CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9571|Reply: 38

Deborah, Soo Wincci & Maya Karin = artis berwajah 1Malaysia ??

[Copy link]
Post time 16-9-2012 11:14 AM | Show all posts |Read mode



Keunikan dikagumiOleh RUDY IMRAN SHAMSUDIN
imran@hmetro.com.my























WAJAH anak Malaysia sungguh unik. Walaupun berbeza budaya dan latar belakang, ia tidak pernah dirasai. Beza dan istimewanya Malaysia boleh dilihat kepada tiga wajah artis yang dipilih khas sempena menyambut Hari Malaysia hari ini - bekas ratu cantik, model dan selebriti popular, Deborah Priya Henry atau Deborah, 27, Soo Wincci (Wincci), 26, dan Maya Karin Roelcke (Maya), 32.

Keunikan diwarisi anak watan sekarang berikutan perkahwinan campur menyebabkan kurang sesuai untuk menjurus seseorang individu dalam kelompok kaum, sebaliknya perubahan berlaku dalam masyarakat majmuk menjadikan kita bangsa Malaysia mutlak.



Kenyataan ini disokong Deborah yang juga pengacara rancangan bual bicara Bella disiarkan di ntv7.

Deborah turut mengharumkan nama negara apabila dipilih mewakili Malaysia di pertandingan Miss World 2007 dan menjadi antara 16 peserta terbaik.



Memiliki kebijaksanaan dan personaliti tinggi, Deborah berdarah kacukan India sebelah bapa dan Ireland (Ibu) dipilih pula mewakili negara di pertandingan Miss Universe 2011.


Akui Deborah, ada juga masyarakat di negara lain hidup dalam suasana majmuk, tetapi Malaysia sangat berbeza memandangkan budaya terbentuk menjadikan kita sangat berbeza.

“Keistimewaan latar berbeza ini mungkin tidak disedari masyarakat tempatan memandangkan kita hidup di dalamnya, tetapi ia sangat dikagumi orang luar yang datang ke sini dan melihatnya sendiri.

Keistimewaan inilah yang seharusnya kita pegang kuat.

“Bayangkan kita ada Cina peranakan yang hidup seperti Melayu, Serani yang lahir daripada perkahwinan campur dan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.

Melihat latar ini, adakah sesuai jika kita menggunakan kaum untuk menentukan apa bangsa kita.

Jadi, jawapan paling tepat untuk menerangkan siapa kita sebenarnya adalah satu Malaysia,” katanya.

Berketurunan India dan Ireland serta dilahirkan di tanah kelahiran ibunya, ada yang mendakwa semangat kebangsaan dan cintakan negara yang ada dalam diri Deborah kurang tebal.

Hal ini disangkal Deborah yang kini sibuk menjelajah beberapa negara Asia bagi mengacarakan rancangan travelog mengenai perkahwinan dan bakal disiarkan di rangkaian televisyen berbayar Unifi, Travel Channel.

Katanya, cinta pada negara ini tidak berbelah bagi dan menilai semangatnya hanya melihat latar belakang adalah jumud. Apatah lagi sebahagian besar hayatnya di sini.

“Sepanjang mewakili negara di pertandingan Miss World dan Miss Universe, penganjur atau pengacara memanggil saya dengan panggilan Malaysia. Bangganya saya apabila orang memanggil saya Miss Malaysia. Ia tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Bulu roma saya tegak dan air mata bertakung kerana terlalu bangga.

“Waktu sama, saya dapat merasai semangat cintakan negara daripada semua orang di Malaysia tanpa mengira latar belakang. Saya bertuah kerana dapat merasai semangat itu dan pastinya ia terpahat kuat dalam jiwa sehingga ke akhir hayat,” katanya.

Hargai bakat tempatan

SEBAGAI pelakon, Maya Karin mengharumkan nama Malaysia di mata dunia apabila menang Aktres Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 49 (FFAP49) di Fukuoka, Jepun dan Festival Filem Seram dan Fantasi Estepona, Malaga, Sepanyol.

Kejayaan ini membuktikan bakat seni anak tempatan setaraf dengan pengkarya luar, tetapi ia belum cukup untuk meyakinkan sesetengah pihak kerana ada yang masih mengagungkan pelakon dan filem luar berbanding karya anak tempatan.

