CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5440|Reply: 11

Tamadun Purba memang hebat!

[Copy link]
Post time 23-7-2012 08:03 AM | Show all posts |Read mode
Tidak dinafikan bahawa terdapat teknologi pada zaman dahulu menyamai teknologi yang ada pada hari ini. Saban hari, banyak bukti mula muncul yang membuktikan bahawa manusia pada zaman purba sememangnya kreatif dan berteknologi tinggi.

Namun bergitu, tiada bukti menunjukkan manusia pada zaman tersebut menggunakan sebarang jentera atau mesin miskipun hasil tinggalan monumen yang ditemui menyerupai produk yang dihasilkan oleh jentera atau mesin.

Saintis percaya bahawa manusia pada zaman dahulu telah mencapai satu tahap di mana mereka mampu untuk membina bangunan atau monumen yang besar dan cantik yang mana ia sempurna daripada segi geometri, arkitertur dan seni hiasan.

Tamadun yang hilang, ilmu pengetahuan turut jua hilang
Namun, entah bagaimana, ilmu itu hilang dan seni tersebut lenyap ditelan zaman. Ini dapat dilihat daripada Tamadun Mesir yang mana tamadun mereka lenyap bersama-sama teknologi yang mereka rintis. Malahan, bahasa mereka iaitu Koptik turut lenyap bersama-sama teknologi mereka. Padahal, bahasa Koptik adalah bahasa asal kitab Taurat yang dianugerahkan Allah swt kepada Musa as sebelum diterjemah kepada bahasa Ibrani semasa mereka berada di tanah Kanaan.

Bilangan tamadun yang berada di bumi Allah ini sangatlah banyak. Apabila hilang satu tamadun, maka berdiri pula tamadun yang lain pula. Dan apabila tamadun itu pula lenyap, berdiri pula tamadun lain. Dan bergitulah seterusnya sirat perjalanan sesuatu tamadun.

Jadi tanpa membuang masa,dilampirkan beberapa bukti manusia purba mempunyai tamadun yang hebat menyamai tamadun kita pada hari ini.

1.         Easter Island-Chile
Easter Island adalah pulau yang cukup mengagumkan. Di pulau ini terdapat ratusan batuan megalith yang diukir menjadi kepala-kepala manusia. Batuan-batuan kepala manusia ini bersaiz 20 kali ganda daripada manusia dewasa. Berat satu-satu batuan tersebut dianggarkan 2 tan dan lebih. Sehingga ke hari ini, saintis masih lagi berteka-teki tentang bagaimana mereka mampu mengangkut batu tersebut untuk didirikan di tempat-tempat yang batu tersebut berada sekarang. Ini kerana kuari atau sumber batu megalith tersebut yang paling dekat adalah sejauh 15 hingga 20 kilometer.!



2.        Sacsayhuaman(Saqsaywaman)
Sacsayhuaman adalah sebuah komplek kubu purba yang terletak di bandar purba Curzo di altitud 3,701 meter. Sacsayhuaman telah diwartakan sebagai UNESCO World Heritage pada 1983. Sacsayhuaman dikagumi daripada beberapa binaannya yang sangat jitu dan sempurna.



Di sini pengunjung bakal menyaksikan susunan batuan yang membentuk dinding dengan ukuran yang tersangat jitu. Ibarat yang paling mudah adalah tiada sehelai kertas pun dapat menembusi celahan-celahan batuan tersebut. Batuan yang kebanyakkannya 5 kali ganda daripada manusia itu membentuk barisan-barisan dinding yang berbentuk mata gergaji daripada udara.



Dipercayai, pada zaman kegemilangan Sacsayhuaman dahulu, terdapat tiga buah menara yang berada di tengah-tengah komplek tersebut. Ketiga-tiga menara tersebut dikenali sebagai Muyucmara, Paucar Mara dan Sallac Mara. Tinggalan ketiga-tiga menara tersebut masih lagi boleh di lihat di komplek purba ini.



3.        Petra
Petra adalah sebuah bandar purba yang terletak di Jordan. Dipercayai, ia mula dibina sekitar kurun ke-6 masihi oleh bangsa Nabataen. Bangsa Nabatean adalah bangsa yang sangat mahir dalam seni pertukangan batuan gunung. Di bandar purba Petra, pengunjung bakal takjub dengan ukiran yang sempurna dan halus.

Tidak seperti monumen-monumen lain di dunia, Petra dibina pada batu gunung yang ditebuk dan diukir. Di dunia Arab, Petra adalah tempat yang sangat mashyur dan diperkatakan oleh ramai orang. Namun, orang-orang hanya mengetahui pada tahun 1812 setelah diperkenalkan oleh seorang orientalis daripada Switzeland, Johann Ludwig Burckhardt.

Pada zaman kegemilangan Petra, bandar purba ini adalah pusat kebudayaan dan keagamaan. Dipercayai bahawa masyarakat Jahiliyyah Mekah yang menyembah tuhan berhala wanita iaitu Latta, Uzza dan Manat berasal daripada tamadun ini.



