CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3978|Reply: 37

Macam mana utk stay positif?

[Copy link]
Post time 24-7-2012 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Sye nak mintak pendapat forumer sume.. mcm mana nak stay positif bila kte diuji oleh Allah dari sume sudut..belajar..cinta..duit.. Letih dah nak memotivasikan diri.
Mula-mula masalah belajar..ntahla harap2 bleh grad.. tu je harapan. Bukan x try utk beri tumpuan..tp tu lah.. ada je benda terjadi buat kte xleh nak fokus. Try utk buat kaedah A.. x menjadi. Kaedah B.. x reti2 gak buat.. last2 pusing2 ikut bulatan tu je la. Skarg dah masuk thn ketiga. Bila supervisa mintak thesis dan jurnal..alamak kelam kabut habis. Otak plak dah x secergas dulu.. Siap mmg boleh siap.. tp agak lembap la pulak.
Pastu dtg plak masalah cinta. Mmgla dah hampir setahun putus. Tp syg tu masih ada. Bukan xtry nak lupakan. Tp sbb bila ditinggalkan tanpa alasan..buat hati ni susah nak accept dan paham. Senang cite masih mengharapla sbbnya ktorg mmg xde gaduh apa pun. Baru2 ni dpt tau plak dia dah ada kekasih baru. Muda giler plak tu. Budak lps SPM. Beza belasan tahun. Yg paling sakit hati bila budak tu siap pos kat FB setiap aktiviti yg dibuat bersama. Baru 2bln kenal dah panggil abang sayang. Mmgla aku dah xberhak..tp tu la kan.. hati susah sgt nak pujuk. Sibuk nak tau perkembangan semasa si dia
Jadinya kwn..mintakla pandangan sume..mcm mana nak stay positif. Teruk dah sye rasa hidup sye ni. Sye dah try baca Al-Quran..berzikir..solat sunat..tp still x overcome. Malah at this moment.. semakin teruk rasanya. Hari nangis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2012 12:58 PM | Show all posts
Bahana putus cinta masa study
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2012 01:07 PM | Show all posts
camrey posted on 24-7-2012 12:58 PM
Bahana putus cinta masa study

Sye rasa ni dua benda berbeza kot. Masalah study ni sblm bercinta dah ada problem. Lagipun umo bukan semuda budak degree tu.. Jadi bila dah agak lewat mcm ni n tak menjadi sume benda affected.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 01:10 PM | Show all posts
yg duk stalk si ex tu lagi buat apa
tu namanya xde masalah cari masalah
dia x appreciate ko, so why bother? org camtu ke ko nak buat peneman hidup?

yg bab study tu, kalau rasa dah xleh cope, tukar major / course
kalau x sanggup tukar, settlekan masalah xleh lupa ex tu. tu main problem ko sebenarnya

xde salah pun menangis time solat ke baca quran ke... kalau dah air mata tu nak keluar, biar je dia keluar. nak ngadu time doa tu ngadu la puas2, kasi keluar sume. lepas tu dah, move on. mmg la ko akan kata, "ko tidak di tempat aku, etc." well that's life. ada pasang surut.

ni bulan puasa ni, amik kerberkatan Ramadhan utk tambahkan ibadat, usaha, pahala. rugi je ko spend your Ramadhan dgn menangis bawah bantal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 01:14 PM | Show all posts
- cari bf baru
- jangan dikenang barang yang lama,lantak gf dia sekarang la nak panggil apa
- dah dapat bf baru,panggil la ape pun nak.
- banyakkan berdoa bulan puasa ni,samada untuk pelajaran,life atau family.hidup ni bukan sekadar nak bercinta sahaja.
- jom nanti kita join berbuka sama2 ramai2.
- nak pesbuk
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 01:16 PM | Show all posts
camrey posted on 24-7-2012 12:58 PM
Bahana putus cinta masa study

camrey pernah putus cinta ke...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-7-2012 01:24 PM | Show all posts
tajul186 posted on 24-7-2012 01:14 PM
- cari bf baru
- jangan dikenang barang yang lama,lantak gf dia sekarang la nak panggil apa
- dah  ...

ayat yg last sye rasa kelakar.. Tq
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 01:26 PM | Show all posts
AmmaroHagemaru posted on 24-7-2012 01:24 PM
ayat yg last sye rasa kelakar.. Tq

facebook dah on dah ni,tinggal nak send fren request je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2012 01:27 PM | Show all posts
awan_kelabu posted on 24-7-2012 01:10 PM
yg duk stalk si ex tu lagi buat apa
tu namanya xde masalah cari masalah
dia x appreciate ko, so wh ...

Rough but true.  I never realiize how I have becomes a stalker lately.. Tq for reminding me
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2012 01:31 PM | Show all posts
tajul186 posted on 24-7-2012 01:26 PM
facebook dah on dah ni,tinggal nak send fren request je...

