CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bluezink

The- BAdMan

[Copy link]
Post time 2-7-2012 03:28 PM | Show all posts
wa dulu minat batman...tp lama2 kurang sikit, pasal superhero lain lagi terer dari batman dah muncull..sth ironman..ha.ha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2012 03:28 PM | Show all posts
wa dulu minat batman...tp lama2 kurang sikit, pasal superhero lain lagi terer dari batman dah muncull..cth ironman..ha.ha...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2012 03:32 PM | Show all posts

fakta fakta yg mungkin kurang tidak tahu meh..ak kasik tahu..

:batman pd asal mula mula... takot sama kelawar..

:batman suka guna Impact Smoke Bomb (Ninja Vanish) untok menghilangkn diri

:soperman penah berkata..."tidak di sangkal lagik,..batman adalah adiwira terkuat dan hebak"
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 03:45 PM | Show all posts
superhero vs supervilain..

superman = musuh nye adalah dari kalangan makhluk asing..mcm dia gak...

spiderman ( saintis yg terkena kesan radiasi ) = musuh dia pun dari kalangan yg terkena kesan radiasi@ dedahkan pd radiasi gak...cth doc oc, green goblin...

ironman ( saintis/ pembuat senjata ) = musuh dia pun dari kalangan saintis / pembuat senjata gak..

ultraman ( besar mcm rasaksa ) = musuh dia pun rasaksa gak...



batman..( org kaya/saintis/ terer martial art/ terer wat senjata@ pembuat senjata obses pada sesuatu binatang,, cth kelawar.. ) = musuh dia pun dr kalangan org mcm tu gak...cth.joker, poison ivy, Dr freeze..bane..2 face..riddler...dn kebykan musuh2 dia pun dr kalangan org yg agak gila ( psycho ) atau betul2 gila...jd wa rasa batman pun psycho gak..ha.ha..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 04:24 PM | Show all posts
Rata2 musuh Batman penghuni Arkham Asylum...gila. Berapa kerat aje tak macam Ra's Al Ghul dengan Bane.

Spider-man pulak, musuh dia lebih kepada tragik, mangsa eksperimen tak menjadi....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 05:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by robotech at 2-7-2012 17:51

Batman ni, ramai orang kagum sebab dia manusia biasa je, bukan mutan, bukan ada super power, bukan alien, bukan bionik / cyborg.

Good ole fashion human being, albeit an exceptional one. Ada orang cuba wat perbandingan dengan Ironman, tapi Tony Stark tu bukan pakai jantung manusia lagi, tapi powersource len daaaa ....

Dalam banyak2 superhero, Batman je yang ada peralihan tampuk yang konsisten. Dari Bruce Wayne kemudian digantikan sementara oleh Dick Grayson sebanyak 2 kali (bekas 'Robin', sidekick Batman) sehingga Bruce Wayne kembali sebagai Batman dan akhirnya diwariskan kepada Terry McGinnis (pada masa ini Bruce Wayne sudah tua).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2012 11:41 AM | Show all posts
era clooney, val kilmer...batman paling sengal.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 01:30 PM | Show all posts
Reply 27# pisang69

setuju ...paling sengal val kilmer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2012 02:27 PM | Show all posts
christian bale...terbaek..batman paling dark.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 09:35 PM | Show all posts
aku suke batman sbb krete n motor dia canggih.. best giler klau dpt keter cmtu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 09:49 PM | Show all posts
aku suke batman sbb krete n motor dia canggih.. best giler klau dpt keter cmtu..
rosseamanda Post at 12-7-2012 21:35


Aku pun fikir yg sama, tapi.....................................................

agak-agak ko, road tax dgn insurance.. berapa agaknya setahun???

