CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 86090|Reply: 288

Dah bertunang, tapi ada perasaan kat orang lain.

    [Copy link]
Post time 27-6-2012 03:45 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by grrl_friday at 27-6-2012 03:55

Assalamualaikum semua,

Actually saya sangat desperate nak share problem saya ni. Saya create account baru ni semata-mata untuk ini. Rasa seksa sangat dengan beban problem ni. And harap korang boleh bagi pendapat jujur.

Pertama sekali maaf sebab entry ni panjang sangat. Harap korang boleh baca sampai habis, so korang boleh faham dilema saya ni.

Sebenarnya saya dah bertunang setahun lepas dengan lelaki yang dah jadi boyfriend saya selama 5 tahun. Masa mula-mula dengan dia, saya tak expect relationship kami ni panjang macam ni.

Zahirnya kami nampak bahagia. Family and kawan2 pun happy tengok kami bersama. Tapi dalam hati tak la seindah tu. Sejujurnya dia memang lelaki yang baik. Dia respect saya and betul2 sayang saya sepanjang tempoh kami bersama. Masalahnya saya tak cintakan dia.

Masa awal-awal dengan dia, saya takde niat sebenarnya nak jadi gf dia. Sebab tak rasa ada attraction. Tapi sebab dia layan saya dengan baik, saya terima dia, saya memang sayang dia, and appreciate semua yang dia dah buat untuk saya. Korbankan minat dia untuk bantu saya dengan kerja, and macam-macam lagi dia dah buat untuk saya. Saya ingat perasaan cinta tu akan datang lambat-laun, tapi sampai sekarang takde rasa tu. And saya tak sampai hati nak lukakan dia.

Masa kami bertunang pun tak dirancang. Family dia datang merisik and saya terharu and terus terima. Masa tu saya rasa itu lah benda yang seharusnya saya buat. Saya tak fikir panjang.

Dah setahun lebih bertunang, saya start menyesal. Bila dia asyik cakap cousin dia desak kami kahwin (mak ayah dia ok je takde desak pun), saya jadi stress sangat. Saya takleh bayangkan hidup sebagai isteri dia. Saya dah try cari perasaan cinta tu untuk dia, tapi tak dapat. Saya rasa bersalah sangat. Nak minta putus, tapi kadang-kadang bila borak dengan dia, dia cakap kalau hilang saya dia rela mati. So saya takut dia buat apa-apa yang buruk kat diri dia, and saya tak sanggup tanggung semua tu. Sebab tu saya tak berani nak terus-terang dengan dia.

Dua bulan lepas, saya kenal dengan sorang lelaki. Instantly saya ada perasaan kat dia. Pelik sangat macam mana saya boleh ada perasaan kat lelaki yang baru kenal. Kami terus rapat and semuanya jadi terlalu cepat. Sepanjang 6 tahun dengan tunang saya, ini lah kali pertama saya rasa saya curang. Keluar dengan lelaki baru ni tanpa pengetahuan sesiapa. Saya rasa teruk sangat. Rasa jahat sangat. Tak pernah terfikir saya akan jadi perempuan jenis ni. Curang dengan tunang sendiri.

Mula-mula saya rahsiakan status saya kat lelaki ni, sebab saya rasa dia akan tinggalkan saya, putuskan persahabatan kami kalau dia tahu siapa saya sebenarnya. Tapi tak lama dia tahu sendiri, and dia minta penjelasan and saya mengaku saya dah ada tunang. Time tu paling teruk saya rasa. Baru kenal dengan dia and saya dah menangis untuk dia. Setiap kali mandi saya akan menangis. Sebab time tu je la orang lain takkan nampak and dengar. Saya sedar saya dah jatuh cinta kat dia. Lelaki yang baru saya kenal. Saya rasa seksa sangat takleh ceritakan semua ni pada sesiapa. Kami tak contact sekejap, tapi masing-masing takleh tahan and kami continue berkawan.

Entah macam mana, mungkin saya pentingkan diri, satu hari saya confess perasaan saya kat dia, cakap yang saya cintakan dia. And dia pun confess benda yang sama. Tapi dia cakap dia tak nak rosakkan hubungan saya dengan tunang. And saya sedih sangat. Kenapa kami tak ditemukan dari awal?

