CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22051|Reply: 110

Maizurah: 'Syukur, saya kembali pada fitrah sebenar'

[Copy link]
Post time 23-10-2012 07:35 AM | Show all posts |Read mode


Tadi kaka tengah cari artikel pasal pasukan bola ATM sekali jumpa lak artikel yg ni dia ni masih bini anggota TUDM ke? lama gak x denagr berita

MENYAMBUT kunjungannya ke premis kami pagi itu, membuatkan saya terkesima sendiri. Mana tidaknya, wajah wanita ini tidak banyak berubah. Meskipun sudah memasuki fasa MIDI, pemilik nama Maizurah Hamzah ini tetap seperti dahulu. Yang berbeza hanyalah penampilannya. Pakaian ringkas dan longgar serta tudung yang dikenakan menjadikan keanggunannya terus menyerlah.

“Syukur Alhamdulillah, inilah fitrah kita yang sebenar dan saya kini kembali kepadanya,” katanya lembut sewaktu memulakan sesi temu bual.

Seiring kematangan, begitu juga tumpuan hidupnya kini.

Maizurah atau mesra disapa Mai yang satu ketika dulu adalah aktres dan penyanyi popular yang berasal dari Singapura, kini lebih gemar membicarakan tentang buku hasil penulisannya sebagai fokus utama perbincangan.

Bagaimanapun bagi ibu kepada empat orang cahaya mata ini, bukan bermakna bidang hiburan telah dilupakan terus. Cuma dia mahu mencari keseimbangan antara pendidikan dan hiburan. Malah katanya, bidang pendidikan dan hiburan memang sukar dipisahkan terutamanya untuk kanak-kanak prasekolah.

“Sebenarnya saya telah mula menulis buku kanak-kanak sejak 10 tahun yang lalu. Ketika itu anak sulung saya, Zikry Adif Kurnia berusia lima tahun.

"Memang agak sukar mencari buku bacaan bahasa Inggeris yang sesuai dan menarik untuk anak kecil terutama sekali yang bercorak keagamaan," katanya.

Mai juga berkata, "saya sendiri juga sememangnya gemar membaca dan secara peribadi penggemar buku yang menggunakan ilustrasi menarik dengan warna-warna yang ceria."

“Anak saya pula penggemar komik superhero. Saya terfikir mengapa tidak diterapkan elemen superhero tersebut dalam konsep Islam seperti ucapan Bismillah dan zikir yang sudah tentu mempunyai ‘kuasa’ lebih hebat berbanding superhero Barat,” jelasnya.

Sejak idea tersebut timbul, Maizurah mula mengumpul bahan, malah turut bekerjasama dengan penerbit dan ilustrator bagi memastikan impiannya menjadi kenyataan.

“Buku ini adalah asas sahaja. Saya mahu anak-anak di negara ini mendapat buku yang bercirikan Islam dengan mesej yang baik disampaikan dalam bahasa Inggeris kerana buku jenis tersebut masih belum banyak di negara ini," katanya.

Maizurah menambah, "saya mahu menambah pilihan ibu bapa yang ingin bahan bacaan yang baik untuk anak mereka."

"Saya sendiri pernah menjadi guru Bahasa Inggeris untuk pelajar darjah satu dan dua. Saya dapati ramai anak-anak kita masih belum berkeyakinan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.

“Anak saya juga dulunya tinggal dengan nenek yang berkomunikasi dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Apabila bersekolah, mereka kurang berkeyakinan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris padahal mereka mengetahuinya. Sebab itulah salah satu cara untuk menggalakkan anak-anak boleh bertutur bahasa Inggeris ialah menerusi pembacaan,” jelasnya lagi.
Maizurah berkata, buku yang ditulisnya boleh digunakan untuk aktiviti drama, kemahiran bertutur terutama di tadika yang berkonsepkan montessori.

“Apa yang disentuh dalam buku ini ialah kemahiran asas hidup anak Muslim, kemahiran sosial yang baik, cara pemikiran dan tindakan yang betul. Buku ini terbahagi kepada dua edisi dan setiap satu mengandungi 16 set. Ia lengkap dengan warna dan lukisan yang menarik dengan harga yang berpatutan,” katanya yang selesa membesarkan anak-anak dengan caranya sendiri.

Kredit: Sinar Harian
Maizurah: 'Syukur, saya kembali pada fitrah sebenar'

19 Oktober 2012



* Dapatkan laporan lanjut dalam majalah MIDI edisi terbaru di pasaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2012 07:41 AM | Show all posts
dia ni comel dan ageless
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 07:42 AM | Show all posts
dah menjanda ker
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 07:43 AM | Show all posts
mcm amy mastura la....nmpk muda jek...dia ni sweet...cute...dh 4 anak dia ye...menten jek,,,
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 07:44 AM | Show all posts
dia baya  norish ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2012 07:44 AM | Show all posts
Tua lagi ler.... baya Amy kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2012 07:50 AM | Show all posts
sbb nmpk  sweet je. mgkn kurang kontroversi
dan  dh pakai tudung kot.nmpk sweet
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 07:51 AM | Show all posts
nampak muda sokmoo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2012 07:55 AM | Show all posts
dia ni ms muda dulu cam intan ladyana gak...berlakon byk jugek, heroin manjang tp tetap sendu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 07:58 AM | Show all posts
antara pelakon feberet mek dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 08:02 AM | Show all posts
Alhamdulillah........
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 08:08 AM | Show all posts
Itu ke gambar fitrah sebenar dia?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 08:21 AM | Show all posts
Cantik, aku suka tgk muka dia..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 08:45 AM | Show all posts
alhamdulillah...........
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 08:49 AM | Show all posts
makin ayu bila bertudung..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 08:51 AM | Show all posts
tahniah dah bertudung ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2012 09:10 AM | Show all posts
maizurah ni manis ajer muka dia, natural beauty .. berlakon pun ok... dah pakai tudung lagi bertambah manis.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 09:16 AM | Show all posts
Suka dia dari dulu..
Sweet n sopan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 09:23 AM | Show all posts
dia tawen ngan pilot kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 09:23 AM | Show all posts
die lahir 1973...baya aishwarya rai daaa
norish tu umor bape..dlm cite julia nmpk tua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.209479 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list