CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
12345678910Next
Return Post new threads
Author: maxim

Kereta AJK Seniman kene pecah(pg9)

  [Copy link]

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 8-6-2012 05:32 PM |All posts
tahniah zz..

jgn lupa.. make sure semua orang luar dpt kelulusan expat hokkay...muahahaha
~Anger that has no limit, causes terror. Kindness that is inappropriate, does away with respect. So do not be so severe with others, as to terrify them; and do not be so lenient with others, as to make them take advantage of you.~
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 8-6-2012 05:37 PM |All posts
wahai rozaidi tidak baik menyekat rezeki org lain,bumi ini kn milik Allah
Im only responsible for what I say not for what U understand
Reply

Props Report

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 9-6-2012 12:59 AM |All posts
Post Last Edit by maxim at 9-6-2012 01:02

Penyelewengan : Artis Veteran Tuntut AGM 14 Seniman Dibatalkan



Abu Bakar Omar (kiri) yang mewakili Persatuan Kebajikan Artis Veteran (PKAV) bersama dua wakil peguam mengemukakan petisyen pembatalan AGM 14 di Finas, petang Jumaat. Foto CHAN TAK KONG

AMPANG: Persatuan Kebajikan Artis Veteran (PKAV) menuntut pembatalan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-14 Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pada 25 Jun lalu kerana gagal memenuhi empat perkara dalam perlembagaan persatuan terbabit.

Wakil PKAV, pelakon veteran Abu Bakar Omar, 63, berkata AGM 14 gagal mengeluarkan notis mesyuarat kepada ahli secara sah serta gagal membentang dan meluluskan minit mesyuarat AGM 13.

Mesyuarat berkenaan juga gagal membentangkan laporan kewangan persatuan bagi 2011 dan butiran transaksi pembelian sebuah bangunan di Setapak dekat sini berjumlah RM330,000 serta kos ubahsuai bangunan itu sebanyak RM33,000.

"Kami tidak mempunyai sebarang isu peribadi terhadap pelantikan Zed Zaidi sebagai presiden Seniman.

"Sebagai artis veteran yang juga ahli Seniman kami hanya mahu hentikan penyelewangan dalam persatuan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

"Sebab itu kami kemukakan tuntutan membatalkan AGM 14 menerusi saluran undang-undang kerana mesyuarat itu diadakan dengan mengetepikan empat perkara dalam perlembagaan persatuan," katanya kepada mStar Online, petang Jumaat.


Antara artis veteran yang hadir hadir pada sidang media dan taklimat berhubung pembatalan AGM 14.

Abu Bakar dan kira-kira 80 artis veteran hadir pada sidang media dan taklimat bersama wakil peguam berhubung petisyen pembatalan AGM 14 di Pawagam P. Ramlee, Kompleks Studio Merdeka Finas, Hulu Kelang di sini.

Abu Bakar berkata, petisyen itu sekali gus membawa kepada pembatalan pemilihan dan pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan bagi sesi 2012 hingga 2015.

PKAV turut memohon satu Injuksi Interim yang menghalang AJK yang dilantik pada AGM 14 daripada melaksanakan tugas-tugas jawatan sehingga tindakan Mahkamah/Tribunal diputuskan kelak.

Katanya, mereka turut memohon apa-apa relif lain yang bermanfaat kepada persatuan.

"Petisyen sudah dikemukan, jadi kami serahkan selebihnya kepada peguam. Kami hanya mahu AGM 14 itu dibatalkan dan AJK tersebut digantung sehingga keputusan mahkamah diputuskan," katanya.

Antara yang hadir pada taklimat tersebut adalah bekas presiden Seniman Datuk Mustapha Maarof dan barisan artis veteran antaranya Datuk Aziz Sattar, Datuk Yahya Sulong, Mariani Ismail dan penerbit filem Datuk Yusof Haslam.

Pada pertemuan itu, sebanyak RM1,100 berjaya dikutip hasil sumbangan barisan artis veteran yang hadir bagi mengumpulkan dana untuk kos peguam kelak.

