bukan aril je, ika nabila tu pun akan jadik DJ era.. aku pun nak join muntah jugak
Sah Aril, Ika Nabila Penyampai Baru Era FM!
KUALA LUMPUR, 2 NOV 2012: Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran mengesahkan dua pelajar Akademi Fantasia, Aril dan Ika Nabila bakal merupakan penyampai baru di stesen radio nombor satu negara itu.
Malah, Nazri Noran berkata, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus sudah pun memulakan tugasnya bersama Era FM sejak 7 Oktober lalu menerusi segmen jam 6 oetang hingga 10 malam, namun ia masih dalam peringkat pembelajaran
"Setelah kami mengadakan uji bakat untuk mencari penyampai baru Era, kami lihat Aril dan Ika Nabila adalah calon yang layak dan bakat mereka boleh digilap lagi dalam bidang penyampaian radio.
"Namun mereka kini masih dalam proses pembelajaran. Setiap seorang daripada mereka akan diberi peluang ke udara bersama penyampai radio yang lebih berpengalaman di Era seperti Zahid dan Ira.
"Namun, setakat ini, Aril sahaja yang baru ke udara. Sementara Ika Nabila pula, kami cuba untuk menyelitkan dia dalam mana-mana segmen bersama penyampai Era yang sedia ada dalam tempoh masa yang terdekat ini," jelasnya kepada murai.com.my pada majlis kesyukuran yang diadakan di Rumah Amal Belaian Kasih (RABEKA), Kampung Pasir Ulu Kelang, malam semalam.
Selain itu, Nazri memberitahu, pemilihan dua penyampai itu adalah kerana mereka memenuhi kriteria Era yang mahukan iaitu penyampai yang lebih muda dan bertenaga.
"Kami mahukan penyampai yang fresh, jadi kami memilih dua penyampai yang lebih muda ini kerana kami mahukan tenaga yang lebih dalam Era FM. Malah, kami perlukan dinamik yang baru juga daripada penyampai. Lagipun Era kena sentiasa ada pembaharuan supaya nampak lebih trendy," jelasnya lagi.
Aril dan Ika Nabila bakal mengendalikan segmen hujung minggu yang berjudul Muzik ERAthon selama 4 jam, kebiasaannya keudara pada hari ahad.
cilok dari Murai.. ok, muntah lagi
|