CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nobito

Malaysia dah ada Piramid..Yes!

[Copy link]
Post time 13-10-2012 12:35 PM | Show all posts
nobito posted on 13-10-2012 12:28 PM
Mmg Malaysia kekurangan pakar dlm bidang ni..dulu masa zaman sekolah pernah gak pikir nak masuk bi ...

sayangnya sebab aku bukan budak art stream..

Tapi entah kenapa aku suka benda2 mcm ni... To be honest, aku personally suka benda2 ni bukan sebab duit, but more to finding the truth... It's like waking up one day and u realised what you have studied in school all this time is not true.. Sebab dah banyak sgt fakta2 yg salah dan cuba diselewengkan oleh pihak2 tertentu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2012 02:00 PM | Show all posts
amon_79 posted on 10-10-2012 09:55 PM
As salam...sy dah lama jd silent reader...tp sy nk bg pendapat...korang xyah pegi jauh2  masuk hutan ...
apa kata gi bukit melawati, kuala selngor keliling bukit tu dgn teliti dr atas sampai bwh...kalo tak silap bukit buatn manusia siap ad terowong...masa zaman perang almarhum sultan ibrahim dgn belanda terowong tu dah ada cuma skrg dah tertutup dan ats sebb pembnguan pd thn 80an byk strutur asa bukit telah musnah...

Kalau x silap bukit yang musnah tu disebabkan oleh aktiviti kuari..kawasan kuari tu ditutup pasal ramai yg mati keje kat situ

Berkenaan dgn gua gudang senjata/alat kebesaran keSultanan Selangor rasanya dekat puncak Bukit dekat dengan tapak Istana lama dan berhampiran pintu masuk halaman istana lama/batu hampar

Melalui Tangga Seratus akan bertemu dengan batu2 besar yg dikatakan pintu gua yg mengadap ke arah matahari terbit *gambar bawah batu2 besar tu sebelah kiri atas




Dari fakta sejarah Selangor..Sultan Abdul Samad x dibenarkan bersemayam di Bukit Selangor/Melawati maka dia memindahkan kawasan pemerintahan ke Jugra(daerah pemerintah dia sendiri)..kemungkinan besar alat kebesaran negeri x berjaya dipindahkan dan dikatakan tertanam kat kawasan bukit ni...ramai yg pergi ke sini untuk cari harta tersebut termasuk orang2 istana tapi xberjaya

Zaman kegemilangan negeri Selangor pula adalah semasa zaman Sultan Ibrahim..beliau berjaya mengalahkan Belanda di Bukit Selangor..dan sudah tentu harta rampasannya sangat banyak seprti mana meriam2 VOC yg wujud di Bukit Selangor hari ini



Last edited by nobito on 13-10-2012 02:03 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2012 02:56 PM | Show all posts
amon_79 posted on 10-10-2012 10:16 PM
Cuma malaysia tak ramai lg pakar itu sbb bk kajian lmbt hasilnya... Di luar negra pun byk penemua sl ...
.good luck mana2 yg nk try bukit melawati tu yer...sy pernh cuba tp xsmpai sejam tetiba  ramai polisia cantora yg meronda dan berada kat atas bukit tu dan tnya mcm2...tips.. cuba tnya tukang kebun or pekerja penyelengaraan bukit tu...apa y diarg jumpa kekadang...

Ko buat carigali kat situ ke?..tak pernah lg dengar orang buat carigali kat Bukit Melawati...

Pernah terbaca ada orang jumpa keris terpacak kat pokok..tapi zaman 80 an dulu

Tapi sampai sekarang aku tak faham apa yg berlaku kat Bukit tu...byk sangat aktiviti2 pelik..mcm sengaja dirahsiakan


Last edited by nobito on 13-10-2012 02:58 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2012 07:35 PM | Show all posts
hasell posted on 12-10-2012 01:37 AM
nak gambar kan. nah hamik. tp bukan piramid malaysia (blog MoM) tu la

Tempat yg diterangkan dlm blog MoM tu kalau x silap dekat kawasan Janda Baik..

