CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8334|Reply: 106

Tak perlu sorok fakta, jenayah memang meningkat, kata Musa Hassan

[Copy link]
Post time 13-7-2012 11:21 AM | Show all posts |Read mode


Musa Hassan: “Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai ‘bodyguard’.” — Foto oleh Amin Iskandar


KUALA LUMPUR, 13 Julai — Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

“Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah. Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah,” kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam.

Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.

“Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai ‘bodyguard’.Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orang-orang besar perlukan ‘bodyguard’,” kata Musa.

Musa Hassan telah berkhidmat untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selama empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun semenjak tahun 2006 sebelum digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September 2010.

Walaupun berlakunya kes serangan, rompakan dan penculikan, polis, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan kementerian dalam negeri (KDN) mengeluarkan statistik kadar jenayah negara telah menurun semenjak kerajaan memperkenal Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Unit Pencegahan Jenayah Pemandu dalam majlis bersama media semalam — langkah untuk mengurangkan kerisauan orang ramai, menyatakan statistik kadar jenayah menurun sebanyak 10.1 peratus pada lima bulan pertama tahun ini.

Sebelum ini, Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.

Pemandu turut merayu agar media membantu mereka mengubah persepsi rakyat dan mendesak agar laporan seimbang diberikan. Ketika ditanya mengenai kenyataan Pemandu berkenaan statistik jenayah yang menurun, Musa mencadangkan kerajaan agar melantik pihak ketiga yang lebih bebas seperti universiti untuk memberikan data seperti statistik jenayah kerana mereka lebih bebas.

“Sewaktu zaman saya dulu, saya minta Universiti Sains Malaysia untuk keluarkan statistik jenayah. Ini turut dilakukan oleh pasukan polis di Amerika yang sering menggunakan universiti agar data yang diperolehi tepat dan tidak menyorokkan apa-apa fakta,” kata Musa lagi.

Menurut bekas KPN itu lagi, kadar jenayah diseluruh dunia meningkat akibat daripada kemerosotan ekonomi dunia akibat dariapada kemelesetan ekonomi yang berlaku di Eropah.

“Globalisasi menyebabkan sukar untuk sesebuah negara untuk mencegah berlakunya jenayah. Globalisasi menyebabkan ramai orang luar masuk ke Malaysia, yang kita tak tahu latar belakang dia, ‘especially’ dari Nigeria tentang kehidupan dadah mereka.Ini adalah diantara punca berlakunya peningkatan jenayah dalam negara,” kata Musa lagi.

Untuk mencegah masalah jenayah yang berleluasa hari ini, bekas KPN mencadangkan agar polis membuat penambahbaikan dari segi mengubah teknik dalam memerangi jenayah sekarang ini kepada ‘intelligence procurement’ atau ‘perolehan risikan’.

“Kita perlu mendapatkan maklumat-maklumat risikan terdahulu. Jika maklumat risikan polis bagus dari segi perolehannya, mempunyai hubungan rapat dengan penguatkuasa luar negara, maka kita boleh mengetahui awal berkenaan latarbelakang seseorang dan boleh memantau jika mereka penjenayah. Sama seperti dalam negara kita, kita perlu pantau geng-geng jahat dan penjenayah-penjenayah ni,” kata bekas KPN itu lagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2012 11:23 AM | Show all posts
mesti ramai komplen.. "elehhh dah bersara baru nak bising2"
bg aku benda ni menunjukkan dimana Menteri & kerajaan lebih berkuasa & mengawal pegawai2 kerajaan tak kisah la ko ketua polis ke, ketua jpj imgresen ke, ketua sprm ke.. semua menteri akan kawal, tidak bebas.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 11:24 AM | Show all posts
dah jadik adat kot kt mesia nih, menteri yg penah pgg jawatan tuh, akan tegur pengganti diorg cth, tun det, khir toyo.n latest, musa hassan nih
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 11:25 AM | Show all posts
laaa baru nak kenceng dah terkantoi
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 11:29 AM | Show all posts
mesti ramai komplen.. "elehhh dah bersara baru nak bising2"
bg aku benda ni menunjukkan dimana Ment ...


“Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah. Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah,” kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam.


kazaraf Post at 13-7-2012 11:23


dulu dia kata naik... sekarang org kata turun...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 11:37 AM | Show all posts
dah lali dengan ayat 'ini kes terpencil. malaysia masih selamat'
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2012 11:38 AM | Show all posts
Dulu masa dlm kerajaan mana boleh ringan mulut nk kritik..sekrg dh pencen ckp jer la...nk takut apa? Rasanya aritu pun dia ada ckp ada menteri yg suka masuk campur urusan PDRM tu yg ada setgh kes tu jadi hilang mcm tu saja.

Tapi aku respek implementation unit "Comunity Policing" yg sedang rancak di pulau pinang..jalan mana2 pun unit ni ada duk meronda rasa selamat sikit sampai kawasan aku tinggal pun geng2 ni duk ada lepak sampai kul 3, 4 pagi.

Tapi yg aku pelik bab sukarela ni org melayu mcm tkdk atau tak berminat bangsa lain yg muda2 saja yg byk ambil bahagian.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 11:50 AM | Show all posts
Dulu masa dlm kerajaan mana boleh ringan mulut nk kritik..sekrg dh pencen ckp jer la...nk takut apa? ...
sesasaku Post at 13-7-2012 11:38



dia ni dulu pernah 'bertelagah' dgn menteri yg jaga polis...kata menteri campur tangan urusan polis... kira berani gak lah dia lawan bos dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2012 11:53 AM | Show all posts
ni si deris jala dengan team PEMANDU nye saja yang nak tunjuk kata dah buat keja sebab gaji telah dibayar
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 11:55 AM | Show all posts
emmmm lumrahlah...berapa ramai je pun yg berani komplen bos2/ komplen keburukan bila tgh keje??....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 11:57 AM | Show all posts
memang keje perdana menteri dan menteri2 menipu...tak kan hang pa tak tau depa menipu sejak 1957 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 11:59 AM | Show all posts
Tak perlu sorok fakta, jenayah memang meningkat, kata Musa Hassan

betul sesangat, buat apa nak sorok2 fakta
jenayah berlaku hari2 tak kira masa dan tempat.

JB ni segala mcm penyangak,penyamun,perompak,perogol ada.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 12:00 PM | Show all posts
salah satu jenayah kat malaysia ni byk dibuat oleh indon...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 12:01 PM | Show all posts
pencen dh jalan, baru berani cakap
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 12:07 PM | Show all posts
dia ni dulu pernah 'bertelagah' dgn menteri yg jaga polis...kata menteri campur tangan urusan  ...
flight714 Post at 13-7-2012 11:50



    bkn ke masa dia nak kena bersara tuh mcm terpinga2 bila reporter tny dia nak pencen dlm 1 majlis, x lama lps tuh terus tutup buku...betul la kot, klu dia lurus ckp je mmg x lama la
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 12:09 PM | Show all posts
skrg dia lecturer..ada terjumpa dia, sgt la sempoi. naik pesona je klu x silap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2012 12:10 PM | Show all posts
ni si deris jala dengan team PEMANDU nye saja yang nak tunjuk kata dah buat keja sebab gaji telah di ...
evolutionary Post at 13-7-2012 11:53


aku dengar gosip kata deris jala lpas ni pun nak stop ketua pemandu. psl tak larat nak menipu & asik kena dengar ckp bos dia. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 12:12 PM | Show all posts
Penduduk bertambah, jenayah haruslah naik...inilah bahana masing2 naik tunjuk prestasi KPI NKRA pekejadah semua...statistik boleh je nak dimanipulasi
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 12:13 PM | Show all posts
aku dengar gosip kata deris jala lpas ni pun nak stop ketua pemandu. psl tak larat nak menipu &  ...
kazaraf Post at 13-7-2012 12:10


PEMANDU, Talent Corp...semua nak melingkup dah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 12:14 PM | Show all posts
ala sorok mcm mana pon, tak kan la kita x tau.. yg hari2 masuk paper org kena ragut la, umah kena rompak la.. tak kan menurun.. kalu menurun sekali sekala je kita dgr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.176848 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list