CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4078|Reply: 10

Euro 2012: Kian hampir, La Roja atau Azzuri

[Copy link]
Post time 30-6-2012 03:57 PM | Show all posts |Read mode



PERSAINGAN memburu mahkota kejuaraan Euro 2012 kian berlabuh bermula daripada 16 pasukan yang berada dalam empat kumpulan berkurangan kepada lapan di saingan suku akhir, empat di separuh akhir sebelum kemuncak Isnin ini.

Tekaan, harapan mengenai pasukan masing-masing kita dengar pada permulaan Euro berlangsung sehingga kini namun tanpa diduga kejutan besar tetap berlaku ke atas pasukan yang dianggap berpotensi menjadi juara di peringkat  umpulan sebaliknya terpaksa ‘angkat kaki’ awal. Belanda, tiada siapa menyangka terpaksa melalui mimpi ngeri pada Euro edisi ini. Bagi rakyat negara itu, mereka barang kali mahu memadam segala diari, jadual atau apa sahaja yang  berkaitan dengan Euro 2012 untuk segera melupakan tahun paling menyedihkan ini.

Bukan di negara kincir angin itu sahaja, peminat The Oranje di seluruh dunia termasuk negara kita pun pastinya masih bersedih. Siapa yang tidak terkejut apabila pasukan yang dinobat kedua terbaik dunia itu terpaksa pulang awal  tanpa sebarang mata dalam saingan peringkat kumpulan (B) yang diletak bersama Jerman, Portugal dan Denmark.

Sesungguhnya bibarisi bintang terkemuka belum tentu mampu memberi kemenangan kepada pasukan dan inilah yang terjadi kepada The Oranje.


PERMULAAN SERBA TIDAK MENJADI BUAT CZECH

Tewas dalam penampilan pertama di kaki Rusia 1- 4 tidak mematahkan semangat anak didik Michal Bilek untuk bangkit mencari kemenangan dan ia berjaya selepas menjinakkan juara Euro 2004, Greece 2-1.

Momentum perjalanan Republik Czech ke saingan suku akhir diteruskan dengan kemenangan menewaskan pasukan tuan rumah Poland 1-0, hasil jaringan Petr Jiracek minit 72 untuk mengungguli kedudukan teratas Kumpulan A  dengan enam mata. Nasib pula nyata memihak kepada Greece yang turut layak ke saingan suku akhir selepas berada di tangga kedua yang berjaya memungut mata penuh menewaskan Rusia 1-0 dalam perlawanan ketiga peringkat  kumpulan.

Peluang Greece untuk meneruskan saingan dalam kejohanan kali ini pada permulaannya dilihat samar selepas  seri dalam perlawanan pertama dan kalah di tangan Republik Czech dalam perlawanan kedua.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          

Kekalahan Poland kepada Czech 0-1 dalam perlawanan terakhir kedua-dua pasukan membuka peluang Greece untuk mara ke suku akhir berbanding Rusia walaupun mempunyai jumlah mata yang sama namun ditentukan melalui  keputusan perlawanan terakhir mereka dalam peringkat kumpulan.


JERMAN DALAM KELAS TERSENDIRI

Menceritakan saingan Kumpulan B, empat pasukan yang berada dalam kumpulan maut ini iaitu Jerman, Belanda, Portugal dan Denmark sudah tentu setiap perlawanan mereka menjadi tumpuan terutamanya Jerman dan Belanda.

Status pasukan pilihan layak ke fi nal Euro 2012 yang dinobatkan kepada Jerman sememangnya tepat kerana pasukan bimbingan Joachim Loew ini memungut mata penuh dalam kumpulan.

Bermula menentang Portugal, Jerman dibarisi pemain yang beraksi dalam liga Jerman dan Sepanyol seperti Mario Gomez, Mesut Ozil, Sami Khedira dan beberapa tonggak utama sememangnya hebat menewaskan Portugal 1-0.

Kehebatan pasukan ini terus terserlah selepas menewaskan Belanda 2-1 dalam perlawanan kedua sebelum melengkapkan mata penuh peringkat kumpulan selepas menidakkan keyakinan tinggi Denmark untuk mara ke saingan suku  akhir dengan kemenangan 2-1.