Karat No 1 Jihan Muse!
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 9-6-2012 01:19 AM |All posts
haa..jawablah tuan presiden....
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 9-6-2012 01:37 AM |All posts
agm ape yg takde bentang dan luluskan minit meeting?ari tu takkan seniman main wat meeting ala2 meeting kat balai raya kampung je?pttnya kena ad agenda la..bab belanjawan pun kena detail.
~MOMOT...DOD:06022011~
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 9-6-2012 02:03 AM |All posts
datuk usop selam bg berapa je yg total dpt rm1100 je? kate jutawang
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 9-6-2012 02:49 AM |All posts
gitulah persatuan2 dalam industri hiburan ni.   buat AGM .. pastu minta batal.. pastu ada seleweng duit segala. itu ajelah kesahnya.  tak ada apa-apa perkembangan yang sihat dalam menaik taraf industri hiburan pun.  buang karan je.
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 9-6-2012 07:45 AM |All posts

Penyelewengan : Artis Veteran Tuntut AGM 14 Seniman Dibatalkan(pg6)

Sokong zz....even bangla yg nk dtg keje kt sini pun kene ada permit.

Ko sabo je la zz dgn org2 yg xpaham   betapa pentingnya kita kena jaga kepentingan rakyat sendiri...konon2 atas tket globalisasi senang2 la org nk masuk sini ekk....

mmg la bumi ni n rezeki semuanya milik Allah...tp kalo la konsep ni dgunapakai dlm sys pemerintahan kita...maka org kita jgn la marah kalo semua org luar ada hak yg sama dgn org tempatan.

Sama mcm konsep ketuanan melayu....len la kalo anda sorg yg rasa hak keistimewaan org melayu tu dah patut dihapuskan....


(posted by mobile)
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 9-6-2012 10:20 AM |All posts
persatuan retis kat malaysia nih iols tengok dari dulu dari lagi memang dah bmasalah. lantik lah presiden baru tiap tahun ke sama jugak kalau ahlinya still org yg sama dan bfikiran serupa. bukan nak salahkan diorang tp rasanya x de persefahaman antara ahli dan pihak atasan kot, tu yg sokmo panas. pas tu, blh lak buat mesyuarat tanpa minit, pembentangan belanjawan dsbgnya. abih tu apa agenda diorang dalm AGM tuh? alangkah mesyuarat peringkat kpg pun kena dibentangkan belanjawan biarpun hanya utk beli khemah, tiang dll. inikan plak yg melibatkan projek ribu riban, sapa x marah. :@
Current Obsession - ♥Shinhwa & Hafiz♥...
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 9-6-2012 10:22 AM |All posts
Reply 132# charlizetheron


    ha'ah kan? psatuan tu dah jd medan pergaduhan diorang, tmpat lepaskan geram dan ketidakpuasan hati. akhirnya apa pun x dapat. duit abis bayar kos peguam jek.
Current Obsession - ♥Shinhwa & Hafiz♥...
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 9-6-2012 11:11 AM |All posts
datuk usop selam bg berapa je yg total dpt rm1100 je? kate jutawang
whyas Post at 9-6-2012 02:03



    rasanya kalau Dato' Usop nak sponsor peguam pun dia lebih dari mampu khenn?
Reply

Props Report

Rank: 6Rank: 6

Post on 9-6-2012 05:25 PM |All posts
haih... mcm2 la.... jed jedi mesti bengang....
Reply