Tapi hubungan kitorang sekarang makin rapat, kadang-kadang cuba ketepikan status saya, saya masih jumpa dia sorok2, tapi kami masih tahu batas kami. Dalam hati memberontak, nak pilih dia instead of tunang saya. Setiap kali tengok mata dia, nampak kesedihan tu, nak sangat ada future dengan dia. Tapi saya baru kenal dia. Berbaloi ke hancurkan hati tunang saya untuk dia? And apa pulak kata orang nanti..?

Or maybe ni dugaan bertunang je?

Patut ke kahwin and bahagiakan tunang saya, kalau dalam hati asyik teringat lelaki lain and bayangkan hidup dengan lelaki lain ni? sedih jugak bila tengok tunang saya senyum, rasa macam saya akan rampas kegembiraan dari dia kalau saya putus dengan dia nanti. tak tahu kalau-kalau dapat tengok senyuman tu lagi. kalau saya tinggalkan dia, boleh ke kami berkawan lagi? saya takleh hilang dia jugak. And sekarang kami kerja sebumbung. Tak nak sebab ni dia berhenti, tapi macam mana nak semuka dengan dia hari-hari?

Kalau korang ada dalam situasi saya, apa korang akan buat? saya harap dapat jawapan and pendapat korang untuk saya perbetulkan keadaan ni. Sebab saya takleh terus macam ni. Terima kasih luangkan masa baca semua ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2012 04:19 AM | Show all posts
ni ade iras2 cerite ombak rindu la...sedeyh...!
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 04:25 AM | Show all posts
ini hidup u, so u pilihlah mana mana yang u suka.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 04:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by lalasahaja at 27-6-2012 04:33

Dik kena tahu dik dah melebihi batas. Dosa sangat curang dengan tunang.

Dengan si skandal itu: dik jangan terpedaya sangat dengan hormon tu. Bila.jumpa orang yang menarik dan menjalinkan hubungan terlarang, memanglah sedap. Tapi dik fikir baik2, kalau dia sanggup kacau tunang orang, nanti lepas kahwin nanti adik rasa dia kenal ke erti setia? Mana tahu lepas dah puas nikmat badan adik, dia kacau anak dara, tunang atau isteri lain pulak. Iyelah fefeeling jumpa cinta agong gittew. Jadi berhati2 ok dik?

Tentang si tunang: kalau adik tak boleh kawal perasaan dengan si skandal. Break dengan si tunang dengan sebaik mungkin. Jangan harap dia nak kawan dengan dik. Adik  tak layak pun. Kalau apa2 jadi kat dia. Terpaksalah adik tanggung. Termasuk juga doa dia sebagai orang yang telah dianyai. Tapi itulah risiko dia true love yg lahir dari kecurangan gittewwww

Nasihat kakak seposen

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 05:49 AM | Show all posts
teringat satu topik, "cintaku bukan jodohku"
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 05:57 AM | Show all posts
Dik kena tahu dik dah melebihi batas. Dosa sangat curang dengan tunang.

Dengan si skandal itu: di ...
lalasahaja Post at 26-6-2012 02:31 PM

tunang aje bukan somi pun,
kalau dah kahwin, memang patut dilahar aje kalau TT kata dia ada hati dengan orang lain,
ni tunang aje, tak da ikatan apa apa lagi selain
perjanjian untuk berkahwin sahaja..

cuma itulah harap rambang mata TT ni tidak berlanjutan sehingga lepas kahwin kelak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2012 07:45 AM | Show all posts
Pada pandangan I, better u pilih lelaki yang u cinta and cintakan u so that in the future, you tak perlu nak salahkan orang lain if anything happens in your life. You must be brave to take the risk.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 08:11 AM | Show all posts
assalam TT,
mmg benar,bnda yg haram n di luar norma khidupan mnusia yg x boleh nk bt lah kita trigin nk bt sgt2..
mcm nie la lumrah khidupan mnusia.
sering tertarik pd yg bkn milik kita..
cuba la kita rasa bersyukur tgk..
n cuba la bygkan klu TT da ptus tunang ofkos la akn trasa khilangn.
pcaya laa..kita akn mghargai ap yg kita hilang.
cuba la tanamkn rasa brsykur tuh..insyallah cinta akan hadir.
itu semua hasutan syaitan laknatullah..
nk porak peranda kan mnusia.