Yang orang speku komando jaga tu kalau tak silap dekat dengan gunung Tahan..

Yang gambar atas tu dalam negeri Perak..

So ada 3 tempat  yg dikatakan kawasan piramid tu...betul tak? Aku try cari dalam google earth untuk gmbr map tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 08:12 PM | Show all posts
nobito posted on 13-10-2012 02:00 PM
Kalau x silap bukit yang musnah tu disebabkan oleh aktiviti kuari..kawasan kuari tu ditutup pasa ...

Kenapa kan takde citer2 mcm ni kat kelas sejarah masa sekolah dulu? Ke dah ada tp aku yg tido dlm kelas?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2012 09:42 PM | Show all posts
Aku dah jumpa tempat tu..nanti aku pm ko Brown_pupil..

tempat tu dalam hutan tebal...siapa yg biasa hiking je yg boleh sampai kat tempat tu sebab x da jalan darat..x tau la ada trek atau tak...tapi of kos la x nak pihak berkuasa kesan kan...so camne nak gi tempat tu?

binaan tu macam satu lapisan dekat kawasan tanah yang beralun..bukan berbentuk piramid..aku dah check kat google earth
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2012 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
nobito posted on 13-10-2012 09:42 PM
Aku dah jumpa tempat tu..nanti aku pm ko Brown_pupil..

tempat tu dalam hutan tebal...siapa yg bia ...

nobito...nk tau....gak
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2012 10:47 PM | Show all posts
yeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2012 11:10 PM | Show all posts
Siapa yang nak pergi tempat ni? jauh dalam hutan belantara n bahaya..korang kena fikir

1. Pengalaman pergi hiking n masuk hutan...ada ke?
2. Pihak berkuasa...derang nak bagi masuk ke tempat camtu?
3. Binatang buas..hutan ni aku percaya macam2 binatang buas ada
4. Sumber makanan...korang sampai ke struktur binaan tu belum tentu dapat makan.
5. Tak takut sesat ke? tempat ni bukan kecik2


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2012 01:58 AM | Show all posts
amik dr komen dalam satu blog

zack said...
Somebody kepada somebody said yang di negara kita ni memang ada kota-kota lama yang boleh dikatakan sebagai lost world dan ketamadunan yang hilang, malahan ada yang mengaitkannya dengan Atlantis dan juga ketamadunan Lemuria yang hilang. Kaji mengenai letak duduk Mount Ophir yang dikatakan sebagai tempat Nabi Sulaiman A.S menyimpan emas/mendapatkan emas semasa zaman pemerintahan baginda dan letaknya Mount Ophir itu adalah di Gunung Ledang, Johor.

Kebanyakan kota-kota ini terletak di tempat yang sangat sukar dijangkau oleh manusia, malahan ada kota-kota ini yang tersembunyi oleh pandangan mata kasar (bab ni depend kat korang nak percaya atau tak, kalau nak tahu lanjut boleh rujuk orang tua-tua yang tahu kisah ni). Ada jugak ketamadunan yang tersembunyi dalam ‘perut gua’ yang dikatakan sebagai nenek moyang kepada suku kaum asli hari ni. Ada tok batin pernah open cerita masa aku buat operasi dan dia cabar kalau aku boleh menyelam dalam ‘perut gua’ selama 5 minit dia akan bawak aku masuk satu lubang pintu dalam air yang boleh tembus ke satu tempat yang dikatakan sebagai kota asal nenek moyang mereka.

Well, kepala otak aku dah pikir nak pakai sub-tank oksigen tapi awal-awal tok batin tu dah kata kalau nak pakai ‘balang angin’ jangan masuk sebab lubang cuma muat untuk badan sorang manusia. Jadi aku cancel je la cadangan tu dan 3-4 tahun lepas tu masa aku masuk operasi sekali lagi aku dapat tahu tok batin tu dah mati. Rasa melepas dan agak frust pun ada sebab kenapa la kan aku tak mintak tok batin tu tunjuk tempat, sekurangnya aku tahu tempat nak masuk tu!

