CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11998|Reply: 72

AWAS! Beras tiruan dari plastik

[Copy link]
Post time 9-10-2012 11:06 AM | Show all posts |Read mode
BANYAK produk tiruan yang dihasilkan dari China. Dari pakaian, mainan, barangan teknologi dan elektrik sehinggalah melibatkan bahan makanan. Tapi benarkah setelah pembongkaran mi palsu, telur palsu, dan susu bayi palsu mengandungi melanin, kini China dikatakan mengeluarkan pula beras tiruan yang diperbuat dari plastik ?

Laporan media dari Hongkong menyatakan bahawa beras palsu tersebut sedang dipasarkan di Taiyuan, wilayah Shaanxi, China. Beberapa syarikat media lain seperti dari Singapura dan Vietnam turut mendedahkan tentang pemalsuan makanan tersebut. Sebut fasal tiruan, bagaimanakah agaknya beras tersebut dipalsukan?

Beras tiruan plastik ini dikatakan dibuat dari campuran kentang dan keledek serta diadun dengan plastik supaya berkilat dan dapat dibentuk seperti beras asli, ditambah pula dengan pewangi beras tiruan ianya kelihatan seperti beras asli. Namun langsung tidak berkhasiat malahan merbahaya untuk kesihatan.


Bahan membuat beras palsu, Kentang dan keledek


Bahan campuran utama, Resin plastik


Hasilnya beras tiruan yang seakan-akan beras asli


Beras tiruan yang siap dibungkus

Plastik umpama toksik di muka bumi, susah untuk reput dan dilupuskan.Begitu jugalah dengan beras tiruan. Sifat plastik itu telah membuatkan butiran beras menjadi keras dan sukar untuk patah. Bentuknya sentiasa sempurna iaitu bersaiz lebih panjang daripada beras biasa. Selain bersaiz panjang butiran beras ini juga sangat halus dan nipis. Malah, Warnanya jernih seperti lut sinar berbanding beras asli yang kelihatan seakan warna putih susu. Oleh kerana warnanya sebegitu rupa, air basuhan beras tetap nampak jernih walaupun pertama kali dicuci.

Penyelidikan yang dijalankan keatas kandungan kimia dalam beras tiruan itu turut menemukan suatu yang bahaya. Dikatakan, dengan hanya memakan sebanyak tiga mangkuk dari nasi bukan original itu, hasilnya boleh disamakan seperti menelan satu hingga dua beg plastik. Ditambah harganya yang terlalu murah dan sukar dibezakan dengan beras asli kegiatan penipuan ini sukar dibendung.

Dengan erti kata lain, beras tersebut hanya dilihat pada zahir atau bentuk saja.Tapi pada hakikatnya pengguna sebenarnya menelan plastik.Bayangkan jika beras tersebut dijamah pada setiap hari atau seumur hidup.Tentu saja bahaya kesihatan atau pelbagai penyakit kronik sedang menunggu mangsanya.

http://www.youtube.com/watch?fea ... d&v=Uw65n3ajZu4



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2012 11:12 AM | Show all posts
makanlah beras tempatan....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 11:16 AM | Show all posts
bahaya nih..harap2 xde yg masuk cni....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 11:18 AM | Show all posts
alhamdulillah...produk dari china
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 11:57 AM | Show all posts
sanggup plak dyorg jual beras camni.kalo aku makan dan mati sbb beras ni,aku akan hantui hidop pencipta beras ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 12:05 PM | Show all posts
beras pun boleh di ciplak....china oh china....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2012 12:10 PM | Show all posts
sadis tul la derang ni...beras pon plastik..giler sangat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 12:23 PM | Show all posts
tanam la padi sndri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2012 12:30 PM | Show all posts
macam-macam ada di china
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 01:20 PM | Show all posts
beras tiruan ni boleh ke kembang ke time masak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 01:21 PM | Show all posts
China ni memang semua dia nk klon, dia nk tiru..
patutla hilang sifat2 kemanusiaan rakyat dia..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 01:25 PM | Show all posts
giler... bahaya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 01:43 PM | Show all posts
gilerr kreatif org china nih sampai beras pun nak klon
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 01:50 PM | Show all posts
Telur, Daging, Beras...pasni ap lak china nk copy?
hebat gak R&D diorng...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 01:51 PM | Show all posts
bace tajuk pon dah agak mesti produk dari china... segala benda nak tiru... klo x mudaratkan kesihatan xpe jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 03:25 PM | Show all posts
terlebih 'cerdik' diorg nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2012 03:29 PM | Show all posts
terlampau nak mencipta ciptaaan Allah la nie
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 06:06 PM | Show all posts
dok kampong, petik sendiri je dari pokoknye..lebih mesra hijau..yg tak dok kampung bleh tanam dalam pasu (kalau dia nak hidup)
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 09:57 PM | Show all posts
aduhai... takutnya nk mkn  kt china... semua benda fake
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 01:22 AM | Show all posts
china memang suka bikin kepoh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 1.023424 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list