Silap haribulan, pegi PUSPAKOM, equipment PUSPAKOM pun out tak dapat nak inspect..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 11:17 PM | Show all posts
superhero paling aku minat

1. Batman
2. Iron Man
3. Capt. America
4. Spiderman
5. wolverine
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 11:18 PM | Show all posts
Aku pun fikir yg sama, tapi.....................................................

agak-agak ko ...
SulurBidar Post at 12-7-2012 21:49



   cam sial!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2012 12:39 PM | Show all posts

BATMAN :@Just1Superguy






Versi Michael Keaton




Ini adalah Batman yang muncul dalam pelem BATMAN dan sekuelnya BATMAN RETURNS. Pengarah Tim Burton yang dikenali dengan pelem2nya yang berunsur "gothic" turut "menyumbangkan" unsur itu ke dalam pelem2 Batman arahannya ini.



Ketika aktor Micheal Keaton diumumkan akan memegang peranan Batman, ramai di kalangan peminat yang tak berpuas hati kerana beliau ni pada ketika itu lebih dikenali sebagai pelakon komedi! Maka ramailah yang menyangka pelem ini akan jadi campy sepertimana siri TV BATMAN lakonan Adam West.


  
Walau bagaimanapun, terbuktipelem ini lebih berunsur serius dan dark serta agak ganas berbanding siri TVnya itu, dan lebih "selari" dengan tona versi komiknya. pelem ini sekaligus mempopularkan semula watak Batman, dan bermula dari pelem inilah sebenarnya yang mencetuskan minat orang terhadap Batman. Kalau ada yang mengaku dia suka watak Batman kerana dia itu [masukkan apa saja alasan] sedangkan dia ni bukanlah pembaca komik, maka ketahuilah, pelem lakonan Michael Keaton inilah puncanya. Dan melalui pelem inilah, pertama kalinya dalam sejarah, watak Batman diberikan kostum berwarna hitam (yang kemudiannya turut diikuti dalam siri komiknya, tapi tak lama, lepas tu kembali ke warna asal iaitu sut kelabu dengan topeng dan mantel hitam/biru, bergantung kepada pimaginasi pelukis).



Biarpun secara fizikalnya (dari segi saiz ketinggian) Michael Keaton kelihatan "tak seswai" sebagai Batman, namun terbukti cara lakonan beliau amat berkesan membawa watak Batman/Bruce Wayne. Sebagai Bruce Wayne, beliau memaparkan watak billionnaire yang berpura-pura gembira dan "tak peduli" di hadapan orang ramai, sementara di belakang orang dan sebagai Batman, akan terpapar konflik dalaman dirinya, sebagai insan yang "terganggu" dan dibelenggu kisah silam dan trauma yang duka, dalam cara yang agak innocence dan childlike gitu (ewah!). Memang lakonan Michael Keaton ni ada sedikit charmingnya dan agak cute .

Pendek kata, dari segi perwatakannya, boleh dikatakan ini adalah versi pelem yang terbaik untuk watak Batman (sebelum kedatangan pelem BATMAN BEGINS).

cont..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2012 12:58 PM | Show all posts
Versi Val Kilmer



Setelah kedua-dua pelem Batman tadi berjaya di pawagam, untuk pelem ketiga, pihak dari studio Warner Bros. "membuang" Tim Burton kerana skrip asal untuk pelem ketiga itu dikatakan agak ganas (di samping beberapa perubahan yang agak BESOR yang membuatkannya sangat "lari" daripada versi komik, sesuatu yang bakal menimbulkan kemarahan kepada peminat komiknya), sedangkan mereka ingin membuatkan pelem ini lebih meluas skop penontonnya, iaitujeng jeng jeng.. KANAK-KANAK! Ya, rugi yang amatlah kalau tak boleh dipasarkan kepada kanak-kanak. Bayangkan berapa banyak duit yang boleh dibuat dengan kanak-kanak? Segala macam merchandise dan permainan beb!