Cuba korang pikir, zaman sekarang kita banyak fokus pada kota-kota yang ada atas darat. Macam mana dgn kota yang tersembunyi macam tu. Yes, the secret finally buried with tok batin punya jasad.

Somebody to somebody also said, ada kota ketamandunan yang disembunyikan pihak kerajaan dan dikawal ketat oleh ATM. Kat mana? Well, tunggu la aku dah betul-betul clean dari nombor yang ada kat badan ni, boleh la aku cerita kat korang. Maaf ye, aku masih ‘diikat’ dengan kod ‘rahsiakan rahsia negara’. tamat cerita dongeng, nak percaya boleh, tak percaya pun boleh. aku on..

ini komen dari kawan saya di sebuah blog,kalau cik sri berminat..saya boleh tolong aturkan komunikasi dengan..kebanyakkan mereka adalah "indiana jones" malaysia.


zack said...
Baik. Oleh kerana dah mendapat respon daripada Tuan admin blog sendiri(bukan admin misticfiles) maka saya akan bukakan sedikit selimut mengenai rahsia Piramid.

Saya akan ceritakan secara kasar, siapa yang dapat tangkap apa yang saya maksudkan ni maka beruntunglah kamu. Saya nak buka banyak-banyak mungkin agak bahaya. harap difahami beberapa kekangan ke atas diri saya.

Baik, apa kata kita lakukan satu simulasi eksperimen. Ambil satu tudung saji, timbuskan saja dengan tanah dan biarkan di persekitaran rumah anda. kemudian perhatikan tudung saji yang sudah ditimbus tu dalam masa 4-5 bulan..setahun..dua tahun. Well apa akan jadi pada timbusan tadi. Ditumbuhi dengan rumput-rumput dan lalang dan akhirnya akan kelihatan sama dengan kawasan sekitar, cuma bentuknya sahaja yang kelihatan sedikit tinggi berbanding yang lain.

Baik sekarang cuba bayangkan satu binaan yang lebih besar dari itu, mengalami perubahan dalam masa yang sangat lama dan apatah lagi dalam keadaan cuaca tropika. Pastinya banyak pokok-pokok yang tumbuh dan akhirnya ia kelihatan sama seperti bukit bukau di sekitarnya sehinggakan piramid itu tersembunyi.

Kenapa Piramid di Mesir tak jadi macam tu. Ya, Cuaca.. Iklim Padang pasir dan iklim tropika adalah sesuatu yang berbeza. Balik semula kepada kisah tudung saji tadi, anda akan faham apa yang saya maksudkan. Tanah kering dan tandus, adalah berbeza dengan tanah yang lembap dan subur.

Ni yang saya cerita ni agaknya di mana ya? China? Jepun? Myanmar? Indonesia? Thailand? bukan…bukan di situ. tapi di SINI.

Di mana letaknya? Dalam Hutan? Semestinya dalam hutan. Hutan mana? Luas kan hutan di sini. Letaknya di sempadan dua negeri yang hutannya tersangat tebal dan dara. Oh di mana ya? Sudahlah tu, bro semua ambil benih ni dan tanam ia. Semoga ketemu yang dicari nanti.

ini adalah copy-paste dari komen rakan saya di sebuah blog ketenteraan..beliau mungkin berpangkat kolonel dalam sebuah unit elit khas ATM..cerita soal piramid ini timbul apabila kami sibuk membincangkan tentang kota2 lama british di tengah hutan malaysia serta kubu2 bawah tanah komunis,dan kolonel ini membuka cerita bahawa goverment sedang melindungi kota2 purba dari pengetahuan umum..sebab itu saya kesini untuk meminta pendapat coz seperti ada pertalian je cerita kolonel tu dengan blog ni.
June 12, 2012 11:23 PM






Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2012 11:01 PM | Show all posts
sapa percaya cerita ni xtau le den nak habaq apa
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 02:41 PM | Show all posts
nobito posted on 13-10-2012 11:10 PM
Siapa yang nak pergi tempat ni? jauh dalam hutan belantara n bahaya..korang kena fikir

1. Pengala ...

pakai private heli terjun payung, nampaknya org yg lasak ja

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2012 10:05 PM | Show all posts
intanku posted on 13-10-2012 10:36 PM
nobito...nk tau....gak

Hokey..aku bagitau...macam Hasell cakap piramid yg dalam gambar google Earth tu bukan yg macam dlm cerita blog MoM..

