CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SulurBidar

[Dunia] Hoki Piala Asia 2013 - Kelebihan Skuad Negara

[Copy link]
 Author| Post time 14-8-2013 08:32 PM | Show all posts
Piala Asia: Peluang akhir ke Piala Dunia 2014

KUALA LUMPUR - Skuad hoki negara tidak mempunyai pilihan untuk layak ke Piala Dunia 2014 kecuali merangkul gelaran pada saingan Piala Asia 2013 di Stadium Hoki Sultan Azlan, Ipoh, Perak dari 24 Ogos hingga 1 September ini.

Tugas berat menanti skuad bimbingan Paul Revington apabila Malaysia perlu menjuarai Piala Asia sekiranya mahu menjejak kaki ke Piala Dunia di The Hague, Belanda, dari 2 hingga 15 Jun tahun depan.

Justeru, penjaga gol kebangsaan S. Kumar menuntut rakan sepasukan bekerja keras untuk mengatasi kelemahan dalam sesi latihan dan memberi tumpuan penuh pada setiap perlawanan pada kejohanan itu.

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) telah meletakkan sasaran juara untuk anak buah Revington dan memandangkan kejohanan itu menawarkan slot tunggal ke Piala Dunia maka sudah pasti cabaran di Ipoh nanti paling sengit.

Kumar memberitahu Bernama di sini bahawa setiap pemain perlu menyahut cabaran itu dengan penuh tabah dan berkeyakinan diri dalam membawa nama negara ke persada dunia serta mencipta sejarah hoki negara dengan merangkul kejuaraan itu.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Taiwan, Pakistan dan Jepun manakala Kumpulan B melibatkan Korea Selatan, India, Bangladesh dan Oman.

Penjaga gol utama negara itu mengakui pemergian tonggak pasukan mendiang Chua Boon Huat dalam kemalangan jalan raya 1 Ogos lepas memang memberi kesan di benteng pertahanan namun percaya Revington akan mempunyai penawar.

Beliau percaya semua pemain akan menampilkan persembahan terbaik masing-masing bagi memenuhi impian mendiang Boon Huat untuk layak ke Piala Dunia dengan menjulang Piala Asia di Ipoh nanti.

Kumar bagaimanapun optimis dengan kemampuan pasukan walaupun menganggap Pakistan dan Korea Selatan sebagai seteru utama pasukan pada saingan kali ini.

Berbekalkan semangat mahu membalas jasa mendiang Boon Huat dan kelebihan beraksi di halaman sendiri, Kumar percaya sokongan padu penonton akan merancakkan lagi semangat juang pemain untuk mencapai kejayaan.

Beliau berharap semua pemain dapat memperkasakan kekuatan mental masing-masing ketika menghadapi saat-saat genting dalam setiap perlawanan selain melakukan penyudahan dengan setiap peluang yang terhidang di depan pintu gol lawan.

Sebelum memulakan kempen Piala Asia, skuad negara dijadual mengadakan dua perlawanan persahabatan menentang India dan Jerman, seminggu sebelum kejohanan itu.

"Kita sudah dimaklumkan mengenai perlawanan persahabatan tersebut namun tarikhnya belum ditetapkan lagi.

Jadi buat masa sekarang kita hanya mengadakan sesi latihan seperti biasa,"
katanya

------------------------------------------------------------

Jaguh dunia, Jerman dan jaguh Asia, India masih menganggap skuad hoki negara antara skuad yg berdaya saing di peringkat dunia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2013 08:35 PM | Show all posts
ASIA CUP: Coach wants Malaysia to win and qualify for World Cup on merit

WITH an eye on next year’s World Cup, Malaysia, who have not featured in the big event since 2002, want to qualify for it on merit by winning the Asia Cup scheduled for Aug 24-Sept 1 in Ipoh.

However, Malaysia, who finished fifth in the World League Semi-Finals in July, may not need to win the tournament if any of the already qualified teams win their respective continental competitions.

Malaysia are drawn in Group A with Pakistan, Japan and Taiwan while former world champions India, South Korea, Bangladesh and Oman make up Group B. Only the champions qualify for the World Cup.

In his fifth assignment as national coach, South African Paul Revington hopes his team will make an impact on the Asia Cup.