Anyway, pengarah yang menggantikan Tim Burton ialah Joel Schumacher, seorang pengarah yang 'gay' (dia sendiri yang mengaku). Michael Keaton yang tak berpuas hati dengan perubahan tona filem ketiga ini (lebih ringan berbanding dua filem sebelum ini) menarik diri. Tempatnya digantikan oleh aktor Val Kilmer. Dan lahirlah pelem ketiga bagi siri pelem Batman ini yang diberi tajuk BATMAN FOREVER


Val Kilmer ni boleh dikatakan sebagai pelakon Batman yang "paling hensem" dan sasa dalam siri pelem Batman ketika itu (kalau nak dibandingkan dengan Michael Keaton yang agak pendek tu).Sebagai Batman dan Bruce Wayne, beliau membawa watak itu secara tersendiri. Perwatakan Bruce Waynenya agak "kureng", tapi sebagai Batman, aku boleh kata dia memang menjadi. Tubuhnya yang agak beso (berbanding Micheal Keaton) dan lebeh sasa, membolehkan dia membuat sendiri aksi-aksinya. Dan memang lakonan beliau sebagai Batman adalah lebih "beraksi" berbanding sebelum ini. Dan sebagai Batman, beliau membuatkan suaranya sedikit serak searak basa agar berbeza daripada suara Bruce Wayne.

Pendek kata, dari segi rupa parasnya, beliau ni memang selari la dengan rupa paras Bruce Wayne dalam komik yang digambarkan sebagai kacak dan tampan. Lakonan pun okay.
Oh ya, pelem ini juga memperkenalkan buat pertama kalinya watak Robin/Richard "Dick" Grayson lakonan Chris O'Donnell. Walau bagaimanapun, dalam versi pelem ini, watak Dick Grayson memulakan "karier" sebagai Robin ketika umurnya remaja yang sudah meningkat dewasa, sedangkan kalau dalam komik, watak Robin bermula sebagai seorang kanak-kanak. Mungkin sebab susah kot nak buat pelem dengan budak-budak. Dan mungkin juga sebab kalau di dalam siri komik pada ketika itu (sehingga sekarang), watak Dick Grayson sudahpun meningkat dewasa. Bezanya, dalam komik, dia dah tak pakai nama "Robin", sebaliknya kini dikenali dengan nama Nightwing sementara peranan Robin dipegang oleh orang lain.
Di samping itu, ada beberapa masalah yang akhirnya membawa kepada "kejatuhan" francais pelem ini setelah kemunculan pelem keempat. Setelah kedua-dua pelem Batman tadi berjaya di pawagam, untuk pelem ketiga, pihak dari studio Warner Bros. "membuang" Tim Burton kerana skrip asal untuk pelem ketiga itu dikatakan agak ganas (di samping beberapa perubahan yang agak BESOR yang membuatkannya sangat "lari" daripada versi komik, sesuatu yang bakal menimbulkan kemarahan kepada peminat komiknya), sedangkan mereka ingin membuatkan pelem ini lebih meluas skop penontonnya, iaitujeng jeng jeng.. KANAK-KANAK! Ya, rugi yang amatlah kalau tak boleh dipasarkan kepada kanak-kanak. Bayangkan berapa banyak duit yang boleh dibuat dengan kanak-kanak? Segala macam merchandise dan permainan beb!



Anyway, pengarah yang menggantikan Tim Burton ialah Joel Schumacher, seorang pengarah yang 'gay' (dia sendiri yang mengaku). Michael Keaton yang tak berpuas hati dengan perubahan tona filem ketiga ini (lebih ringan berbanding dua filem sebelum ini) menarik diri. Tempatnya digantikan oleh aktor Val Kilmer. Dan lahirlah pelem ketiga bagi siri pelem Batman ini yang diberi tajuk BATMAN FOREVER


cont
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2012 05:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by bluezink at 14-7-2012 17:06

Versi George Clooney


selepas Val Kilmer  menarik diri dari pelem Batman keempat kerana beliau merasakan watak-watak penjahat lebih banyak ditonjolkan dan diberikan fokus, berbanding watak Batman sendiri. Maka, dengan pengarah yang sama dengan BATMAN FOREVER, di dalam pelem yang diberi judul BATMAN & ROBIN ini, peranan beliau pun digantikan oleh aktor George Clooney, sementara watak Robin masih kekal dengan pelakon yang sama.
cuba lihat kostum Batman versi George Clooney di atas tu. Nampak sangat "gay". Corak dan warna yang entah apa-apa, tak ada fungsi pun melainkan kosmetik semata. Ditambah pula dengan kostum getah Batman dan Robin yang ada  PUTING di bahagian dada.
Sebagai Bruce Wayne, George Clooney berjaya membawanya dengan cemerlang. Watak billionnaire yang playboy amat cocok dengan stail lakonan George Clooney. Ada karisma dan aura gitu. Malangnya, sebagai Batman pun, beliau membawanya dengan cara yang serupa juga! Suaranya langsung tak diubah.


