CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pisang_panjang

pengarah filem ombak rindu main tarik tali...

[Copy link]
Post time 21-9-2012 06:46 AM | Show all posts
intanbiru posted on 20-9-2012 04:33 PM
yang ni memang betul kak yip. My frens geng geng mamat polis pergi ramai2 dnegan bini dia orang, d ...


tgk level laa ... setau kaka ada yg tatau pon apa tu ombak rindu, sedangkan cita Yusuf Haslam pon derang x tengok nikan pulak cita sememeh adesss ... yg bini tok sah tanya ler, mereka memang fanatik OR
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2012 06:47 AM | Show all posts
ellZack posted on 20-9-2012 09:04 PM
iolls prnh nmpk daddy iolls nanges cite hindustan je kat rmh.. itupon kaberina.. cite OR, pndg p ...


yg ni betul, polis memang ske cite Hindustan
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2012 06:49 AM | Show all posts
gekkou posted on 20-9-2012 11:26 PM
Filem OR terpesonf byk sgt jln ceritanya
Brbnding dgn novel
Lbh feel baca novel dr tgk filemny



beb, ai cuti lama baru2 ni, dapatlah berpuluh2 muvi donlod, so cuba gak tengok cite OR tu tahap ketahanan ai menonton sebelom muntah hanya sampai kat part Izzah tu keje kat kompeni Hariz... citenya sungguh memboringkan ai.. Aaron xde aura jadi orang kaya ley...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2012 09:10 AM | Show all posts
yipun_78 posted on 21-9-2012 06:49 AM
beb, ai cuti lama baru2 ni, dapatlah berpuluh2 muvi donlod, so cuba gak tengok cite OR tu taha ...

owh abe aaron harap muka saja hensem (hensem kah??)
tapi mimik muka time blakon mmg fail
sepesen saja..sama mcm ahkak maya tu
tap yela minat manusia itu kan berbeza2
novel klu jadikan filem mmg hancus..sbb masa pendek sesgt nk cover the whole novel
deyymmm...

p/s: OT lah plak..ptt citer psl director nya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2012 09:14 AM | Show all posts
Biar isu bonus tu settle dulu.......
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2012 09:22 AM | Show all posts
Eh hello kekuatan OR ialah the novel ok. Bukan pada pengarah mahupun Harun. Ai tengok filem ni merely sebab ai minat novel ni tapi loya nak mampus tengok filem ni. Ai keluar wayang tak sampai sejam tengok, balik rumah terus tidur.

So once again OR berjaya bukan sebab Osman Ali. Sebab novel itu sendiri. Last edited by cik.panda on 21-9-2012 09:25 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2012 09:24 AM | Show all posts
cicicumel posted on 20-9-2012 08:55 PM
Tp Osman Ali cakap filem Jiwataikocing tu tak best sbb byk sgt campurtanggan dr produksi...epic fail ...

Eleh padanlah dengan OR dia tu, tak best jugak sebab dia campur tangan dan ubah skrip sampai lari dari plot asal novel tu.

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2012 09:56 AM | Show all posts
LOL..untuk filem2 yang diadaptasi daripada novel ni kan, korang kena baca novelnya dulu, lepas tu baru la pegi layan citernya. Barula korang feel dan faham. Sama la macam Harry Potter, Twilight etc..kalau korang baca novel, kau akan lagi faham...dan ko akan nak tengok macam mana pengarah filem ni menggarap & mengolah jalan cerita filem tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2012 10:14 AM | Show all posts

