BUAT kali pertama dalam industri, sebuah telefilem yang berteraskan kehidupan masyarakat Jawa bakal diterbitkan Eeman Corporation Sendirian Berhad.
Telefilem yang menggunakan 100 peratus bahasa Jawa itu bertujuan mengetengahkan keunikan masyarakat Jawa di negara ini. Menggunakan judul Sugeh yang bermaksud kaya, telefilem ini mendapat sentuhan pengarah Thorpe Ali.
Menurut Thorpe, Sugeh memberi gambaran kehidupan masyarakat Jawa yang terkenal dengan sikap rajin sehingga mampu mencapai kejayaan dan kekayaan.
"Menerusi telefi lem ini, kita cuba tunjukkan sikap sebenar masyarakat Jawa. Walaupun berlaku pertelingkahan, namun mereka tetap bersatu dan sangat menitik beratkan hal-hal agama," katanya dalam sidang media sempena pelancaran telefilem itu, baru-baru ini.
Jelasnya, walaupun pada awalnya telefilem ini untuk tontonan umum, namun bagi beri ruang masyarakat Jawa memiliki naskhah itu, pihaknya mengubah tayangannya secara terus kepada orang ramai menggunakan konsep wayang pacak.
"Dulu, konsep wayang pacak ini sangat popular. Jadi kita mahu masyarakat terus mengingati kewujudannya. Selain dapat menyaksikan telefi lem ini beramai-ramai, ia membantu memulihara budaya kita.
"Kita akan menjelajah beberapa negeri bagi mengadakan wayang pacak ini termasuklah di Selangor, Johor dan Selatan Perak," katanya yang turut memasarkan telefilem itu dalam bentuk DVD.
Sugeh bakal ditayangkan September ini membariskan pelakon komedi popular tanah air seperti Datuk Jamali Shadat, Harun Salim Bachik, Ruminah Sidek, Herman Tino, Ebby Yus, Omar Scorr, Amm Raja Lawak, Betty Banafe dan DJ Pool.
Menariknya, pihak produksi turut mengundang seorang pelakon dari Russia, Victoria Khan.
Sementara itu, Jamali berkata, beliau berbangga kerana Eeman Corporation sedia menghasilkan fi lem tersebut demi mengangkat warisan masyarakat Jawa.
"Ini adalah satu penghargaan kepada masyarakat Jawa, jadi anak Jawa tidak perlu malu mengakui bangsa dan budaya kita.
"Saya harap permulaan ini bukan pengakhiran, sebaliknya lebih banyak drama yang seperti ini dihasilkan," katanya.
hhmmm..malaysia nak selongkar bab2 jawa..lain ladang lain ilalang..jauh di mata dekat di hati,..lain di mulut lain lak dihati,..ucapan tak serupa buat,...
...GENOT kata BENCI JAWA kononnya...yeaah btol sgt ertinya Benar2 Cinta...dalam rasa benci genot ada rasa rindu lak yg ternanam..
"Ini adalah satu penghargaan kepada masyarakat Jawa, jadi anak Jawa tidak perlu malu mengakui bangsa dan budaya kita.
Hehehehe ..... Bakalan banyak yang tertekan nantinya .... Tapi .... Better late to make correction on 'Malay Definition' than never ....
Memang sudah saatnya ....Identitas suku bangsa Jawa mulai diperkenalkan secara benar di Malaysia ...sebab mereka sesungguhnya berbeda dengan Bangsa Melayu ....
btolkan walau konon byknya rakyat mesia bencikan provokasi2 org jawa yg ada di pulau jawa ternyata dlm hati ada jugak kekaguman akan kaum jawa ni..so nak berhelah apalagi? sy peribadi bukan org jawa, tetapi sy respek gan suku jawa ni khasnya budaya jawa yg lemah lembut...
ni filem pasal kisah pemain bola sepak perempuan berketurunan sikh kt england...
ni plak kisah immigran asal india yg berhijrah ke US...
so aku tak paham amende yg mengangkat2 nama jawa ni...sbb drama ni pun dibuat utk menggambarkan kehidupan org jawa di malaysia..jgn silap ye...ni org jawa tp ttp malaysian..
ni filem pasal kisah pemain bola sepak perempuan berketurunan sikh kt england...
ni plak ...
annehuda Post at 12-7-2012 17:32
sy dah nonton film bendit ni,...rileks je, tak ada yg menafikan pelakon di telefilem kisah jawa ni rakyat mesia, agaknya camana sambutan rakyat mesia bab telefilem camni??? adakah masih ada benci gak atau neutral aka leh layan...