CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6066|Reply: 51

Debaran menanti pertembungan Belanda-Jerman

[Copy link]
Post time 13-6-2012 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Debaran menanti pertembungan Belanda-Jerman
  • Abdul Rahim Sabri
  • 4:14PM Jun 13 2012

EURO 2012 Seluruh mata di seluruh dunia tertumpu dan menanti penuh debar dua pertembungan empat pasukan dalam kumpulan B - yang disifatkan oleh ramai pemerhati bola sepak - sebagai kumpulan maut.

Perlawanan pertama tengah malam ini antara pasukan Denmark - pasukan yang berada pada kedudukan sembilan di dunia - bakal bertemu dengan Portugal, yang berada di tangga kesepuluh.

Perlawanan kedua - yang dilihat lebih sengit dan menarik - apabila Belanda akan bertemu Jerman di Stadium Metalist, Kharkiv, Ukraine jam 2.45 pagi nanti.

Pemerhati bola sepak menyifatkan ia perlawanan hidup mati pasukan 'The Oranje' selepas tewas mengejut 1-0 kepada Denmark dalam perlawanan pembukaan kumpulan B pada 10 Jun lalu.

Mereka berpendapat, tiada ada jalan lain, melainkan Belanda terpaksa menang dalam perlawanan kedua dalam perlawanan pagi esok, untuk menghidupkan peluang mara ke suku akhir.

Pastinya laluan berliku untuk Belanda, kerana Jerman juga sudah pasti mahu mencatatkan kemenangan kedua, bagi memudahkan laluannya ke suku akhir selepas menang ke atas Portugal dengan jaringan 1-0, hasil tandukan penyerang berbisa mereka dari kelab Bayern Munich, Mario Gomez pada 10 Jun lalu.

Belanda dan Jerman dilihat mempunyai kelebihan masing-masing dari semua posisi pemain dan bukan sahaja reputasi mereka yang mana masing-masing menduduki tangga keempat dan ketiga dalam senarai pasukan terbaik di dunia.

Jurulatih Belanda Bert Van Marwijk dipetik sebagai berkata dalam situasi sekarang, beliau enggan menerima kekalahan dan yakin mampu memberi persembahan terbaik.

"Kamu perlu menewaskan Jerman. Itu suatu yang jelas... Kami mampu mencipta lebih banyak peluang. Kami juga mahu menunjukkannya.

"Dan dalam rekod sebelum ini, kami juga membuktikan bahawa kami boleh menewaskan Jerman, jadi mengapa tidak sekarang?" katanya.

Berdasar sejarah pertemuan mereka sebanyak 38 perlawanan, Jerman menang 14 perlawanan, Belanda menang 10, manakala 14 lagi berakhir dengan keputusan seri.

Perkara yang sama turut dikongsi oleh pemain tengah berbisa Belanda Wesley Sneijder yang menyeru rakan-rakannya mengambil peluang mencipta kemenangan awal pagi nanti atau berdepan risiko pulang lebih awal.

"Ia cukup memeritkan. Hanya satu perkara yang perlu diberi perhatian adalah bermain sebaik mungkin dan mencipta peluang yang banyak.

"Kami juga akan mencipta peluang menentang Jerman - itulah kekuatan kami - tetapi ia perlu diterjemahkan (dengan gol) atau musnah harapan," kata Sneijder dipetik.

Menurutnya, menguasai perlawanan "tidak memadai" sekali gus tidak membenarkan pihak lawan menguasai perlawanan serta mensia-siakan peluang terhidang di hadapan mata.

Dalam sumber yang lain, Sneijder dipetik sebagai berkata beliau yakin pasukannya akan menang dengan Jerman dan tidak memberi ruang kepada pasukan lawan serta memanfaatkan peluang mereka dengan sebaiknya.

Skuad 'The Oranje' - yang terkenal dengan permainan 'total football' - dijangka menurunkan skuad terkuat mereka nanti. Dengan formasi 4-5-1, penyerang berbisa Arsenal Robbie Van Persie dijangka terus mengemudi serangan Belanda merobek gol Jerman yang dikawal oleh Manuel Neuer.