Hahahahha.. kelakar.. rasa sedih kurang sikit.. Send la request..hahhahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 01:33 PM | Show all posts
AmmaroHagemaru posted on 24-7-2012 01:27 PM
Rough but true.  I never realiize how I have becomes a stalker lately.. Tq for reminding me

jadi stalker mmg best, esp bila dapat new info. kalau good kind of info xpelah, tapi info mcm new gf tu? adoii sakit ati je kan
tapi lepas tu bila dah xde apa2 nak dikorek, you're lusting for more. pastu mula la mengabaikan benda2 lain sbb duk fokus camne nak dapat info terbaru.

we're not getting any younger... so gunakan masa sebaik2nya



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2012 01:39 PM | Show all posts
Last edited by AmmaroHagemaru on 24-7-2012 01:41 PM \n\n
awan_kelabu posted on 24-7-2012 01:33 PM
jadi stalker mmg best, esp bila dapat new info. kalau good kind of info xpelah, tapi info mcm new  ...

Haah.. betul.. sakit hati tp nak gak tgk apa yg dah terjadi .. Oh what a waste. But thanks to u I realize it now

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 01:53 PM | Show all posts
salam TT.

untuk berfikiran positif & kekalkan ke.positif.an tu kan, 1st sekali diri kita ni kena positif. bersihkan hati. bersihkan fikiran. dan lepas tu kekalkan. ada masa, kita akan rasa penat. jadi berehat la sekejap. lepas tu teruskan la kehidupan. yg mungkin jadi masalah adalah bila kita penat tu, biasanya kita akan berfikiran negatif. ye la, tengah penat kan. kita akan tertanya2. kita akan mempersoalkan. kita akan ada syak wasangka. dan selepas itu kita akan mula mencari alasan, cuba menyalahkan sesuatu untuk memujuk hati ataupun menutup kesalahan/kekurangan yg barangkali sebenarnya kita sendiri adalah puncanya.

kenapa walaupun (rasanya) kita dah berusaha sedaya upaya, tapi sesuatu yg kita nak tu, kita tak dapat? kenapa walaupun (rasanya juga) kita dah puas solat & berdoa, tapi nampaknya masih belum dimakbulkan? kenapa agaknya?

agaknya ko pun akan bosan kot kalau aku kata "Allah Maha Mengetahui" ataupun "Tuhan akan berikan apa yg kita perlu, bukan apa yg kita mahu". tapi cuba la... kalau boleh, buang jauh2 segala prasangka & putus asa tu. sbb akhirnya, cuma ko sahaja yg boleh tolong diri sendiri. doa, tanpa usaha, tak boleh kan. dan orang lain hanya boleh beri nasihat & semangat, sedangkan asa & usaha itu adalah atas kawalan ko sendiri.

cuba fokus kat study tu. fikirkan masa depan. adakah berbaloi untuk ko perjudikan ataupun menghancurkan sendiri masa depan ko, hanya kerana perkara2 ataupun orang2 tertentu yg mungkin la jatuh dalam kategori 'remeh temeh'. ko kena setkan priority ko. dalam hidup ni, ada benda yg kita kena letakkan keutamaan. kepentingan. dan untuk survive, kadang2 tu kita kena pentingkan diri sendiri.

kalau merancang untuk buat sesuatu, pastikan sentiasa (kalau boleh) ada plan A & plan B. jangan hanya buat plan dalam fikiran. tuliskan. atas kertas. sebab & alasan. kesan & akibat. listkan. buat points. plan A gini. plan B gitu. cuba bayangkan selangkah dua ke hadapan. "kalau aku buat A, nanti jadi gini gini gini". "tapi kalau aku buat B, jadi gitu gitu gitu pulak". pilih mana yg terbaik untuk diri ko, disesuaikan dengan keadaan & keperluan. lepas dah pilih salah satu, contohnya ko pilih A, lepas tu buat pulak backup plan untuk yg A tu. plan C & D. kalau la plan A tu gagal. bukan la nak fikir yg negatif. tapi kita kena fikir & rancang. dan untuk merancang, kita kena ada balance. positif & negatif. baru la dapat pros & cons.

tentang kekasih lama tu, tak payah la dok mencari2 lagi. lepaskan & lupakan. buat apa la ko masih mencari sedangkan ko tahu ianya akan menyakitkan hati ko sendiri? dalam hal ni, ko menganiaya diri sendiri. mungkin la dia kejam & menganiaya ko bila meninggalkan tanpa apa2 pesan. tapi ko tak perlu tambahkan lagi dengan aniaya diri sendiri. itu lebih kejam daripada perbuatan dia sebenarnya. so, move on. cuba. kalau dia boleh bahagia, kenapa ko tak boleh bahagia? kalau dia boleh cari pengganti, kenapa ko tak boleh? kadang2 tu, ada hikmahnya kenapa satu2 perhubungan tu gagal. bukan sbb dia tak cukup baik, ataupun kita yg tak cukup baik; cuma Allah itu sebaik2 Perancang. kalau kita berikan hati kita yg baik & elok kepada manusia, dia akan menghancurkannya. tapi kalau kita serahkan hati kita yg hancur tu kepada Allah, Dia akan mengubatinya. Insya Allah.

