CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2285|Reply: 2

Edisi Apple: Apple Memperkenalkan iPad Mini Secara Rasminya

 Close [Copy link]
Post time 24-10-2012 05:36 PM | Show all posts |Read mode
Para pengguna dan peminat teknologi semestinya menantikan pengumuman iPad Mini oleh Apple, dan kini mereka telah pun melakukannya secara rasmi, memperkenalkan iPad Mini bersaiz 7.9-inci kepada umum dengan resolusi 1024×768 pixel.









Berbeza dengan iPad generasi ke-empat yang membawakan spesifikasi tinggi, iPad Mini hanya sekadar membawakan cip pemprosesan dwi-teras Apple A5, kamera 5-megapixel, sokongan LTE (pilihan), dan menggunakan port Lightning padanya. Dari segi harga pula, ia diletakkan pada harga $329, dimana di Malaysia mungkin sekitar RM1000. iPad Mini juga dikatakan membawakan masa penggunaan sekitar 10 jam padanya.





Dari segi rekabentuk, iPad Mini lebih 23% nipis dan 53% ringan berbanding iPad sedia ada. Apple juga mengatakan peranti ini boleh dikendalikan menggunakan satu tangan, dan menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih menarik berbanding tablet Android.





Buat masa ini, ia masih lagi tidak diketahui bilakah akan dijual di Malaysia.

http://amanz.my/2012/10/apple-memperkenalkan-ipad-mini-secara-rasminya/

ipad 3 pun dah turun harga lepas apple umumkan ipad 4...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2012 05:37 PM | Show all posts
nexus 7 tapau kaw kaw!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 05:39 PM | Show all posts
kecimpret posted on 24-10-2012 05:37 PM
nexus 7 tapau kaw kaw!

Apple : Mengapa iPad Mini Lebih Baik Berbanding Tablet Android?
— Diterbitkan pada 6 jam lepas
70
Ketika pengenalan iPad Mini, salah satu perkara yang dikongsikan oleh Apple, adalah mengapa tablet bersaiz 7.9-inci mereka lebih baik berbanding pesaing mereka yang menghasilkan tablet dengan saiz lebih kurang sama tetapi menggunakan platform Android.



Aplikasi natif, bukannya dibesarkan daripada saiz telefon pintar.Apple memfokuskan kepada pengalaman penggunaan melalui iPad Mini, dimana membolehkan ia digunakan dan dipegang dengan hanya sebelah tangan sahaja, berbeza dengan iPad biasa. Dalam kebanyakkan perbandingan yang dilakukan, Apple membandingkan ia dengan Nexus 7 daripada Google yang dijual pada harga RM999 di Malaysia.

Menurut Apple, melalui peranti mereka yang bersaiz sedikit besar itu, ia membolehkan para pengguna mempunyai keluasan skrin yang lebih besar, dan melihat lebih banyak kandungan pada sesuatu masa. Walaupun ia sesuatu yang sedia maklum memandangkan iPad Mini membawakan saiz skrin lebih 0.9-inci berbanding Nexus 7, Apple kelihatan memfokuskan kepada rekabentuk kerangka luar mereka yang lebih nipis bahagian tepinya berbanding dengan Nexus 7.





Namun, salah satu kelebihan pada iPad Mini semestinya pada sokongan aplikasi mereka. Berbeza dengan tablet Android yang masih bergantung kepada kebanyakkan aplikasi yang dibesarkan saiznya daripada aplikasi untuk telefon pintar, pada iPad Mini pula, ia sedia didatangkan dengan lebih 275,000 aplikasi yang dioptimasikan khas untuknya.

Dan dengan kelebihan ini, dan harga jualan yang mungkin hanya sekitar RM100 berbeza dengan Nexus 7, mungkin iPad Mini akan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih menarik kepada pengguna, sementara menantikan lebih banyak aplikasi yang dioptimasikan untuk tablet hadir bagi para pengguna Android.

http://amanz.my/2012/10/apple-me ... ing-tablet-android/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.814198 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list