CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16635|Reply: 61

'THRILL & LOVE' hadiah Song Joong Ki untuk peminat

[Copy link]
Post time 18-6-2012 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by isabel at 18-6-2012 12:48


gambar oleh se7enstarz



2011, 26th May - Sebut sahaja gominam atau "flower boy" sudah pasti peminat drama Korea akan terbayang wajah kacak dan comel Song Joong Ki.  Kunjungan beliau ke Singapura adalah untuk kali yang ke-2 sempena Asia Tour Fan Meeting 2012 yang pertama untuk bermesra dengan para peminat yang tidak henti-henti menyokong beliau selama ini. Fanmeet ini adalah anjuran kerjasama antara Sidus HQ dan Boom Korea, Singapura.

Bertemakan "Thrill & Love" Song Joong Ki membuka tirai fanmeet dengan menyanyikan sendiri sebuah lagu balada yang memukau semua peminat yang hadir pada malam tersebut.  Sekali sekala beliau tertunduk malu apabila mendengar jeritan kuat dari peminat beliau.  

Sehari sebelum acara fanmeet berlangsung, telah diadakan sesi autograph dan foto bersama beliau bersama peminat yang membeli tiket fan meeting bagi kategori 1 & 2 di Atrium, Square 2.

Mula berkecimpung di bidang lakonan melalui filem Frozen Flower pada tahun 2008 dan semakin dikenali ramai selepas membintangi drama Sungkyungkwan Scandal, Deep Rooted Tree dan seterusnya Triple.



Apabila ditanya apakah yang membuatkan beliau untuk menceburi bidang hiburan?  Jawab beliau

"semasa kecil saya seringkali terfikir untuk menjadi seorang yang terkenal.  Apabila meningkat dewasa saya membuat keputusan untuk memulakan karier sebagai seorang pelakon.  Saya membuat keputusan berikut atas dasar ingin mencuba sesuatu yang baru dan ternyata tindakan saya itu tepat dan membuahkan hasil."

Tidak hanya tertumpu kepada bidang lakonan Song Joong Ki juga aktif dalam beberapa “variety show”  seperti Running Man, Let’s Go Dream Team Season 2, pengacara Music Bank, berlakon dalam CFs dan lain-lain.  Pembabitan beliau dalam Running Man berjaya membuat beliau semakin dikenali ramai.  Walaupun telah meninggalkan Running Man lebih setahun yang lalu Joong Ki merasa sangat terharu dengan sokongan peminat terhadap beliau dan rancangan tersebut.  Sesekali peminat akan menjerit kegembiraan tatkala Joong Ki berkongsi cerita mengenai Running Man dan ahli-ahlinya.



Acara fanmeet juga diselang selikan dengan wawancara, klip video dan games bersama peminat.  Joong Ki memilih sendiri peminat untuk naik ke atas pentas bermain “games” bersama beliau. Bijak mengawal suasana dalam berinteraksi seiring gan lawak sepontan dengan para peminat membuatkan suasana kelihatan ceria dan gamat dengan gelak ketawa.

Pada segmen ke dua acara fan meet tersebut, sekali lagi Song Joong Ki mendendangkan sebuah lagu bertajuk “I Believe” dari runut bunyi My Sassy Girl dan dalam masa yang sama menghadiahkan kuntuman mawar kepada peminat bertuah beliau.



Di akhir acara fanmeet tersebut, Song Joong Ki membuat kejutan terakhir untuk para peminat dengan bersalaman dengan kesemua peminat yang hadir pada malam tersebut, senyuman tidak pernah lekang dari bibir dan tanpa putus-putus mengucapkan terima kasih terhadap peminat yang menghadiri fanmeet beliau.

Berbekalkan bakat, rupa paras yang tampan dan comel Song Joong Ki terus mengorak langkah sebagai seorang pelakon dan penghibur yang berjaya.  Jangan lupa mari  kita sama-sama memberikan sokongan dengan menyaksikan drama terbaru beliau bertajuk "Nice Guy" bersama Moon Chae Won yang akan bakal ditayangkan pada bulan Ogos melalui channel KBS.

