CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2847|Reply: 18

?Seruan dari langit bakal berlaku pada 15 Ramadhan 2012?

 Close [Copy link]
Post time 31-7-2012 08:31 PM | Show all posts |Read mode
Copy paste dari blog
http://johneox.wordpress.com/15- ... laikat-dari-langit/

As salam, alhamdulilah syukur ke hadrat Allah swt kerana masih memberi saya kekuatan untuk berkarya dan menulis artikel ini. Dibulan Ramadhan yang penuh dengan baraqah ini saya terdetik untuk menulis sesuatu yang pernah saya bahaskan sebelum ini pada awal tahun 2011 iaitu artikel bertajuk “2012 : TARIKH KIAMAT ATAU KERAMAT”. Sebenarnya ketika dalam merangka untuk menulis kisah terbaru bertajuk “As Sufyani” yang bakal akan di terbit dalam bulan Ramadhan ini, saya terpanggil untuk memuatkan satu artikel baru yang pendek dan sedikit berkait dengan kisah misteri yang bakal terjadi pada bulan ramadhan tahun 2012. Kisah tersebut adalah mengenai dakwaan tentang suara keras dari langit yang mengerun yang juga merupakan amaran kepada sekelian umat manusia. Kebetulan baru-baru ini saya menemui sesuatu info yang agak berkait dengan kisah tersebut yang juga mungkin dapat saya kongsikan bersama anda semua, insyallah.

Mengikut perhitungan saya kejadian itu diramal akan terjadi pada tarikh 15 Ramadhan 1344H atau 3 Ogas 2012 bersamaan dengan hari Jummat.  Sama dengan hadis Nabi mengenai huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan yang ketika itu akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit. Pada kajian dan ramalan saya suara keras yang amat dahsat tersebut kemungkinan akan muncul pada waktu sebelum subuh atau sebelum terbit fajar. Hadis Nabi di bawah ini mungkin ada kaitan dengan peristiwa tersebut.

Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah “, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

Dalam kitab Ad­Duratun Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah ada membahaskan sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Said, Ummu Salamah, Aisyah bin Malik dan Huzaifah Al-Yamani ada menyatakan bahawa salah satu tanda kemunculan Imam Al Mahdi ialah datang dua seruan dari langit. Seruan yang pertama iaitulah seruan daripada langit dengan katanya, “Ketahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad.” (Dan seruan kedua) iaitulah seruan syaitan dengan katanya, “Ke­tahuilah olehmu bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya dari ketuarga Isa.” (Lihat Ad­Duratun Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah)

Suara keras tersebut adalah suara malaikat dari langit yang bertujuan untuk memberi peringatan dan amaran kepada sekelian manusia tentang akan kemunculan Al Mahdi dan juga Dajjal Al Masih.

Disebut bahawa seruan malaikat dari langit tersebut berkata :

“Wahai (sekalian) manusia, sesungguhnya Allah telah membinasakan orang-orang yang zalim, orang-orang munafik dan sekutu-sekutu mereka. Allah telah mengangkat seorang yang terbaik dari umat Muhammad SAW sebagai pemimpin kamu semua. Oleh itu, sambutlah dia di Makkah. Dia adalah al-Mahdi yang bernama Ahmad bin Abdullah.”

Suara malaikat itu dapat didengar oleh semua orang dengan jelas, dapat difahami oleh setiap manusia, menurut bahasa masing-masing, sehingga yang sedang tidur akan terjaga, yang terlena akan turut mendengarnya. Suara itu terdengar seperti dekat dengan telinga mereka. Mereka saling bertanya kepada orang yang di sebelahnya sama ada turut mendengar apa yang dia dengar itu atau tidak. Yang tinggal di Malaysia akan bertanya kepada rakannya yang tinggal di negara jiran yang lain mengenai hal yang sama, begitu juga yang tinggal di negara-negara lain.

Semoga peringatan tersebut dapat memberi satu iktibar dan keyakinan yang mendalam kepada sekelian umat muhammad saw dan juga untuk diri saya bahawa kita sebenarnya sudah semakin hampir ke penghujung akhir zaman dan semakin hampir  kita untuk bertemu dengan Allah swt. Berbanyaklah membuat amalan yang soleh dan tinggalkanlah segala amalan terkeji, sesungguhnya janji Allah itu benar, Syurga dan Neraka Allah itu benar, Perhitungan dan Pembalasan itu sesuatu yang pasti.