Piramid dalam google earth ni dekat dalam Taman Negara Pahang..berhampiran Gunung Tahan..hasil dari risikan aku di blog2 orang yg pernah ke Gunung Tahan n Taman Negara kawasan sungai yang menghala ke tempat tu jarang pelancong pergi....

Kawasan ni boleh je nak pergi sebab landai cuma tanah sedikit beralun...x sesat pun kalau ikut jalan sungai...tapi air mungkin deras.

Tak pasti samaada korang dapat sampai atau tak sebab pelancong akan sampai kat tempat tu melalui bot....konperm org yang bawa bot tu xkan masuk ke anak sungai yg menghala ke tempat tu

2 biji gunung yang berhampiran dgn tempat tu pun bukan kawasan yg pelancong biasa pergi...mungkin orang tak pernah daki pun ..klau x mesti orang dh pergi ke struktur binaan tu sbb boleh nmpk dari puncak 2 gunung tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
nobito posted on 15-10-2012 10:05 PM
Hokey..aku bagitau...macam Hasell cakap piramid yg dalam gambar google Earth tu bukan yg macam dlm ...

nobito....hishhh....mcm gng tahan jer yea...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 10:26 PM | Show all posts
maltase posted on 14-10-2012 11:01 PM
sapa percaya cerita ni xtau le den nak habaq apa

pkp percaya atau tak...takde ruginya... lagi bagus orang tak percaya sbb mmg motifnya nak lindungi kota2 lama itu dr pencuri2 harta karun....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 11:55 PM | Show all posts
layan betul aku baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2012 03:20 AM | Show all posts
RAHSIA GUNUNG TAHAN DAN PIRAMID MELAYU

tulisan ekslusif untuk forum cari.com.my


Sejarah Bangsa Melayu bemula di kawasan antara Patanni-Kelantan hari ini kira-kira 2000 tahun dahulu.

Tidakkah anda hairan kenapa dikatan kota purba orang Siam atau Khamer wujud di Tasik Chini? Kenapa dikatakan Parameswara membunuh Temagi wakil kerajaan Siam di Temasek (Singapura)?

Heboh dikatakan Piramid Melayu dijumpai di sempadan Kelantan-Pahang berhampiran Gunung Tahan.

Gunung Tahan itu sendiri mendapat nama kerana kawasan itu merupakan kawasan larangan pada zaman dahulukala - tahan tak boleh ke sana.

Gunung Tahan juga dipanggil 'Gunung Siam'. Kenapa Gunung Siam? Siam? Bukan Thailand tetapi orang Siam.

Bermula dengan ekspedisi arahan Sultan Ahmad pada 1881 bertujuan mencari harta karun di puncak gunung kononnya terdapat tempayan mengandungi 'ibu emas' dan 'ibu perak', ia diikuti beberapa ekspedisi lain diketuai penjelajah Inggeris.

Kawasan Gunung Tahan terletak di dalam Taman Negara, dan segala aktiviti adalah terkawal dan sangat minimum.



Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 03:31 AM | Show all posts
Ada lagi nak tulis tetapi saya tak mahu tidur dalam lokap ISA (atau mungkin hilang terus tak sempat masuk ISA).

Cuma cukup saya katakan bahawa ada beberapa tempat kota purba sudah berjaya 'dihapuskan' iaitu Kota Gelanggi yang kini tenggelam di bawah empangan milik Singapore di Johor, kota purba di hulu Kelantan yang tenggelam di bawah Tasik Pergau ...... dan kini masalahnya piramid di sempadan Kelantan-Pahang ini tidak boleh ditenggelamkan oleh empangan, cuma boleh pagarkan sebagai Taman Negara ..... kawasan itu juga adalah zon larangan terbang ....