Akhir sekali Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada Boom Korea yang telah sudi mengundang team Cari.com untuk sama-sama merasai pengalaman bersama Song Joong Ki.

Artikel oleh:  se7enstarz
Editor oleh:  isabel
Gambar oleh : Boom Korea
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2012 01:44 PM | Show all posts
siwon lg ensem
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2012 04:02 PM | Show all posts
check in!  thanks kbel for editing the article.  hope i can do better in future

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 08:46 PM | Show all posts

Song Joong Ki >> Descendants of the Sun

Edited by nzhass79 at 28-3-2016 07:38 AM


  • Name: Song Joong-Ki
  • Hangul: 송중기
  • Birthdate: September 19, 1985
  • Birthplace: South Korea

Song Joong Ki to Start Military Service in August

  


Sad news!


Actor Song Joong Ki will be starting his mandatory military service August 27.


He will enter the 102th reserve and received basic training, after which he will start his duties as an active-duty soldier.


Song Joong Ki stated through his agency, “I received the notice not long ago, and will enter the army August 27. I plan to finish the rest of my activities until then, and enter the training camp. I am truly thankful to all the people who supported and loved me. While I can’t meet every single person, I want to relay my thanks. I will return in two years after serving my duty well. Please be healthy until I return and greet you with a good project.”


But it is not all sad news! Lucky fans will be able to see the actor up close and personal before he leaves for the army. Song Joong Ki is planning his third fanmeeting for his official fanclub August 17 before he enters the army.
We will miss you, Song Joong Ki!


Last edited by dauswq on 2-8-2013 10:45 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 08:53 PM | Show all posts
wwuuaah! si jambu nak gi service..

kwangsoo bila nak masuk!??? kata chingooo..takmo join skali kah??
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 09:02 PM | Show all posts
mamat ni kawan rapat adam. masa study kt seoul korea.

adam ada dalam running man episod 45. monday couple. adam duk kiss jhi hyo.. joong ki ni sebenarnye sotong.. kalau tak percaya tanya azwan ali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2013 10:12 PM | Show all posts
skymania posted on 1-8-2013 08:53 PM
wwuuaah! si jambu nak gi service..

kwangsoo bila nak masuk!??? kata chingooo..takmo join ska ...

sian gak kt jong ki..
baru satu drama/filem yg hit tahun lepas, hit pun takat 20% rating jah..
belum lagi cukup puas ngan populariti dh kena masuk...



Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 11:23 PM | Show all posts
patut msia buat cmni kat artis , baru aklak terjage
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2013 04:59 AM | Show all posts
kwangsoo dah buat dah millitary service....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 05:56 AM | Show all posts
bye jong ki...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 07:15 AM | Show all posts
lama lagilaa nnt nk tgk lakonan beliau.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 07:41 AM | Show all posts
WOW! cutenya dia hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 10:01 AM | Show all posts
eh bukan 27hb ke? pasni kene tunggu 2 tahun la nk tgk dia balik...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 10:31 AM | Show all posts
orkit posted on 2-8-2013 04:59 AM
kwangsoo dah buat dah millitary service....

da abis service.. appear balik dalam keadaan mantap dan mempersonakan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 10:33 AM | Show all posts
Jongki oppa!!!!... i'll miss u...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 10:44 AM | Show all posts
babyicha posted on 2-8-2013 10:01 AM
eh bukan 27hb ke? pasni kene tunggu 2 tahun la nk tgk dia balik...

sori 27hb..dh diperbetulkan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2013 10:49 AM | Show all posts
dauswq posted on 2-8-2013 10:44 AM
sori 27hb..dh diperbetulkan

hehehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 10:56 AM | Show all posts
kwn baik dia si zirapah?? tak moh join..

kan sehati sejiwaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 10:56 AM | Show all posts
orkit posted on 2-8-2013 04:59 AM
kwangsoo dah buat dah millitary service....

da ke?? waaa cepat
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 11:13 AM | Show all posts
dah agak dahh....sbb dia tolak semua projects utk tahun ni....
At least, buat la one last project before g army.....






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.609548 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list