CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9352|Reply: 105

[Tempatan] Pensyarah UiTM: Dasar air percuma kerajaan negeri Selangor 'tak bijak'

[Copy link]
Post time 27-8-2012 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Pensyarah UiTM: Dasar air percuma 'tak bijak'
  • Bernama
  • 10:41AM Ogos 26 2012

Dasar kerajaan negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lestari, kata seorang ahli akademik.

Prof Dr Suhaimi Abdul Talib berkata dasar itu menyebabkan hasil bagi kerajaan negeri terus merosot yang akan sebaliknya memberi manfaat atau berguna bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur.

"Walaupun pemberian air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air," katanya dalam satu temu bual dengan Bernama hari ini.

Dr Suhaimi, yang juga Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi Mara (UiTM), memberi amaran," Kita tidak mempunyai limpahan bekalan air yang tidak terhingga. Kita perlu sedar bahawa sumber-sumber air semakin berkurangan berikutan peningkatan permintaan yang mendadak."

Beliau berkata negeri itu akan sampai pada satu peringkat di mana ia tidak lagi dapat menarik air mentah dari sumber luar dan sumber air yang baru akan perlu datang bergantung kepada bagaimana ia dapat menguruskan sumber dalamannya sendiri dengan cara yang terbaik.

Dr Suhaimi berkata beliau menentang dasar air percuma kerana persoalan berhubung kemampuan bukan satu isu di Kuala Lumpurr.

"Jika kita perlu membayar bil air kita sebanyak RM40 sebulan, apa sangat dengan RM40? Anak anda belanja lebih daripada RM40 ke atas (telefon bimbit) prabayar. Jadi, ia bukan satu persoalan mengenai kemampuan. Kita sepatutnya membayar bagi bil air kita."

Dr Suhaimi berkata rakyat negeri Selangor perlu dididik supaya mengubah tanggapan mereka mengenai air dengan cara menghargai nilai sebenar air dan ini tidak boleh dilakukan selagi mereka mendapat bekalan air percuma.

"Rakyat negeri Selangor kena guna air secara berhemah supaya setiap penduduk dapat mengurangkan penggunaan sebanyak 20 peratus. Ini bermakna kapasiti di empangan-empangan kita boleh meningkat 20 peratus. Ini adalah sesuatu yang kita terlepas pandang."

Beliau berkata negara-negara maju telah menukar daripada pengurusan sumber air kepada pengurusan permintaan sambil menambah "kita perlu mengawal rakyat yang menggunakan air."

"Hanya ada satu cara bagi kita untuk memastikan penggunaan air secara lestari. Kita mesti mengubah tingkah laku kita terhadap air dan hanya melalui pengubahsuaian tingkah laku, membolehkan kita mengekang permintaan yang tidak terkawal. Sudah tentu, permintaan akan meningkat tetapi kadar peningkatan itu boleh dikawal," kata Dr Suhaimi.

Dr Suhaimi menjelaskan jika peningkatan tarif air tidak dapat dielakkan, katakan setiap beberapa tahun, ia perlu wajar dan dengan persetujuan kerajaan.

"Maksudnya begini: Dalam negara ini, apa sahaja (bayaran bagi) barangan dan khidmat yang akan dinaikkan akan memberi gambaran buruk ke atas kerajaan. Ini kerana kita biasanya mendapat apa sahaja dengan percuma atau melalui subsidi.

Jadi bila anda cuba untuk mengambilnya balik, orang ramai akan kata ini hak kami, jadi masalahnya dengan rakyat Malaysia adalah ini..ia bukan persoalan mengenai kemampuan, kita boleh membayar tetapi ia satu persoalan mengenai kesediaan individu itu untuk membayar."

Beliau berkata air yang merupakan keperluan asas bagi setiap orang, tidak sepatutnya diberi secara percuma kerana ia memberi makna bahawa komoditi yang berharga itu tidak mempunyai nilai.

- Bernama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2012 04:33 PM | Show all posts
Air Percuma: Selangor Sangkal Pandangan Ahli Akademik

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor menyangkal kenyataan seorang ahli akademik yang mendakwa dasar pemberian air percuma di negeri itu sebagai langkah tidak bijak dan bukan bersifat lestari.

Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata kenyataan tersebut dibuat tanpa bersandarkan fakta kukuh mengenai keberkesanan pelaksanaan dasar itu.

"Lebih baik beliau semak fakta daripada kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum buka mulut.

"Apa bukti yang beliau ada untuk sokong kenyataannya bahawa dasar air percuma menyebabkan hasil kerajaan negeri merosot," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Dr Suhaimi Abdul Talib bahawa dasar air percuma sejak empat tahun lalu gagal memberikan faedah jangka panjang kepada rakyat.

Katanya, walaupun pemberian air percuma dilihat baik dari segi faedah jangka pendek, namun ia tidak mendidik rakyat untuk menghargai air.

Mengulas mengenai kenyataan itu, Dr Xavier yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas berkata, berdasarkan sistem pengurusan yang terancang, kerajaan negeri berjaya mengumpul rizab tunai mencecah RM2 bilion sejak empat tahun yang lalu.

"Kalau kita gagal dalam sistem pemberian air percuma, bagaimana kita dapat jimatkan wang hampir RM2 bilion?" katanya.

"Kalau beliau ada fakta, saya cabar berdebat tentang isu air percuma," katanya sambil menambah bahawa kerajaan Selangor akan meneruskan dasar berkenaan yang disifatkan mampu memberi faedah kepada rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 04:34 PM | Show all posts
ooo iye ke...aq pn x tau, ingat ok je..pn
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 04:35 PM | Show all posts
harga mahal baru menghargai?

hahahha... sungguh artificial...

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 04:37 PM | Show all posts
nie bakal VC................ cerah masa depan (kalu BN masih berkuasa laa)
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 04:38 PM | Show all posts
yg bijak hanya mamakdir... takung air buat tasik di putrajaya jadi boleh la kroni dpt projek buat jambatan byk2 ...





(sempena bulan kermerdekaan)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2012 04:38 PM | Show all posts
camne ni nak guna kurangkan 20%..   pulas paip air kurang 1/5 la camni slow sikit air
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 04:39 PM | Show all posts
pulakkkkk ......
saya suka je dapat air percuma ... terimakasih kerajaan selangor ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2012 04:51 PM | Show all posts
apa daa....

Bagi percuma, sebat ajelah..
hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 05:03 PM | Show all posts
bakal VC? patut la ayat lain mcm je...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 05:05 PM | Show all posts
dia kalo susahkan idop rakyat dasar bijak...kalo senangkan idop rakyat otomatik jadi tak bijak
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 05:07 PM | Show all posts
kecimpret posted on 27-8-2012 05:05 PM
dia kalo susahkan idop rakyat dasar bijak...kalo senangkan idop rakyat otomatik jadi tak bijak

betul sangat dah tu. rakyat tak penting. yg penting dia dan kroni2 nya
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 05:09 PM | Show all posts
Air percuma: Pas Selangor sangkal pandangan profesor UiTM

WARTAWAN SINAR HARIAN
27 Ogos 2012

SHAH ALAM - Pas Selangor menyangkal pandangan seorang ahli akademik institusi pengajian tinggi awam tempatan yang mengatakan dasar Kerajaan Negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas sebagai langkah tidak bijak dan bukan bersifat lestari.


Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, kenyataan yang dibuat oleh Prof Dr Suhaimi Abu Talib dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) jelas memperlihatkan sikap sebenar Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak senang dengan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

"

Kenyataan yang dibuat itu menunjukkan bahawa profesor berkenaan tidak mengikuti perkembangam yang berlaku dalam negeri Selangor.

"andangan Dr Suhaimi sangat tersasar apabila beliau mengatakan hasil kerajaan Selangor merosot setelah dasar air percuma dilaksanakan," kata beliau sambil menambah, 

''apakah beliau tidak meneliti rekod rizab kewangan kerajaan Selangor sekarang ini berbanding rekod kewangan zaman BN'."

Katanya, "(sebelum 2008), BN tidak memberikan air percuma, tidak ada skim khairat kematian RM2,500, tidak ada hadiah RM1,000 masuk universiti, tidak ada skim anak kelahiran Selangor, tidak ada bantuan tadika, tidak ada skim taska, tidak ada pemeriksaan kesihatan percuma, tidak ada skim pembiayaan perniagaan Mimbar, tidak ada kebajikan kepada rakyat."