Melayu dulu asal Yahudi juga .... kaum Yahudi kuno... ..... Tetapi Melayu dahulu mempunyai tamadun amat tinggi .... Kita tak mau Yahudi dari luar dapat piramid kita ..... Yahudi amat dekat dengan kita di Singapore ...... Bendera kita pulak mat salleh sengaja buat sama macam bendera USA ..... USA kan Yahudi? Apa pulak melalut pasal yahudi, Piramid, SIngapore .....

Last edited by cmf_WonBin on 16-10-2012 04:24 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 09:11 AM | Show all posts
nobito posted on 15-10-2012 10:05 PM
Hokey..aku bagitau...macam Hasell cakap piramid yg dalam gambar google Earth tu bukan yg macam dlm ...

Perhhh.. 'hasil risikan' tuuuuuu..... ayat tak mau kalah

hasil risikan ke temberang ko jee ???
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 09:26 AM | Show all posts
Gerakan memperbodoh2 kan melayu dipelopori sorang bugis rupenye .. anyway :

Ko tau kenape aku malas nak komen?? sebab sume ni bullshit... bende2 remeh temeh mcm ni orang melayu terhegeh2 kagum xtentu arah. Ko tau kenape??? sini aku kasi tau...

"iramid"

Kt forum ni pun banyak... kehulu kehilir ckp pasal "Freemason = Piramid" etc. etc.  Sampaikan sume yg bentuk 3 segi tu freemason punye keje... dajal laaaaaa... anti chris laaaaaa.. hahahahaa



Sampaikan.. even dalam web UPM pun ade jugak dakyah2 bendul mcm tu....

TAPI LAST2... bile ade malaon mane ntah klua bullshit jumpe Piramid.. yg dia 'sorang' tau sebab dia 'sorang penah tengok... Piramid jugak yg melayu mcm korang kagum2... hilang sume cerite Freemason korang

Yang aku tau.. cume ade 1 jee "iramid" kt alam melayu ni.. iaitu :



Kuih Koci!!!... so.. freemason jugak ??????

Yonaguni

Then.. ade plak ntah dari mane datang cite Yonaguni piramid jepun ni ade kaitan dgn Melayu.. padehal orang Jepun hanye jumpe SATU bilah keris Jawa jeee... terus carik alasan nk kaitkan dgn jepun

Anyway.... Yonaguni ni cume NATURAL ROCK FORMATION... x heran sebab batu-batuan memang boleh menyerupai engineering feats mcm kt sini :







Klu batu2 ni ade kt Melesia.. sure puak2 Melayu PPRT cakap orang dulu2 toreh pakai keris buat dinding rumah

KOTA TERBENAM DI TASIK

Koooononnye lagi..orang2 melayu mcm korang selalu sangat pecaye konon ade 'kota lama' terbenam ditasik..  tasik cini laa.. empangan linggiu laa.. .

Tapi.. bagi sesetengah orang yg biase dgn archeologi ni... x munkin SEBAB = BINAAN kuil/angkor/kota SEMUANYA dibuat di tanah TINGGI.. bukan di tanah rendah yg senang digenangi air

Ko kumpul sume kota yg orang jumpe yg korang tau.. tengok tinggi mane elevationnye.. mcm burrubodur, chandi bukit batu pahat, aztec, lembah bujang etc = sebab.. keselamatan.. sebab ketuhanan etc. etc.

Dorang takkan duduk kt lembah yang paling bawah.. itu pariah namenye..

BUDAYE MELAYU PPRT

Melayu PPRT dah ade sejak beratus2 tahun dulu lagi = bile dorang tak dapat explain something yg beyond their logic - yg dorang tengok.. or dengar dari cakap orang lain, yg sure dah tentu jugak bullshit.. dorang gunekan 'imiginasi'... same laa jadik mcm cerite :

- Pulau Dayang Bunting = konon ade pempuan mengandung mati jadik pulau
- Batu Layar = Konon ade kapal kene sumpah jadik batu

Even.. keturunan dorang masih lagi berpikiran mcm tu... mcm korang laaa.. lebih relying on bullshit dari hard evidence... loya tekak aku tengok

So.. grow up!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.083199 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list