CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16738|Reply: 79

'Teman Pengganti' Nyanyian Black Cedok Lagu Norkumalasari

[Copy link]
Post time 14-9-2012 07:25 AM | Show all posts |Read mode
Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)



PETALING JAYA: Pengenalan (intro) lagu Teman Pengganti nyanyian Black bersama Mallique yang popular ketika ini adalah ilham yang dicedok daripada melodi lagu nyanyian Noorkumalasari iaitu Hati Seorang Kekasih yang pernah popular pada tahun 80-an.

Perkara itu menjadi buah mulut segelintir pihak kononnya populariti lagu tersebut adalah disebabkan kehebatan melodi nyanyian Noorkumalasari yang merupakan bintang popular suatu ketika dahulu.

Malah ada yang berkata tindakan Mallique selaku komposer lagu Teman Pengganti dikatakan tidak profesional apabila dia diberitakan tidak meminta kebenaran daripada pemegang hak cipta asal lagu tersebut iaitu Warner Music (M) Sdn Bhd.

Bagaimanapun Pengurus A&R Warner Music (M), Mokhtaza Ahmad yang dihubungi bagi mengulas perkara tersebut berkata, komposer berkenaan tidak melakukan kesalahan kerana lagu yang dikatakan ‘dicedok’ itu mematuhi melebihi kiraan tertentu iaitu tidak melebihi lapan bar.

"Jika sesebuah lagu yang sama melodinya dengan lagu asal diambil melebihi lapan bar, barulah ia menjadi kesalahan dan pemegang hak cipta sesebuah lagu boleh ambil tindakan mahkamah.


                              Noorkumalasari

"Dalam hal ini, kod pengenalan (intro) lagu Teman Pengganti yang diambil berdasarkan melodi Hati Seorang Kekasih bukanlah satu kesalahan.

"Lebih-lebih lagi apabila penggunaan kod muzik yang sama, ia tidak perlu menjadi satu 'perbalahan'. Melainkan keseluruhan melodi dalam sesebuah lagu baru itu sama," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Beliau diminta mengulas rungutan beberapa pihak yang mengatakan lagu terbaru nyanyian Black itu mempunyai persamaan dengan lagu Norkomulasari yang popular pada era 80-an.

Tambah Mokhtaza, persamaan irama kod muzik pada kebanyakan lagu adalah satu perkara normal memandangkan nota muzik hanya ada 12 jenis sahaja.

"Di mana-mana sekalipun, kod muzik tidak banyak yang boleh diubah. Paling tidak, ia akan digunakan semula sedikit dengan kod lain.

"Dan perlu diingat, sudah beratus tahun muzik ada dalam masyarakat, banyak lagu telah didedahkan.

"Sekiranya terdapat sedikit unsur sama muziknya, itu normal. Rasanya ia bukanlah satu 'trend' untuk tiru lagu-lagu yang sedia ada kerana kebanyakan mainan muzik itu satu pengulangan," tegasnya.

Dalam pada itu, Mokhtaza berharap, selepas ini, pihak yang menilai mengenai hal peniruan lagu lebih memahami tentang konteks dan undang-undang muzik.

"Bagi pihak-pihak tertentu yang mahu mengambil tindakan tentang isu ciplak , kaji dahulu lagu tersebut kerana setakat ini negara kita adil dalam hal undang-undang muzik," ujarnya.



Credits: mstar.com.my

Last edited by achik2009 on 14-9-2012 07:31 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2012 07:27 AM | Show all posts
Plak dah

Cilok ke apa ke haoe ke

Yg penting lagu ni best sedih wooo
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 07:31 AM | Show all posts
sapa yg bangkitkan isu nih memang lorat nak mamps...... melodi intro je kottt.... bukan seluruh lagu.
ceh!
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 07:39 AM | Show all posts
tu arr psl bila aku dgr lagu tuh...rs2 familiar sgt...rerupa nya lagu kak noor...
sedap lagu tuh....haku sokaaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2012 07:43 AM | Show all posts


Last edited by achik2009 on 14-9-2012 07:48 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 07:54 AM | Show all posts
apehal gambo kak noorkuamalasari tu macam lady gaga..menakutkan pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2012 07:54 AM | Show all posts
yg pntg dh jd ringtone aku lagu malique nehhh..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 07:55 AM | Show all posts
ala lagu ALTIMET tajuk SYUKUR pun ada gak ambik lagu NILAI CINTAMU SUDIRMAN sebagai lagu latarnya.................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2012 08:46 AM | Show all posts
oklah tuh .. dapat mencapub lebih
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 08:53 AM | Show all posts
dengar je intro lagu ni teringat lagu norkumalasari, sediah gak lagunya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 09:02 AM | Show all posts
rupa nyer sama dgn lagu noorkumalasari...puas aku dok pikir intro lagu ni mmg familiar...
1 berpisah mati 1 lg berpisah idup...dua2 lagu ni best...mmg layannnnn
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 09:12 AM | Show all posts
Alahai
Ni dinamakan sampling
Lagu2 rap omputeh selalu buat mende ni

Isunya sama ada depa ada bagi credit tak kpd lagu asal
Wajib sebut

Tp ada gak yg buat bodo
Mcm kat us, lagu JLo sample lagu Lambada - Kaoma
Juga dulu lagu rapper missy elliot ke apa ntah
Yg sampling lagu lata mangashkar
Main amik jer tnpa bagi credit
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 09:14 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 14-9-2012 07:39 AM
tu arr psl bila aku dgr lagu tuh...rs2 familiar sgt...rerupa nya lagu kak noor...
sedap lagu tuh... ...

lah padankanlah aku ms mula2 dengar lagu ni terus teringat di zaman 70-80an gitu..siap aku ckp kat member aku rasa cam aku ni berada dijaman dolu-dolu ketika muda mudi keh2 walhal blm lahir lg time tu..tapi rasa sangat ropanya cilok lagu org adehhhlah hai.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 09:18 AM | Show all posts
Apa lg issue nye?
Kan dah kata x salah sbb x melebihi 8 bar
Yg bangkitkan issue ni pon x tau apa benarnye
Dok carik kontroversi je
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 09:28 AM | Show all posts
Suchi posted on 14-9-2012 09:14 AM
lah padankanlah aku ms mula2 dengar lagu ni terus teringat di zaman 70-80an gitu..siap aku ckp kat ...

kannn....
radio suria slalu pasang lagu ni....
tp pagi ni xde lagi...
dok tunggu gak ni....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 09:30 AM | Show all posts
Xde isu pun sbnrnya kan? Kecoh x bertempat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2012 09:41 AM | Show all posts
alaaa...ini pon nak jadi isu...dah mcm xde keje lain je dorg ni...pantang lagu meletop mesti nk bangkit isu yg bukan2
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 09:52 AM | Show all posts
xkire la cilok ke x..ak suka dgar lagu nieh..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 09:54 AM | Show all posts
ramai sgt org dengki.. mcm2... dgr tu rakyat skalian, tak lebih 8 bar, jadi bukan ciplak namo ea..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 09:56 AM | Show all posts
lagu fav  tuh hehe, tp lagu malique pon sedap..2,2 tacing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.070942 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list