Maya akui, kebanyakan kita mempunyai sifat rendah diri yang tebal, tetapi tidak perlu sampai tidak berbangga dengan bakat dimiliki anak tempatan.

“Sesetengah pihak suka membandingkan filem tempatan dengan karya luar. Lebih menyedihkan, mereka menyatakan filem yang dihasilkan orang luar jauh lebih baik. Mengapa kita harus berfikiran begitu?

“Kita harus berbangga dengan apa yang kita ada. Pada saya, ia sangat penting kerana ia membantu membentuk jati diri sebagai anak Malaysia. Malah, filem mencerminkan budaya sesuatu bangsa dan pastinya kita lebih kenal apa yang dipersembahkan orang kita.

“Banyak juga kejayaan diraih pembikin filem tempatan di majlis anugerah filem besar di serata dunia. Kalau hendak dinilai, kebanyakannya bukan filem bajet besar.

“Namun, juri nampak keistimewaan ditonjolkan. Bagi mereka, apa yang cuba kita persembahkan dalam kebanyakan filem dihasilkan anak tempatan unik dan tersendiri,” katanya.

Maya yang giat dengan kerja-kerja menjaga alam sekitar, bangga kerana Malaysia mempunyai keindahan pulau dan pantai yang tiada tandingnya sehingga disenaraikan antara 10 terbaik di dunia seperti Pulau Redang dan Perhentian.

Kehijauan hutan hujan tropika kaya dengan flora dan fauna menjadikan Malaysia menjadi tumpuan pengkaji daripada seluruh dunia.

Bahasa menunjukkan bangsa

APABILA Soo Wincci mengambil keputusan menghasilkan single dalam bahasa Melayu, ramai meluahkan rasa hairan, apatah lagi namanya dalam industri muzik Kantonis sudah kukuh dengan tiga album.

Wincci yang mula menjadi perhatian selepas menjayakan program Masterchef Selebriti, menjadi contoh terbaik untuk melihat bagaimana perkongsian budaya berlaku di kalangan masyarakat negara ini.

Sewaktu umat Islam berpuasa sepanjang Ramadan lalu, dia turut berpuasa genap sebulan.

Malah, Wincci turut berpuasa enam bagi mengikut rakan Islam melaksanakan ibadat sunat itu sepanjang Syawal.

Katanya, sewaktu menjayakan persembahan di Taiwan barubaru ini, Wincci memilih single Melayu pertamanya, Terus Teranglah dan ramai bertanya mengapa dia memilih lagu Melayu.

“Jawapan saya mudah.

Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia dan saya orang Malaysia. Saya bangga dengan negara saya. Menyanyikan lagu Melayu adalah satu cara untuk saya menunjukkan betapa cintanya saya pada negara ini.

“Saya tidak faham mengapa ada orang malu dengan lagu Melayu. Kalau Korea berjaya mengembangkan empayar muzik K-Pop, mengapa tidak kita melakukan perkara sama?

Kita juga ada M-Pop.

Saya tidak faham mengapa orang tidak mahu menggunakan bahasa kebangsaan kerana bahasa menunjukkan bangsa,” katanya bersungguh-sungguh.

Ketika menyertai pertandingan ratu cantik Miss World 2008, Wincci mengakui sangat berbangga apabila sebahagian besar peserta kenal Malaysia. Katanya, ia secara langsung menunjukkan negara kita dipandang tinggi masyarakat luar.

Bahasa menunjukkan bangsa “Sewaktu melanjutkan pelajaran di University of Reading, United Kingdom, pada awalnya ramai tidak tahu di mana Malaysia tetapi sekarang, orang mula buka mata.

“Saya menjelajah banyak negara dan melihat tempat orang, tetapi ibarat kata pepatah, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik negara sendiri.

“Saya tidak dapat membayangkan bagaimana saya dapat hidup di negara luar selain dari Malaysia,” katanya.