"Tetapi mengapa rizab Selangor sewaktu BN memerintah hanya berjumlah sekitar RM300 juta sedangkan apabila Pakatan Rakyat berikan berbagai kebajikan kepada rakyat Selangor termasuk air percuma, tiba-tiba rizab kewangan meningkat mencecah melebihi RM2 billion," kata beliau dalam satu kenyataan.

Suhaimi dipetik Bernama berkata, dasar itu menyebabkan hasil bagi kerajaan negeri terus merosot yang akan sebaliknya memberi manfaat atau berguna bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur.

"Walaupun pemberian air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air," katanya.

Suhaimi, yang juga Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT UiTM memberi amaran, "kita tidak mempunyai limpahan bekalan air yang tidak terhingga."

"Kita perlu sedar bahawa sumber-sumber air semakin berkurangan berikutan peningkatan permintaan yang mendadak," katanya lagi.

Sehubungan itu soal Khairuddin, apa asas Suhaimi apabila mengatakan kemudahan infrastruktur terabai.

"
&#8233as Selangor melihat beliau cuba mempertahankan dasar BN yang jelas gagal dalam mengurus kewangan negeri. 
&#8233as Selangor tekankan bahawa matlamat kerajaan adalah bukan untuk berniaga dengan rakyat.

"Tanggungjawab kerajaan memerintah adalah untuk menjaga dan memberi kebajikan kepada rakyatnya sebaik mungkin.
 
Dengan sebab itu kita percaya rakyat boleh menilai dan membezakan antara dasar Pakatan Rakyat dan dasar BN," katanya.

Sehubungan itu kata beliau, pihaknya mahu Suhaimi agar dapat mengkaji rekod yang ada, bukan membuat andaian politik semberono, sesuai dengan kedudukan beliau sebagai seorang profesor.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 05:10 PM | Show all posts
R2D2 posted on 27-8-2012 05:03 PM
bakal VC? patut la ayat lain mcm je...

mau carik makan............
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 05:16 PM | Show all posts
Acong posted on 27-8-2012 05:10 PM
mau carik makan............

lepas bersara. pencen dh jalan. baru hentam sama itu kerajaan!
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 05:21 PM | Show all posts
nak tanya.. bakal VC uitm nih setiap hari selepas bersenggama dengan bini yg hampir monopose dan pompuan simpanan di kondo ekslusip mandi wajib pakai air berbayor ker pakai air pree....??

jgn macam ada seorang pakcik tua yg aku kenali nih... dok negeri sembilan, tapi nak mandi wajib balik selangor sebab nak mandi wajib pakai air pree...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2012 05:23 PM | Show all posts
arab saudi tuh sumber hanya satu iaitu minyak.. tapi beratus2 benda semua sabsidi dari pemerintah... negara2 maju tuh bermacam2 benda subsidi.... siap dapat elaun bulanan lagik pada rakyat yg susah... tak bangkrup lak negara mereka.. malah lebih maju jerk....

camna laa bleh jadi VC universiti.. patut laa budak2 sekarang harap belajar U, tapi bodo2 belaka productnyer...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 05:34 PM | Show all posts
Negeri selangor sila amik nama pensyarah ni supaya rumah beliau di kecualikan di beri discount air. Beliau x suka dpt discount
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 07:14 PM | Show all posts
kecimpret posted on 27-8-2012 05:05 PM
dia kalo susahkan idop rakyat dasar bijak...kalo senangkan idop rakyat otomatik jadi tak bijak

itulah dia pensyarah kangkong adik beraddik prof kangkong.....kalau untung rakyat tak bijak kalaau untung kat kroni bijak...bila jual tanah milik melayu itu bijak kalau bagi kemudahan kat rakyat negara akan beangkrap.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 07:17 PM | Show all posts
totokreturn posted on 27-8-2012 05:21 PM
nak tanya.. bakal VC uitm nih setiap hari selepas bersenggama dengan bini yg hampir monopose dan pom ...

AN lah tewwwww....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.343916 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list