CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15196|Reply: 25

Lafaz terakhir Rasulullah S.A.W bukan "Ummati!..Ummati!.."

[Copy link]
Post time 4-10-2012 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Dipetik dari fb DrMaza.com..

Dalam hadis sahih Nabi s.a.w menyebut semasa hendak wafat ALLAHUMMA FI AL-RAFIQ AL-A'LA (Sahih al-Bukhari dll). Tiada riwayat yang sahih menyatakan baginda semasa hendak wafat menyebut ummati! ummati!. Perkataan ummati! ummati disebut dalam hadis-hadis bukan semasa baginda hendak wafat.

Dalam al-Bukhari:
إِنَّهُ لَمْ يُقْبَضْ نَبِىٌّ قَطُّ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَنَّةِ ثُمَّ يُحَيَّا أَوْ يُخَيَّرَ » . فَلَمَّا اشْتَكَى وَحَضَرَهُ الْقَبْضُ وَرَأْسُهُ عَلَى فَخِذِ عَائِشَةَ غُشِىَ عَلَيْهِ ، فَلَمَّا أَفَاقَ شَخَصَ بَصَرُهُ نَحْوَ سَقْفِ الْبَيْتِ ثُمَّ قَالَ « اللَّهُمَّ فِى الرَّفِيقِ الأَعْلَى »

](Bahawa tidak seorang Nabi pun yang dicabut nyawanya melainkan diperlihatkan tempatnya dalam syurga. Apabila Rasulullah s.a.w dalam kesakitan dan menghampiri maut, kepala baginda atas peha 'Aishah dalam keadaan pitam. Apabila baginda sedar, matanya memandang ke arah bumbung rumah lalu menyebut: "ALLAHUMMA FI AL-RAFIQ AL-A'LA  (YA ALLAH! PADA TEMAN YANG MAHA TINGGI)


..Semoga Allah melindungi kita daripada hadis2 palsu...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2012 04:18 PM | Show all posts
bena
tapi tu takkala beliau dah/baru sedar
dan
ada lafaznya.............UMMATI


aku yakini bahawa DIA adalah RASULULLAH
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 04:26 PM | Show all posts
TQ---> info
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 04:45 PM | Show all posts
orangbesi posted on 4-10-2012 04:18 PM
bena
tapi tu takkala beliau dah/baru sedar
dan

DIA itu adalah DIA, tiada dua tiga empat ataupun lima
Rasulullah itu adalah kekasih DIA

DIA juga melamar Yusuf A.S dalam mimpinya..
Yusuf A.S juga adalah kekasih DIA..
Last edited by mr_evergreen on 4-10-2012 04:46 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2012 08:21 AM | Show all posts
salam

Nabi Mohammad seorang yang berperi kemanusian ..
ini kah balasan nya orang yang telah kita menabur budi ..
Umattii .. umattii ..
umat tak mengenang budi ..

doa nya rasulullah ..
فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَكۡبَرَ
jangan kamu terkena azab Allah .. azab yang besar

wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2012 11:33 AM | Show all posts
mr_evergreen posted on 4-10-2012 04:45 PM
DIA itu adalah DIA, tiada dua tiga empat ataupun lima
Rasulullah itu adalah kekasih DIA


DIA.....yg tu jugak DIA
dan DIA jugak leeee yg PALING HAMPIR
AMAT HAMPIR........

sepertimana
NAMANYA YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

bukankah DIA jugak
yg sentiasa MENGINGATKAN makhluknya
agar MENGINGATINYA.....................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2012 11:36 AM | Show all posts
NorAddin posted on 6-10-2012 08:21 AM
salam

Nabi Mohammad seorang yang berperi kemanusian ..

inilah DIA
DIA yg amt hampir pada si KHALID
yg bukan lagi berperi kemanusiaan
tapi berperi kemakhlukan
kannn kannnnn kannnnnn


apalah ada dgn dosa
walau sebanyak buih di lautan
asalkan TIDAK MENYEKUTUKANNYA
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2012 11:12 AM | Show all posts
ya benar saudara, benar.

Lafaz ummati itu walau memang hadis palsu maka nanti tetap akan ada orang2 kat sini mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan lafaz ummati....

Yang hak itu ada, yang batil tetap akan mencelah juga..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2012 03:18 PM | Show all posts
LanzSlumber posted on 7-10-2012 11:12 AM

Lafaz ummati itu walau memang hadis palsu maka nanti tetap akan ada orang2 kat sini mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan lafaz ummati....

Yang hak itu ada, yang batil tetap akan mencelah juga..

