CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putr@polo

[Jenayah] Angkara kekasih panas baran, remaja perempuan berusia 16 tahun koma dibakar!!

[Copy link]
Post time 24-8-2012 12:31 PM | Show all posts
Changa posted on 24-8-2012 11:29 AM
Maaf naj tanya rumah panjang itu gimana iya! Adakah sama dgm rumah panjang sakai di sarawak?

Ada ke suku Sakai buat rumah panjang Kat Sarawak? Agak2 la bikin statement kalo kurang akal pun.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2012 12:31 PM | Show all posts
moga di jatuhkan hukuman yg setimpal.. tengok muka pun dah macam mintak pelempang..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 12:33 PM | Show all posts
mysara posted on 15-8-2012 09:31 AM
urban bebeno keluarga ni
suhoor pun diizinkan anak utk keluar dgn lelaki bukan muhrim
gila ke hape ...

si mama angkat je pun..bukan mama dia betul...tp seriesly knp dibenarkan keluar pukul 3 pg sedangkan umur baru 16 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 12:49 PM | Show all posts
hmmm... ank2 skrg ni umo baru stahun jagung dh memandai nk berkasih2an...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 01:33 PM | Show all posts
noor2 posted on 23-8-2012 09:42 PM
menaip dalam gelap ke changa

Rasanya Changa pakai iPhone kut. iPhone akan auto correct words yg tak di recognized nya. Tapi kdg2 ntah word apa2 yg diganti.




Hampun Changa jika saya salah agak.






Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 01:48 PM | Show all posts
dapat jugak tangkap akhirnya.. :@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2012 02:14 PM | Show all posts
Orange1 posted on 24-8-2012 01:33 PM
Rasanya Changa pakai iPhone kut. iPhone akan auto correct words yg tak di recognized nya. Tapi kdg ...

owh,...okie...tq..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 02:31 PM | Show all posts
saspek kena tangkap kat desa rejang kan? kat situ banyak betul kes kan. kalau tengok fb pdrm ada je wanted person beralamat di desa rejang. itu hari 2 org adik beradik perempuan bawah umur dicari pasal kes dadah 39B. orang desa rejang gak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2012 03:09 PM | Show all posts
bodoh la org yg subahat sorokkan budak tu. x psl2 sama terbabit
aku tengok muka dia sambil2 jelir lidah tu rasa nak tampo2 jek
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 06:51 PM | Show all posts
DARI HARIAN METRO

‘Bertapa’ 10 hari
Oleh Muhammad Apendy Issahak dan Kalidevi Mogan Kumarappa
am@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Suspek utama disyaki membakar Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, yang kini koma sejak kejadian 13 Ogos lalu akhirnya ditahan awal pagi semalam ketika dalam keadaan ‘lalok’ (khayal) akibat pengaruh dadah bersama lima rakan, empat daripadanya wanita.
   Remaja lelaki berusia 18 tahun itu yang juga kekasih mangsa ditahan kira-kira jam 3.30 pagi bersama lima rakan berusia 18 hingga 20 tahun di dalam sebuah rumah panjang di Setapak Jaya, di sini, yang jaraknya hanya kira-kira lima kilometer dari lokasi Nurul Firzanah dibakar.     Sumber polis berkata, serbuan diketuai Pegawai Siasatan Kanan Jenayah  dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul (Zon Setapak), Asisten Superintendan Shan Gopal bersama sepasukan anggota hasil risikan dan maklumat orang awam.     Menurutnya, siasatan polis mendapati sejak kejadian 10 hari lalu suspek tidak keluar dari rumah itu yang menjadi tempat persembunyiannya bagi mengelak ditahan polis selepas gambarnya disebarkan di media.
Sebelum serbuan dilakukan, polis membuat pemantauan di rumah berkenaan selama hampir lima jam bermula jam 11.30 malam dan serbuan dilakukan menerusi pintu belakang dan depan secara serentak.
“Suspek cuba melarikan diri, namun dapat dicekup dan ketika itu dia dan rakan-rakannya didapati berada di bawah pengaruh dadah, malah polis turut menemui peralatan menghisap dadah di rumah berkenaan,” katanya.
   Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah yang dihubungi semalam mengesahkan penahanan suspek utama itu serta lima rakannya.
   Menurutnya, hasil pemeriksaan di rumah berkenaan polis turut menemui beberapa bahan bukti penting, antaranya pakaian dengan kesan minyak petrol yang dipercayai digunakan suspek semasa membakar mangsa.  “Polis turut merampas telefon bimbit suspek selepas mendapati di dalamnya terdapat beberapa mesej berbaur ugutan antara suspek dan mangsa,” katanya.


   Ku berkata, selain suspek, lima individu yang ditahan bersamanya turut didapati positif dadah dan semua mereka kini direman  lima hari bermula semalam untuk siasatan yang dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
   Sementara itu, bapa Nurul Firzanah, Mat Zaki Mat Hussin, 45, yang dimaklumkan mengenai tangkapan suspek mengucapkan rasa syukur dan tahniah di atas kejayaan polis.

