegakkan syiar islam....takat nk perjuang hak artis yg belum tentu bab halal haram ni....xberbaloi berkelahi sesama sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 01:17 PM | Show all posts
uiksssssssssss dah mula melabelkan orang ni tak bagus ooooooooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 01:25 PM | Show all posts
panamani
aku slalu kompius le ZZ tu zed ke ziana zen
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 01:25 PM | Show all posts
firaun ni org yg tak percayakan tuhan...makna nya dia sama kan org tu tak percaya tuhan la jugak...bengong punye ZZ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.067694 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list