FILEM yang baik tentunya akan mendapat perhatian ramai sekalipun ia belum lagi ditayangkan. Inilah yang SS perhatikan kepada filem pertama arahan Ellie Suriaty Omar berjudul Penanggal (gambar). Ia juga projek usaha sama pertama antara dua gergasi filem, Grand Brilliance dan Tayangan Unggul.
Penanggal adalah filem bercorak drama cinta seram dalam bentuk ‘period movie’ lakonan ramai pelakon handalan seperti Umie Nazeera, Azri Iskandar, Normah Damanhuri, Fasha Sandha dan Zulkiflie Ariffin.
Daripada sinopsis yang SS baca, filem ini mengisahkan amalan ilmu hitam yang diamalkan dalam masyarakat lampau khususnya kewujudan lembaga penanggal yang mana kepalanya akan terpisah daripada tubuhnya apabila ia mencari makan.
Namun, kepercayaan terhadap agama Islam turut menjadi teras kepada filem itu yang tentunya akan mematahkan segala unsur kejahatan agar kembali ke jalan yang benar.
Apa yang ingin SS kongsi di sini, walaupun belum lagi ditayangkan, Penanggal sudah mendapat pujian pengkritik filem dari Amerika Syarikat dan Kanada apabila mereka melihat sedutan ‘trailer’ filem arahan Ellie itu di Internet.
Malah ‘trailer’ dan pujian awal itu dimuatkan dalam laman web filem terkemuka twitchfilm.com yang beribu pejabat di luar negara. SS lihat laman web itu mempunyai koleksi ribuan ‘trailer’ filem baru dari seluruh benua.
SS dan rakan peminat filem sendiri tidak sabar menunggu tayangan Penanggal dan berharap ia boleh jadi sehebat filem seram cinta Thailand, Nang Nak, apabila ditayangkan kelak. Dalam pada itu SS tunggu juga filem Jwanita arahan Osman Ali dan Sembunyi (dulunya Azazil) arahan Kabir Bhatia. Kita tengok nanti filem seram mana paling hebat.
SS: Bangga melihat penyertaan Bunohan dalam Academy Awards bagi pencalonan awal.
jgn harap trailer je gempak...pastu keseluruhan jahanam. contoh: RASUK. trailer & background muzik suspen melampau2.....pekak telinga. tp cerita alahai...
selalu citer melayu mmg mcm nih....gempak kat trailer....biler dah masuk panggung alahai....nyesal x sudah.......dh byk kena adoyai....harap harap citer nih x....tgk review sp yg pergi dlu nnt.....lau x membazir
trailer menarik.
harap whole movie pun sama menariknya.....
nampak mcm betul2 seram dan berkualiti.....jgn setarap filem2 seram.arahan ahmad idham dah. ada yg seram....tapi KOSONG.
Upcoming Malaysian horror effort Penanggal is big! It's terrifying! It's dramatic! And we know this because it's got MUSIC! But the thing is, once you get over the wildly over the top presentation the footage actually looks reasonably good as well.
A naïve girl inadvertently inherits the penanggal curse from her guardian and wants desperately to be rid of it, until she starts tasting the power the penanggal accords to her, an otherwise ugly and simple girl with no chance at love or power in her life.
For the uninitiated, the penanggal myth is a sort of Faustian trade off in which a young woman obtains beauty or power through the use of black magic but, in return, becomes cursed. There are many variants out there but the most common features the penanggal's head detaching and floating with the entrails dangling below. Take a look at the teaser below.
hekeleh..stakat gitu pun layak dipanggil pujian ke?? padan la pilem malaysia x maju..syok snirik jah sekor2
maxim posted on 1-11-2012 09:56 AM
hekeleh..stakat gitu pun layak dipanggil pujian ke?? padan la pilem malaysia x maju..syok snirik ...
alahai kesiannya SS tak reti baca between the lines. review tu gila sarcastic bunyi tapi betul la, presentation nampak over the top tapi special effects dia boleh tahan... menarik2...
hahaha.. kalu x menarik cam "sesuatu yg tertinggal" tu siap laaa... konon cam menarik.. bile tengok.. menyesal x sudah! tapi hantu kapcai tetap best! hahahaha