CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14675|Reply: 20

PR Selangor Hadiah Anak Masuk Universiti

 Close [Copy link]
Post time 30-5-2012 11:07 PM | Show all posts |Read mode



Hadiah RM1,000 diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

SYARAT-SYARAT:

1. Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja;

2. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:


(i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau;

(ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor;


3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester Pertama) mulai sesi Julai 2008 sahaja;

4. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana muda atau Diploma sahaja*;

5. Pemohon telahpun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.

6. Pendapatan isi rumah Ibu Bapa/ Penjaga Pemohon berjumlah RM1,500 ke bawah sahaja.


Nota:

Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ LCCI/ Ijazah Lanjutan/ Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI/ KPLI)/ Pengajian Jarak Jauh (PJJ)/ Pengajian Luar Kampus (PLK) tidak layak memohon.


ALIRAN PERMOHONAN

1. Pemohonan secara atas talian (online) melalui laman web Sistem Permohonan HPIPT: hpipt.selangor.gov.my

2. Permohonan secara manual dengan mengisi borang permohonan rasmi, iaitu Borang Permohonan Hadiah Pengajian IPT Kerajaan Negeri Selangor (BPSM/HPIPT/2008 (Pin.1/2008)) yang boleh diperolehi melalui:

(i) memuat turun (download) daripada laman web Sistem Permohonan HPIPT: hpipt.selangor.gov.my

(ii) memuat turun (download) daripada laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor: melalui pautan (link) Pusat Khidmat Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES);

(iii) kaunter Urus Setia Hadiah Pengajian IPT di BPSM; atau

(iv) mana-mana Pejabat Daerah & Tanah Negeri Selangor.

3. Pemohon yang memilih permohonan secara atas talian (online) perlu mencetak (print) Borang Permohonan HPIPT online yang telah diisi dengan lengkap untuk mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan di ruangan yang telah disediakan.

4. Pemohon yang memilih permohonan secara manual pula perlu menyemak dan memastikan Borang Permohonan HPIPT telah diisi dengan lengkap sebelum mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan di ruangan yang telah disediakan.

(i)  Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;

(ii)  Salinan Kad Pengenalan Pemohon;

(iii) Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa Pemohon;

(iv) Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT;

(v)  Salinan Penyata Pendapatan/ Penyata KWSP/ Slip Gaji Ibu Bapa/ Penjaga Pemohon (jika masih bekerja); atau

(vi)  Surat Perakuan Pendapatan Ibu Bapa/ Penjag pemohon(jikabekerja sendiri/ tidak bekerja/ bersara) dengan pengesahan ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK / Ketua Kampung; atau

(vii)  Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu Bapa/ Penjagapemohon (jika pesara Kerajaan);

(viii) Salinan muka depan dan mukasurat transaksi terakhir Buku Akaun Bank Pemohon (yang tertera no. akaun dan transaksi terakhir).

5. Setiap salinan lampiran dokumen hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan & Profesional) dan Surat Perakuan Pendapatan (jika bekerja sendiri/ tidak bekerja/ bersara) hendaklah diperakukan oleh ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung SAHAJA*.

Nota:

Perakuan dan pengesahan oleh selain pihak-pihak yang dinyatakan di  atas tidak akan dipertimbangkan.

6. Pemohon dikehendaki menghantar Borang Permohonan HPIPT yang telah lengkap berserta lampiran dokumen kepada Urus Setia melalui serahan tangan atau pos di alamat seperti berikut:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S
40503 Shah Alam

7. Urus Setia menerima Borang Permohonan HPIPT yang dihantar melalui:

(i) serahan tangan oleh pemohon yang hadir sendiri ke BPSM;

(ii) penghantaran melalui pos;

(iii) penghantaran berkelompok oleh Pejabat Tanah & Daerah; atau

(iv)  penghantaran berkelompok oleh Pusat Khidmat DUN.

8. Setiap Borang Permohonan HPIPT yang diterima akan direkodkan tarikh terimaan dan didaftarkan bagi memulakan proses permohonan mengikut Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan, iaitu dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan diterima.

9. Urus Setia akan memasukkan data dan maklumat pemohon ke dalam Sistem Permohonan HPIPT bagi permohonan secara manual, manakala bagi permohonan secara atas talian (online), data dan maklumat pemohon akan dikemaskini semula berdasarkan Borang Permohonan HPIPT yang diterima.

10. Urus setia akan membuat semakan permohonan yang telah diterima melalui Sistem Permohonan HPIPT serta memastikan semua lampiran dokumen seperti pada para 6.2.4 disertakan oleh pemohon.

11. Urus Setia akan mengenalpasti dan mengklasifikasikan permohonan seperti berikut:

(i)  permohonan layak;

(ii)  permohonan tidak lengkap; dan

(iii) permohonan tidak layak (tidak memenuhi syarat).


12. Urus Setia mengambil tindakan terhadap senarai yang telah diluluskan oleh SUB(PSM)/ PSU(B) untuk proses selanjutnya.

13. Bagi permohonan yang tidak memenuhi syarat, Urus setia mengemukakan surat maklumbalas bagi memaklumkan status permohonan kepada pemohon dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan.

14. Bagi permohonan yang tidak lengkap, Urus Setia akan mengembalikan Borang Permohonan HPIPT serta surat maklumbalas yang menyatakan sebab-sebab permohonan dikembalikan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan.


ALIRAN PEMBAYARAN

1. Urus Setia menyediakan senarai penyata bayaran pelajar mengikut pilihan pembayaran untuk semakan PA(B) dan kelulusan SUB(PSM)/ PSU(B) seperti berikut:

(i)  pembayaran melalui cek; atau

(ii) pembayaran melalui Electronic Fund Transfer (EFT).