“The target is to win the Asia Cup and qualify for the World Cup, not wait for other continental championships to decide our fate,” said Revington recently.

Under Revington, Malaysia finished a respectable fourth in the Champions Challenge I event and third in the Asian Champions Trophy, both last year.

The coach used mix-and-match squads and tested different strategies in those tournaments.

Malaysia then finished second in the Sultan Azlan Shah Cup and fifth in the World League Semi-Finals, both this year.

In the Asia Cup, Malaysia will open against Taiwan on Aug 24 before facing 2010 Guangzhou Asian Games gold medallists Pakistan the next day followed by Japan on Aug 27.

For the record, Malaysia’s best finish in the Asia Cup — incepted in 1982 — was a bronze medal in 2007 in Chennai, India. Other editions saw Malaysia finish fourth, or worse.

Pakistan and South Korea have been champions three times each while India have won the biennial event twice.

Revington has set a difficult but achievable target for his team in the Asia Cup.

Malaysia’s senior team have never won a gold medal at an international tournament, save for the Sea Games.

Revington has named 16 of his 18 players for the Asia Cup and they are now in Ipoh for centralised training.

Ahmad Kazamirul, Azreen Rizal, Jivan Mohan, Kairulnizam Ibrahim, Meor Azuan, Azammi Adabi, Ramadan Rosli and Norhizzat Sumantri will battle for the two vacant slots.

Revington also included four juniors — Mohd Fitri Saari, Muhammad Firhan Ashaari, Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin and Faiz Helmi Jali – for the Asia Cup.

“I hope the players will bring the same drive and intensity they had during the Under-21 tournament last year, which Malaysia won,” added Revington.

While South Korea and Malaysia are expected to qualify after the completion of other continental championships, the Asia Cup will be crucial for Pakistan and India, who have never missed a World Cup.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2013 08:36 PM | Show all posts
Tak perlu kerap aksi persahabatan
Paul Revington mengendalikan sesi latihan skuad kebangsaan baru-baru ini sebagai persiapan untuk menghadapi Piala Asia mulai 24 Ogos ini.

KUALA LUMPUR - Jurulatih skuad hoki kebangsaan, Paul Revington berpendapat pasukannya tidak memerlukan banyak perlawanan persahabatan dalam tempoh terdekat sebagai persediaan menghadapi Piala Asia yang bakal bermula 24 Ogos ini di Ipoh.
Kata Revington, dua perlawanan persahabatan menentang India pada 20 Ogos ini dan Oman (22 Ogos) sudah memadai buat skuad kendaliannya, sekali gus dapat mengelak risiko kecederaan dalam kalangan pemain.
Tambah jurulatih warga Afrika Selatan itu, latihan persediaan sepenuhnya adalah perkara yang perlu diberikan perhatian utama tambahan pula misi Malaysia pada kejohanan tersebut adalah mendapatkan slot ke Piala Dunia tahun depan.
"Pemain perlu diberikan penekanan berkaitan corak permainan menerusi latihan berterusan dan ini amat penting.
"Kerana itu juga kami tidak pergi ke China untuk perlawanan persahabatan kerana saya anggap pasukan telah memperoleh perlawanan kompetitif sewaktu menyertai Liga Hoki Dunia bulan lepas," kata Revington.
Malaysia perlu merebut satu slot pada Piala Asia sekiranya mahu beraksi pada Piala Dunia 2014 di Belanda.
Bagi mendapatkan slot tersebut skuad kebangsaan tiada pilihan lain selain perlu menjuarai kejohanan di Ipoh itu.
Pada saingan Piala Asia kali ini Malaysia diundi bersama Taiwan, Pakistan dan Jepun dalam Kumpulan A manakala Kumpulan B menampilkan Korea Selatan, India, Bangladesh dan Oman.
Kali terakhir skuad kebangsaan melangkah ke Piala Dunia ialah pada tahun 2002 di Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2013 05:47 PM | Show all posts
“In front of their home crowd they (Malaysia Hockey Team) are formidable. They were also very keen to reverse the losing trend against us and as often happens you learn... more from losing than you do in winning"
South Africa vice-captain Rhett Halkett

