View: 11718|Reply: 43
|
TNB: Semua tempat akan pakai meter baru
[Copy link]
|
|
TNB: Ganti meter lama dijangka selesai hujung tahun ini
11 Julai 2012
KUALA LUMPUR - Kerja-kerja mengganti 37,000 lagi meter elektrik lama dengan meter baru di kawasan sekitar Kuala Lumpur dijangka siap selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Pengurus Besar Bahagian Pembahagian TNB Kuala Lumpur Ir Abdul Aziz Jaafar berkata sehingga hari ini 140,000 meter elektrik baru jenis elektronik daripada jumlah keseluruhan 177,000 telah dipasang sejak tahun lepas.
"Meter lama jenis elektro-mekanik perlu diganti kerana tempoh hayatnya yang melebihi 15 tahun dan tidak dapat merekod penggunaan elektrik dengan bacaan yang tepat... meter baru yang dipasang akan memberikan bacaan penggunaan elektrik yang sebenar dan jitu," katanya kepada Bernama semasa lawatan kerja ke agensi berita nasional itu hari ini.
Abdul Aziz berkata selain dipasang secara percuma dan berperingkat, meter baru itu juga melalui proses penentu ukuran makmal yang mendapat akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005.
Meskipun terdapat rungutan dan maklum balas kurang memberangsangkan daripada pengguna, beliau berkata penggantian meter elektrik baru itu tetap diteruskan.
“Ada pengguna yang tidak berpuas hati sebab selepas bertukar kepada meter baru, bil elektrik mereka sedikit naik... namun, itu adalah bacaan sebenar dan tepat jika dibandingkan dengan penggunaan meter lama sebelum ini,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
lebih baik kalau ada 3rd party yang boleh verify ketepatan meter baru ni |
|
|
|
|
|
|
|
makin mahal bil ada laa ngan meter baru nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
umah aku bulan lepas tukar meter baru....sebelum ni bil dalam Rm100..mete baru naik Rm140..aku gi bayar bil komplen kat org tnb tu..dia tanya aku :
Org Tnb: " cik pakai meter baru ke?"
Aku ; " yer la bulan lepas TNB tukar"
org TNB: ' meter baru memang laju sikit"
AKu: " ni bukan laju sikit..ni laju banyak"
org TNB: " maaf cik ..sy tkleh buat apa2"
lepas tu aku isi borang komplen..tak tau la ke tong sampah kut borang komplen aku tu..time ku komplen tu pun ada 5~6 orang komplen benda yg sama..cilakak TNB..cekik darah... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sitihawa at 12-7-2012 11:43
dah, kat taman rumah saya kat kajang ni dah tukar 2 minggu lalu. nampak baru, cantik dan nipis
tapi bab accuracy ke tak? belum tahu lagi, tunggu bil lah nanti |
|
|
|
|
|
|
|
lebih baik kalau ada 3rd party yang boleh verify ketepatan meter baru ni
cmf_inquisitor Post at 12-7-2012 11:35
betul tu...kena ada pihak yg check setting dlm meter baru ni...kot² ada yg tak kena.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sitihawa at 12-7-2012 12:03
sebagai pengguna yang pakar dalam bidang teknikal , elektrik & elektronik, kita boleh pertikaikan meter ini kalau ianya ada isu2 was2.
info :
setiap alat mengukur mesti dikalibrasi (calibrate) bagi memastikan kejituan dan kecekapan alat tersebut. pastikan setiap meter ini ada tagging tarikh kalibrasi dan tempoh.
mana2 alat pengukuran yg tidak dikalibrasi , pengguna yang celik ilmu boleh meminta semua ini kalau ada isu2 bil yg was2.
pembaris kat makmal aku ni pun hantar kalibrasi . pastikan juga yg bagi sijil tu ada ms iso 17025
apa lagi erk yg aku nak kena beritahu ni |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pakai meter baru tapi bil kira anggaran jer...
ntah bila dia masuk rumah (yg berpagar dan berkunci) utk check meter pun tak tahu.
anggaran pulak tak pernah kurang ... asyik nak anggar lebih jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by R2D2 at 12-7-2012 11:58
akta timbang dan sukat 1972, setiap tahun meter tersebut WAJIB diperiksa bagi memastikan ia berfungsi dengan baik serta mendapatkan bacaan yang lebih jitu tapi Hanya dImalaysia, meter air dan api diberi pengecualian.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari bulanan RM150 - RM180, last bill RM426.00 . Seminggu tak duduk rumah pula tu.. How?. |
|
|
|
|
|
|
|
dah, kat taman rumah saya kat kajang ni dah tukar 2 minggu lalu. nampak baru, cantik dan nipis
...
sitihawa Post at 12-7-2012 11:41
sama la dgn umah aku...meter digital |
|
|
|
|
|
|
|
akta timbang dan sukat 1972, setiap tahun meter tersebut WAJIB diperiksa bagi memastikan ia berfungs ...
