CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
1234Next
Return Post new threads
Show: 5303|Reply: 91

BARU:Bayi 4 bln yg didera pengasuh koma akibat pendarahan dlm otak

[Copy link]

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 19-7-2012 04:26 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login


Muhammad Taufik menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah manakala (gambar kecil) ibu bapa mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat mengenai anak mereka.


Alor Setar: Bayi berusia empat bulan koma akibat pendarahan dalam otak di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini. Muhammad Taufiq Daniall Amriizwan tidak sedarkan diri sejak 20 Jun lalu. Bapa bayi malang itu, Amriizwan Ibrahim, 29, membuat laporan di Balai Polis Langgar di sini, pada 21 Jun lalu kerana mengesyaki anaknya didera ketika ditinggalkan di rumah pengasuh.



Amriizwan berkata, pada 20 Jun lalu, isterinya menerima panggilan daripada pengasuh memaklumkan anak mereka menangis. Tidak lama kemudian, Taufiq tidak sedarkan diri, sebelum tubuhnya menjadi kebiruan dan tidak lagi bernafas. Isteri saya terus membawanya ke Hospital Kulim (HK) dan pihak hospital memaklumkan anak saya sudah meninggal dunia kerana kekurangan oksigen.


Bagaimanapun, doktor sempat menyelamatkan anak saya sebelum meminta kami merujuknya ke HSB untuk pemeriksaan lanjut, katanya ketika ditemui di HSB di sini, semalam. Taufiq dibedah pada hari sama jam 11 malam. Doktor memberitahu ada pendarahan beku dalam otak dan matanya menyebabkan anak saya koma sehingga sekarang. Malah, pihak hospital turut mengesyaki anak saya didera, katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh, berkata setakat ini siasatan mendapati tiada kesan cedera pada luaran badan mangsa. Polis sudah ambil keterangan daripada pengasuh terbabit dan hasil siasatan akan dimajukan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana kecuaian, katanya ketika dihubungi, semalam.


Awal bulan ini di Johor Bahru, seorang bayi tiga bulan, Muhammad Zafran Anaqi patah kaki dan tangan kirinya akibat didera pengasuh.






P/s : Apa nak jadi ngan pengasuh skrg ni..sedih sangat tauuuu
^ Lihatlah Dunia Dari Mata Burung ^
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 19-7-2012 04:28 PM |All posts
sedihnya
knowledge built intelligent minds but manners built good character
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 19-7-2012 04:30 PM |All posts
pengasuh yang tak diasuh...



macam ni la jadinya.. cian baby jadi mangsa
^ Lihatlah Dunia Dari Mata Burung ^
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 19-7-2012 04:32 PM |All posts
Ya Allah, sian nye baby ni...
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 19-7-2012 04:32 PM |All posts
nak sangat jadi pengasuh tp dera anak org..pengasuh2 ni 'keje' sebab duit je kot..
aku taw keje pengasuh bukan senang..
  28.02.09 till now  
Reply

Props Report

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 19-7-2012 04:34 PM |All posts
kalau pengasuh camni, yg depa tau duit saja, bukannya ikhlas pun mengasuh....
~syukran~
Reply

Props Report

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 19-7-2012 04:36 PM |All posts
anak sendiri ada gi la dera..gi dera anak org buat apa.:@
05/05/13 - 05/05/14
Setahun sudah berlalu
Papa dlm kenangan
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 19-7-2012 04:36 PM |All posts
ape dosa anak ni sampai nk dera mcm tu sekali...banggang la pengasuh tu....!!!!
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 19-7-2012 04:39 PM |All posts
pi la hantar lagik umah pengasuh yg takder apa2 basic dalam penjagaan dan pendidikan kanak2...
facebook.com/selipargombak

Harapan Baru Rakyat Malaysia
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 19-7-2012 04:40 PM |All posts
lagi plak hantar pengasuhyang jaga lebih dari 3 orang babies..memang naseb la kan, yang tertonggeng, yang berak, yang kencing bocor..macam2 lagi
Tanya sama kangkung.
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 19-7-2012 04:45 PM |All posts
tengok baby ni, ingat anak aku. pendarahan otak jugak. mcm nilah keadaan dia masa koma dulu. la ni jadi OKU lah. tak bleh bjalan, cakappun takat mak abah sajork. tapi aku sangat sayangggggg dia.
Reply

