CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2575|Reply: 4

[Tempatan] {9}Panik Hotel di Bkt Bintang terbakar, pelancong vietnam terjun!

[Copy link]
Post time 26-9-2012 06:53 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Seorang pelancong warga Vietnam patah tulang belakang selepas panik dan terjun dari tingkat dua dalam kejadian kebakaran di sebuah hotel bajet di Jalan Changkat, Bukit Bintang, di sini, semalam.


  Difahamkan, lelaki terbabit, Do Thanh Trung, 24, menginap di bilik hotel bajet berkenaan bersama empat rakan senegaranya sejak beberapa hari lalu.

  Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, api dikatakan bermula dari sebuah bilik yang tidak berpenghuni di tingkat dua bangunan berkenaan sebelum merebak ke bilik mangsa.


  Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, mangsa dipercayai panik sehingga melompat keluar dari bahagian belakang hotel berkenaan.

  “Hasil pemeriksaan, sistem keselamatan hotel itu lengkap dan mangsa mungkin tidak akan mengalami sebarang kecederaan sekiranya keluar dari bangunan mengikut pintu depan seperti rakannya yang lain.

  “Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.




  Menurutnya, ketika kejadian hotel berkenaan dihuni tujuh penyewa bersama dua pekerja dan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

  Azizan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.14 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian 10 minit selepas itu.



  Api berjaya dikawal kira-kira 10 minit selepas itu dengan kekuatan 31 anggota serta pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan Pudu.

  Katanya, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Statistik kategori thread dibuka oleh TW75 pada 26 Sept 2012 :

1. Ehwal kemasyarakatan -4 threads

2. Pendidikan - 2 threads
3. Seks - 0 thread
4. Jenayah - 2 threads
5. Dunia - 1 thread

6. Sukan - 0 thread

jumlah thread -9





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2012 06:55 AM | Show all posts
harap tak lumpuh.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 06:56 AM | Show all posts
lintar pintas...???

tak kan api tu menyala sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2012 07:05 AM | Show all posts
X kental cam Viet Cong la mamat tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2012 08:01 PM | Show all posts
datang ke Msia, nak gembira dpt duka...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 1.012979 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list