Last edited by terbakar91 on 16-9-2012 11:16 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2012 11:17 AM | Show all posts
ingat lagi dulu maya karin diambil duta celcom sbb wajah dia mewakili pelbagai bangsa di malaysia. keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2012 11:18 AM | Show all posts
soo winchi je yg pure asian...yang lain tu semua ada darah western. wajah malaysia 100% ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2012 11:20 AM | Show all posts
sokmogitu posted on 16-9-2012 11:18 AM
soo winchi je yg pure asian...yang lain tu semua ada darah western. wajah malaysia 100% ke?

sokong sangat2....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2012 11:25 AM | Show all posts
sokmogitu posted on 16-9-2012 10:18 AM
soo winchi je yg pure asian...yang lain tu semua ada darah western. wajah malaysia 100% ke?

artikel kat atas dah pun mention 'kahwin campur'. western ke tidak tp i think muka dorg tend to malaysian. if anyone ask org Iban camne? tgklah abu baka yala. org Malaysia camne? tgklah muka maya karin. hehe... even maya ada darah western, muka dia lebih 1malaysia dari soo winchi. agree?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2012 11:31 AM | Show all posts
terbakar91 posted on 16-9-2012 11:25 AM
artikel kat atas dah pun mention 'kahwin campur'. western ke tidak tp i think muka dorg tend to ma ...

sapa pulak ada masalah dgn ibanese look? iban punya muka 2 x 5 dgn melayu, satu gen satu rumpun. dah sah2 2 org tu ada darah pan asian, celah mana nak nampak malaysian look nya? unless if u count minoity kokusen yg ada kt malaysia ni sbg 'wajah majority' org malaysia la...

to me, malaysian look = asian look no matter ko melayu ke cina ke, india ke, dayak ke...100% pure asian! kalau ko fikir yg ada campur melayu + cina + india baru jadi 1 malaysia look, maknanya aku yg 100% melayu ni x cukup 1malaysia look la?
Last edited by sokmogitu on 16-9-2012 11:35 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2012 11:33 AM | Show all posts
“Saya tidak faham mengapa ada orang malu dengan lagu Melayu. Kalau Korea berjaya mengembangkan empayar muzik K-Pop, mengapa tidak kita melakukan perkara sama?

tempias x kene kat deborah & maya? maya dah berpuluh tahun berlakon kt malaysia pun masih ada slang indon, x fluent habis melayu. deborah  tu lagi la, bahasa melayu dia agak 'miskin'. wonder masa interview tu diorang ni jwb dlm bahasa apa
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2012 12:18 PM | Show all posts
Deborah nmpak x lawa dlm ni, makeup dia digelapkan... Hakikatnya dia ni putih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2012 12:22 PM | Show all posts
vanidah imran muka melayu
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2012 12:34 PM | Show all posts
maya karin is so lovely
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2012 12:50 PM | Show all posts
jepp posted on 16-9-2012 12:22 PM
vanidah imran muka melayu

vanida imran mix indian laa..bapa dia indiaa...klu tak salah laa

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2012 01:56 PM | Show all posts
patutnya ambil sorg yg mix asian
x perlu lah sampai 2 org mix european
kalau betul nk tulis pasal 1 malaysian look, realitinya ramai yg mix asian

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2012 02:04 PM | Show all posts
napa aku tgk si deborah x lawa kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2012 03:07 PM | Show all posts
tak kisah lah apa on..yg penting..derang sendri mengaku malaysian..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2012 05:41 PM | Show all posts
kenapa tidak sahaja ambil muka nicol david

cina + india = malay look. kan nampak malaysia gituh
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2012 05:44 PM | Show all posts
X suka baju maya yg seksi sikit

Dr dua org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2012 07:14 PM | Show all posts
Hakikatnya tiga2 chantekkkkk ::nangess::
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2012 11:33 PM | Show all posts
sesuwai pun kan ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2012 11:47 PM | Show all posts
tgk soo wincci msti terbayang pelat die bila ckp melayu dlm masterchef.
comel je...ade usaha nk improve kemahiran berckp bhs melayu.

*artis melayu plak yg sebok nak slang2 english.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2012 11:49 PM | Show all posts
cek_munah posted on 16-9-2012 05:47 PM
tgk soo wincci msti terbayang pelat die bila ckp melayu dlm masterchef.
comel je...ade usaha nk imp ...

artis melayu skrg nie dah pandai cakap orang putih la....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.087585 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list