  
Tapi, bagi aku pulak, watak Batman untuk pelem ini kelihatan tersangat berbeza daripada tiga filem sebelumnya. Dalam pelem ini, Batman kelihatan lebeh matang dan bertindak sebagai "bapa" kepada watak Robin yang lebih "memberontak". Secara keseluruhannya, Batman dalam pelem ini digambarkan sebagai "veteran" yang sudah berpengalaman dalam tugasnya.plem ini "gagal". Bahkan dijolok sebagai antara "pelem Superhero yang terburuk dalam sejarah". Masalah utama pelem ini boleh dikutip dari pelbagai aspek. Skripnya, di mana watak Batman kelihatan sangat "lari" daripada apa yang sepatutnya. Bahkan, kelihatan pelem ini seperti sudah kembali kepada stail campy drama bersiri Batman tahun 60an dulu.



George Clooney sendiri mengakui bahawa beliau bertanggungjawab "membunuh" francais pelem Batman. Sayang sekali, George Clooney punya "aura" sangat sesuai, dan boleh jadi Batman versi beliau akan jadi yang terbaik, sekiranya skripnya tidak sehampeh ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2012 05:18 PM | Show all posts
sila sambung lagi.................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2012 05:52 PM | Show all posts
Versi Christian Bale


Akhirnya, setelah LAPAN TAHUN "menyepi", muncullah pelem BATMAN BEGINS, pelem yang dianggap sebagai "mula semula" bagi siri pelem Batman. Dengan kata lain, pelem ini tak ada kena-mengena dengan keempat-empat pelem Batman sebelum itu. Ianya bukannya sekuel, sebab pelem ini mengisahkan bagaimana Batman boleh menjadi Batman (kisah asal-usul). Namun ianya juga bukan prekuel, sebab stail dan "dunia" yang digambarkan tersangat berbeza. Dengan kata lain, perlu diulangi, ini pelem yang BARU, fresh, tak bersangkut-paut dengan pelem2 sebelumnya.


   
pelem lakonan Christian Bale ini dipuji hebat. Dan pelemm inipun dianggap berjaya, biarpun masih ada stigma mengenai "keburukan" pelem Batman keempat. Berbanding pelem sebelumnya, pelem ini menggambarkan dunia Batman dengan cara yang agak "realistik". Setiap alat yang digunakan Batman, menggunakan aplikasi prinsip/hukum sains yang betul (kononnya la). Secara mudah, pelem Batman ini "berpijak di bumi nyata"
Lakonan Christian Bale pun mantap. Kita boleh lihat bukan saja DUA, malah TIGA personaliti Bruce Wayne yang dilakonkannya. Personaliti Bruce Wayne yang sebenar yang hanya ditonjolkan kepada orang yang dipercayainya (tak kira sebagai Bruce ataupun Batman); personaliti Bruce Wayne si "bachelor billionnaire playboy" yang kelihatan ceria dan "happy-go-lucky" serta carefree (ini yang dijolok oleh peminat sebagai "topeng sebenar" bagi watak Batman); dan personaliti Batman yang misterius lagi menyeramkan ketika berdepan dengan penjahat.



Pendek kata, pembawaan watak Batman versi dan lakonan Christian Bale adalah yang terbaik buat masa kini!...

the End
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 11:33 PM | Show all posts
pas ni kuar plak thread pasal spiderman, superman, the hulk
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2012 11:34 PM | Show all posts
by the way smpi la ni aku rasa michael keaton tu sgt sinonim ngan batman......

george clooney sape yg casting heols jd batman ni???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.059620 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list