"Malaysian's hockey trademark was fast and counter-attacking hockey"
South Africa Captain Austin Smith

"Malaysia? It's a speedy team!"
ex-coach of South Africa, Greg Clark

"Malaysia, is a very strong team, well organized. They have many talented players who have good skills"
coach of South Korea, Shin Seok Kyo

“Malaysia have a mix of both European and Asian style of playing hockey, very strong during the early parts of the game but give away some easy goals. The speed of their forwards are a big threat to any defence"
coach of England, Bobby Crutchley

Ni yg kata bukan org Malaysia....
Skuad hoki bukan jenis masuk bakul angkat sendiri..
Last edited by SulurBidar on 23-8-2013 05:48 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2013 05:53 PM | Show all posts
"They (Malaysian supporters) just keep supporting them (Malaysian hockey team). They really love their hockey team. They're supporting them superbly!"
FIH commentator

"Malaysian supporters are very passionate and vociferous. The hockey cowd here is different from the crowd I’ve seen elsewhere in the world.
The crowd is a big boost to the Malaysians. They (Malaysian hockey fans) are also very patriotic. Any team that against Malaysia must not get distracted by what is happening in the stands.”

England's Hockey Team Manager
Andy Halliday

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 05:56 PM | Show all posts
SulurBidar posted on 23-8-2013 05:53 PM
"They (Malaysian supporters) just keep supporting them (Malaysian hockey team). They really love the ...

Rajin betul ko post pasal hoki ni.....Main hoki ke dulu2 bro?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2013 05:59 PM | Show all posts

...keling kat sebelah kanan tu adalah orang yang banyak berjasa dalam menaikkan sukan hoki kita....syabas Tan Sri...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2013 06:07 PM | Show all posts
Babai posted on 23-8-2013 05:56 PM
Rajin betul ko post pasal hoki ni.....Main hoki ke dulu2 bro?

Kalau sebut pasal sukan, dulu aku hanya main bola, hoki, ragbi, takraw, silat, berenang, softball dan memanah..
Tapi yg aku serius dan fokus bebetul hanya ada 3..
Ragbi, hoki, silat dan berenang..

Ragbi - SUKMA
Hoki - IPT
silat- Daerah
Berenang - komuniti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2013 06:13 PM | Show all posts
SulurBidar posted on 23-8-2013 06:07 PM
Kalau sebut pasal sukan, dulu aku hanya main bola, hoki, ragbi, takraw, silat, berenang, softball  ...

Boleh tahan jugak ko bersukan. Tahniah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2013 06:20 PM | Show all posts
pyropura posted on 23-8-2013 05:59 PM
...keling kat sebelah kanan tu adalah orang yang banyak berjasa dalam menaikkan sukan hoki kita... ...

Itu adalah Tan Sri Dato' Seri P. Alagendra..

Dia seorang tokoh sukan yg berkualiti dan lebih patriotik serta lebih Malaysia dari memana tokoh politik perkauman yg melampau.
Bagi aku, semangat dan jasa dia dgn ahli politik konservatif bagaikan langit dgn bumi.
He's truly Malaysian!

Duty Posts held whilst in service:
° 1951 - 1952: Director Staff, Police Training School.
° 1953 - 1954: Assistant OCPD Malacca.
° 1954 - 1955: Circle Crime Officer, Province Wellesly.
° 1955 - 1956: Contigent Finance Officer, Johore.
° 1956 - 1957: Divisional Commander "C" Division, Kuala Lumpur.
° 1957 - 1958: Divisional Commander "A" Division, Kuala Lumpur.
° 1958 - 1960: OCPD Klang.
° 1961 - 1962: Staff Officer, Training Branch, Police Headquarters, Kuala Lumpur.
° 1962 - 1964: Police Secretary, Police Headquarters, Kuala Lumpur
° 1964 - 1970: Director, Training Branch, Police Headquarters, Kuala Lumpur.
° 1970 - 1974: Deputy Director, Management Branch, Police Headquarters, Kuala Lumpur
° 1974 - 1977: Commander, Brigade Tengah, Police Field Force.
° 1977 - 1984: Chief Police Officer, Selangor
NOTE : of 35 years service, 20 years was in Selangor

Particulars of sports activities:
° 1953 - 1959: Represented Malaysia at Hockey.
° 1959 : Represented Malaysia in the 1959 Melbourne Olympics as a player.
° 1964 : Coach of Malaysia Hockey Team to Tokyo Olympics.
° 1968 : Assistant Manager of Malaysia Hockey Team to Mexico Olympics.
° 1972 : Assistant Manager of Malaysia Hockey Team to Munich Olympics.
° 1988 : Judge to Seoul Olympics.
° 1992 : Judge to the Barcelona Olympics.
° 2000 : Chef-de-Mission of Malaysian Contigent to Sydney Olympics.


