View: 2386|Reply: 14
|
[Tempatan]
Dulu Kampung Bogel, Kini 'Beliku'
[Copy link]
|
|
Peneroka awal Kampung Beliku ini kini selesa dengan kemudahan jalan raya , dan menetap di rumah banglo
BESUT – Walaupun Kampung Bogel dekat Kampung La, Hulu Besut telah bertukar nama dengan panggilan Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, tetapi penduduk sekitar masih senang memanggil dengan panggilan lamanya.
Peneroka asal kampung tersebut, Jusoh Mamat, 78, berkata, nama Kampung Bogel dikenali sejak zaman sebelum merdeka lagi.
Dia bagaimanapun tidak pasti mengapa kampung tersebut dikenali dengan nama itu kerana penduduk Kampung La memanggilnya sejak zaman arwah nenek moyangnya lagi.
“Ketika saya mula meneroka Bogel pada 1955 dulu, keadaan di sini masih hutan belantara dan tidak mempunyai penghuni. Saya ada dengar cerita orang tua dahulu bahawa nama bogel dikenali berdasarkan penemuan sebiji buah durian di kawasan ini yang tidak mempunyai duri tetapi tidak pasti kebenarannya.
“Pada mulanya saya meninggalkan Kampung La untuk membuka tanah tapak rumah dan kebun pada tahun 1955 bersama isteri dengan menyusuri denai tepi sungai sejauh lima kilometer ke dalam hutan,” katanya yang kini menjadi petani berjaya apabila memiliki puluhan ekar tanah kebun.
Jusoh berkata lagi, kawasan Bogel ketika itu dihuni pelbagai haiwan buas seperti harimau belang, beruang selain rusa dan kijang.
Tebang balak guna kapak
Menurutnya, walaupun dilarang ahli keluarga tetapi dia dan isteri memberanikan diri ‘membuka hutan’ di situ dengan menebang balak hanya menggunakan kapak, dan mereka dalam pondok kecil beratapkan daun pokok julung.
“Bogel dulu memang terpencil, jauh dari penempatan dan hanya kami suami isteri sahaja yang tinggal di sini. Bayangkan pada zaman dulu hendak sampai ke Kampung La dari Pasir Akar pun terpaksa menggunakan perkhidmatan perahu yang memakan masa perjalanan yang panjang, apatah lagi untuk sampai ke Bogel,” katanya yang juga bekas Home Guard pada zaman komunis.
Katanya, puluhan tahun selepas itu barulah terdapat beberapa keluarga yang datang membina rumah di kawasan tersebut.
Menurutnya, pada awal 90-an, hanya ada jalan balak di kawasan ini dan dia antara individu pertama yang menemui Kolam Air Panas Kampung La (La Hot Spring) yang begitu popular sekarang.
Kini huni banglo
“Kira-kira 25 tahun lalu kerajaan mula membina jalan raya menghubungkan Kampung La terus ke Felda Tenang iaitu depan rumah saya dan penempatan bertambah.
“Lima tahun kemudian nama Bogel ditukar pula kepada nama Kampung Beliku di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung La,” katanya yang kini membina sebuah rumah banglo hasil usahanya meneroka hutan pada zaman dulu.
Jusoh berkata lagi, beberapa tahun selepas jalan raya dibina, Air Panas La kemudiannya dimajukan oleh bekas pemimpin Besut, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.
Menurutnya, Kampung Bogel yang kini dikenali dengan nama Beliku jauh berbeza dengan dulu apabila sudah mempunyai pelbagai kemudahan asas seperti elektrik, air bersih, lampu jalan dan jalan raya.
Manakala setiap hari sibuk dengan lalu lintas terutama orang ramai yang ingin mengunjungi Air Panas La.
“Haiwan buas dan hidupan liar di sini pun sekarang sudah tidak ada kerana mungkin telah berpindah jauh ke dalam hutan belantara kerana banyak kawasan telah menjadi kebun dan ladang,” katanya.
P/s : Namanya tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka nama satu tempat kat Johor.. Mengkibol.. tak tau apa sejarah dapat nama cam tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
setakat nama bogel je..lain laa panXXt ke.
Unik per nama Kampung Bogel tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Peliknya di Malaysia, asal tempat tu nama pelik sikit, nak ditukar nama. Contohnya:
Bogel - Beliku
Batang Berjuntai - Bestari Jaya
Nonok - Asajaya
Pantai Cinta Berahi - Pantai Cahaya Bulan
Kan elok kekalkan jer nama asal tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Muntz posted on 28-9-2012 10:09 AM
Peliknya di Malaysia, asal tempat tu nama pelik sikit, nak ditukar nama. Contohnya:
Bogel - Belik ...
orang zaman sekarang saja yang otak kuning. dulu2 takde sapa heran nama batang berjuntai tu.tak terfikir pun ****.
|
|
|
|
|
|
|
|
Penajis kat N9 tu nak tukar? |
|
|
|
|
|
|
|
kepala hotak dia tu banglo,pondok kecil beratap rumbia kata banglo hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
batang ai
batang lupar
hahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
theflash posted on 29-9-2012 01:22 PM
batang ai
batang lupar
batang ai ngan batang lupar x sama la bro....
|
|
|
|
|
|
|
|
highcastle posted on 28-9-2012 10:06 AM
Aku suka nama satu tempat kat Johor.. Mengkibol.. tak tau apa sejarah dapat nama cam tu..
cute je bunyi kampung tu...mengkibol..kat negeri sembilan ada kampung nama kg bongek
|
|
|
|
|
|
|
|
Kg garinono? Penah dengar tak? |
|
|
|
|
|
|
|
adeh..kan da sedap name kg bogel tu...iskh3 |
|
|
|
|
|
|
|
Muntz posted on 29-9-2012 07:46 PM
Kat sini kalau sungai yg besar dipanggil 'batang'.
ooh gitu
hehe
|
|
|
|
|
|
|
| |
|