CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43356|Reply: 286

Linda Onn Malu Dan Terkilan Dipanggil `Bengong'...Lan Pet Pet Minta Maaf (pg.9)

[Copy link]
Post time 5-9-2012 11:51 AM | Show all posts |Read mode


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 5 SEPT 2012: Terkilan, malu dan terasa! Itulah perasaan yang boleh digambarkan oleh penyampai radio dan pengacara popular, Linda Onn setelah digelar 'bengong' oleh seorang pelawak di sebuah majlis yang diadakan pada bulan Syawal yang mulia. Menurut Linda, ini pertama kali dia mengalami pengalaman sedemikian dan nyata terkejut apabila di perlakukan sedemikian.

Walaupun ianya tidak digembar-gemburkan, perkara ini harus diperjelaskan agar ianya tidak berulang kepada pengacara dan pelawak lain. Portal murai.com.my telah menghubungi Linda Onn sendiri setelah membaca status laman rasmi Twitternya yang ditulis Linda pada minggu lalu.

"Dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh Tengku Mahkota, Perdana Menteri dan isteri, Menteri Besar, kenamaan dan jemputan yang lain saya telah dipanggil 'bengong' dan dia (pelawak) telah menunjukkan jari kepada saya dan mengarahkan saya turun dari pentas.

"Saya kurang jelas mengenai maksud sebenar dia berbuat demikian, namun begitu bagi saya dalam keterujaan berlawak masih ada batas dan etikanya. Ketika di panggil demikian saya tergamam, dan tidak tahu apa yang perlu saya buat.

"Ini bukan pertama kali saya berkongsi pentas dengan pelawak. Walaupun mereka ada 'lesen besar' untuk berlawak tetapi sesama pelawak mungkin mereka sudah arif dengan cara masing-masing. Tetapi sebagai pengacara saya kurang selesa apabila digelar sedemikian rupa,"ujarnya yang merasakan tindakan pelawak itu seolah menjatuhkan air mukanya.

Linda yang pernah mengacara bersama pelawak lain seperti Saiful Apek, Zizan, Sharifah Shahira dan Sepah namun dia tidak pernah mengalami situasi yang memalukan dirinya. Baginya jika mengadakan persembahan terbuka, pelawak malah pengacara harus tahu etika dan had beraksi di atas pentas.

Pelawak itu juga tidak bertindak memohon maaf atau merasakan tindakannya itu keterlaluan menurut Linda lagi. Namun bagi Linda dia terkilan dengan apa yang berlaku dan berharap ia menjadi pengajaran kepada pelawak lain supaya lebih peka kala berjenaka.

"Mungkin bagi pelawak tersebut, ia merupakan satu senda gurauan atau cara mereka berinteraksi. Saya pun tidak menuntut dia memohon maaf tetapi sedikit terkilan dan rasa dimalukan di hadapan tetamu yang hadir.

"Pasangan pengacara saya ketika majlis tersebut berlangsung juga terkejut namun kami hanya meneruskan tugas kami,"jelasnya yang nyata kesal diperlakukan sedemikian.

Linda juga berkata, sebagai individu yang sudah lama mengacara dia berharap para pelawak atau sesiapa sahaja yang bertindak melakukan persembahan terbuka bersikap lebih peka dengan keadaan sekeliling.

"Semua gerak laku kita diperhatikan dan setiap tutur yang diucapkan harus lebih berhati-hati agar tidak mengguriskan perasaan sesiapa yang ada menonton ketika itu, apatah lagi jika selebriti popular yang sering menjadi perhatian" pesannya lagi.



Credits: murai.com.my
Last edited by achik2009 on 7-9-2012 11:17 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2012 11:54 AM | Show all posts
ramai sangat pelawak sekarang nih......
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 11:58 AM | Show all posts
pelawak tu panggil linda bengong ke atau ada ayat lain?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 12:01 PM | Show all posts
sapo lah pulak adakah ia masih JOHAN? atau AC mizal? erkk AC tu pelawak tak?\
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 12:01 PM | Show all posts
sapa pelawak tu? Johan ke? Opps sori Johan. I lap u sejak melekat telinga kat ERA!
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 12:06 PM | Show all posts
bengong?biasa je kot..slalu je guna word bengong..xde la nk mkn dalam..lain la kalau panggil bangang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2012 12:07 PM | Show all posts
nape aku tetiba tingat kt BADOL?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 12:07 PM | Show all posts
saper lak tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2012 12:09 PM | Show all posts
SAPE ? NAK SENTAP LEBEY NIH
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 12:10 PM | Show all posts
Masa open house PM di Pekan

Lan Pet Pet or Sathiya
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 12:17 PM | Show all posts
tU pon Nak Sentap...gedik

dalam hidup ni...kalau sikit tu pon nak terase...susah la...

dier juz cakp benggong thats word merate2 org ckp..'bengong' ala..ape ade hal sgt..

lain lah kalau pelawak tu panggil dier jalang ke sundal ke bodoh ke babi ke sial ke...
perkataan2 tu memang sensitif
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 12:18 PM | Show all posts
Monday, 27 August 2012

100,000 banjiri Rumah Terbuka Najib


*NAJIB Tun Razak beramah mesra dengan rakyat yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan, Pahang, semalam.