Allhualam.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2012 02:26 AM | Show all posts
pernah dengar pasal ni tak lama dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 02:34 AM | Show all posts
Hadis2 yg dinyatakan bukan hadis sahih kan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 05:05 AM | Show all posts
YANG PALING PENTING ialah bersediakah kita untuk kiamat kecil?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 05:27 AM | Show all posts
saya bukan  apa, sayan nak pastikan adakah ini

a) SUMBER SAHIH ?

kalau ya - fine ,  kalau ...?

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 05:28 AM | Show all posts
sebab  kalau tak dari sumber dua ni al quran dan hadith then....

lagi satu kemunculan imam mahdi tanda besar kiamat.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2012 10:31 AM | Show all posts
aku prnah terbaca bhw hadith ni bukan hadith sahih...

tp mempercayai berlakunya kiamat adalah slh satu rukun iman...



Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 10:47 AM | Show all posts
Berkaitan riwayat:

عن النبي صلى الله عليه وسلم قال " يكون صوت في رمضان , ومعمة في شوال , وفي ذي القعدة تحازب القبائل , ويومئذ ينتهب الحاج , وتكون ملحمة عظيمة بمنى يكثير فيها القتلى , وتسيل فيها الدماء وهم على عقبة الجمرة " حديث ضعيف وعن بن مسعود رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : " إذا كانت صيحة في رمضان فإنه يكون معمعة في شوال , وتمييز القبلائل في ذي القعدة , وتسفك الدماء في ذي الحجة , المحرم وما المحرم ؟ ! – يقولها ثلاثا – هيهات هيهات , يقتل الناس فيها هرجا هرجا ( أي قتلا ) قال : قلنا : وما الصيحة يا رسول الله صلى ؟ قال: هدة في النصف من رمضان ليلة جمعة , في سنة كثيرة الزلازل , فإذا صليتم الفجر من يوم الجمعة فادخلوا بيوتكم , وأغلقوا أبوابكم , وسدوا كواكم , ودثروا أنفسكم , وسدوا آذانكم , فإذا أحسستم بالصحية فخروا لله سجدا , وقولوا : سبحان القدوس , سبحان القدوس , ربنا القدوس , فإنه من فعل ذلك نجا , ومن لم يفعل ذلك هلك

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Diriwayatkan oleh Nu'aim dalam Musnadnya (1/225) dari Abi Lahi'ah dengan sanad dho'if (LEMAH). Begitu juga dengan jalan Al-Walid dari Ibn Yazid dari qatadah sedangkan Al-Walid di situ Mudallis (MENGELIRUKAN)

Begitu juga dengan sanad-sanad lain yang lemah dan ada yang palsu.

Juga diriwayatkan dalam Majma' Az-Zawa'id (7/310) dan Tabrani dengan sanad terdapat Shar bin Husyab yang dinilai dho'if dan Al-Buhtari yang majhul (tidak dikenali).  Diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam Mustadrak (4/563) dengan sanad terdapat Maslamah bin Ali yang dinilai sebagai Matruk (tidak diriwayatkan darinya)

Hadith ini dinilai sangat lemah dari sudut sanad-sanadnya.


Imam Az-Zhahabi berkata:

وقد صنف كتاب " الفتن " فأتى فيه بعجائب ومناكير.

سير أعلام النبلاء - (10 / 609) مؤسسة الرسالة

Dia (Nuaim bin Hammad) adalah penulis Kitab al-fitan, telah memuatkan banyak riwayat yang pelik dan munkar (bertentangan dengan riwayat sahih).


Imam Al-Qurtubi berkata:

إن ما أخبر به النبي صلى الله عليه وسلم من الفتن والكوائن أن ذلك يكون، وتعيين الزمان في ذلك من سنة كذا، يحتاج إلى طريق صحيح يقطع العذر، وإنما ذلك كوقت قيام الساعة، فلا يعلم أحد أي سنة هي، ولا أي شهر.

