CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Jep Sepah dah besar kepala?

[Copy link]
Post time 4-9-2012 05:19 PM | Show all posts
joyah jeles jep, dpt bayaran tggi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2012 05:26 PM | Show all posts
asal pelawak payment tinggi je, kata demand ke hape

tak pikir ke keje perah otak dia , pikir idea etc2~

yg dok tulis brita bsumberkan si polan, si polan tu, tak ke dasar pemalas.korek dr porem pun melambak gak.
so, jgn la jeles kalo gaji cipotet sb malas nau!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 06:53 PM | Show all posts
ahkak sebagai jiran depan umah jepp kat Kulai tengok Jepp tak sombong pun...orait je dia...masih mcm dulu...
raya ni pun kata budak2 yg raya umah dia, dia bagi duit raya kat budak2 lebih sikit nilainya dpd biasa...berkongsi rezeki kot...tu yg rezeki dia pun murah skrg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 08:15 PM | Show all posts
aku musykil dgn si joyah ni...dia ada hbngan dgn mamat ke???? opsss
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 09:06 PM | Show all posts
onesix posted on 4-9-2012 08:15 PM
aku musykil dgn si joyah ni...dia ada hbngan dgn mamat ke???? opsss

hahaha... bole jadi gak ekk... mana tau
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 09:50 PM | Show all posts
biarlah jepp mintak bayaran tinggi, berbaloi dengan apa yang dia persembahkan kat penonton. aku xpenah xgelak dengan lawak jep.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2012 09:56 PM | Show all posts
biarla pelawak pulak popular...harapkan penyanyi, pelakon..nan hado...skandal sana sini adalah. yang wartawan ni nyibuk sangat pehal? baru jep tak tegur atau tak perasan dia, dah tuduh orang tu sombong, lupa daratan dan sebagainya...kebanyakan wartawan hiburan malaysia ni, kalau buleh nak selebriti2 tu sembah ratu kat dia orang, baru dia orang puji melangit...vongok!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 10:00 PM | Show all posts
ek eleh joyah ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2012 10:51 PM | Show all posts
ape nk heran...nama pun pelawak...mmg mcm tu la...macam nabil gak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 11:31 PM | Show all posts
Phuiiii sorry la ingat org nk caya bulat2 ker cite cmni...nmpk sgt nk pelingkup jep..abaikann
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 11:49 PM | Show all posts
jemahjacjon posted on 3-9-2012 04:26 AM
i lebih berminat nak tau produser mana yg dah pikat hati si jepp ni

kak mi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 12:31 AM | Show all posts
Jepp, harap2 nie cuma gossip jer

Jepp mmg best giler

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 10:19 AM | Show all posts
jonlabu posted on 4-9-2012 11:49 PM
kak mi ke?

kak mi kah???? nehi! i lagi bergetah, muda dan cantik ok kalau nk compare ngn kak mi itu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 03:59 PM | Show all posts
shahirakay posted on 4-9-2012 11:18 AM
samaaa.. tak nak speku ke? sapa? jeng jeng jeng

i baru lg. tak reti nk speku2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 04:08 PM | Show all posts
jepp...jeppp....hati kau keras...sanggup menolak cinta si joyah.



joyah ni buat citer sbb frust dgn jepp lettewwww!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 05:26 PM | Show all posts
dino posted on 4-9-2012 02:52 PM
mmg lawak org kg sgt....
btw dlm sapa dpt lisa mawi dok promot best jd org kg..... mesej kempe ...

suka gak citer siapa dapat lisa ni
walaupun jalan citer dia tipikal je tp bila tonton tak la rasa mcm tgk lawak bodo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2012 11:29 AM | Show all posts
Salah faham je tu..aku baca penjelasan jep kat kosmo...mungkin ada produksi crew rs tak sebulu dgn jep buat gossip gitu..

http://kosmo.com.my/kosmo/conten ... an&pg=hi_02.htm
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 11:41 AM | Show all posts
suka jep,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 11:52 AM | Show all posts
MS NI LA NK BINA DUIT.. LAU DIA BLE JEK RM, ITU DIA YG UNTUNG...

BAB BSAR KAPLA.... NO COMENT LA.. TNGU APA JEP CKP
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 12:18 PM | Show all posts
nie berita dr kosmo pasal isu nie
Dituduh besar kepala, Jep rasa kelakar
Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


JEP mengakui dakwaan lakonannya dia mahu menukar lokasi penggambaran sebuah produksi lakonannya, namun dia mempertahankan tindakannya itu.


