CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 511557|Reply: 2048

Arwah yg balik ke rumah & himpunan kisah seram Borneo

  [Copy link]
Post time 7-6-2012 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ainiz81 at 7-12-2022 10:14 AM

    Antara keseraman yg terkandung dalam Thread ini kononyerlah :  

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


ARWAH BALIK RUMAH I
Kat forum cari ni ainiz pnh baca pasal mayat yg bjalan balik ke rumah (indon) n satu lagi kat benang MPS ni juga yg makcik tu smpai kena dukung balik ke kubur oleh anak dia sbb dia asik balik umah wat kerja2 mcm biasa..sejauh mana kebenaran criter ni ainiz tak pasti tp ainiz nak share kat sini apa yg ainiz alami n also nak minta pendapat forumer lain ttg kes mcm ni..Yang ainiz nak citer ni adalah pengalaman sendiri di kg huby (masa tu tunang) di Sabah. Perkara ni blaku 13 tahun yg lepas, time tu ainiz masih bujang. Masa ni ainiz ikut huby tuk jumpa bakal MIL n familynya krn kami bakal disatukan

Masa ni kg huby agak mundur, ada beberapa bijik je umah yg besar n mampu pakai generator sndiri, yg lain mmg takde elektrik pun, jalan raya tuk hubungkan antara kg dan bandar pun tade, so nak ke sana kena naik bot laju selama 45 minit dari pelabuhan. Agak tkejut juga ainiz masa tu sbb ingatkan tade dah kawasan pndalaman yg begitu mundur. Sampaikan air minuman kat umah huby pun pakai pump, tarik air pakai generator n sesetengah dari org kg kat situ guna air perigi tuk keperluan harian. Kami ke bandar pun amik masa bjam2 pegi balik.

Bila smpai kat kg dia for the first time, ainiz ronda2 boleh kata ke seluruh kg. Jiran2 kbanyakan adalah sedara mara belaka tp ada juga sikit yg bukan sedara aka org luar mcm filipina/indon. Ronda punya ronda ainiz nmpak ader satu rumah ni dia mcm ada jual makanan ringan kat tepi tangga bhg atas umah dia. Rumah2 kat sabah mmg biasanya tinggi smpai kat bawah umah boleh parking keta space dia. So ainiz pun pegi kat umah tu n naik dgn niat nak beli le..Tgh tgk2 apa yg dibeli dtg le sorang lelaki ni dlm lingkungan umur awal 40an tanya nak beli apa. Ainiz pun tunjuk nak beli kopok tah tak ingat brand pe, sambil mnjelingkan mata ke dlm umah org ni. Ainiz nmpak sorang pompuan yg baring mcm tgh sakit kat ruang tamu umah dia. Masa ainiz tgh pandang pompuan tu, dia pandang ainiz pastu tersengih..ishk3..seramlah pulak senyuman dia tu menampakkan barisan gigi yg dah hampir tak ada..Ainiz speku pompuan ni bini pada lelaki tu n sedang terlantar sakit takleh bangun. Nak turun dari umah dia ainiz nmpak huby tgh cari2 ainiz, rupa2nya dia tak pasan ainiz dah naik umah org tu. Huby tanya wat pe naik umah tu..bukan sedara abg duk situ..ainiz jawab beli kopok je..muka huby mcm tak suka jek, then kitorang pun balik umah MIL.

The next day tu ainiz, pagi2 lagi huby n MIL kuar ke bandar utk beli barang naik bot laju. Lepas penat mbeli kami singgah di satu restoran tuk mkn. Tgh best2 makan tu dtg sorang sedara huby bckp dgn dia dlm bhsa diorang. Ainiz mcm terpinga2 sb bunyik nya mcm siyes. Masa tu ainiz tak fhm lagi (skrg dah fhm dah) Muka huby dan mak dia mcm cemas jek. Pastu huby ajak balik..katanya dah pukul 4.00 ptg, takut nnti bot lambat smpai umah MIL mlm lak. Utk info, time dulu2 dari pengkalan smpai ke umah MIL mmg agak jauh bjalan kaki..kalau dah malam lak tade langsung lampu, kena pakai lampu picit n yg paling serams sekali kena lalu kawasan perkuburan.