Props Report

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 19-7-2012 04:54 PM |All posts
kalau ada anak baik bela sendirilah dan pantau nursery


dan ini  juga menunjukkan


sesiapa yg ada degree in child psychology, kursus at least diploma penjagaan kekanak

boleh jadi usahawan buat  nurseri kat tempat tempat kerja - tapi  yang berkualiti dan selamat lah...

bagi  maid jaga well...i tak caya
able was I ere I saw Elba
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 19-7-2012 05:16 PM |All posts
tengok baby ni, ingat anak aku. pendarahan otak jugak. mcm nilah keadaan dia masa koma dulu. la ni j ...
syifaa Post at 19-7-2012 16:45



    kenapa dengan anak kau? kena dera jugak ke?
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 19-7-2012 05:53 PM |All posts
Reply 11# syifaa


    kesiannya...semoga kau tabah membesarkannya
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 19-7-2012 06:55 PM |All posts
kesiannyaaa babyyy

moga sembuh spt sediakala....

kdg2 kesian gk pd makpak yg terpaksa antar anak2 ke pengasuh/nurseri ni..byk risiko..tp tu jer la pilihan yg ada..takkan nk antar kg suh atuk nenek lak yg jaga..kecuali diorg offer tu lain la kn...(ni la jugak antara sebab aku tak keja, nasib baik gaji laki cukup utk tanggung mkn mnum sekeluarga..walau tak mewah tp kmi gembira)
Reply

Props Report

Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15Rank: 15

Post on 19-7-2012 10:43 PM |All posts
tengok baby ni, ingat anak aku. pendarahan otak jugak. mcm nilah keadaan dia masa koma dulu. la ni j ...
syifaa Post at 19-7-2012 15:45



    moga diganjari syurga. amin..
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.......
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 19-7-2012 11:10 PM |All posts
kesian sgt kat Baby tu.. dah ler comelll.... semoga mak bapak dia tabah dah semoga dia sebuh..aminnn..
Danial, Fitri & Dania
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 19-7-2012 11:15 PM |All posts
Reply 11# syifaa


    semoga tuhan merahmati kamu
NM Creativa
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 19-7-2012 11:17 PM |All posts
kesihan sangat dari sihat sekarang terlantar, tapi tulah pengasuh tetap menjadi pujaan hati ramai ibu bapa
hari ini..
http://chibouqui4.blogspot.ca/
Reply

Props Report

Rank: 11Rank: 11Rank: 11Rank: 11

Post on 19-7-2012 11:25 PM |All posts
ni yang aku hangin satu badan nie...nak je aku hempuk pengasuh tu sampai koma.
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 19-7-2012 11:27 PM |All posts
apa lah salah yg baby tu buat sampai patah tangan dan kaki..
subhanalLah..
nama pun baby..
apa yg dia tahu..kita kasi makan dia makan..
kita suruh tidur..dia tidur..
kalau penat rasa jaga budak..jgn jadi pengasuh..
pi la jdi bonser kelab malam ke..
hari2 boleh tunjuk taiko..
mesti mak ayah baby ni menyesal habis..
ambil iktibar..
anak mungkin Allah berikan 2 3 4..mungkin 10 orang..
tapi mrk dihadirkan dlm pakej berbeza antara satu sama lain..
sedih betul lah dgr baby2 kena dera mcm ni..
IMIMIZ..miss u each day as time goes by
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 19-7-2012 11:29 PM |All posts
Fobia aku nk anta baby kt umah pengasuh la klo cenggini
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 19-7-2012 11:30 PM |All posts
Reply 11# syifaa


    syifaa..baby u yg kat avatar tu yer..
    kena dera jgk ke..
    smoga Allah bagi kamu 1001 kekuatan jaga anak ni yer..
IMIMIZ..miss u each day as time goes by
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 19-7-2012 11:31 PM |All posts
ni yang aku hangin satu badan nie...nak je aku hempuk pengasuh tu sampai koma.
mikasa Post at 19-7-2012 23:25



    jom kita hempuk berjemaah..kalau boleh sampai juling atau terjuih bijik mata  pengasuh tu..
IMIMIZ..miss u each day as time goes by
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 19-7-2012 11:34 PM |All posts
kulim bandar kecik tp byk cerita menarik di dalamnya
Reply

Props Report

1234Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 25-10-2014 05:16 AM , Processed in 0.172735 second(s), 38 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top