ARTIS besar kepala seperti sudah menjadi lumrah dalam industri hiburan tidak kiralah yang baharu mahupun lama dalam industri seni. Baru-baru ini heboh gosip mengenai seorang artis komedi iaitu Jep dari kumpulan Sepahtu dikatakan semakin besar kepala meminta itu dan ini.
Bukan sahaja ingin menukar lokasi, malah Jep juga dikatakan sedang bercinta dengan seorang wanita dalam produksi yang terlibat bersamanya semasa penggambaran tersebut.
Inginkan kepastian, Kosmo! menghubungi Jep atau nama sebenarnya, Mohd. Nazri Zainal Abidin untuk meminta penjelasan tentang gosip tersebut. Ternyata, Jep mempunyai alasan dan jawapan tersendiri.
Kosmo!: Boleh ceritakan tentang perkembangan terkini anda?
JEP: Sekarang saya sedang terlibat dengan rakaman Betul ke Bohong? sebanyak 26 episod. Selain itu saya ada terlibat dengan penggambaran drama yang bakal disiarkan pada bulan September ini dan sebuah telemovie, kedua-duanya bersama RTM. Karoot Komedia X juga bakal disambung kelak bersama Astro.
Pasti anda tahu gosip yang mendakwa anda semakin besar kepala. Mungkin anda ada jawapan tersendiri?
Pada awalnya, saya terkejut juga. Melihat kepada judul gosip tersebut, memang tidak dinafikan ia menjejaskan periuk nasi saya. Sebenarnya, apa yang terjadi punya sebab tersendiri dan sepatutnya mereka terus tanya kepada saya mengenai perkara ini. Saya juga dikatakan bercinta dengan orang produksi. Bila baca semula, rasa kelakar pun ada.
Boleh anda jelaskan kenapa anda ingin menukar lokasi penggambaran seperti yang didakwa?
Apabila kita melakukan sebarang kerja, keselamatan harus diutamakan. Pastinya sesiapa sahaja berasa begitu. Setiap yang dilakukan itu memang saya ada penjelasannya. Lokasi drama itu ditukar kerana ia kurang sesuai dan agak berbahaya bukan sahaja kepada saya, malah kepada semua kru produksi.
Babak ketika itu di hospital tapi lokasinya ialah klinik bagi pesakit HIV. Saya terperanjat mengapa tempat seperti ini yang dipilih. Ini kerana, sedia tertulis, klinik tersebut bukan tempat untuk beristirehat, hanya untuk menjalankan sesi kaunseling serta ambil ubat.
Jadi setelah berbincang dengan semua, saya pun menyuarakan pendapat tersebut. Semua telah bersetuju sebenarnya, tapi tidak tahu pula ada yang bercakap di belakang.
Anda berasa kecewa dengan apa yang berlaku ?
Sejujurnya memang saya kecewa. Tapi benda pun sudah keluar dan terpulang kepada orang yang ingin menilai. Tapi, apa yang pasti, rakan-rakan dan sesiapa yang pernah berurusan dengan saya, terkejut dengan judul besar kepala yang ditujukan kepada saya. Saya tidak marah namun menganggap ini semua dugaan Allah SWT.
Tapi saya juga turut kecewa kerana saya sedang dalam perbincangan untuk menjadi duta sebuah produk. Setelah perkara ini disiarkan, saya mendapat panggilan bertanyakan hal ini. Tidak mengapa. Jika itu betul-betul rezeki untuk saya, pasti saya akan dapat.
Tidak dinafikan, rezeki anda kini semakin baik. Banyak juga tawaran yang diterima. Adakah selepas ini, anda mungkin akan memilih watak dan punya prinsip tersendiri?
Saya masih seperti biasa, tidak besar kepala. Sebelum ini juga saya tidak pernah berbuat demikian. Saya reda dengan dugaan yang mendatang, mungkin ada hikmahnya. Siapa yang sudah kenal saya, pasti tahu perangai saya.
Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada sesiapa yang mempercayai gosip tersebut?
Tiada apa-apa. Saya bukan jenis yang suka bergaduh atau bising, saya maafkan semua. Apa yang saya perlu ialah komen yang boleh membantu karier yang ingin saya bina ini. Sebagai manusia, mungkin dahulu saya buat silap, dan ini karma buat saya. Saya tidak sempurna.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.122646 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list