Sharad sharan

saja letak gambar dia sbb i xpenah tgk..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2012 11:33 AM | Show all posts
khabir bhatia la jadik director.. sure meletoppp.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2012 12:52 PM | Show all posts
Filem LBS dan ombak rindu 2-2 mengecewakan... tp OR better sikitla dr LBS
Aku pergi panggung dgn harapan tinggi sbb aku suke 2 novel tu
Skang aku mcm serik klo ade penerbit nak wat filem adaptasi dr novel.. mesti hasil kureng  T_T
Haihhh.. What to expect kan? Filem malaysia memang..............................................................
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2012 01:02 PM | Show all posts
apapon, pengarah Malaysia fail sama je ngan pengarah Hollywood kalo bab adaptasi... sbb jalan cite 2 jam mana cukup nak persembahkan sebuah karya kan? Nak nak pulak pengarah Mesia ni x ler genius sangat nak buat presentation... baik buat drama je, x yah nak rosakkan jalan cite karya tu... baik ai ulang baca 100x cite novel tu dari menonton walau sekali muvi hazab ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2012 04:03 PM | Show all posts
jawapan utk Pisang Panjang: ini dari abg osman ali sndiri dari FB dia :

Osman Ali tak tahu macam mana rotikaya dapat berita tu...dan siapa yang beritahu....hal bonus memang betul belum dapat, harap2 akan dapat nanti..:] tapi hal pakej percutian tu macam tak betul langsung tu...mana ada sampai macam tu..:] tapi hal tu tak adalah sampai saya nak tolak offer filem2 lain....cuma kena lebih bijak dalam perancangan ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2012 06:27 PM | Show all posts
Kannnnn. Ombak rindu tu meletup sbb peminat novel ok. Aku dah agak film tu mmg teruk bila tau sepa pelakon, pengrah semang ali n pnulis skrip. Tpaksa tgk sbb kwn paksa tgk. So, dorg tpaksa tahan bebelan aku spjg d cinema. Kikikiki. So, klu ada adaptasi novel yg dkluarkn olh taratula n estro show ni mmg boikot la espeseli semang ali n konco2nya. Setakat ni lum ada pengarah yg best utk arah adaptasi novel. Tp, klu cerita genre cinta, aku hanya tabik ngan kabir n mira jek. Mmm.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2012 06:39 PM | Show all posts
Frankly speaking sy x pernah dengar nm penulis ni, apetah lg novelnye.femes sgt2 ek dia?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2012 09:50 PM | Show all posts
Dah janji..tunaikan je lah..
Kesian team ombak rindu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2012 01:36 AM | Show all posts
da best direkter kat mesia ni lepas arwah yasmin ialah khabir bhatia...tak tau plak aku cite bukan bidadari tue die nyer arahan....setiap drama khabir ni mmg berbeza n menusuk ke kelebu le....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2012 07:40 AM | Show all posts
Osman Ali kecewa tiada bonus

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


OSMAN ALI terkilan tidak diberikan perhargaan yang sewajarnya selepas
menghabiskan kudrat tenaga fizikal dan kreativiti sehingga filem Ombak Rindu
meraih kutipan mencecah RM10 juta.


FILEM Ombak Rindu yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari sememangnya menjadi fenomena dalam industri filem tempatan apabila ia ditayangkan pada 1 Disember 2011.

Jumlah kutipan filem tersebut juga amat tinggi dengan hasil kutipan pecah panggung melebihi RM10 juta. Bagi sebuah filem tempatan, ia merupakan satu gelombang fenomena yang cukup baik.

Kini, hampir 10 bulan berlalu sejak bermula tayangannya, tiba-tiba muncul isu pembahagian bonus terhadap keseluruhan produksi yang belum dilaksanakan.

Isu itu terbongkar apabila pengarah filem Ombak Rindu sendiri, Osman Ali dikatakan masih menuntut bonus yang dijanjikan secara lisan oleh pihak penerbit iaitu Tarantella Pictures.

Kepada Kosmo!, Osman meluahkan tentang perkara berbangkit.

Kosmo!: Boleh komen tentang gosip kononnya Osman masih menuntut bonus yang dijanjikan selepas hampir 10 bulan filem Ombak Rindu mula ditayangkan?