untuk melepaskan & melupakan, kita kena redha. kena ikhlas. kena memaafkan. kalau ada kebencian ataupun penyesalan, buangkan. sbb ianya akan merosakkan hati. kalau ada rasa dendam atau cemburu dengan keadaannya sekarang, buangkan. sbb ianya akan merosakkan jiwa. okay? cuba redha. cuba maafkan. dan untuk redha & memaafkan, kita kena ikhlas. nak buat apa2 sekalipun, kena ikhlas. menuntut ilmu pun perlukan keikhlasan. beribadat pun kena ada keikhlasan. keikhlasan itu adalah pencuci & penyuci hati. adanya hati yg bersih akan automatik buat kita rasa tenang & bahagia.

semoga berjaya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 01:55 PM | Show all posts
tt tgh wat tesis masters ke phd? kalo dah sampai ke thp itu, slalunye super akn lpskan wat keje sorang2 ... cer carik geng camni. uni ade supp grup x? umo jgn jdkan alasan ... kalo slow xperlah ... asal smpai. slow boat 2 china, kayuh pelan2 akhirnye sampai gak ... insyaAllah. jgn banding2 ngan org len ... len org len speed, len cara keje. len cabaran. kire mcm2 lah len.

x penat ke stalk ur ex ... sakit ati lg ... gasak dielah kalo dia nk bcinta ngan budak2 ... kot mentaliti dia mcm budak2 gak sbb tu budak2 yg tpikat kat dia. alamak ... kureng da pahale pose meow delete jerlah dia fr ur fb, x bbaloi pon - buang ms, buang tenaga, buang airmate ... kotlah tt ni jenis yg mleleh ... so baiklah buang mamat tu.

meow suke baca buku dont be sad tu ... v calming 4 me



Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 02:02 PM | Show all posts
redha...kite rancang Allah yg atur...
tringat bleh tp jgn merintih melara sgt...
anggp semua tu ujian...bkn mslh...


psss....psn tuk diri sendiri gak neh
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 02:27 PM | Show all posts
Sedia menerima kenyataan dan hiduplah dalam reality kehidupan yang sebenar.  Kalau masih berpegang padang kenangan, berfikiran macam2 dan suka bersangka itu ini sampai bila pun tak akan ada kesudahannya.  Kena buang semua yang negatif barulah dapat yang positif.  Hati pun dengan sendirinya akan menjadi tenang.  Kalau baca Al-Quran dan berzikir beribu2 pun tapi dalam hati masih gundah gulana fikiran masih bercabang2 mana nak dapat ketenangan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2012 02:42 PM | Show all posts
cari kwn baru..sibuk kan diri dgn baca novel ke pe ke..janji leh lupe an die tok seketika,insya'allah nanti lame2 boleh jgk lupe..
mule2 mmg laa ssh..dulu sy pn mcm tu gak..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 03:08 PM | Show all posts
AmmaroHagemaru posted on 24-7-2012 01:07 PM
Sye rasa ni dua benda berbeza kot. Masalah study ni sblm bercinta dah ada problem. Lagipun umo buk ...

ak penah rase mcm mane kau rase TT. .
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 05:38 PM | Show all posts
Rasanya dalam forum ni ramai je yg alami masalah yg lebih kurang sama mcm TT..tp atas diri masing2 camne nak motive diri sendiri.. aku pun pnah alami.. ada sorg hamba Allah tu, sahabat aku pun pernah alami masalah yg lagi teruk..dari zaman study.. kena reject dgn bf lebih 3 kali..stalk fb ex bf..motivate diri, cari pengganti..dpt yg lebih baik dari ex dia..tapi Allah uji dia lagi berat, baru setahun kawen, husband dia tu mengadap Ilahi.. kena diberhentikan keje...tapi yang aku tahu, kwn aku ni seorang yg sgt bermotivasi & positif...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 06:47 PM | Show all posts
NEMESIS posted on 24-7-2012 01:53 PM
salam TT.

untuk berfikiran positif & kekalkan ke.positif.an tu kan, 1st sekali diri kita ni kena  ...

Insap aku baca komen nemesis....
Aku pun kadang-kadang mcm TT....bila aku down, aku mcm tak jumpa arah....cuma aku rasa aku perlu melangkah & melangkah. aku tak boleh berhenti melangkah....apa yang akan aku pijak di hadapan, cuma mampu berserah pada Allah.  

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.079438 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list