After that kitorang bertiga pun cepat2 le balik..sampai kat tmpat tnggu bot sperti yg dijangka, mmg pun bot tade utk ke sana..kena tunggu turn yg baru btolak balik ke tmpat kitorang tunggu tu 45 minit x 2 dah sejam setengah jadinya..tu pun kalau bot tu smpai tepat pd waktunya..tunggu punya tunggu 5.30 camtu baru bot ada..dah nak gelap dah hari pun..Ainiz pasan yg huby n mak dia asik bckp2 je sejak dari kat restoran td..tp syg nya ainiz tak fhm bahasa diorang..

Smpai kat pengkalan di kg huby tu dah gelap pon dlm kul 6.45 ptg. Huby pesan kalau takut lalu sebelah kubur nnti pimpin tgn dia n tutup mata. Mmg pun ainiz takut..jauh lagi kubur tu baru nmpak putih2 batu nesan ainiz dah tutup mata smpailah dah dekat tangga umah dia. Baru ainiz bukan mata..hehe..cam ngade2 lak kan?

Smpai kat umah ainiz tnya huby psl apa muka dia ngn MIL cemas masa kat bandar td? Huby pun bgtau rupa2nya ada jiran meninggal, iaitu rumah yg ainiz beli kopok smlm. Ainiz tak tnya byk sbb ainiz dpt agak sape gerangan yg meninggal tu. Huby bgtau lagi somi arwah  tu dah lari bila wife dia meninggal. Ainiz pelik dan tanya kenapa? Kata huby somi dia takut. Jenazah arwah dah pun selamat di kebumikan oleh org kg awal2 tgh hari lg.. walaupun somi dia lari tp ada sepupu sepapat dia yg duk sebelah umah huby tlg uruskan jenazah. Rupa2nya yg jd topik perbualan huby n MIL kat bandar smpai le pengakalan tu pasal kes arwah ni la..arwah ni seorang pompuan yg mcm tutttt masa hayatnya..dia keje layan2 janss gitu..tu la pasalnya somi dia lari dulu..takut arwah balik umah cari dia..diorang kat kg tu pun dah takut arwah ni dtg umah...kat kg tu diorang pcaya mana2 org yg sebelum mati ada mnuntut ilmu atau buat kerja yg tak elok mmg tak aman dan akan balik jumpa kuarga..it happen before. Bila huby ckp cmtu ainiz jd seram sejuk..takut seyhhh!

Lepas makan mlm ainiz kemas dapur ngn adik spupu huby..yg lain2 semua kat depan ruang tamu..diorang borak2 kosong tak tgk tv pun sb generator tak kuat..lampu kat dapur pun malap2 je..tiba2 dengar mcm org ketuk pintu dapur. Ainiz yg sedang rancak bborak ngn adik spupu huby tdiam n bpandangan satu sama lain. Yg jd seramnye, pintu dapur tu kalau mlm tgh gelap gelita mmg tade org berani dtg umah ikut belakang, lelagi lah baru ada kematian kan..ainiz rapatkan diri kat adik tu n kitorang bdua terdiam..jarak pintu ngn tempat kitorang bdiri cuma dlm2 meter je. Pastu bunyi mcm dinding sebelah kitorang bdiri lak di cakar2..pelik sgt sb dinding tu tinggi, mana boleh org nak panjat tuk cakar2 dinding tu..cakar2 tu diselangi bunyi suara org ckp bhasa diorang yg ainiz tak fhm..lepas dengar suara tu adik spupu ni terus tarik tangan ainiz dan kitorang lari ke ruang tamu..ainiz yg tgh pegang pinggan pun tlepas, pinggan pecah jatuh kat lantai..nak ikutkan lantai tu kayu, tak kan pecah pinggan tu, tp sebab tkejut sgt ainiz lambung pinggan tu ke atas dan lari..dpt bayangkan tak? hihi