Position held in Sports Organizations:
Hockey

° 1958 - 1980  : Vice President, Malaysian Hockey Federation.
° 1980 to date: Deputy President, Malaysian Hockey Federation.
° 1975 - 1985  : Member of international Hockey Federation (FIH) Committee.
° 1981 to date: Chairman, Organising Committee of International Tournament held in Malaysia.
° 1998 :  Chairman, K.L. Commonwealth Games 1998 Hockey Competition.
° 2001 to date :  President Malaysian Olympics Association.
° 2002 : Deputy Chairman, Organising Committee 10th Men’s World Cup (March 2002 in K.L.)
---------------------------------------------------------
Salah satu sebab kena hoki kita kekal bertaraf dunia adalah kerana kurangnya / hampir tiada ahli politik yg berada dlm jawatankuasa MHC.
MHC hanya 'mengitar-semula' ex-player atau ex-umpire as well as ex-official MHC sahaja..


Last edited by SulurBidar on 23-8-2013 06:24 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2013 06:24 PM | Show all posts
Babai posted on 23-8-2013 06:13 PM
Boleh tahan jugak ko bersukan. Tahniah.

Isi masa lapang bro..

Daripada merempit tak tentu hala...
Bercouple sana-sini, adalah lebih baik masuk sport..

Dapat berjalan tempat org secara percuma.
Dapat elaun..
Dapat makan free..
Dapat stay hotel yg best-best..
Dapat kawan baru..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 06:33 PM | Show all posts
SulurBidar posted on 23-8-2013 06:24 PM
Isi masa lapang bro..

Daripada merempit tak tentu hala...

Bagus la camtu. Dari mengamput pookey bohsia, baik bersukan betul tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2013 06:35 PM | Show all posts
Babai posted on 23-8-2013 06:33 PM
Bagus la camtu. Dari mengamput pookey bohsia, baik bersukan betul tak?

U R definitely right!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 06:38 PM | Show all posts
SulurBidar posted on 23-8-2013 06:24 PM
Isi masa lapang bro..

Daripada merempit tak tentu hala...

so, sekarang ni kamu masih bersukan lagi kah? masih mewakili mana2 negeri atau persatuan kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2013 06:47 PM | Show all posts
cfa posted on 23-8-2013 06:38 PM
so, sekarang ni kamu masih bersukan lagi kah? masih mewakili mana2 negeri atau persatuan kah?

Now?

Not anymore..
I'm focusing on my job... my career...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 06:50 PM | Show all posts
Turun indoor hockey bang 24-27/10 nih di upsi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2013 06:55 PM | Show all posts
linnytuckming2 posted on 23-8-2013 06:50 PM
Turun indoor hockey bang 24-27/10 nih di upsi

Aku kat obersea daa...

Dah tak main..

Skarang ni keja je...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 06:58 PM | Show all posts
SulurBidar posted on 23-8-2013 06:55 PM
Aku kat obersea daa...

Dah tak main..

Aku baru balik je thn lepas.nk start balik main suka2 petang2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2013 07:01 PM | Show all posts
SulurBidar posted on 23-8-2013 06:47 PM
Now?

Not anymore..

kenapa tak teruskan? kamu berbakat dalam banyak bidang sukan, sayang je berenti macam tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2013 07:04 PM | Show all posts
cfa posted on 23-8-2013 07:01 PM
kenapa tak teruskan? kamu berbakat dalam banyak bidang sukan, sayang je berenti macam tu...

Sampai satu masa, I have to think my future..

Lagi pun mmg tak mampu nak compete dgn other players..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.082482 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list