Fizo Omar seorang pelakon “7 Petala Cinta” dan merupakan usahawan muda perniagaan serunding telah menerangkan gambar mesranya yang tersebar di lama sesawang baru-baru ini. Gambar mesranya bersama Diana Nasir (merupakan kakak kepada Anzalna Nasir) adalah cuma sebagai kawan biasa sahaja. Mereka tidak keluar berdua tetapi bersama dengan rakan-rakan yang lain bersama ke Litar Sepang.
Diana Nasir juga merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja.
“Saya dengan Diana hanya kawan biasa. Tidak lebih daripada itu. Ketika gambar tersebut diambil, kami bukan berdua-duaan sebaliknya ada rakan-rakan yang turut serta ke Litar Sepang tempoh hari. Kami tiada apa-apa hubungan istimewa dan hanya berkawan biasa.”
Jawapan macam ni jawapan selamat yang biasa kita dengar. Tapi biasa gosip-gosip begini yang menjadi kenyataan. Tak gitu? OH ARTIS: KEPADA PEMINAT FIZO OMAR ADALAH LAGI PELUANG TU.
P/S : Seperti biasa kalau gossip ni dah ada atau momod rasa tak ada nilai gossip, dipersila kan buat apa yg patut
Lawa gak eh kakak dia nie...
ninjago Post at 16-7-2012 10:34
Dalam pic kat atas ni nampak lawa gak. Aku pasan pasal dia ni semlm bila baca Harian Metro, segmen pasal restoran2 sedap yg ada kat Mesia nih. Artis jemputan Diana Nasir yg di bawak dtg ke restoran tu utk rasa makanan kat situ. Naik terjojol mata aku nak cam kan sapa Diana Nasir ni. Nama tak kenal, tengok gamba dlm Harian Metro tu pun tak kenal. Last2nya aku tanya Pocik Gugel. Rupa2nya kakak si Anzal. Tp pic dlm Harian Metro tu tak lawo
Dalam Metro Ahad semlm bila suruh komen pasal masakan kat restoran tu, gigih bercerita dok Tasmania 8 thn jadi tak berapa tahan makan pedas. Suka masakan pedas yg dihidang kat restoran tu tapi lidah tak boleh terima kononnya. Alahai.....mengada sungguh statement. Show off sangat