2. Urus Setia memproses pembayaran melalui Sistem SPEKS untuk penyediaan bayaran oleh pihak Bendahari Negeri.

3. Urus setia menerima laporan pembayaran yang telah dibuat melalui Sistem SPEKS oleh Bendahari Negeri Selangor.

4. Urus Setia menyediakan surat makluman status permohonan dan pembayaran kepada pemohon yang berjaya. Pemohon yang memilih kaedah pembayaran melalui cek perlu menuntut cek tersebut di BPSM, manakala pemohon yang memilih kaedah pembayaran melalui EFT perlu menyemak transaksi pembayaran melalui akaun masing-masing.

5. Urus Setia memastikan pembayaran melalui cek perlu dituntut dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh cek dikeluarkan.

6. Urus Setia merekodkan tuntutan cek oleh pemohon/ wakil pemohon di dalam Buku Daftar Penerimaan Cek.


http://mes.selangor.gov.my/modules/content/content.php?page=hadiah-anak-masuk-universiti
Single Polls, Total 33 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2012 12:22 AM | Show all posts
Hadiah RM1,000 diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, yang ...
cyberjaye Post at 30-5-2012 23:07


Kenapa baru nak buat sekarang,

bertujuan utk menunjukkan kpd rakyat negeri selangor yg kerajaan PR menunaikan janji semasa PRU-12 walaupun selepas 4 tahun baru nak terima permohonan yang akan diproses selepas PRU13. Dijangka proses akan memakan masa selama 4 tahun menjelang PRU14. Cuma bagilah beberapa orang pelajar terpilih dimajlis penyampaian sumbangan tersebut dlm kempen semasa PRU13 dan diberi liputan meluas bagi menunjukkan kepada rakyat yg kerajaan PR menunaikan janji2 semasa PRU12. Jadi wang kerajaan Negeri tak banyak dikeluarkan berbanding jika janji tersebut ditunaikan sebaik saja memenangi PRU12.


Kalau BN menang, baki permohonan yg dlm proses ,BN yg kena tunaikan janji2 yg dibuat oleh PR,
Jika kerajaan Negeri tiada kemampuan, Rakyat akan dipersalahkan kerana memilih BN.

Mungkin strategi PR nie boleh mempengaruhi undi rakyat selangor menjelang PRU13.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 08:43 AM | Show all posts
Reply 2# rashiman


    ari tu org PR kondem UMNO... depa cakap "kenapa baru sekarang nak bagi bantuan rakyat 1 malaysia,kenape dulu tak bagi?" ni depa yg cakap... tapi skrg....baru ni la depa nak bagi pendidikan percuma, tu pun syarat

panjang lebat tuk dipatuhi ...ni la yg org buat peribahasa....cakap tak serupa bikin cakap org pandai...

tapi sendiri pun same 2x5 hahahahahahhaha bodoh jap lagi ni ade la balaci taik telur kene genggam nak cilok posting aku
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 09:28 AM | Show all posts
Reply  rashiman


    ari tu org PR kondem UMNO... depa cakap "kenapa baru sekara ...
akughl Post at 31-5-2012 08:43


Org PR macam berniaga utk mendapatkan undi , semasa kempen janji itu dan ini yg memang sedap didengar, memang mudah terpengaruh, tapi bila sudah mendapat undi macam2 keluar syarat2 yg terselindung.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 10:42 PM | Show all posts
Org PR macam berniaga utk mendapatkan undi , semasa kempen janji itu dan ini yg memang sedap did ...
rashiman Post at 31-5-2012 09:28

berniaga (tawar menawar) utk dpt undi lebih baik dari menipu utk dpt undi.
takyah susah2 berjanji, bg je pendatang nepal ngan myanmar status bumiputra senang menang
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 10:59 PM | Show all posts
takyah susah2 berjanji, bg je pendatang nepal ngan myanmar status bumiputra senang menang...
bangcak Post at 31-5-2012 22:42



satu lagi cara puak2 PR nak menang, dengan buat tuduhan dan fitnah agar dpt simpati rakyat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-6-2012 12:27 AM | Show all posts
Kenapa baru nak buat sekarang,

bertujuan utk menunjukkan kpd rakyat negeri selangor yg keraj ...
rashiman Post at 31-5-2012 00:22



    ...sbb kerajaan dulu (BN) tak buat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 10:14 PM | Show all posts
kenapa kerajaan BN dulu tak buat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2016 12:47 PM | Show all posts
bagus...harap berterusan
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 10:43 AM | Show all posts
rashiman replied at 31-5-2012 10:59 PM
satu lagi cara puak2 PR nak menang, dengan buat tuduhan dan fitnah agar dpt simpati rakyat.

PR buat tuduhan mengikut saluran undang-undang. Itu sebab tindakan diambil oleh agensi penguatkuasa yang ada. Kalau benda tak betul, agensi atau kementerian berkenaan boleh sabitkan PR dengan kesalahan membuat laporan palsu.



Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 08:40 PM | Show all posts
PAS xbaik dgn yg lain ???
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 08:40 PM | Show all posts
dengar kata PAS kita bermesra dgn BN betul kah ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 08:40 PM | Show all posts
PAS dan UMNO sekarang bercinta kah???
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 08:41 PM | Show all posts
xfaham aku apa sebenanrnya
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 08:41 PM | Show all posts
now , PAS mmg  xbuat pakatan dgn yg lain ke ?????????????
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 08:41 PM | Show all posts
xde siapa jwb pun aku tanya ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2017 08:42 PM | Show all posts
UMNO mmg kamceng dgn PAS ???
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 08:42 PM | Show all posts
PKR mmg bercerai dgn PAS
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 08:42 PM | Show all posts
oh my goddddddddddddddddddddddd
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 08:42 PM | Show all posts
betulkah ???
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.084929 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list