OSMAN ALI: Memang benar kerana ia pernah dijanjikan oleh pihak penerbit untuk memberi bonus kepada semua yang terlibat dalam pembikinan filem Ombak Rindu. Namun, perjanjian tersebut hanya secara lisan dan bukannya tertera dalam kontrak perjanjian. Secara lisan, penerbit memberitahu jika filem tersebut mendapat kutipan lebih RM8 juta, kami bakal diberikan bonus. Filem tersebut kini telah mendapat kutipan melebihi RM10 juta. Namun, sehingga ke hari ini, masih belum mendapat respons terhadap perjanjian lisan tersebut. Saya akui agak terkilan dan kecewa, tapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia memang tiada dalam kontrak. Jadi, memandangkan ia sebenarnya tiada dalam kontrak, saya kalau boleh tidak mahu kecohkan keadaan.

Mungkin jika tidak keberatan, boleh dedahkan berapa jumlah yang dijanjikan?

Sebenarnya mereka tidak memberitahu berapa jumlah bonus yang ingin diberikan. Hanya bercakap mulut ke mulut sahaja, tiada sebarang perjanjian dalam kontrak. Bukannya saya terlalu terdesak mahukan wang tersebut, tapi ia tentang penghargaan terhadap kami. Saya juga bukan berasa marah, ingin memboikot atau yang seumpamanya. Ini sebenarnya perkara lama, terkejut juga saya bagaimana ia boleh muncul semula.

Benar atau tidak tentang dakwaan anda menolak untuk bekerjasama lagi bersama Tarantella Pictures untuk mengarah filem yang juga adaptasi daripada novel, Pilot Café kerana isu bonus tersebut?

Memang ada (tawaran), tapi saya tidak kata saya menolak tawaran tersebut. Namun saya harus berfikir secara positif. Jujurnya, saya mahu juga diberi penghargaan (bonus), walaupun tidak banyak, sedikit pun tidak mengapa. Industri ini kecil jadi kita perlu bijak membuat keputusan dalam situasi begini. Memang tidak dinafikan saya mungkin akan bekerjasama dengan Tarantella selepas ini. Namun, mungkin selepas ini saya akan lebih profesional dengan tidak hanya bergantung kepada perjanjian lisan sahaja.

Bagaimana pula dengan Pilot Café. Adakah anda akan akan jadi pengarah filem itu nanti?

Saya akan mempertimbangkan tawaran tersebut untuk terima atau tidak. Ini kerana saya memang mempunyai hubungan yang baik sama ada dengan Tarantella mahupun Ahadiat Akashah selaku penulis naskhah dan skrip filem Pilot Café. Dia sememangnya mahu saya yang mengarah filem tersebut.

Jadi, maknanya anda akan terus bekerjasama dan mengarah filem bersama Tarantella?

Jika ikutkan emosi, memang terkilan dan kecewa namun kita perlu profesional. Jika tanpa memikir sentimen, saya ingin kekalkan hubungan baik tersebut. Ini kerana Ombak Rindu memang sebuah projek yang bagus.



Credits: kosmo.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2012 09:13 AM | Show all posts
sriwanis posted on 22-9-2012 01:36 AM
da best direkter kat mesia ni lepas arwah yasmin ialah khabir bhatia...tak tau plak aku cite bukan b ...

cerita bkn bidadari tu, arahan faisal ishak. kabir bathia lak idea asal utk cerita tu. produksi filmscape milik kabir. tp, mmg lain dr yg lain ceita tu kn.  aku setuju, utk skrg ni best director, mmg kabir. semang ali tu bleh menang, aku pun taktau la napa. mmm.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2012 11:05 AM | Show all posts
hijau88 posted on 22-9-2012 04:43 AM
cerita bkn bidadari tu, arahan faisal ishak. kabir bathia lak idea asal utk cerita tu. produksi fi ...

xnapikan semang ali klu wat citer yg dari pale otak dia sndiri mmg best contohnya Cun & Anak Halal. cuma jiwang taiko tu xbpe sgt. tgk saja Cun..real babe! dia mmg pakar bab2 menimbulkan suasana dan menyentuh hati penonton dgn scene2 dalam filem dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.063474 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list