salah satu sbb jdik cmni mgkn sbb dah lama bkwan..
n mgkin mnis nya suda hilang..
so kita la kena corak kan n mgembalikan mnis itu..
manis x kurma itu??
mcm nie la adt berksih syg n berumah ttga.
nnti lps kawen msti TT bkk thread lakiku yg busan,laki ku yg bl..bla..blaa..
terapkan nilai bersyukur tuh..
nk kejar kita suka x smstinya bnda itu bagus..
allah dah tetapkan perancanganNya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2012 08:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by Sagoo at 27-6-2012 08:28

dasar pompuan x kenang budi,...
kalo ko dah awal2 rasa mcm tu, ape jadah ko trima dia jd tunang ko??
otak dan kewarasan ko letak kt pusat ke?

ini la pompuan,.... senang je buat pilihan..
dah ada org yg gile2 syg, amik berat, sedia berkorban utk ko..ko buat taik plak blakang dia..
ko patut bersyukur! org pesan, cari yg sayangkan kita..bukan kita sygkan dia...

wahh...da putus tunang tu ade niat nk berKAWAN plak tu...wakakakaa pandai ko buat lawak.
apa ko ingat hati lelaki yg dah kecewa tu bole elok dgn berkwn balik ngn spisis mcm ko ke?..

kalo aku le..aku dah sepak2 siap tempeleng muke ko sampai sumbing mulut

pada dasarnya ko mmg curang pun x d nafikan..dan ko sememangnye jahat pun..itu pasti. xyah ko nk buat alasan2 utk menyokong statement ko yg di atas tu.

skang ni mcm ni la,....ko pegi ckp kt tunang ko tu yg ko  x cintkan dia n ko x bley  teruskan hubungan ni ke level seterusnye...dan bersedia la terima apa2 tohmahan dari dia dan keluarga dia.
dan lepas tu ko boleh berjimba berendek mesra ngn lelaki yg ko baru kenal tu ye...

semoga idop ko aman la ye
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 08:44 AM | Show all posts
org kawin lagikan bercerai...inikan pula baru brtunang .  aku takut ko akan hilang kedua2nya sbb org tamak selalu rugi...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 09:00 AM | Show all posts
sila buat solat istikharah. biasala... time bertunang mcm2 dugaan ada.. org selalu ckp, cari yg sayangkan kita, bukan yg kita sayang. mintak petunjuk dari Allah, k. buat la istikharah sebulan, solat taubat sampai Allah bagi petunjuk siapa sebenarnya jodoh terbaik. Allah lebih tahu yg terbaik utk hamba-Nya...

Selamat mencari redha Allah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 09:07 AM | Show all posts
Reply 1# grrl_friday


ala benda baru....memang la best...
semuanya excited....nak kenal hati budi la kononnya..
kalau nak banding dengan yang lama,memang dah tau ati budi,sebab tu dah tak menarik...
ko yakin ke budak baru ni bole jaga ko sepertimana tunang ko jaga ko?..
setau aku la kan,kebanyakan lelaki yang menjalinkan hubungan dengan gf orang akan rasa tak selamat...
sebab dia tau pompuan tu curang,jadi nanti dia akan jadi extra cemburu bila ko dah menjadi milik dia...
dia takut ko buat benda yang sama lagi nanti (curang)....
fikir2 kan la yek...
aku kadang pelik la dengan pompuan ni...
tak penah puas dengan apa yang dia ada...
dah dapat yang baik (mengikut cita la),xda perasaan cinta la pulak....
kalau ko taknak,lepaskan la cepat2...ramai lagi wanita2 kat luar sana yang nak cuba nasib kat tunang ko ni...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 09:09 AM | Show all posts
selalu pempuan mcmni akan hanya rasa menyesal bila laki yg konon nyer die cinta tu tidak menghargai dia seperti tunang dia yg skang neh...
1 je aku nak ckp...ko jgn nak seksa idop tunang ko...ko sapa utk buat dia mcmtu??..rs ikhlas dan cinta dia tu aku rs xberbaloi utk pempuan jenis mcm ko...sorry to say...

dan aku gak rs ko akan benar2 rs cinta yg terlalu pada tunang ko kalo ko ditinggalkan oleh bf ko yg skang neh dan ms ko bersedeh tu ko ternampak lak tunang ko bahagia dgn org lain...aku rs time neh baru ko betol2 akan rs menderita...