Props Report

z_k  

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 9-6-2012 06:06 PM |All posts
zed zaidi nih..
kiri kanan ada musuh.. adehla
i am so into him  
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 10-6-2012 09:19 PM |All posts
zz nak tampil kan diri dia sbg hero yg menyelamatkan nasib retis2 m'sia..
mmg niat dia tu bagus tapi jalan nak melaksanakan niat dia tu bahaya sikit..
kalau dilihat (segelintir) artis kat m'sia ni mcm malas nak upgrade diri sendiri utk jadi artis yg mmg berkebolehan & berbakat..
cukup sekadar 'menjual' tarikan fizikal & panggil diri mereka artis..
bila pengaruh artis luar datang masuk m'sia,mula la gabra..
kata msyrkat x support industri artis sendiri,lebih mengaggung2kan bakat luar..
masyarakat ada hak utk memilih siapapun artis utk dorang minat @ suka..
they have the right to choose..
kalau sudah pilihan terhadap artis tempatan kurang sepatutnya artis tempatan berusaha utk tarik perhatian msyrkat supaya drg boleh (dgn yakin) kata 'kami ada kualiti yg sgt bagus setanding bakat luar jadi sokong lah kami'..
it's all a matter of survival..siapa yg dpt menyesuaikan diri utk persekitaran semasa maka dia akan dapat survive ke level seterusnya tapi dgn kualiti yg lebih bagus..
as a leader in seniman,sy rasa zz patut memikirkan juga kesan jangka pjg terhadap smua keputusan yg dia nak buat & akan buat dlm perkara berkaitan..
then dia blh expect org utk hargai dia sbg leader yg sememangnya layak utk bergelar leader & not just a leader wannabe..
jgn saja nanti industri hiburan luar tiba2 buat keputusan yg mcm zz cadangkan..
habis bakat tempatan x dpt pergi berjalan ke luar..

p/s : just my 50 cents..
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 10-6-2012 09:28 PM |All posts
tiap kali aku nampak muka pacik abu bakar omar ni mesti aku sedih sebab teringat watak dia kat cite hingga hujung nyawa  teruskan belakon pacik memang ade bakat...penerbit n pengarah selalulah amik dia ni belakon , memang menusuk ke jiwa lakonan beliau....satu lagi tadi pasal amran tompel dalam kesusahan, kepada pengarah amiklah dia belakon...lima enam ratus ringgitje anggap jer lah sedekah walaupun watak kecil...
aku cari rezki halal
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 10-6-2012 10:16 PM |All posts
Ha... Tu lah keje zz sebenarnya.. Tolong uncle amran tompel tu dptkan job.. Ni x melalak kt twiter mcm kucing mengandung pasal permit wat pe.. Baik dia tolong amran tompel tu
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 10-6-2012 11:54 PM |All posts
Reply 133# chickenwing


    tak tau ke bangsa melayi ni pemurah...


keje kat mamak...ramai???
banyak beniaga...kaum??
kat jalan tar warga mane yg semakin ramai niaga??
kat times square pon yg aku jhmpe baru2 ni warga nyanmar...cepat tgkp 2 bln je belajar bahasa melayu...kite dr sek ren lg belaja english tp masih oh my english...

industri veterinar sebahagiaannya kaum mane?

bangsa melayu bnyk menyumbang kat industri seni je..yg kaye ok la..yg kayap?? masuk melodi...
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 11-6-2012 11:12 AM |All posts
Reply  chickenwing


    tak tau ke bangsa melayi ni pemurah...


keje kat mamak...ramai???
...
chenta_dewi Post at 10-6-2012 23:54



   tu sbb aku rasa tindakan ZZ ni adalah salah satu caranya.....sbb mmg org melayu ni mmg susah nk berubah dan mudah lupa, so shield pertama nk protect industri seni negara yang masih nan hado ni adalah dengan mengawal kemasukan org luar...tapi....pelakon2 kt Malaysia ni kena improve la and yg penting produser2 film kat malaysia ni kena bg peluang kt anak tempatan....jgn harap ensem je....
Reply

Props Report

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 11-6-2012 11:42 AM |All posts
lps satu satu masaalah seniman nie, cam x bersatu hati diaorg nie kan, tp betul ke xde wat benda yg sepatutnya, pembentangan kira2 pun perlu dalam satu2 AGM, klu dah mcm nie makin huru hara jadinya, cer masing2 dok berbincang baik2, yg tua merendah diri dan yg muda juga sama, dgr dulu luahan rasa dan pendapat then bincangkan elok2
love his role at Gokusen 3     
Reply

