CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8882|Reply: 89

[Jenayah] {6} Janin manusia plak dicampak dari flat ?

[Copy link]
Post time 19-9-2012 02:15 AM | Show all posts |Read mode
NILAI: Satu objek menyerupai janin manusia ditemui di tangga flat Block C, Kelompok 8, Kuarters KLIA dekat sini, pagi ini.
Pegawai Imigresen Saiful Nizam Abas, 40, berkata beliau mulanya melihat tompokan darah di lantai hadapan rumahnya di tingkat bawah sebelum membuat pemeriksaan lanjut dan menemui janin itu di tingkat satu flat itu.


"Saya temui objek itu pada kira-kira 8.30 pagi dan segera memberitahu kejadian itu kepada jiran yang lain dan mereka menyangkakan janin berkenaan adalah janin kucing sebelum saya bertindak menghubungi polis," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya pihak polis bersama anggota forensik tiba di lokasi tidak lama kemudian sebelum mengambil janin tersebut.



Beliau difahamkan daripada jururawat Klinik Kesihatan Kuarters KLIA yang turut tiba di lokasi bagi membantu siasatan bahawa berdasarkan pemerhatian awal janin itu adalah janin manusia berusia dalam lingkungan tiga bulan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Yusof Awang ketika dihubungi mengesahkan penemuan janin itu berkata pihaknya masih menunggu keputusan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) berhubung status sebenar janin itu.

Bagaimanapun, katanya kertas siasatan bagi kes itu dibuka mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil atau menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7583222. - Bernama

p/s tercecer apaker....

Statistik bukaan jenis thread TW75 pada 19 Sept 2012 (2.10 am):

1. Ehwal kemasyarakatan - 3 threads

2. Pendidikan - 0 thread
3. Seks - 0 thread
4. Jenayah - 3 thread
5. Dunia - 0 thread


jumlah thread - 6





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2012 02:25 AM | Show all posts

SAIFUL NIZAM menunjukkan tempat janin yang ditemuinya
di atas tangga di kuarters KLIA, Nilai.

NILAI - Seorang kakitangan Jabatan Imigresen terkejut apabila menemui janin manusia di tangga tingkat satu sebuah blok kuarters KLIA dekat Nilai semalam.

Saiful Nizam Abas, 40, berkata, dia ternampak janin itu ketika keluar dari rumah berhampiran lokasi kejadian untuk mengambil seorang kanak-kanak yang dijaga oleh isterinya.

"Sebaik sahaja membuka pintu rumah, saya terkejut melihat beberapa tompokan darah di lantai berhampiran tangga untuk naik ke tingkat atas.

"Saya ikut kesan tompokan darah itu sebelum ternampak objek yang bergulung seperti janin manusia," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, selepas memaklumkan perkara itu kepada jiran, dia kemudian segera menghubungi polis.

Jelasnya, dia difahamkan oleh jururawat Klinik Kesihatan Kuarters KLIA yang tiba di lokasi bagi membantu siasatan, berdasarkan pemerhatian awal ia janin manusia berusia dalam lingkungan tiga bulan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Yusof Awang berkata, polis masih menyiasat kejadian itu dan sedang menunggu keputusan forensik daripada Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-758 3222.

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 04:35 AM | Show all posts
dah x da beza dah janin manusia n janin kucing ....sedang bayi pun bleh dicampak mcm sampah..inikan plak janin...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 07:10 AM | Show all posts
Tak pa lah
Mungkin betina tu bawah umur 18 tahun
Dah cekup nnti sila belai2 & di manja2
(sarcastic)
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 07:19 AM | Show all posts
tak kan kucing miscarriage
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 07:39 AM | Show all posts
kat kuarters gomen tu...
kat mesia ni kalau da musim tu, citer sama je yg timbul...
mintak la takde lg kes mcmni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2012 07:41 AM | Show all posts
Ngeri sungguh lah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 07:45 AM | Show all posts
MissNigga posted on 19-9-2012 07:19 AM
tak kan kucing miscarriage


kucing buang anak barangkali

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2012 07:47 AM | Show all posts
biasalah kalau dah mula kes campak....adalah deretan seterusnya campak mencampak ni...
masa dah berundur ke zaman jahilliah
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 07:49 AM | Show all posts
temui janin pulakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

sakit hati mak tgk.....tak sudah2 ke maksiat nie.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 07:51 AM | Show all posts
daiman posted on 19-9-2012 07:45 AM
kucing buang anak barangkali

kucing yg buang anak tu kucing underage

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 08:00 AM | Show all posts
Hasil daripada program yang menjerumus ke arah kemaksiatan....maka akan terjadilah benda yang berlaku seperti ini.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 08:10 AM | Show all posts
ni miscarriage kat tangga ke? konon-konon tak sedar la tu

pernah dengar kat radio, sorang caller mengaku selalu gugurkan baby. buat dalam jamban. ploop ploop katanya. astaghfirullah....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 08:19 AM | Show all posts
agak2nya boleh ker tanpa sedar boleh misscariage tak terjangkau akal teman
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 08:23 AM | Show all posts
Kalau kucing miscariage, dia akan makan janin dia..... Dia xkan biarkan mcm tu jer....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 08:26 AM | Show all posts
manusia akan berbalik ke zaman jahilliyah semula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2012 08:37 AM | Show all posts
bila dah hal agama dipandang rendah..mcm nie lah jadinya...

malas nak cakap...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 08:51 AM | Show all posts
baru je kes campak bayi...
campa janin plak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 08:54 AM | Show all posts

senang nye branak and buang anak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 08:58 AM | Show all posts
MissNigga posted on 19-9-2012 12:19 AM
tak kan kucing miscarriage

miss miss....dlm hati tgh marah ni pun ada rasa nak tergelak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.087284 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list