PEKAN, AHAD, 26 Ogos, 2012: Sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini penuh dengan semangat 1Malaysia dan luar biasa apabila dihadiri lebih 100,000 rakyat daripada pelbagai kaum.

Rumah terbuka yang bermula pukul 10 pagi dan berakhir 2 petang itu menyaksikan orang ramai daripada pelbagai kaum saling beramah mesra, selain menikmati pelbagai juadah di lebih 200 gerai yang disediakan.

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ishak Muhammad.

Rumah terbuka itu menyaksikan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama pemimpin kerajaan negeri dan UMNO Bahagian Pekan turun padang untuk beramah mesra dengan rakyat pelbagai lapisan.

Sambutan ‘luar biasa’ masyarakat termasuk dari luar Pahang itu menyaksikan orang ramai berpusu-pusu sejak pukul 9 pagi lagi untuk bertemu dengan pemimpin yang mereka sayangi itu walaupun majlis hanya dijadualkan bermula 10 pagi.

Malah sehingga pukul 2 petang, orang ramai masih terus memenuhi pekarangan Taman Tasik Sultan Abu Bakar, lokasi penganjuran rumah terbuka itu.

Keseluruhannya, lebih 160 usahawan tempatan terlibat menyediakan beberapa juadah istimewa seperti opor, laksa Pahang dan tidak terkecuali puding raja serta ikan patin masak tempoyak yang menjadi tumpuan orang ramai pada majlis itu.

Rumah terbuka itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis-artis tempatan seperti Awie Wings, Syed Sobri, DJ Dave, Hattan, Noraniza Idris dan Nasir Wahab manakala Linda Onn, Sharifah Shahira dan Lan Pet Pet bertindak sebagai pengacara majlis.


Pada majlis itu juga, Perdana Menteri bersama isteri turut menyampaikan sumbangan kepada 240 bakal jemaah haji dan memberi duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Dalam pada itu, Najib ketika berucap merakamkan terima kasih kepada semua pengunjung yang datang dari dekat dan jauh termasuk sejauh Tawau, Sabah ke rumah terbuka itu.

“Sebagai umat Islam kita telah menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan dengan niat untuk mendapatkan rahmat dari Allah dan jika kita telah tunaikan kewajipan kita dengan baik, maka Allah janjikan pahala dan fadilat yangg cukup besar bagi kita," katanya.

Menurut beliau, jika puasa merupakan ikatan kepada Allah, maka dalam bulan Syawal ini digalakkan untuk semua umat Islam menguatkan silaturahim, saling menghormati dan bermaafan.

“Inilah istimewanya ajaran Islam. Sebagai khalifah di bumi ini kita perlu kuatkan silaturahim dan ukhuwah sesama kita barulah dapat jalankan peranan kita sebagai khalifah," katanya.

Najib dalam ucapannya juga menyifatkan rumah terbuka sepanjang Syawal yang diamalkan umat Islam di negara ini sebagai cukup istimewa.

“Sebulan berpuasa, sebulan juga kita berhari raya. Rumah terbuka tak putus-putus sepanjang bulan Syawal. Ini satu keunikan di Malaysia dan yang untung selain peniaga adalah kita sendiri kerana dapat mengeratkan ukhuwah," ujarnya. - UTUSAN

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 12:19 PM | Show all posts
sathiya kut.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2012 12:21 PM | Show all posts
mea posted on 5-9-2012 12:18 PM
Monday, 27 August 2012

100,000 banjiri Rumah Terbuka Najib

Lan Pet Pet?...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 12:25 PM | Show all posts
achik2009 posted on 5-9-2012 12:21 PM
Lan Pet Pet?...

x pasti noks....tak brani nak tuduh2....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 12:25 PM | Show all posts
adOii...dah berkOngsi pentas dgn pelawak..kena la tahan gurau...letih ar makcik sOrang ni,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2012 12:26 PM | Show all posts
hehehe mungkin dia tidak sedar apa yang dicakap...
sabar2 sajalah Linda... cakap pada dia... janganlah cakap tu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 12:27 PM | Show all posts
sapa plak ni.........
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 12:29 PM | Show all posts
Kesian Linda..bengong dikate nye
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 12:29 PM | Show all posts
simptom nk menopos kot?tu pasal cpt sentap?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.125514 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list