Props Report

Changa   cPlan User 

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 11-6-2012 12:02 PM |All posts
gitulah persatuan2 dalam industri hiburan ni.   buat AGM .. pastu minta batal.. pastu ada seleweng d ...
charlizetheron Post at 9-6-2012 02:49



   biasa nya yg gigih berpersatuan ini semua artis2 sendu yg jikalau terus sejuk beku sampai akhirat pun tiada siapa yg peduli
Reply

Props Report

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 11-6-2012 12:38 PM |All posts
Penyelewengan : Artis Veteran Tuntut AGM 14 Seniman Dibatalkan


Abu Bakar Omar (kiri) yang mewak ...
maxim Post at 9-6-2012 00:59



    pasan tak?? bile time nak bertelagah pasal hal2 persatuan .. hok tua2 kerepot je yang hadir..
Itu bukan kisah kau dan dia .. tapi itu kisah kita sebenarnya...
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 11-6-2012 01:39 PM |All posts
Reply 146# samshik

nama pun veteran mek sam..hat kerepot je la yg dtg..
Back to basic
Reply

Props Report

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 11-6-2012 01:48 PM |All posts
biasa nya yg gigih berpersatuan ini semua artis2 sendu yg jikalau terus sejuk beku sampai a ...
Changa Post at 11-6-2012 12:02

yg sendu mcm jed jaidi ja gigih... CT ado??
Kaulah kangkung hidupku...
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 11-6-2012 02:08 PM |All posts
hhehehehehehe mebe the veteren want to be the top top ppl tu psl x puas hati kat jed jaidi nie haaa.... dato usop mesti la bangkang sebab anak dia yg kasi top si aron aziz dan adi putra tue kan.. hehehehehehehehehe...
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 11-6-2012 03:02 PM |All posts
aku kesian dgn zz ni. Apabila dia bercakap, aku percaya dia bukan seorang. Apa yg dia cakap tu mesti sebenarnya dah dicakap dalam kelompok yg kecil sesama dorang, tapi perlukan org yg berani untuk voice out publicly dan dalam kes ini zed zaidi lah yg diharapkan. Pasal tu dia boleh dapat 153 undi compare yg dua lagi tu dapat 9 dgn 5 undi aje.

Tapi masalah yg zz perlu tanggung adalah apabila dia too vocal, dia kena tanggung apa saja blame yg timbul kemudiannya. Org lain yg sokong dia semua akan sembunyi telor masing2 dan lari. Dan aku percaya atas dasar responsibility juga zz berani tanggung semuanya seorang selama ni dan dia tak pernah pun cakap "bukan saya sorang aje pikir macam ni, fahrin ahmad pun cakap benda sama" - contohhhnnyeeee laaahhhhh

Pada aku dia ada ciri2 pemimpin tapi dia perlukan satu army of skank yg jujur dan ikut berjuang dgn dia. Kalau tak end up dia yg akan dipergunakan oleh org. "Zed ko cakap aaaa... ko kan berani", then bila dia kena blame semua skank ni lari berterabur. Zed zaidiiiii jugak yg buruk di mata para forumer cari..

Pasal tuntutan pakcik-pakcik veteran tu, ikutkan ajelah zed. Kalau mahkamah kata batal, batalkanlah dan adakan balik AGM tu. Kalau memang ko layak, 10 kali AGM pun ko tetap jadi presiden jugak. Lagipun soal pembatalan tu bukan ada kena mengena dgn imej ZZ. Itu imej barisan yg lama. Kalau tak silap aku segala pembentangan ni perlu dibuat sebelum ajk lama dibubar dan ajk baru dilantik. ye ke? entah, aku bukan kaki persatuan.
Say the truth!
Reply

Props Report

12345678910Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 18-9-2014 07:41 PM , Processed in 0.737130 second(s), 40 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top