Smpai kat depan kitorang bdua tercungap2..adik sepupu ni bgtau MIL dlm bhasa melayu tp slang sabah ada hantu kat dapur. Pastu huby dgn beraninya pegi mnjenguk ke dapur dan buka pintu dapur tu. Tapi tade apa2 pun kat situ. Diorang speku tu adalah arwah yg mninggal siang td. Tgh kitorang ketakutan dengar lak suara dari umah sebelah mcm bising n ada suara mnangis..huby pun buka tingkap dan mnjenguk ke umah sebelah. Time tu ainiz dengar suara pompuan berckp smbil mnngis. Disebabkan dia ckp dlm bhasa melayu tp dialek Sabah,mungkin sb diorang tu bukan org asal situ (suluk) ainiz fhm apa yg dia ckp. Ainiz takkan lupa smpai bila2 dialog ppuan tu..Lebih kurang gini lah ”pulang lah kau..mati sudah kau itu bah..jgnlah kau cari kami ni..masih lagi kami ni hidup, mati sudah kau itu” meraung2 sore ppuan ni merayu.
Lepas huby tutup tingkap tu kami pun bkumpul kat ruang tamu. Huby pun pasang CD Yasin, masa tu tade pendrive lagi..semua burn pakai cd..kitorang tido reramai kat ruang tamu. Ainiz tido sebelah MIL le..siap kena peluk lg sb bakal mnantu gitew

Kepada forumer yg tak caya pd criter ni, tak pyh la nak lahar2..ni true story yg ainiz alami sendiri. Walaupun ainiz tak nmpak rupa suara yg mngacau tu, tapi suara yg ainiz dengar mncakar2 dinding dapur tu je dah buat ainiz pcaya yg dia bukan manusia. Lagipun huby ada citer kat ainiz baru2 ni, masa tu ainiz flash back citer ni kat dia, katanya, masa dia kecik, dia penah jumpa dah sekali jenazah yg balik ke umah. Pun jiran dia juga. Masa tu tdengar org ketuk pintu umah dari depan..dlm kul 10 mlm (kul 10 kalau kat Sabah mcm kul 12 kat sini) Bila dia buka....bdiri depan dia arwah yg dah mninggal beberapa hari sebelum tu..muka putih mcm pakai bedak sejuk. Beberapa saat bertentang mata, huby pun tutup pintu

Skrg kg huby dah moden sejak dato shapiee apdal dah bina jembatan tuk hubungkan kg ni dgn jalan besar, elektrik pun dah ada. Ramai yg dah beli keta n umah pun dah besar2 kat situ..ainiz kalau balik pun dah nek keta direct jek dari epot ke halaman rumah..dulu2 kena parking keta kat pelabuhan aka pengkalan bot laju..kawasan kubur yg wajib dilalui dari pengkalan tu pun dah jarang dilalui org..sbb jalan pun dah ber tar dah. Ainiz lak dah boleh fhm dan bborak dlm bahasa diorang..hujung bulan ni ainiz balik kg, nnti ainiz snap pic kubur, pengkalan lama dan umah2 kat sna n tempek kat benang ni..


Last edited by ainiz81 on 1-12-2014 02:00 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2012 04:22 PM | Show all posts

Arwah yg balik ke rumah, apa pendapat uollss??

seram la...


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 04:33 PM | Show all posts
mmg ada pun jenazah yg balik rumah....kalo kat tempat aku, tim ekecik2 dulu diorang jaga mayat bergilir2 sampai 3 hari....mayat tu pun di hias2 jer...

seram

tapi seram lagi kes kayong tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 04:35 PM | Show all posts
Reply 2# intan_smsb

intan..mmg seram kan..mcm tak masuk akal jek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 04:36 PM | Show all posts
Reply 3# leylapple

tempat epel katne tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 04:36 PM | Show all posts
Reply 1# ainiz81


    terbaik la ainiz..seram..seram..
agak2 ko la kan, ada lagi ke kt kg. hubby ko kejadian mcm tu skrg ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-6-2012 04:38 PM | Show all posts
Reply 6# myakayina

oh lupa nak update pkembangan tbaru kg huby..jap ek nak edit

thnx tanya
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 04:39 PM | Show all posts
Reply  leylapple

tempat epel katne tu?
ainiz81 Post at 7-6-2012 16:36



   selemas, bintangor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-6-2012 04:43 PM | Show all posts
Reply 8# leylapple

ooo...epel org sarawak yer..jiranlah ngn huby ainiz
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 04:47 PM | Show all posts
saye percaya citer TT ..sila korek n citer la lagik citer2 kat kg huby u ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 04:48 PM | Show all posts
Reply 10# syahoney

