India bakal lancar misi ke Marikh NEW DELHI 3 Ogos - India merancang untuk melancarkan misi angkasa lepas ke Marikh pada 2013 bagi mengkaji iklim dan geologi planet tersebut. Menurut Pengarah Organisasi Kajian Angkasa Lepas India(ISRO), Deviprasad Karnik, misi tersebut akan dijalankan selepas mendapat pengesahan daripada pihak atasan ISRO. Roket pelancar Polar Satelit akan digunakan untuk membawa kapal angkasa ke Marikh dan dijangka berlepas dari Sriharikota, selatan negeri Andhra Pradesh. - AFP
|