Dua jaringan Cristiano Ronaldo dalampertemuan terakhir menentang Belanda, melayakkan Portugal mengiringi Jerman walaupun tewas dalam perlawanan pertama barang mata dalam kejohanan kali ini walaupun dibarisi pemain  bintang yang lengkap di semua posisi malah terdapat cerita yang mendakwa kemerosotan prestasi pemain pasukan yang mendapat jolokan The Oranje disebabkan kurang persefahaman dan pergaduhan dalam kem berkenaan.


LA ROJA BERMULA LESU, AZZURRI TERSELAMAT

Penyandang juara Euro 2008, Sepanyol yang turut berada bersama Itali, Croatia dan Republik Ireland dalam Kumpulan C juga memulakan perlawanan pertama yang kurang memberangsangkan apabila sekadar seri 1-1 dengan Itali,  ketika Croatia megah dengan kemenangan 3-1 menewaskan Ireland.

Berdepan kritikan dan status penyandang juara, Fernando Torres atau El Nino terus menutup mulut pengkritik dengan dua jaringannya berjaya membantu Sepanyol menewaskan Ireland 4-0. Skuad La Roja terus mempamerkan taring  pabila menjinakkan semangat Croatia 2-1 dalam perlawanan akhir dan melayakkan barisan pemain Vincente del Bosque ke saingan suku akhir.

Mengiringi Sepanyol ke suku akhir dari kumpulan C ialah juara dunia 2006, Itali pasukan yang dilanda pelbagai masalah kecederaan pemain di awal perjalanannya ke Euro 2012, namun keputusan seri 1-1 dengan Sepanyol bukti  pasukan Itali tetap menjadi calon untuk menjuarai kejohanan kali ini.

Seri dalam perlawanan kedua menentang Croatia sebelum berjaya menewaskan Ireland 2-0 dalam perlawanan terakhir ketika Croatia turut kalah kepada Sepanyol membuka jalan buat skuad Azzurri melangkan ke suku akhir.     


PERANCIS LEPAS PELUANG, ENGLAND LEGA

Kumpulan D juga tidak kurang hebatnya persaingan merebut ke suku akhir dan ia ditentukan sehinggalah perlawanan ketiga dengan England mengungguli takhta dan Perancis ditangga kedua. Three Lions yang pada mulanya dilihat perit untuk melangkah ke saingan seterusnya selepas sekadar seri dengan Perancis mula mengutip tiga mata penuh dengan menewaskan Sweden 3-2 walaupun ketinggalan seketika sebelum anak buah Roy Hodgson bangkit mencapai  kemenangan.

Rentak kemenangan England diteruskan dalam perlawanan ketiga yang menewaskan Ukraine 1-0 hasil jaringan Wayne Rooney yang diturunkan selepas tamat melalui pengantungan dua perlawanan akibat dikenakan kad merah dalam  perlawanan kelayakan Euro 2012 sebelum ini.

Perancis pula yang bermula baik pada saingan peringkat kumpulan terpaksa akur ditangga kedua selepas menerima kekalahan mengejutkan dalam peringkat kumpulan apabila tewas 0-2 di tangan Sweden walaupun pasukan berkenaan  sekadar bermain untuk melengkapkan jadual kumpulan.

Kekalahan tersebut menyebabkan anak didik Laurent Blanc terpaksa berhadapan dengan Sepanyol manakala England berhadapan dengan Itali dalam saingan suku khir.


GREECE, CZECH, ENGLAND DAN PERANCIS GAGAL
Naib Juara Euro 2004, Portugal yang mencuri tumpuan dalam kumpulan B meneruskan kemaraan ke saingan separuh akhir apabila menewaskan Czech 1-0 hasil jaringan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo pada minit 76 melalui  tandukan yang menewaskan Peter Cech.

Pasukan pilihan Jerman pula tidak berdepan sebarang masalah ketika berhadapan dengan Greece apabila garang mengegarkan jaring 4-2 walaupun tidak menurunkan bintang semakin meningkat, Mario Gomez untuk selesa terus  melangkah ke separuh akhir. Dua jaringan dari bekas pemain Liverpool yang kini bersama Real Madrid, Xabi Alonso di setiap babak perlawanan membawa Sepanyol ke separuh akhir apabila menewaskan Perancis 2-0 dalam  perlawanan yang dilihat banyak dikuasai La Roja.   