Maksudnya:

Apa riwayat daripada Rasulullah s.a.w. tentang fitnah dan perkara2 yg bakal berlaku, pengkhususan masa berlakunya pada tahun tertentu, maka ianya memerlukan kepada sanad yang sahih untuk menyanggah keuzuran (tohmahan terhadap kebenaran peristiwa tersebut) Ia seperti waktu berlakunya kiamat, maka tiada orang yang tahu pada tahun bila mahupun pada bulan berapa... (rujuk At-Tazkirah)


Penerangan dari JAKIM


Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do'if Jiddan atau Maudu' (PALSU). Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas. Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar.  Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam Nubala' ; " Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban-keajaiban dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat. Dia juga banyak mengambil hadith dari orang-orang yang tidak dikenali dan diragui.

Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).

Wallahu a'lam...semoga kita berhati2 dgn hadith-hadith seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya...

Wassalam...

Bahagian Penyelidikan JAKIM
Cawangan Akidah,
P.P (T.T)
29 Julai 2009


Last edited by mnm77 on 1-8-2012 10:51 AM \n\n

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2012 10:52 AM | Show all posts
SO ini hadith yg lemah sangat dan palsu.


shall i close this thread TT?

jawapan dah diberikan.



KIAMAT kecil yg itu yg kita kira dulu.

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 11:27 AM | Show all posts
let's say berlaku kat Malaysia. since saya tinggal di California, which is 15 hours behind Malaysia, mak saya boleh call kasi tau yang besok saya akan dengar benda sama ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 12:03 PM | Show all posts
ramai dok heboh2 ttg konspirasi iluminati yg akan letupkan stadium olimpik london tu pada 15 Ramadhan ni.  Pernah juga terbaca ttg projek HARRP yg guna teknolopgi canggih utk buat suara keluar dari langit atau bentuk awan yg peling2...Mungkin juga tarikh 15 Ramadhan dipilih geng ni supaya umat Islam percaya padahal fitnah semata....

another conspiracy...heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 03:30 PM | Show all posts
misslivina posted on 1-8-2012 02:34 AM
Hadis2 yg dinyatakan bukan hadis sahih kan?

penah jugak terbaca yg mengatakan tu adalah hadis daif...wallahualam..

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 03:33 PM | Show all posts
lebih baik fikirkan tentang perkara yg betul dr perkara yg diragui kesahihannya..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 04:24 PM | Show all posts
Orang-orang yang BERPIKIR KECIL (kerdil) suka membicarakan orang.
Orang-orang yang BERPIKIR RATA-RATA suka membicarakan peristiwa atau kejadian.
Orang-orang yang BERPIKIR BESAR suka membicarakan gagasan atau ide.

Berpikiran KECIL menghasilkan GOSIP.
... ... Berpikiran RATA-RATA menghasilkan PENGETAHUAN.
Berpikiran BESAR menghasilkan SOLUSI.

Berhati-hati laH dlm berfikirr...

-/Muhammad Qeis
rembat dr fb

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 04:37 PM | Show all posts
yg penting jage lah amalan anda
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2012 09:12 PM | Show all posts
setiap amalan bermula dgn niat,hadirnya niat dari dalam hati...selalulah bersihkan hati

jgn nanges ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2012 12:11 AM | Show all posts
kucingblue posted on 1-8-2012 11:27 AM
let's say berlaku kat Malaysia. since saya tinggal di California, which is 15 hours behind Malaysia, ...

you tak nak  masuk sekali ke kalau  seseorg tu kat north pole dan south pole?

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2012 01:17 AM | Show all posts
dah bnyak cite2 cm neh, tapi versi yg berbaza..
cam yg sape ckp, mempercayai hari kiamat tuh rukun iman, n kite tak taw bile malah nabi kekasih Allah pown tak taw..
so ntok perkara2 cam neh aku tak leh terima sangat..
kita tak taw ape akan jadi hari mendatang, Allah jea maha mengatahui..
kalo kite leh kire or ramal bencana or musibah nk jadi, tuh dah kiri menyamai sifat Allah..
boleh terbatal iman taw.. walaupon cam remeh jea bende neh..
so kite as makhluk mmg tak leh nk kua or mempercayai any statement or kajian para saintis sekalipon dlm kes2 cam neh lah..
juz kite harus taw hari kiamat tuh ade n makin dekat..
aku bukan nk blagak alim, just nk share sikit ilmu yg ade..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2012 04:35 PM | Show all posts
hati2.....dengan ramalan yg tbukan dari hadis2 sahih....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.143364 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list