R2D2 Post at 12-7-2012 11:56
calibrate namanya.
so mana pengguna yg rasa tak setuju dgn bil boleh bawa ke mahkamah dan minta fakta2 tentang kejituan/kecekapan/ meter tersebut.
kenapa malaysia kecualikan? |
|
|
|
|
|
|
|
rupenye ramai gak yang ngadu pakai meter baru bil makin naik |
|
|
|
|
|
|
|
Re-calibrate TNB meters yearly
Posted on 22 March 2012 - 05:06am
I REFER to "Higher electricity bills due to more accurate meters" (News without borders, March 13). It is revealing for Razali Jamhari of Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd to explain that the many incidences of consumers being billed for significantly higher electricity costs after change of meters by TNB are due to more accurate readings.
I am sure consumers have no qualms about being billed accurately. However, what if the old meters or even the new meters are not reading accurately? It is essential that all new meters are tested by independent laboratories and each meter issued with a certificate to confirm it is accurate.
The laboratories must first be approved by the Energy Commission. And these meters must be re-calibrated annually. This requirement is imposed on all weighing and measuring equipment. There should be no exceptions or exemptions.
TNB has been hounding consumers whose meters were changed to pay for any arrears caused by inaccurate readings. This is ridiculous because the meters belong to TNB and if their meters were inaccurate how can they blame the consumers?
Curiously there have been no reports of old meters giving excessively high readings. In this situation is TNB going to pay the consumer because it had over-charged them?
There are also many reports of TNB having accused consumers of stealing electricity because their old and new meters had shown different readings. Many consumers succumbed to TNB's threats because it had cut supply and would only reconnect when they paid up.
The Energy Commission, being the regulator, must ensure TNB installs meters that have been independently calibrated. It must also insist that these meters are re-calibrated annually to ensure their accuracy.
Victim
Petaling Jaya |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya.. umah korang baca meter tiap bulan ke 2 bulan sekali?
Umah aku 2 bulan sekali ler.. tapi tiap bulan bil dtg.. bulan ni dtg status E (estimated), bulan depan dtg status N (normal) -.. masalahnya, bil N aku mesti bil tekejut-- tetiba kena banyakkkkk.. pundek |
|
|
|
|
|
|
|
Di bawah 'Akta Timbang dan Sukat 1972':-
"Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di
bawahnya adalah bertujuan untuk mempastikan segala
alat timbang dan sukat untuk kegunaan perdagangan
mematuhi spesifikasi yang ditetapkan dan di samping itu
mempastikan bahawa alat-alat timbang dan sukat itu
disahkan ketepatan timbangan dan sukatannya setiap 12 bulan seterusnya"
Benarkah TNB melanggar Akta Timbang dan Sukat? |
|
|
|
|
|
|
|
Di bawah 'Akta Timbang dan Sukat 1972':-
"Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di
b ...
sitihawa Post at 12-7-2012 12:16
cer check abeh akta tu kot2 ada pengecualian tak?..
biasanya apa2 akta ni ada jer exception clause....
tapi kalau tiap2 12 bulan nak kena calibrate... pening TNB tuh... nak kena cabut meter bawak balik pegi makmal...
sbb nak calibrate mesti 3rd party yang buat.. contohnya SIRIM ke..
kalau TNB jugak yang calibrate.. apa jadahnya... |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya.. umah korang baca meter tiap bulan ke 2 bulan sekali?
Umah aku 2 bulan sekali ler.. ta ...
neotoxin Post at 12-7-2012 12:07
standard la tu... bil TNB ni the practice is.. bacaan sebenar dibuat setiap 2 bulan diselangi dgn dgn bil anggaran
dah lama dah amalan ni...
contohnya kalau bulan Jan. adalah bil bacaan sebenar... bulan Feb meter reader tak mai baca dah.. TNB akan hantar bil anggaran berdasarkan pattern average gunaan bulanan. Bulan Mac nanti dia mai la pulak baca meter dan apa2 perbezaan meter reader akan dibuat penyelarasan there and then in the bil... |
|
|
|
|
|
|
|
kunci je gate rumah. mesti tnb xleh tukar meter baru |
|
|
|
|
|
|
|
cer check abeh akta tu kot2 ada pengecualian tak?..
biasanya apa2 akta ni ada jer exception claus ...
Al Lebam Post at 12-7-2012 12:24
bos, tak semua benda yg hendak dikalibrasi kena cabut dan bawa balik ke makmal2.
kalau alat itu permanen, atau berat seperti chamber, oven. kalibrasi boleh dilakukan di lapangan/di tempat itu sahaja.
bawa alat/standard kalibrasi itu kerumah2 untuk di uji atau ukur pada meter2 rumah.
air pressure dll pun , boleh dicalibrate. kat sirim, pyrometro ada buat kalibrasi2 tersebut.
aku rasa ada lah alat utk kalibrasi meter ni, nanti aku cari kalu jumpa |
|
|
|
|
|
|
| |
|