4.        Puma Punku
Puma Punku atau Puma Puncu adalah satu daripada sebahagian besar monumen yang berada di Tiwanuku Site di Tiwanuku, Bolivia. Di sini, terdapat tinggalan-tinggalan batu-batuan jenis keras iaitu Megalith. Batuan ini mempunyai ukuran dan potong yang jitu dan bersegi. Ia jelas menunjukkan bahawa monument di Puma Punku adalah monumen yang dibina secara khusus oleh manusia. Monumen-monumen ini dipercayai musnah sekitar abad ke-5 masihi selepas dilakukan beberapa ujian radiocarbon C14. Batuan paling besar di sini adalah bersaiz 7.81 meter tinggi dan 5.17 meter lebar.!




kredit takusahrisau.wordpress.com





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2012 10:36 PM | Show all posts
sebenarnye zaman tamadun dahulu tlh mencapai tahap kegemilangan dr segi politik dan sosial..

.mgkin adakalanya lebih hebat dr tamadun skrg...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 12:15 AM | Show all posts
yg kat easter island tu dorang korbankan pokok2 yg ada kt pulau tu untuk bawak2 batu besar tu.dan ketamakan untuk buat batu besar tu jugak puinca utama kepupusan tamadun dorang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 12:52 AM | Show all posts
kalau sesenag cuba laa  cari dan baca, 2 epik India kuno  (Mahabarata dan Rama) yang cukupmembuatkan kita tertanya-tanya akan kebenarannya ,..yang hingga kini masih menjadi peristiwa misteri bagi seluruh dunia.
Dari kuno, membangun, berkembang sedikit demi sedikit dan maju sampai la ke hari ini.
Atau
Dari biasa, menjadi maju, semakin maju, soper maju, kemudian kuno dan neik perlahan-perlahan hingga kini.
Manusia pertama adalah  Adam (as), seme penganut agama langit setuju hal ini. Adam dan Hawa (Adam & Eve). Kalau baca buku kisah Adam (as) atau tengok cerita dalam tv, latar tempat mesti menggambarkan padang pasir, pokok2 kurma, gunung batu, unta, burung……. Atau jauh berbeza..?Bila dengar perkataan ‘purba’, ‘zaman dahulu’, ‘zaman nabi-nabi’ dahulu.. pasti perkara pertama yang terlintas difikirkan ialah situasi yang agak kuno, tiak begitu bertamadun, tida adateknologi dan sebagainya  dikira ketinggalan.

Tapi kenapa tidak kite fikir sesuatu yang berbeza. Teknologi, mesin-mesin canggih, teknologi gelombang dan sebagainya. Kalu di’Google’ ..berkenaan teknologi zaman kino. Sudah banyak blog dan forum yang bincang perkara ni. Perang nuklear zaman hindu purba, mesin terbang, reaktor nuklear, leser ,jantong palsu pada mummy mesir dan macam-macam lagik. Jadi dah memang ramai yang tahu ,orang zaman dahulu memang dah ada teknologi seperti zaman ini. Atau mungkin mereka lebeh maju dan bertamadun dari kiter sekarang.Hakikatnya, bukti kukuh tentang kelemahan hipotesis pengikut Darwin boleh ditemui dalam rekod arkeologi,..Kini, ramai evolusionis akur bahawa penemuan arkeologi tersebut langsung tidak menyokong darwinisme. penah seurang ahli arkeologi evolusionis, Richard Leakey, mengakui bahawa dakwaan terhadap penemuan-penemuan itu adalah mustahil dari perspektif teori evolusi, terutamanya peralatan batu..seurang ahli arkeologi, paul bahn dalam bukunya yang bertajuk Archaeology: A Very Short Introduction, menjelaskan bahawa evolusi manusia adalah cerita dongeng semata-mata, dan menambah bahawa banyak sains yang berdasarkan cerita dongeng seumpamanya. Beliau bertegas bahawa perkataan ‘dongeng’ digunakan dalam makna positif, tetapi hakikatnya itulah yang sebenarnya. Beliau kemudian mengajak pembacanya untuk memikirkan tentang ciri-ciri tradisional evolusi manusia: memasak dan unggun api, gua yang gelap, upacara, pembuatan alatan, penuaan, perjuangan dan kematian. Beliau ternyata merasa ragu, berapa banyak daripada andaian ini yang berdasarkan kepada telulang dan tinggalan sebenar, dan berapa banyak yang berlandaskan kriteria ...sastera sebenarnya..w.a
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 02:53 AM | Show all posts
menarik...citer la lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 08:56 AM | Show all posts
betullah dua2 cerita menarik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2012 09:58 AM | Show all posts
nabi adam diturunkan dalam keadaan berilmu. anak2 baginda ada yg boleh menternak, ada yg boleh bertani. rujuk peristiwa qabil & habil
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 04:05 AM | Show all posts
tamadun tamadun
datang dan pergi
bangsa yang kuat akan membina tamadun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2012 11:11 AM | Show all posts
oic.. tol gak tu.. tq2
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2012 08:12 AM | Show all posts
Best
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2012 03:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 10:44 PM | Show all posts
Posibble x..kata laa 1000 thn akan dtg manusia dah mampu buat time machine...

Dan mereka pi kat tpt ni...way before ade mende2 ni...pastu gunakan teknologi moden buat mende ni....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.074884 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list