Salam...

Kata-kata lafaz terakhir dari Nabi yang Sahih ialah seperti yang disebut dalam post pertama. Terdapat banyak hadith sahih yang serupa maknanya berkaitan lafaz اللَّهُمَّ فِى الرَّفِيقِ الأَعْلَى merupakan lafaz-lafaz terakhir Nabi semasa hayatnya di dunia.

Berkenaan lafaz kalimah "ummati-ummati" (أُمَّتِي أُمَّتِي) pula, riwayat sahih peristiwa tersebut akan berlaku ketika Nabi dibangunkan kelak semasa Hari Kiamat. Hadith tersebut berkaitan Hadith Syafa'at Nabi, lafaz dari Nabi berbunyi:
"Wahai Rabbku, ummatku ummatku" ( يَا رَبِّ أُمَّتِي أُمَّتِي  )
(Bukhari, Muslim, Ahmad, Darimi)

WAllahu a'lam

Last edited by mnm77 on 8-10-2012 03:27 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2012 03:30 PM | Show all posts
LanzSlumber posted on 7-10-2012 11:12 AM
ya benar saudara, benar.

Lafaz ummati itu walau memang hadis palsu maka nanti tetap akan ada oran ...

u know what, those people actually they don't really care about the truth... tunjukkan lah apa2 bukti sekalipun, diorg akan tolak semua ke tepi sebab dah terlalu ego untuk terima kebenaran.. as if ego dapat menyelamatkan diorg di akhirat kelak...

mmg, tak ada yg lebih membutakan daripada buta hati... mudah2an Allah celik dan bimbing kita dengan kebenaran...

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 10:20 PM | Show all posts
dari sumber kitab Shahih Bukhari diriwayatkan, pada Isnin subuh itu Nabi SAW merasa keadaannya mulai membaik. Maka ketika mendengar adzan, beliau memutuskan untuk pergi ke masjid sekalipun keadaannya masih lemah. Ketika beliau masuk masjid, sembahyang sudah dimulai. Para sahabat pun menjerit, mengucapkan, “Subhanallah, subhanallah”, pertanda gembira dan bersyukur menyaksikan keadaan kesehatan junjungan mereka yang mulai membaik.

Begitu melihat Nabi datang, para sahabat hampir membatalkan sembahyang. Namun, beliau memberi isyarat agar mereka meneruskannya.

Sejenak beliau berdiri menatap mereka dengan bahagia. Wajahnya berseri-seri menyaksikan ketaatan umatnya. Sampai-sampai Annas bin Malik berkata, “Belum pernah aku melihat pandangan yang lebih menakjubkan dari wajah Nabi SAW (ketika itu).” Kemudian beliau tersenyum. Abu Bakar Ash-Shiddiq, yang menjadi imam sembahyang, menyedari apa yang terjadi di belakangnya. Yakni, pasti Rasulullah SAW ada di masjid. Maka tanpa menoleh, ia pun mundur. Tetapi, Nabi segera memegang pundaknya dan mendorongnya maju agar terus sebagai imam, sementara Nabi SAW sembahyang di sebelah kanan Abu Bakar dalam kedudukan duduk.

Selesai sembahyang, Nabi kembali ke rumah Sayyidah Aisyah RA dipapah oleh Fadlal dan Tsawban, sementara Ali dan Abbas mengikuti dari belakang. Sampai di rumah, Nabi SAW kembali ke tempat tidur, berbaring di pangkuan isteri tercintanya itu. Dan ternyata, sembahyang subuh tadi adalah yang terakhir kali Nabi SAW sembahyang berjamaah dengan para sahabatnya. Ketika itulah segenap kekuatan Nabi SAW melemah.

Saat Abdurrahman bin Abu Bakar masuk ke dalam kamar sambil membawa siwak (sikat gigi dari kayu arak), Sayyidah Aisyah RA melihat Nabi SAW sepertinya menginginkannya. Maka ia pun meminta siwak itu, membersihkannya, lalu memberikannya kepada ayahanda tercinta. Lalu beliau pun membersihkan gigi dengan cekatan, sekalipun keadaannya cukup lemah. Tidak lama kemudian kesedaran Rasulullah SAW hilang. Sayyidah Aisyah RA mengira beliau tengah menghadapi sakaratul maut. Tapi, sekitar satu jam kemudian, beliau membuka mata. Sayyidah Aisyah RA teringat Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tidak ada seorang nabi pun yang dicabut nyawanya sebelum ia ditunjukkan tempatnya di syurga.” Sayyidah Aisyah RA pun faham, inilah saat sakaratul maut itu.