Berdasarkan satu lagi laporan, penyerang berbisa Schalke 04 Klass Jan Huntalaar, berkemungkinan diturunkan - menggantikan Ibrahim Afellay di bahagian - untuk membantu Van Persie menjaringkan gol.

Huntalaar menjaringkan 29 gol dalam Liga Jerman musim lalu.

Selain, Sneijder, barisan tengah akan diketuai oleh Mark Van Bommel, Nigel de Jong dan Arjen Robben.

Bagi Jerman pula, jurulatihnya Joachim Leow menjangkakan perlawanan awal pagi nanti adalah pertembungan paling sukar kerana Belanda tidak akan mengulangi kesalahan yang sama berbanding perlawanan pertama mereka.

"Memang jelas, cabaran sungguh besar kepada Belanda. Apabila kamu kalah dalam perlawanan pertama, kamu tidak boleh menerima kekalahan seterusnya... Mereka tidak akan membenarkan kekalahan itu berulang," kata Loew dipetik.

Kelebihan Jerman menang dalam perlawanan pertama, memberi sedikit kelebihan kepada pasukan iru untuk mempersiapkan jentera serangan khususnya terhadap psikologi dan mental pemain.

Perlawanan awal pagi esok, cukup menarik, apabila berlakunya pertembungan jentera tengah kedua-dua pasukan bakal dikemudi oleh pemain Bayern Munich, Bastian Schweinsteiger untuk Jerman dan Arjen Robben untuk Belanda.

Selain Bastian, beberapa lagi pemain terbaik dunia dari Jerman akan membuat gerakan cantik di bahagian tengah - Mesut Ozil, Sami Khedira, Thomas Mueller dan Lukas Podolski.

Juga dengan formasi 4-5-1, penyerang berbisa Bayern Munich, Mario Gomez sudah pasti diturunkan merobek gawang Belanda yang dikawal oleh Maarten Stekelenburg.

Gomez menjaringkan 54 gol dalam Liga Jerman bagi dua musim sebelum ini, dan 12 gol dalam Liga Juara Eropah.








go go go germany
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2012 05:14 PM | Show all posts
sokong Jarman
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 05:17 PM | Show all posts
Come on Holland!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 05:20 PM | Show all posts
belanda...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 05:41 PM | Show all posts
mmg sgt berdebar.. i'd rather have Klose playing & Gomez on the bench

viel Glueck, Deutschland!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 05:42 PM | Show all posts
kalah lg belanda tgh mlm ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2012 06:09 PM | Show all posts
memang berdebar.. aku saspek belanda main kotor ganas jahat sebab desperate nak menang... mungkin germany menang tipis 1-0
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 06:17 PM | Show all posts
arjen robben tgh fikir skrip nak jatuh guling2 ni.... aku tak leh lupa gaya dia jatuh masa lawan brazil wc2010 dulu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2012 06:23 PM | Show all posts
Reply 8# snowflakes


dia ni kadang2 bagus tp ending kadang2 out...terlebih taktikal dr penyudah



ni la masenye nk kenekan team sndri...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 06:39 PM | Show all posts
dah tentu fan german boo robben nanti coz penalti x masuk masa UCL ari tu kan,kan....HAIL HITLER!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 06:41 PM | Show all posts
holland musti menang malam nie....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 06:57 PM | Show all posts
aku harap 2.45am ni aku tak tergolek tertido kat sofa
sebab sejak Euro start, game 2.45am harammm aku tak tgk pun secara live
tapi demi belanda, aku akan gigih sengkang mata dgn batang mancis
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 06:59 PM | Show all posts
holland !!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 07:24 PM | Show all posts
haritu aku mimpi itali jumpa jarman final nanti...kuikui
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 07:53 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 09:53 PM | Show all posts
  "Viel Glück Deutschland"
   
    Jarman Boleh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2012 10:16 PM | Show all posts
harap menjelang subuh esok tiada pihak yg sudah takdak tim utk disapot....kui kui kui
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 10:20 PM | Show all posts
germany!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 10:21 PM | Show all posts
haritu aku mimpi itali jumpa jarman final nanti...kuikui
alesandra Post at 13-6-2012 19:24



    sape yg menang?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 10:48 PM | Show all posts
Jerrrrrrmannnnnnn....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: STOR ADMIN


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.336877 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list