oh perempuan...carilaa org yg mencintai ko dan sanggup bersusah payah kerana syg nyer dia pada ko...dan kalo betul bf ko tu cinta gila kat ko soh dia masuk meminang...tgk ade berani ke x??..

carilaa lelaki yg boleh membimbing ko kepada ALLAH....carila lelaki yg mencintai ko seikhlas atinya kerana ALLAH...carila lelaki yg bukan lelaki pengecut..kalo betul dia cinta kan ko soh dia jumpa tunang ko...confess pe perasaan sebanr dia pada ko dan perasaan ko pada dia...dan time tu ko akan tgk sendiri betapa kecewanya tunang ko dgn sikap ko neh...dasar pempuan xtau di untung....lepaskan dia...bia dia cari kebahagiaan yg mmg hakiki milik dia...

sebenarnyer ko yg bersalah bukan kedua2 laki tu....arini ko berlaku curang...jgn esok lusa bila ko da kawen....laki ko plak bercurangan dgn pempuan lain belakang ko...dunia ni bulat...pe yg berada diatas pasti akan turun kebawah jugak..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 09:09 AM | Show all posts
kejamnye tt nih...sian kt laki tuh..harap2 gf aku x macam tt xpandai nk bersyukur...bekk aku larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk dr gurl mcm nih...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 09:14 AM | Show all posts
wt baik dibalas baik..vice versa
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 09:20 AM | Show all posts
In life, we will meet all kinds of men.good looking men, macho men, nice men, perverted b*st*rds, romantic husbands (laki orang), macam2 lah. better prepare yourself for that. kite kena pandai mengekang nafsu kite. jgn duk tenung laki hensem lame sangat kalau diri dah berpunye. sebab kamu akan menyeksa 3 jiwa.

tak logik kalo kamu bersama dgn seorg lelaki smpai 5 tahun tapi x cinta. mcm mana kamu define cinta? me personally, was obsessed with my boyfriend, tapi cinta tu mmg datang lepas kahwin. i can't imagine my life without him. even now, i don't think we are up to that CINTA MAUT level yet. i look at my parents yg dah 40 years kawen tu bergaduh, x nampak pun cinta tu. cinta, my friend, is HIGHLY overrated. in every relationship, there is always one party yg syg lebih dari the other one. i think if my husband leaves me, i will die. tapi if i die first, he would have no problem in finding a replacement.mmg i syg die lebih, n i'm just so happy that it worked out for us.but it has been like this since the last 5 years, and i'm okay with it.malam2 tido dgn dia what?puas hati aku.hahaha

kamu baru kenal org tu 2-3 bulan. agak2, kalau mase kamu mula bercinte dgn tunang kamu tu, then tup2 die tinggalkan kamu sebab jumpe orang lain, kamu meraung x?

tah2 laki baru ni pengotor ke, kaki perempuan ke, kaki tengok pr0n ke,x solat ke, kaki kelabbing ke, mcm mane?ade cukup mase ke nak siasat?

dugaan semua nie. belajar la merendahkan pandangan mata dan pekakkan telinga.more importantly, don't befriend random strangers especially on FB.sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2012 09:41 AM | Show all posts
pilih lah mane2 yg lebeh mantap
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 09:43 AM | Show all posts
TT ni kategori cun ke tak. Memang selama ni selalu dingorat atau ni fes time..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 09:57 AM | Show all posts
melalui cerita TT ni, jelaslah tunang TT ialah jnis lelaki yg mengharapkan TT sbgai sumber kegembiraan, cth( tunang TT akan rasa nak mati kalau xdak TT), dan bkan lelaki yg dpt mnjadi sumber kegembiraan/tenaga kepada perempuan.

aku x salahkan TT sepenuhnya, cuma aku rasa TT sudah berada didalam tahi yang dalam, 6 tahun tu, kemungkinan tunang TT akan cederakan TT atau bunuh diri itu sgt tinggi bila dpt tahu TT ada lelaki lain.

nasihat aku kepada TT supaya jauhkan diri drpada kedua-dua lelaki, bila keadaan suda tenang barula pegi kepada lelaki yg sudah buat TT jatuh cinta .
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 10:01 AM | Show all posts
da kawen esok susah. baru tunang. nak tinggal tinggal la. pastu bayar saman. simple jek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.360909 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list