Sejenak kemudian, Nabi SAW bersabda dengan suara bergumam, “Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi, shiddiqin, syuhada, dan orang-orang shalih. Mereka itulah sahabat yang paling baik.” – Surah An-Nisaa (4): 69. Setelah itu, beliau kembali bergumam, “Ya Allah, aku memilih bersama Yang Maha mulia.”

Setelah itu, kepala Nabi SAW beransur-ansur terasa bertambah berat di pangkuan Sayyidah Aisyah RA, sehingga para isteri yang lain menangis. Sayyidah Aisyah RA lalu membaringkan kepala beliau di bantal, kemudian menangis bersama isteri Nabi SAW yang lain.

Dalam Sahih Bukhari dikisahkan, begitu mendengar Rasulullah SAW wafat, Abu Bakar As-Siddiq berlari menuju rumah kediaman Sayyidah Aisyah RA. Namun jasad Nabi SAW telah membujur kaku. Ketika menyingkap kain yang menutup tubuh Nabi SAW, ia menangis sambil memeluk wajah Sang Rasul. Saat memandikan jenazah Rasulullah, Ali bin Abi Thalib berkata, “Wahai Rasulullah, ketika hidup, Tuan semerbak mewangi. Ketika wafat pun, tubuh Tuan tetap wangi.”
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 11:43 AM | Show all posts
marufie posted on 9-10-2012 10:20 PM
dari sumber kitab Shahih Bukhari diriwayatkan, pada Isnin subuh itu Nabi SAW merasa keadaannya mulai ...

sekirana kita melihat riwayat jaluran ini
bermakna tiada periwayatan ttg sahabat2 nabi
yg menziarahinya..yg sebahagiannya enggan menerima wasiat nabi
dan sebahagian lagi inginkannya???

sedangkan Nabi berjamaah bagi kali terakhir dgn berimamkan Abu Bakar
dan masuk ke kamarnya tidak keluar selama beberapa hari sebelum meninggal

dan satu lagi persoalan....berapa ramai yg berada bersama Nabi
ketika beliau menghembuskan nafasnya yg terakhir???
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 11:47 AM | Show all posts
memang benar
lafaz terakhir kedengaran dari Nabi
YA ALLAH WAHAI TEMAN YANG AMAT TINGGI
dan selepas itu hanya mulutnya bergerak tanpa suara
dan ADA yg memahaminya sebagai perkataan UMMATI......

inilah riwayat yg saya perolehi
moga boleh di fikirkan bersama
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 11:49 AM | Show all posts
dan sebagai persoalan
sekiranya UMMATI itu adalah PALSU

ada sebab tak merka yg ingin memalsukannya???
atau
ada yg TAK SUKA perkataan sebegini keluar dari mulut Nabi???

hanya sekadar utk difikirkan bersama
tq
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 08:53 PM | Show all posts
bukankah waktu nak mati tu baca syahadah? or at least lailahaillah?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 09:21 AM | Show all posts
orangbesi posted on 11-10-2012 11:47 AM
memang benar
lafaz terakhir kedengaran dari Nabi
YA ALLAH WAHAI TEMAN YANG AMAT TINGGI
dan selepas itu hanya mulutnya bergerak tanpa suara
dan ADA yg memahaminya sebagai perkataan UMMATI......

inilah riwayat yg saya perolehi
moga boleh di fikirkan bersama

Salam ...

Boleh kongsikan sumber riwayat tentang lafaz yang tidak kedengaran tu....

Terima kasih

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2012 10:40 AM | Show all posts
yg ni bukan nak pertikaikan Nabi
atau membabitkan kesalahannya
atau disengajakan

ADAKAH KAMU UCAPKAN APA YANG TIDAK KAMU PERBUATKAN???

sedangkan Nabi ada mengajar TALKIN,
kalimah LAILAHAILLAHILLAH
sedangkan baginda sendiri tidak sebegitu

BAHKAN
ucapannya, TEMAN.........................
TEMAN ya
(ada sesiapa yang berani tak???)
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2012 10:42 AM | Show all posts
mnm77 posted on 12-10-2012 09:21 AM
Salam ...

Boleh kongsikan sumber riwayat tentang lafaz yang tidak kedengaran tu....

INSYAALLAH
tapi kena jenuh carinya laaa
dalam kitab dulu2 tuuuu
dan bukan dalam kitab Hadith Shoheh.........

nanti peringatkan saya yaaa
tq
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2013 03:27 PM | Show all posts
tq....bru tau
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 03:38 PM | Show all posts
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.067506 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list