“Alhamdulillah, solat hajat dan doa kami sekeluarga serta orang ramai dimakbulkan Allah. Kami berharap dia (suspek) akan menerima pembalasan setimpal dengan apa yang dilakukannya terhadap anak saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
   Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi 13 Ogos lalu, Nurul Firzanah yang keluar bersama suspek disimbah petrol sebelum dibakar di kawasan semak berhampiran Flat Wangsa Sari, Seksyen 1, Wangsa Maju, hingga menyebabkan dia koma manakala 25 peratus tubuhnya terutama bahagian muka hingga paras pinggangnya terbakar.
   Harian Metro Selasa lalu melaporkan remaja itu berkemungkinan akan koma untuk tempoh antara tiga hingga enam bulan kerana Mat Zaki diberitahu doktor terpaksa memberinya ubat pelali supaya dia terus tidak sedarkan diri.
   Menurutnya, rawatan itu adalah terbaik untuk mangsa kerana Nurul Firzanah yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan bertambah teruk dan sakit jika dia sedar daripada koma dalam masa terdekat.

Last edited by kalwawi65 on 24-8-2012 06:54 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 07:00 PM | Show all posts
kwsn rumah aku..
kecik2 dulu x cmni pon
owh setapak jaya
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 07:02 PM | Show all posts
Changa posted on 24-8-2012 11:29 AM
Maaf naj tanya rumah panjang itu gimana iya! Adakah sama dgm rumah panjang sakai di sarawak?

sarawak takde sakai la hangguk
sakai ada di semenanjung aje
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 07:16 PM | Show all posts
rayna_raynes posted on 24-8-2012 07:02 PM
sarawak takde sakai la hangguk
sakai ada di semenanjung aje

MAAF YE. kEPADA YANG GUNA PERKATAAN SAKAI TU INGATLAH PERKATAAN TU AMAT SENSITIF BAGI MSYARAKAT ORANG ASLI TERUTAMA SEMENANJUNG NI. TAK CAYA CUBA TANYA KAT ORANG ASLI..PENGHINAAN KAT MEREKA.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 07:24 PM | Show all posts
kalwawi65 posted on 24-8-2012 07:16 PM
MAAF YE. kEPADA YANG GUNA PERKATAAN SAKAI TU INGATLAH PERKATAAN TU AMAT SENSITIF BAGI MSYARAKAT OR ...

yang suka gelar2kan org itu ini tu...depa ummah teragung,.......ummah melayu perasan hebat...biasa yang suka gelar2 kan manusia lain ni org melayu juga...gelar org cinabukitla..kelingla..sakaila...pprtla...feldala.............apa nak jangka dari mulut melayu.....biarjela..

hampoonnn....

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 07:26 PM | Show all posts
ni mesti keh  ling ...selalugeng kehh ling yg suka sgt bako bako nih
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 07:36 PM | Show all posts
good job polis!

kasik pelempang berdas2 sikit kat budak sengal nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2012 08:33 PM | Show all posts
kalwawi65 posted on 24-8-2012 06:51 PM
DARI HARIAN METRO

‘Bertapa’ 10 hariOleh Muhammad Apendy Issahak dan Kalidevi Mogan Kumarappa

bermasalah punya budak....dadah, pukul, bakar.....bapa dia poliskan??

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 08:48 PM | Show all posts
kalwawi65 posted on 24-8-2012 07:16 PM
MAAF YE. kEPADA YANG GUNA PERKATAAN SAKAI TU INGATLAH PERKATAAN TU AMAT SENSITIF BAGI MSYARAKAT OR ...

Sakai tu kan nama suku orang asli di Semenanjung? Kalau dia orang Sakai, apa nak disensitipkan? Lain la dia orang Senoi tapi dipanggil Sakai, haruslah dia marah.

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 09:46 PM | Show all posts
kalwawi65 posted on 24-8-2012 06:51 PM
DARI HARIAN METRO

‘Bertapa’ 10 hariOleh Muhammad Apendy Issahak dan Kalidevi Mogan Kumarappa

bapak pompuan ni tak kena charge sekali ker?
bila malaya nak jadi macam jepun, boleh charge sekali parents nya..

kes cuai camni, at least charge kasik kaunseling/kursus rumahtangga/kursus agama..
supaya tak jadi parents yg bodo lagi..

Last edited by capiloton on 24-8-2012 09:50 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 10:57 PM | Show all posts
sharfox posted on 24-8-2012 08:48 PM
Sakai tu kan nama suku orang asli di Semenanjung? Kalau dia orang Sakai, apa nak disensitipkan? La ...

Jika pernah baca Buku Siri Bercakap dengan Jin  1  (SBDJ)- Episod 16 rasanya dulu penulisnya Tamar jalis dalam keluaran asal yang disiar di majalah Variasari menggunakan tajuk - Bertarung Dengan bomoh Sakai- terpaksa meminda kepada tajuk Bertarung Dengan Bomoh Orang Asli- kerana ada kalangan orang  asli yang tersinggung dengan perkataan itu dan menulis surat pada Variapop group supaya diubah perkataan  Sakai ke Orang Asli. . Macam India kita panggil Keling. Begitulah adanya.Sakai bagi orang tua-tua orang asli bermakna hamba abdi.Penghinaan tu.Suku orang asli yang utama di Semenanjong :-
Negrito Kensiu Kintak Lanoh Jahai Mendriq Bateq Senoi Temiar Semai Semoq Beri Jah Hut Mahmeri Che Wong  Melayu Proto Orang Kuala Orang Kanaq Orang Seletar Jakun Semelai Temuan Last edited by kalwawi65 on 24-8-2012 11:50 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.232178 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list