CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1435|Reply: 9

Dorg mengaku fitnah Mat Sabu !!! Sokong PAS! Jgn sokong yg FITNAH !

[Copy link]
Post time 11-6-2012 06:14 PM | Show all posts |Read mode
  • Saksi pertama mengaku fitnah Mat Sabu
  • 4:36PM Jun 11 2012
  • dikemaskini 4.51pm Visva Nathan mengaku membuat laporan polis pada 27 Ogos selepas membaca  laporan akhbar tersebut di mana dakwaan itu hanya berdasarkan pada  sangkaan dan andaian.








Saksi pertama kes perbicaraan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai isu komunis Bukit Kepong, hari ini mengaku di Mahkamah Sesyen di Butterworth bahawa beliau membuat dakwaan terhadap Mohamad hanya bersandarkan laporan akhbar bahasa Melayu.

Pesara polis Visva Nathan, 75 dari Raub, hari ini mengaku beliau telah memfitnah Mat Sabu serta meminta maaf kerana membuat laporan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar tersebut, lapor Bernama.

Nathan mengaku telah membuat laporan polis pada 27 Ogos selepas membaca laporan akhbar tersebut di mana dakwaan itu hanya berdasarkan pada sangkaan dan andaian.

"Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis mengambil tindakan," beliau dipetik sebagai berkata di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin di Mahkamah Sesyen di Butterworth hari ini.

Nathan mengaku telah membuat fitnah itu selepas diberikan dua laporan iaitu keratan akhbar berkenaan dan teks ceramah Mat Sabu yang tidak mengandungi perkataan komunis.

Mat Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.

Mahkamah menetapkan 13, 16 dan 17 Jun untuk sambungan perbicaraan.

Berikut petikan soal balas peguam Mat Sabu - Mohamed Hanipa Maidin - seperti diterbitkan di akhbar web PAS Harakahdaily:

Soalan: Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?

Jawapan: Ya, setuju.

Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?

Ya. Setuju.

Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?

Ya, setuju.

Mat Sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?

Betul.

Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?

Ya, setuju.

Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?

Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).

Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu stick kepada apa yang kamu katakan?

Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan he is now my brother. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.

Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?

Saya tidak boleh jawab soalan itu.

Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?


Setuju.

Harakahdaily juga melaporkan saksi mengakui tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk: "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"

Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama, lapor lidah rasmi PAS itu lagi.

Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut juga dilapor berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi.
Single Polls, Total 10 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2012 06:57 PM | Show all posts
xreti jawap puak pencacai
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 09:22 PM | Show all posts
''he is now my brother''.......buat lawak la keling ni....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 09:14 AM | Show all posts
4:36PM Jun 11 2012
dikemaskini 4.51pm Visva Nathan mengaku membuat laporan polis pada 27 O ...
putrajaye Post at 11-6-2012 18:14



    Mesti dia baru dapat masuk jadi ahli PKR ni??
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2012 12:47 PM | Show all posts

Dorg mengaku fitnah Mat Sabu !!! Sokong PAS! Jgn sokong yg FITNAH !

Mat sabu ni mmg xde tokoh jdi ahli politik langsung.... Jdi retis lawak lgi ok


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 12:35 PM | Show all posts
kalu mat sabu ni org umno...sah2 pencacai pembangkang kata umno sudah beli ini org...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2012 02:54 PM | Show all posts
Reply 5# TeRasKiLo


   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2012 07:09 PM | Show all posts
Reply  TeRasKiLo
karimkaram Post at 15-6-2012 14:54



    Tetap sokong PR !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2012 10:02 PM | Show all posts
Mat sabu ni mmg xde tokoh jdi ahli politik langsung.... Jdi retis lawak lgi ok


(posted by mobile)
TeRasKiLo Post at 14-6-2012 12:47


Sekurang-kurangnya pada pemerhatian aku terbukti Utusang tu kaki putarbelit fakta...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2012 09:58 AM | Show all posts
saya ada baca UTUSAN, tapi cuma tengok tarikh sahaja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.059727 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list