CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7111|Reply: 91

BARU:Bayi 4 bln yg didera pengasuh koma akibat pendarahan dlm otak

[Copy link]
Post time 19-7-2012 04:26 PM | Show all posts |Read mode

■ Muhammad Taufik menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah manakala (gambar kecil) ibu bapa mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat mengenai anak mereka.


Alor Setar: Bayi berusia empat bulan koma akibat pendarahan dalam otak di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini. Muhammad Taufiq Daniall Amriizwan tidak sedarkan diri sejak 20 Jun lalu. Bapa bayi malang itu, Amriizwan Ibrahim, 29, membuat laporan di Balai Polis Langgar di sini, pada 21 Jun lalu kerana mengesyaki anaknya didera ketika ditinggalkan di rumah pengasuh.



Amriizwan berkata, pada 20 Jun lalu, isterinya menerima panggilan daripada pengasuh memaklumkan anak mereka menangis. “Tidak lama kemudian, Taufiq tidak sedarkan diri, sebelum tubuhnya menjadi kebiruan dan tidak lagi bernafas.Isteri saya terus membawanya ke Hospital Kulim (HK) dan pihak hospital memaklumkan anak saya sudah meninggal dunia kerana kekurangan oksigen.


“Bagaimanapun, doktor sempat menyelamatkan anak saya sebelum meminta kami merujuknya ke HSB untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika ditemui di HSB di sini, semalam. Taufiq dibedah pada hari sama jam 11 malam. “Doktor memberitahu ada pendarahan beku dalam otak dan matanya menyebabkan anak saya koma sehingga sekarang. Malah, pihak hospital turut mengesyaki anak saya didera,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh, berkata setakat ini siasatan mendapati tiada kesan cedera pada luaran badan mangsa. “Polis sudah ambil keterangan daripada pengasuh terbabit dan hasil siasatan akan dimajukan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana kecuaian,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Awal bulan ini di Johor Bahru, seorang bayi tiga bulan, Muhammad Zafran Anaqi patah kaki dan tangan kirinya akibat didera pengasuh.






P/s : Apa nak jadi ngan pengasuh skrg ni..sedih sangat tauuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2012 04:28 PM | Show all posts
sedihnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2012 04:30 PM | Show all posts
pengasuh yang tak diasuh...



macam ni la jadinya.. cian baby jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 04:32 PM | Show all posts
Ya Allah, sian nye baby ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 04:32 PM | Show all posts
nak sangat jadi pengasuh tp dera anak org..pengasuh2 ni 'keje' sebab duit je kot..
aku taw keje pengasuh bukan senang..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 04:34 PM | Show all posts
kalau pengasuh camni, yg depa tau duit saja, bukannya ikhlas pun mengasuh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2012 04:36 PM | Show all posts
anak sendiri ada gi la dera..gi dera anak org buat apa.:@
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 04:36 PM | Show all posts
ape dosa anak ni sampai nk dera mcm tu sekali...banggang la pengasuh tu....!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2012 04:39 PM | Show all posts
pi la hantar lagik umah pengasuh yg takder apa2 basic dalam penjagaan dan pendidikan kanak2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 04:40 PM | Show all posts
lagi plak hantar pengasuhyang jaga lebih dari 3 orang babies..memang naseb la kan, yang tertonggeng, yang berak, yang kencing bocor..macam2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 04:45 PM | Show all posts
tengok baby ni, ingat anak aku. pendarahan otak jugak. mcm nilah keadaan dia masa koma dulu. la ni jadi OKU lah. tak bleh bjalan, cakappun takat mak abah sajork. tapi aku sangat sayangggggg dia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 04:54 PM | Show all posts
kalau ada anak baik bela sendirilah dan pantau nursery


dan ini  juga menunjukkan


sesiapa yg ada degree in child psychology, kursus at least diploma penjagaan kekanak

boleh jadi usahawan buat  nurseri kat tempat tempat kerja - tapi  yang berkualiti dan selamat lah...

bagi  maid jaga well...i tak caya
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 05:16 PM | Show all posts
tengok baby ni, ingat anak aku. pendarahan otak jugak. mcm nilah keadaan dia masa koma dulu. la ni j ...
syifaa Post at 19-7-2012 16:45



    kenapa dengan anak kau? kena dera jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 05:53 PM | Show all posts
Reply 11# syifaa


    kesiannya...semoga kau tabah membesarkannya
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 06:55 PM | Show all posts
kesiannyaaa babyyy

moga sembuh spt sediakala....

kdg2 kesian gk pd makpak yg terpaksa antar anak2 ke pengasuh/nurseri ni..byk risiko..tp tu jer la pilihan yg ada..takkan nk antar kg suh atuk nenek lak yg jaga..kecuali diorg offer tu lain la kn...(ni la jugak antara sebab aku tak keja, nasib baik gaji laki cukup utk tanggung mkn mnum sekeluarga..walau tak mewah tp kmi gembira)
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 10:43 PM | Show all posts
tengok baby ni, ingat anak aku. pendarahan otak jugak. mcm nilah keadaan dia masa koma dulu. la ni j ...
syifaa Post at 19-7-2012 15:45



    moga diganjari syurga. amin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2012 11:10 PM | Show all posts
kesian sgt kat Baby tu.. dah ler comelll.... semoga mak bapak dia tabah dah semoga dia sebuh..aminnn..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 11:15 PM | Show all posts
Reply 11# syifaa


    semoga tuhan merahmati kamu
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 11:17 PM | Show all posts
kesihan sangat dari sihat sekarang terlantar, tapi tulah pengasuh tetap menjadi pujaan hati ramai ibu bapa
hari ini..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 11:25 PM | Show all posts
ni yang aku hangin satu badan nie...nak je aku hempuk pengasuh tu sampai koma.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.070748 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list