Slot terakhir separuh akhir akhirnya menjadi milik, Itali yang berjaya menewaskan England 4-2 melalui penentuan sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan  selepas 120 minit masa perlawanan.

Kegagalan dua watak pemain England, Ashley Young dan Ashley Cole menjaringkan gol dalam penentuan sepakan penalti mematikan langkah Three Lions untuk ke separuh akhir sambil Azzuari megah dengan kejayaan berkenaan.


KIAN HAMPIR

Stadium Donbass Arena menjadi saksi pertarungan dua pasukan ‘El-Clasico’ antara Portugal dan Sepanyol yang rata-rata dibarisi oleh pemain dari Liga Sepanyol. Permainan tersusun dan hantaran pendek merupakan kelebihan  pasukan Sepanyol yang dilihat menguasai sebahagian penuh permainan sambil Portugal mempamerkan pertahanan mantap dan serangan balas dari bahagian sayap kanan serta kiri yang diterajui oleh Cristiano Ronaldo dan Nani.

Pemenang separuh akhir pertama ini akhirnya ditentukan oleh sepakan penalti selepaskedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan walaupun Sepanyol dilihat mempunyai banyak peluang namun gagal mengegarkan jaring gol lawan.

Kegagalan dua pemain Portugal, Joao Mountinho dan Bruno Alves menyempurnakan sepakan penalti memberi ruang kepada bekas pemain Arsenal yang kini bersama Real Madrid selaku pemain terakhir mengambil sepakan penalti  ntuk pasukannya tenang menjaringkan gol bagi memastikan langkah ke akhir.

Displin, ketenangan mengawal bola dan semangat berpasukan adalah kunci utama kejayaan anak didik Cesare Prandelli menewaskan Jerman 2-1 dalam saingan separuh akhir.

Selepas mengharungi perjalanan sukar dalam saingan diperingkat kumpulan, The Azzurri terus memperlihatkan kekuatannya selepas menyingkirkan pesaing disuku akhir sebelum menjinakkan The Team. Kali ini, watak Super Mario  terus menjelma memberikan kesan positif selepas berjaya menjaringkan gol melalui tandukan dan sepakan deras menewaskan penjaga gol Jerman Manuel Neuer pada babak pertama. Jerman cuba bangkit mencari gol penyamaan  namun ketangkasan penjaga gawang Itali, Gianluigi Buffon memusnahkan hasrat anak didik Joachim Low yang hanya mampu menjaringkan satu gol melalui sepakan penalti dihujung saingan.


JUARA BARU ATAU KEKAL YANG LAMA
Kini saingan Euro 2012 semakin mendebarkan, Sepanyol yang tidak pernah kalah dalam saingan Euro 2012 dalam peringkat kumpulan bakal berhadapan dengan pasukan Itali yang penuh misteri walaupun pada awal persembahan dalam kumpulan C.

Ibarat perlawanan ulangan pertama kumpulan C yang berkesudahan seri 1-1 pada 11 Jun lalu, kedua pasukan ini bakal berentap sekali lagi dan kali ini tiada lagi keputusan seri kerana juara bakal baru akan muncul atau masih berada  di genggaman Sepanyol.... sama-samalah kita nantikannya.
Single Polls, Total 22 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2012 09:04 PM | Show all posts
menang 1 bonus, kalah pun x pe..
jnji aku hepi dgn team fevret ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2012 03:14 PM | Show all posts
i'm a proud azzurri fan of 18 years!! & will always be
jatuh bangun bersama azzurri gittew
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2012 09:27 PM | Show all posts
Reply 3# Esperanza


yeahah!!!samo lah kite...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2012 11:19 PM | Show all posts
Azzuri
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 02:00 AM | Show all posts
countdown.....igt malas nak tgk tp tgk je lah....alang2 dh berjaga neh.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2012 03:34 AM | Show all posts
1st half spain 2-0 italy
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 04:32 AM | Show all posts
Italy ni mcm tak bersungguh aja main.,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2012 04:33 AM | Show all posts
Italy ni mcm tak bersungguh aja main.,
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 04:34 AM | Show all posts
4-0 dah....spen ni boring kan
tp ok la dari italy mng....huhu.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 10:17 AM | Show all posts
Aha apsal spain kuat sgt ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: STOR ADMIN


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.053865 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list