huhu mmg pun ader citer lagik..tp ni yg ai alami sndiri
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 04:51 PM | Show all posts
Reply  syahoney

huhu mmg pun ader citer lagik..tp ni yg ai alami sndiri
ainiz81 Post at 7-6-2012 16:48



   sila citer...mau baca..i pun ada citer gak kat thread ai tak silap pasal ada sorang arwah ni balik...tp tak berupa arwah sgt dah.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 04:56 PM | Show all posts
Pocong

nak citer..pasal pocong gak, kejadian blaku dlm tahun 2000, kat pedalaman sabah. ainiz pernah ke kampung ni..kawasan dia mmg lom maju msa tu..but skrg dah byk berubah..dulu tempat ni kalau mlm gelap jek n lampu dalam rumah pun malap je..

ni kes kazen ppuan huby ainiz masa tu dia ngn adik dia bjalan kaki nak ke kedai dlm kul 7.30 mlm..kat sabah kul 7 mlm dah gelap gelita dah..dari rumah smpai ke kedai jarak dlm 1km je..kedai pulak adalah rumah org yg buat jualan kecil-kecilan seperti kedai runcit le gitu..tapi sebelum smpai kedai tu mmg kena lalui kawasan kubur..kawasan ni dikelilingi pokok hutan yg besar2 yg mmg sengaja pnduduk kg kat situ tak tebang sb nak bg redup kawasan kubur tu le gamaknya..tp mmg seram le..pokonya besar ya hamat..dan rimbun.. kalau memalam lalu situ mmg seram


mlm tu sebenarnya mlm jumaat tp 2 beradik ni tpaksa gak ke kedai memandangkan si kakak ni menses..jd nak gi beli sanitary pad le memandangkan satu rumah dah tnya tade..jalan nak ke kedai lak kiri kanan semak samun n belakang semak samun tu hutan..lampu jalan? huh! mmg le tade sedangkan elektrik kat kampung tu pun ala2 tak brape kuat jek..maklumlah pedalaman..


masa diorang pegi mmg dah rasa seram sejuk bila melintas area kubur tu tp tade apa2 tjadi..tapi masa balik...agak2 dah dekat ngn kawasan kubur tu..budak 2 org ni terdengar bunyi bende bgolek.."gedebuk! gedebuk! gedebuk!" camtu le diskripsi dak 2 org ni masa citer kat ainiz..so diorang pun dah takut tp kaki takmo bgerak! ter STOP lak diorang kat tepi area kubur tu..2 2 mata melilau ke sekeliling kawasan..pastu bunyi lagi bende tu "gedebuk! gedebuk! gedebuk!" selang beberapa saat lepas bunyi tu, maka muncul lah si pocong dok bgolek tepi budak2 ni..apa lagi menjeritlah diorang..pastu si kakak pun tarik tangan adik dia yg dah tpaku tu dan lari sekuat hati balik rumah..smpai umah mak pak dia suh budak 2 org ni mandi..esoknya diorang demam 3 hari..

sorilah kalau citer tak brape seram..tapi ni true story dari family huby..meremang gak bulu roma masa 1st time dengar dak 2 ni cerita sb ekpresi muka diorang mmg la ainiz dpt agak mmg diorang citer true story


Last edited by ainiz81 on 20-9-2012 05:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 05:06 PM | Show all posts
seram ok cite ko nie.. tp kt sana tu, dorg ramai gak yg amal2kan itu ini kan.. tu la kot roh dia tak tenang, tak pun jin2 belaan dia tak yg dtg ngaco..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2012 05:09 PM | Show all posts
Reply 14# ninjago

mmg pun..byk lagi kisah2 mistik kat sana..tp semua tu tak pasti lah btul ke idak..tp yg ni haku alami sndiri
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 05:24 PM | Show all posts
seram mbacenya........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-6-2012 05:28 PM | Show all posts
Reply 16# c0mby


yg mngalami lagi lah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 05:40 PM | Show all posts
Reply 17# ainiz81


    whooooppppp ......
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 06:01 PM | Show all posts
menyesal aku baca.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
hua hua..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 06:42 PM | Show all posts
wahhhhh umah baru ? aktif akak buat umah sekarang ye....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.083267 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list